Friday, February 18, 2011

Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Seperti yg dirancang, kami, Sue dan Zahidi telah bangun awal pagi sebab nak ke Kundasang dan Ranau. Plan asal pada hari kedua ialah island-hopping tapi sebab Zahidi dah sakit-sakit badan, tak dpt nak snorkeling. Kami tukar plan ke Kundasang. Serious mmg last minute betul. Kami hanya sempat survey tempat-tempat menarik di Kundasang dan Ranau sehari sebelum ke Sabah.

Kami gerak awal sebab menurut catatan Biqque, kena pegi awal. Kalau tak, kempunan nak nampak puncak Gunung Kinabalu sebab awan akan menutupi puncak. Pukul 6 pagi dah gerak! Semangat kan? Sepanjang perjalanan dari KK ke Kundasang, cuaca sejuk dan berkabus. Hamparan kabus seperti permaidani boleh dilihat di sepanjang perjalanan. Mmg cantik sgt bila lihat pemandangan rumah-rumah di lereng bukit (sambil dgr Zahidi mengira berapa byk church yg kelihatan di sepanjang perjalanan. Ahaks). Tak susah nak ke sana kerana ada satu jalan je ke sana. Gerenti tak sesat. Cuma perjalanan agak panjang. Kalau tak silap, dari KK ke Kundasang, ada la dlm 57km. Ini mengikut papan tanda di sana.

Hamparan kabus dan awan bersatu!

Dari jauh, dah kelihatan Gunung Kinabalu. Sempat tgk puncaknya!! Ya Allah, rasa kagum sgt sebab tak pernah nampak gunung setinggi tu. Rasa mcm, “Betul ke ni Gunung Kinabalu? Tingginya!!!”.

Tapi bila betul-betul sampai di Mt. Kinabalu Park, awan dah menutupi puncak gunung. Tak sempat nak bergambar. Tapi alhamdulillah, sempat tgk puncak di dalam perjalanan tadi. Kami bercadang utk jenguk Mt. Kinabalu Botanical Garden. Utk masuk ke Mt. Kinabalu Park, kami dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang. Utk masuk ke botanical garden pulak, bayaran sebanyak RM4 seorang akan dikenakan.


Without map and direction, kami menyusuri jalan masuk dari entrance. Di hadapan, jalan terbahagi kepada dua. Satu naik ke atas, satu turun ke bawah. Logiknya, jalan turun ke bawah ialah jalan ke pintu keluar. So kami ikut la jalan ke atas. Naik... naik … naik… rasa mcm jalan ni salah sebab jalan makin lama makin kecil. Tapi lepas tu, kami jumpa satu pit-stop. Mcm tempat utk berhenti menikmati pemandangan dari gunung. So kami ingat, betul la kot jalan tu. Kami teruskan perjalanan. Jalan makin sempit. Kami dah mula ragu-ragu sebab kiri kanan mmg hutan. Pastu mula nampak pondok-pondok. I dah rasa lain mcm. Tapi kami degil jugak tu. Teruskan juga perjalanan. Semuanya keras kepala. Hahaha..

Cuaca dah semakin sejuk. Tiba-tiba nampak ada van turun. Terus tanya driver tu. Sekali dia cakap, “Ini sudah naik gunung. Kamu sudah salah jalan”.

Sekarang kami boleh beritahu orang lain yg kami dah panjat Gunung Kinabalu separuh jalan :p

Tak lawak, okay. Kalau Viva kami dah sampai ke power station, baru boleh gelak!

Kami pun turun semula dan akhirnya sampai ke Mt. Kinabalu Botanical Garden. Ia beroperasi dari jam 9am. So kalau nak datang, jgn dtg awal sgt. Nanti lama pulak nak tunggu.




Utk I dan Sue yg pernah ke botanical garden di Pulau Pinang, kami rasa Pulau Pinang punya lagi best tapi ni kat Gunung Kinabalu tau. Hikhik. At least, mesti pergi walaupun sekali.

Sebelum keluar, make sure korang nikmati pemandangan dari look out point di belakang Sutera Sanctuary Office. Kami hampir-hampir nak keluar. Lepas tu nampak ada orang bergambar di situ. Masuk balik. Subhanallah, pemandangannya sangat cantik.

Cantik!



Puncak Gunung Kinabalu yg telah dilitupi awan

Kami meneruskan perjalanan ke Strawberry Garden. Ianya menghala ke Ranau. Garden ni tak besar sebenarnya dan tiada papan tanda yg gah. So probably korang akan terlepas simpang la kot. Actually, Strawberry Garden terletak di kawasan Strawberry Garden Hotel. So carilah direction ke hotel. Sampai di sana, lagi elok kalau tanya dulu samada ada banyak strawberry atau tak. Mcm rugi la kalau korang beli tiket masuk (walaupun hanya berharga RM1) tapi takde strawberry kan? Masa kami sampai, strawberry mmg takde so kami tak masuk. Kami hanya singgah di restoran dan beli strawberry shake dan ice cream. Yummy!


Dalam perjalanan ke Ranau, kami sempat singgah di gerai menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Wah, terasa nak je beli semua. Mmg fresh! Yang hijau, mmg hijau. Yang merah, mmg merah.


Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony

5 scribble(s):

Diyana said...

wah liz pegi sabah eh?jalan2 sampai mane?kampung suami diyana 1 jam dr kk..di beaufort.best kan jalan2 sabah?diyana btul2 ronda2 sabah masa pegi bercuti awal perkenalan dgn suami aje. lepas2 tu, balik sabah semata2 balik kampung shj.tak sempat nak ronda2..dok umah mak mertua pun kejap2 je.:)

Liz Rohaizat said...

diyana> paling jauh sampai ranau la kot. next time nak panjat gunung pulak

MarDiah said...

Kalau aku yg drive agaknya, mau aku redah sampai power station tu... hehe..

Liz Rohaizat said...

nadia> hahah. ko tak tgk lagi rupa jalannya. scary beb! jalan sempit giler. muat satu kenderaan je. masa kitorang nak patah balik tu, takut gak kot2 terjatuh gaung.

MarDiah said...

aku pernah panjat gunung ledang ikut jln tar nak ke pencawang tu. semput gak laa... tp tu jlnnya lebar gak laa rasa aku.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.