Thursday, February 17, 2011

Sabah - The Departure

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Setelah puas berbalas sebanyak hampir 180 emails sepanjang beberapa bulan, akhirnya hari yg dinanti telah tiba. Ahaks, kami buat countdown mcm la kami yg nak kahwin :p

Dari dulu, I mmg dah pasang hajat nak ke Sabah. Tapi I nak tunggu my bestfriend’s wedding. Kira sambil menyelam minum air. Akhirnya, kahwin jugak kwn yg sorang nie.

The Dahlia terdiri daripada 7 orang ahli. Weed merupakan ahli terakhir yg menamatkan zaman bujangnya. Jadi kami yg lain mmg merancang nak menghadiri majlis perkahwinan dia bila tiba masanya.

Apakan daya, di saat Weed nak kahwin, hanya 3 ahli yg dpt pergi. Yang lagi 3 mempunyai sebab masing-masing. Maisya sibuk dengan study+kerja, Ezu dgn kesihatannya dan Niza dgn anak yg masih terlalu kecil. So hanya Zai & keluarga, kami sekeluarga dan Sue & Zahidi aje yg dpt ke sana.

This is our story. Diharap dapat membantu mereka yg ingin ke sana seperti mana I dapat info dari other blogs. Mmg membantu sangat bila dah baca pengalaman orang lain.

Part 1 – The Departure

Flight kami dijadualkan pada hari Jumaat, 11/02/2011 pada jam 0920. Zai akan bertolak dari Port Dickson. Kami dan Sue pula akan bertemu di KL Sentral sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA. Kami memilih utk buat Web Check-In sebab masa agak suntuk utk check-in di kiosk atau melalui kaunter pada pagi tu. Jadi, tidaklah terkejar-kejar sgt.

Malam sebelumnya, kami semua tidur agak lewat. Rasanya lepas tgh malam, baru dapat lelapkan mata sebab Batrisyia taknak tido. Mungkin dia excited sgt eventhough I tak rasa dia tahu dia nak ke mana. Nasib baik la malam tu kami semua tido nyenyak. Kalau tak, mau jugak terlajak nak bgn pagi.

4.45am, I dah bgn. Lepas dah siapkan semuanya, barulah I kejutkan orang lain. Fortunately, Batrisyia pun terbangun sama. Jadi dptlah mandikan dia pagi-pagi tu. Around 5.45am, my brother hantar kami ke KL Sentral. Nasib baik ada adik yg duduk kat KL nie. Dpt juga la minta dia hantarkan.

Perjalanan ke KL Sentral tak mengambil masa yg lama. 6.05am, kami dah sampai. Sue pulak sampai around 6.30am. Kami berkumpul di KL Sentral kerana kami telah buat keputusan utk menaiki coach bus ke KLIA. Lebih murah dan senang. Tak perlu minta orang hantar sampai ke KLIA.

Utk pengetahuan, perkhidmatan coach bus yg disediakan bermula seawal 5.00am dengan kekerapan sejam sekali. Tiket utk satu perjalanan berharga RM10. Utk return ticket, anda hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM18. Perjalanan mengambil masa selama sejam.

Bas kami sepatutnya bertolak pada jam 7am tetapi diawalkan ke 6.45am. Jadi kalau korang nak naik coach bus, make sure la sampai setengah jam awal agar tak ketinggalan bas. Pemandu bas sangat berhemah yer. Tak laju pun (paling laju pun dia bawa 85km/j) tapi boleh sampai dlm masa kurang sejam. Hebat!

Kapal terbang berlepas pada jam 9.30am. Dgr cerita, MAS steward dan stewardess yg bertugas di KK route pandai handle kanak-kanak. Ni cerita dari mereka yg dah ada pengalaman. So bila kami pilih MAS, kami harapkan perkhidmatan yg sama diberikan kepada Batrisyia.

Alhamdulillah, mmg mereka faham akan kerenah kanak-kanak. Or maybe mereka telah diajar sebegitu? Tak kesah la. Yang penting, anak-anak selesa bila menepuh perjalanan yg memakan masa selama 2 jam setengah tu.

Mereka yg bertugas pada hari tu memberi layanan yg baik. Zahidi cakap maybe yg si berambut palsu tu baru start kerja. Sebab tu dia peramah semacam. Ahaks. Ape la… Tapi kira ok la. Mereka tanya nama bebudak nie (Batrisyia, Alif dan Adam). Tanya umur mereka. Berikan mereka free toys. Paling penting, bebudak ni dapat makanan lebih awal daripada orang dewasa.

Gambar wajib. Selalunya, gambar I confirm takde.

Duduk di seat sendiri. Pakai seat belt. Dah besar rupanya!

She choosed nasi lemak for breakfast. Ada sambal udang.


Kami sampai di KKIA tepat jam 12.00 tgh hari. Ada la 15 minit kot, baru la Khamal muncul dengan 2 buah kereta sewa. Kami ambil Viva dan ternyata sgt la menjimatkan petrol selama 4 hari kami di sana. *Clap clap*


7 scribble(s):

~ As ~ said...

sad kan tak dpt jumpa, adik i dtg dari KL jg utk last check wedding preparation dia. so, kitorang pun bz sama cari pelamin.

Syigim said...

seronoknya.......i xpenah smpai lagi sabah swak :(

ala, nxt time xyah buat disclaimer. like u said, blogging psl travelling ni sbb nk bg info to others, and also for ur family n friends kan. contoh, i like the way u describe the stward ok ke tak ok, n also gamba makanan. :)

depends on the way u write ur experience. :) sape yg ingat u menunjuk tu, diorang kot yg suka menunjuk huhu..

Ila said...

bestnyer dah sampai sabah..hope ila pun ade rezeki nanti

izzahazfar said...

kak, viva 4 hari berapa?zah nak tempah kalau harga ok :) - insyaallah nak kesabah bulan 6 ni...ri tu amik keta dr keta sewa kat laman web leh tahan gak regenya

Liz Rohaizat said...

as> tu la. tak sempat nak jumpa. jadual padat. insya Allah kalau kami datang lagi, kita jumpa yer. belum lepas panjat gunung lg.

kak syigim> kak, ni 1st time saya ke sana. tu pun sbb bestfriend kahwin. kalau tak, tak tau la bila nak sampai.

disclamer tu bkn apa. sekadar mengingatkan komen2 hangit yg mungkin nak singgah sini.

ila> insya Allah, jika ada rezeki.. ila pun boleh sampai.

izzah> viva, rm340 utk 4 hari.

maisy said...

Murah laa viva tu..huh disclaimer ko bukan utk aku kan...he he he...

Nice trip anyway..syg tk dpt join...nanti dah susah...kita kalo tkde mende rasmi tkdekla nak sampai jauh2 kan...

Liz Rohaizat said...

maisya> eh, bukan la. ni utk si blogger hangit yg dulu tu. hahahha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.