Monday, February 21, 2011

Sabah - Amazing Race... anyone?

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Hari terakhir kami di Sabah. 2 orang lelaki tu ckp nak bgn seawal 3 pagi sebab nak tunggu kat jeti ikan! Tapi 2 orang perempuan ni tau yg diorg tu gerenti takkan bangun awal camtu :p

So we set our alarm clock to 6.00am. Around 6.30am, kami bergerak ke Safma. Safma terletak di sebelah pasar ikan masin. Menurut Weed dan kakak di Filipino Market tu, better beli ikan kat sana berbanding pasar. Kat Safma tu lagi murah sebab beli terus dari nelayan. Kalau rajin, datang la 4-5am. Banyak ikan segar boleh didapati. Kami lewat. Bila sampai sana, lobster dah habis. Udang yg besar-besar pun dah tinggal sikit.



Masih gelap tapi dah ramai orang!

Kami tak terfikir nak beli seafood. Jadi takde la bawa bekas polisterin dari rumah. Sampai sana, Zahidi sarankan agar tak pack awal-awal sebab dulu, dia punya package pernah kena buka kat airport (kemudian baru kami dpt tahu yg kejadian tu berlaku di T2 – Air Asia.. tskkk). Tidaklah kami tahu yg keputusan ni akan memberi kami sedikit kesukaran di airport.

Nyenyak dia tido... mcm taknak balik je.

Eventhough flight kami pukul 3.20pm, kami terpaksa ke airport lebih awal sebab nak pulangkan kereta sewa. Kami terus ke sebuah kedai seafood di dalamnya utk pack our seafood. Di sinilah bermula masalah kecil kami. Mereka tiada bekas polisterin yg cukup besar utk muatkan seafood yg kami beli!

We had to call the newlyweds yg kebetulan on the way ke airport utk menghantar kami pulang. Weed la yg pergi cari ais dan bekas. Bekas yg dia beli sangat besar tau!




Lepas gosip sikit-sikit, sampailah masa utk kami pulang. Kami sampai dia KLIA tepat jam 6.00pm dan menyebabkan kami tak sempat kejar coach bus pukul 6pm. Terpaksa la tunggu bus yg pukul 7pm.

Semasa kami berjalan keluar ke KLIA, kami ditahan oleh pegawai kastam. Sue yg tolak trolley telah ditanya soalan mengenai kotak kami yg besar tu. Bila kami beritahu yg hanya ada udang dlm tu, pegawai tu mcm tak percaya. Tapi akhirnya kami dilepaskan.

I thought semuanya berakhir di situ. Tapi kami diduga lagi. Sampai saja di KL Sentral, kami semua ambil LRT utk ke Kerinchi. Disebabkan byk sangat barang yg perlu dibawa, kami pun naik lif. Hampir-hampir nak sampai 1st floor, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Lif terasa bergegar dan mula turun dengan laju tapi mungkin brek kecemasan menyelamatkan keadaan. I tak tau la. Hanya lampu kecemasan yg menerangi kami.

Kami cuba menekan alarm tapi tiada suara yg kedengaran dari interkom. Kemudian, kami cuba call pusat khidmat pelanggan lif tu (ada nombor telefon tertera di dinding lift). Pegawai yg terlibat meminta lokasi lift (KL Sentral, Putra LRT) dan meminta jumlah orang yg berada di dalam lift. Dlm 2 minit kemudian, barulah pegawai dari Putra LRT KL Sentral menghubungi kami melalui interkom.


Ada la dlm 10 minit kot kami dlm tu. Panas sebab takde air-cond. Batrisyia pun senyap je. Pegawai tu minta kami buka pintu lift. Kami cuba tapi tak boleh. Dalam hati hanya mampu berharap agar takde la adegan panjat bumbung lift ke, buka pintu lift sekali nampak lokasi kami di antara ground dan first floor ke. I don’t mind kalau kena panjat-panjat tapi sebab ada Batrisyia, agak susah la sikit.

Akhirnya pintu lift terbuka. Mereka buka dari luar. Katanya ada electric failure. Nasib baik lift hampir-hampir mencecah ground floor.

Sampai KLIA pukul 6pm. Sampai rumah nak dekat pukul 10pm. Fuh, berpeluh!

Thanks to Sue dan Zahidi yg tlg hantarkan kami pulang.

Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva
Sabah - In Ranau, Kelah is a new Piranha
Sabah - The Wedding Reception

6 scribble(s):

Ely Hasrul said...

wow beshnye.. liz bape rega seafood tuh kat sana? ingat lagik tak? cth 1kg udang beso bape? mana tau esok2 aku pon nk buat gitu (mcm la slama ke nih blk skinchan tak beli kt jeti hehe)

Liz Rohaizat said...

ely> harga kena tgk berapa besar udang la eventhough dia sejenis. kalau besar betul, dlm RM70 sekilo. sedang, RM50. kalau kecil, bolehla dlm RM30 sekilo.

nieda said...

bestnya...nice trip.byk tertinggal entry lepas2,wajib baca ni..hehe

Liz Rohaizat said...

nieda> yerp, best sbb pergi dgn kwn2. harapnya ada rezeki lebih. nak pegi panjat gunung pulak

CHeeSYaNa said...

aku baru balik dari KK jugaks last week.. tp tak memborong seafood sebab peti ais satu pintu.. so, takde space nak letak seafood :(

Liz Rohaizat said...

yana> la, ye ke? hehehe... kitorang pun tak memborong la. kotak tu 3 org kongsi. masing2 tak beli byk. tapi sebab dah takde kotak lain, rembat je la yg besar tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.