Friday, February 18, 2011

Sabah - In Ranau, Kelah is a new Piranha

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Selepas membeli sayur-sayuran di sana, kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Tujuan utama ialah utk mencuba Kelah Fish Spa di sana. Ok, namanya bukan fish spa. Tapi fish spa agak sinonim pada kami, kami pandai-pandai letak nama tu. Jika nak tanya direction pada orang tempatan, sila minta direction ke Kg. Luanti. Katakan saja tempat ikan kelah.


Tempat ni pernah diwarwarkan melalui Buletin Utama satu masa dulu. Masa tgk kat berita, rasa mcm teruja je nak cuba sebab ikan tu mmg besar-besar jika nak dibandingkan dengan fish spa kat KL nie. Cuma masa tu tak tau bila nak pegi Sabah tu. So bila tiba-tiba dah nak ke Ranau, I ajak Sue cuba. Semua orang nak ke sana utk tgk rupa ikan tu sblm mencuba. Tau jugak takut eh :p

Utk masuk ke tempat ikan kelah, bayaran sebanyak RM5 dikenakan utk setiap pengunjung. So rugi la kalau tak cuba sebab awal-awal dah kena bayar. Tapi kalau lebih berani, boleh terus mandi di sungai tu. Bayaran sebanyak RM10 utk 15 minit akan dikenakan.

Kami diberi nombor giliran. Tempat duduk di bawah khemah ada disediakan utk kami berehat sementara menunggu giliran. Bila nombor dipanggil, barulah kami boleh masuk ke kawasan yg disediakan. Untuk yg nak mandi, rendamkan badan hingga ke takat leher. Nikmatilah pengalaman body fish spa seperti orang di bawah nie.. ekekkeke…

Yang hitam itu adalah ikan-ikan!

Bagi yang kurang berani, boleh try rendamkan kaki di tepian saja. Ikan kelah akan berlumba-lumba menggigit anda.

At first, I tak takut. Tapi bila si Zahidi yg awal-awal dah rendamkan kaki ni dok, “Auw.. auw.. sakit la.. auw!”, I dan Sue dah mula cuak. Ada la seminit dua dok tercongok kat tepi sungai tu sambil fikir nak rendamkan kaki ke tak. Last-last kami cuba juga.

Insan yg menakutkan kami

Ni bukan muka excited tapi muka menahan kegelian

Nampak tak ikan yg besar tu?

Tak la sakit sgt. Geli-geli je. Tapi ada satu jenis tu yg suka gigit kuat sikit. Time tu la terjerit-jerit sikit. Ok tipu, jerit banyak sebenarnya. Can’t help it. Geli campur sakit bila yg seekor tu gigit. Tapi dah lama-lama tu, rileks je la. Rasa best pulak.

Cukup 15 minit bermanja dengan kelah, kami naik ke darat.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Sabah Tea Garden. Kebun teh di sana tak besar dan luas mcm di Cameron Highland. Masa lalu di Gunung Kinabalu, sayup-sayup boleh nampak sedikit puncaknya. Tak jemu mata memandang. Perasaan tu tak dpt digambarkan dengan kata-kata.

Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva

5 scribble(s):

sya_firwan said...

bestkan..masa kitaorg pi ikan2 tuh tak mengigit sgt..sebab da kenyang.. ;)

MarDiah said...

liz, try jengah blog baru Mazidul Akmal Sidik:

http://jomlibur.blogspot.com/

Liz Rohaizat said...

sya> mmg best. kalau dpt pegi sabah, nak pegi sana lagi sekali. sya pergi pukul brp? kami sampai sana nak dekat pukul 10. agaknya ikan2 tu baru nak breakfast. tu yg gigit beriye sikit.

nadia> mengapakah? nanti aku jenguk

love said...

...hai u...

wah siap berendam ekk...hahaha
sangat berani ooo....
tp best lah tengok suasana nye sngt calm je kan...

Liz Rohaizat said...

love> mmg kena berendam la sbb datang dr jauh. tak tau bila dpt lg pengalaman tu kan? tak la berani. terjerit2 jugak bila kena gigit yg dgn seekor tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.