Thursday, February 17, 2011

Sabah - The Solemnization Ceremony

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Disebabkan jadual kami padat, kami memilih hotel bertaraf 2 bintang sahaja. Tak payah bayar mahal-mahal. Lain la kalau nak stay kat bilik je kan? Check-in di hotel pada jam 1.30pm. Terus terkejar-kejar bersiap ke rumah Weed.

Nak dekat pukul 3pm, kami baru nak gerak. Padahal kalau ikut perancangan, Weed nikah pukul 3pm. Berpandukan GPS Zai, kami dibawa hingga ke jalan belakang workshop! Sempat lagi sms Weed, minta dia lambat-lambatkan pak imam. Ahaks. Sekali rupanya pak imam dah posponed majlis ke pukul 4pm. Selamat!

Masa kami sampai, Weed tgh terketar-ketar dlm bilik. Ok, tidak terketar-ketar. Nervous je :p

Ape lagi, bergambar la kami dlm bilik pengantin. Nasib baik ada OP dlm bilik. Dialah yg tlg kami ambilkan gambar.

Rombongan pengantin lelaki terpaksa masuk ke rumah lebih awal kerana hujan turun di luar. Pak imam belum sampai lagi time ni.


Tepat jam 4pm, pak imam sampai. Wah, terkejut okay tgk pak imam. Selalunya imam kan berjubah putih, berjanggut dan berkopiah atau bersongkok. Imam yg datang tu pulak punya la smart mcm dia pulak yg nak menikah! Muda, bersongkok, berbaju melayu licin berwarna biru siap bersampin! Wah, dressing dah nak sama taraf mcm pengantin dah nie.

Semua gambar time nikah diambil oleh hubby. Kalau I yg ambil, gerenti I ambil gambar pak imam semata-mata nak tepek kat sini :)

Lepas rehearsal, akhirnya akad nikah dimulakan. Dengan sekali lafaz, Cik Weed telah bertukar status kepada Puan Weed. Boleh tak muka minah tu rileks je. Rupanya dia tak sedar yg akad nikah telah dijalankan. Dia ingatkan still rehearse lagi. Isk.. jauh benar ko mengelamun.






Majlisnya ringkas. Jadi kami tak la lama-lama di sana. Lepas makan, kami pulang ke hotel. Baru la dapat berehat sebentar sebelum dinner di rumah kawan hubby pada malam tu.

Namanya Bahrin. Kawan lama dia. Ingatkan kawan sebaya. Rupanya masa abang tu jadi orang bujang, my hubby masih budak-budak. So kira jauh beza juga la kan. Kekenyangan kami semua malam tu sbb wife dia masak mcm-mcm jenis lauk utk kami sampai kami naik segan. Sedap-sedap pulak tu.

Dgn perut yang kenyang, semua orang masuk tidur awal pada malam tu. I sempat tgk License to Wed.

Feel free to read:
Sabah - The Departure

6 scribble(s):

ska said...

nak lg gambar! nak lg gambar! :D

ade tak member2 kita lain yg dtg? noor ade?

Liz Rohaizat said...

kd> noor ada dtg. sempat jumpa dia tapi tak sempat bergambar. ramai tetamu. kejap je dia dah menghilang. gambar sabar eh. aku upload sikit2. nanti org bosan tgk gambar berderet.

Mita said...

mana gambo wed sanding? :P wid selamber?aku cam nak nangis ms akad nikah..terharu huhu~

Liz Rohaizat said...

ita> ceh,ko ni emo sgt pulak. hahaha

weed said...

nak tgk gigi alif.....hehehehe...sebaik adam bengkokkan jari tengah dia...ekekekke...kalo tak...haaaaa...

Liz Rohaizat said...

weed> alif sgt comel, ok! geram aku tgk everytime dia senyum

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.