Wednesday, February 02, 2011

Paria dalam Interlok

Jika ditanya ada berapa orang penulis telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara, sejujurnya I tak tau jawapan sebenar. Tapi rasanya 10 orang kan? Kalau betul, jgn ditanya apakah nama mereka. I tak kenal semua. Yang I kenal hanya Shahnon Ahmad, A Samad Said dan Abdullah Hussain.

I pernah baca novel Shahnon Ahmad bertajuk Detik-Detik Diri Di Daerah Daif. Ia lebih merupakan satu autobiografi ketika Sanong (nama panggilan Shahnon di kampung halamannya) hidup bersama rakan-rakannya di sebuah kampung yg aman damai. Sungguh mengkhayalkan bila baca buku tu. Terasa seolah-olah kita membesar dengan dia.

A Samad Said pun best. I pernah cerita pasal satu buku dia di sini

Utk Abdullah Hussain, I hanya pernah tgk orangnya tapi tak pernah baca bukunya. Apabila kecoh sebentar tentang Interlok, hati meronta-ronta nak baca buku tu. Puas juga mencari tapi tak jumpa. Ada satu kedai tu ckp, dia dah lama tak jual sbb tu buku lama. Erk..

Buku yg penuh kontroversi gara-gara penulis menggunakan perkataan Paria dan merendahkan martabat orang India. I taknak dgr komen orang sebab belum tentu orang yg 'mengamuk' tu pernah membaca Interlok.

Sebelum I bagi komen, I nak baca dulu. So I cari. Kebetulan, my hubby ada kawan di DBP. Kawan dia yg tolong carikan. Dpt la I beli dengan harga RM20. *Dan kemudian my mother kata kat sekolah dia ada berlambak. Anytime boleh pinjam. Isk.. dah beli dah pun*

Tapi I tak menyesal beli sebab boleh disimpan. Maybe bila Batrisyia dah besar, dia boleh baca. Dia boleh faham bagaimana negara kita boleh mempunyai masyarakat majmuk.

I dah baca so I bebas nak komen. Entry ni akan menjadi satu entry yg panjang tetapi jika anda nak tau apa di sebalik Interlok, boleh teruskan pembacaan. Maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak. Ini hanya pendapat saya sebagai orang yang telah membaca buku ni.

Biarlah I ulas buku ni dulu. Lepas tu baru I bagi pendapat samada patutkah isu Interlok ni diperbesar?

Interlok terbahagi kepada 4 bahagian : Keluarga Seman, keluarga Cing Huat, keluarga Maniam dan Interlok.

KELUARGA SEMAN
Keluarga Seman bukanlah orang kaya tetapi bukan juga orang miskin. Mereka masih mempunyai wang, tanah dan ternakan. Ayah Seman bernama Musa dan dia sudah tua. Batuknya sangat teruk tetapi tiada ubat yg mampu sembuhkan ayahnya hingga si ayah muntah darah. Sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya memberitahu satu rahsia yg dia simpan sekian lama. Katanya, setelah dia meninggal, Seman dan ibunya harus keluar dari rumah itu kerana rumah, tanah dan ternakan itu bukan mereka yg punya.

Seman jadi bingung kerana cerita itu sukar dipercayai. Tetapi setelah ayahnya meninggal dunia, tuan sebenar kepada harta ayahnya datang dan mengusir mereka anak beranak.

Rupanya ayahnya merupakan seorang anak tempatan yg menjual tanahnya kepada bangsa asing iaitu bangsa Cina. Pada masa itu, bangsa Cina tidak boleh membeli tanah. Jadi apa yg mereka buat ialah mereka akan menyuruh orang Melayu belikan tanah utk mereka. Orang Melayu itu boleh mengerjakan tanah tu. Tetapi harta tersebut harus dikembalikan semula kepada tuan yg sebenar.

Perbuatan Musa itu dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.

KELUARGA CING HUAT
Cing Huat mengikut bapanya; Kim Lock mencari pekerjaan di Singapura ketika masih kecil lagi. Ibunya ditinggalkan di negara China kerana bapanya tidak mempunyai cukup wang utk menampung perjalanan mereka anak beranak.

Mereka cuba bekerja di Singapura dan melalui pengalaman yg sukar. Akhirnya mereka mengambil keputusan utk ke Melaka. Bermulalah hidup mereka, merantau dari satu negeri ke negeri yg lain utk mendapatkan kerja yg lebih baik. Akhirnya mereka menetap di pekan Simpang Empat dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kim Lock cepat belajar selok belok perniagaan dan perniagaan mereka semakin maju. Ilmu diturunkan kepada Cing Huat.

Kim Lock sudah melupakan isterinya kerana ketagih candu dan akhirnya mati. Cing Huat berkahwin dan meneruskan perniagaan bapanya. Dia mula menjadi orang yg dihormati. Bagaimanapun, dia memandang rendah kepada orang Melayu. Dia menggelarkan orang Melayu sebagai Huan Na (bermaksud "orang hutan"). Katanya, jika orang Cina tidak datang ke sini, orang Melayu takkan hidup senang. Akan selama-lamanya menjadi Huan Na.

Tetapi salah seorang anaknya tidak bersetuju. Seorang anaknya sgt suka berkawan dengan orang Melayu. Malah ketika seorang lelaki bernama Seman marah-marah bapanya kerana dihalau keluar dari rumah, dia memarahi bapanya dan menganggap bapanya sangat kejam. Dia bertindak keluar dari rumah tu sebagai tanda protes.

KELUARGA MANIAM
Maniam datang dari India. Dia mendengar cerita dari orang kampungnya bahawa tanah Melayu sangat sesuai utk mencari makan kerana hidup aman damai di sana. Dia pun mencuba nasib ke sana. Isteri ditinggalkan. Katanya, dia akan kirim wang setelah dapat menyimpan duit. Diarahkan isterinya agar membaiki rumah apabila wang diterima.

Ketika dia mula-mula sampai di Pulang Pinang, dia lihat Pulau Pinang seperti kampung halamannya juga. Ada pokok kelapa. Malah, ramai orang India yg bekerja di situ. Dia tidak terasa seperti dia telah keluar dari negaranya.

Cuma satu perkara yg membuatkan dia gembira. Di Pulau Pinang, tiada kasta. Semuanya sama taraf. Jika dia di kampung, dia tidak boleh bersentuhan dengan orang sembarangan. Jika dia ingin membeli barang, dia harus meletakkan wang di satu tempat dan penjual akan menjirus wang tu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam peti besi. Tetapi di Pulau Pinang, dia boleh berbual dengan sesiapa sahaja, boleh menyentuh sesiapa sahaja tanpa perlu risau akan menyinggung mana-mana pihak. Dia rasa selesa di tempat orang.

Beberapa bulan kemudian, dia mendapat berita bahawa isterinya melarikan diri dengan orang lain kerana hidup susah di sana. Barulah Maniam tahu bahawa wang yg dia sering kirimkan melalui seorang kawannya tidak sampai ke tangan isteri, sebaliknya masuk ke perut kawannya. Dia berasa amat marah. Dia ingin pergi jauh dari Pulau Pinang.

Maniam seorang yg gigih. Dia bertukar kerja hingga akhirnya dia bekerja sebagai kuli di sebuah kebun di bawah jagaan seorang tandil bernama Perumal. Perumal yg menyukainya akhirnya mengahwinkan Maniam dengan anaknya bernama Malini.

Mereka hidup aman hinggalah seorang lelaki bernama Suppiah muncul. Suppiah datangnya dari kampung Maniam. Maniam tidak menyukainya kerana bimbang mertuanya mengetahui yg dia pernah berkahwin.

Suppiah yg cemburu bertindak menabur fitnah. Dia mengatakan bahawa Maniam meninggalkan isteri di kampung hingga mati kebuluran. Malah dikatakan anak Maniam juga mati kebuluran sedangkan Maniam sebenarnya masih belum dikurniakan anak.

Malini yg pada masa tu sedang sarat mengandung berasa tertekan tetapi dia percayakan suaminya. Bagaimanapun, orang lain menyuruh Maniam keluar dari kebun tu. Terpaksa Maniam membawa diri dan meninggalkan Malini di sana.

Dlm perjalanan mencari kerja di kebun lain, dia diserang hendap tetapi diselamatkan oleh seorang anak muda bernama Musa. Sama-sama mereka mencari kerja dan bekerja di kebun. Tetapi Musa hanya bekerja dalam waktu yg singkat kerana dia sangat rindukan kampung halaman dan ingin pulang ke sana. Itulah kali terakhir Maniam berjumpa Musa.

INTERLOK
Di bahagian ini, 3 cerita bercantum menjadi satu. 3 keluarga yg berasal dari 3 tempat akhirnya disatukan dalam satu kehidupan. Seman yg terpaksa keluar dari rumahnya akhirnya diberi pekerjaan oleh Maniam yang pada ketika itu telah menjadi tandil di kebun tempat dia dan bapa Seman bekerja. Seman yg menyimpan dendam kepada Cing Huat tetap mempunyai perikemanusiaan. Dia menyelamatkan anak Cing Huat bernama Poh Eng ketika kedai mereka dirompak. Poh Eng dan mak Seman dihantar kepada Maniam utk diberi perlindungan. Maniam yg memberi perlindungan kepada Poh Eng pula diseksa oleh tentera Jepun dan akhirnya diselamatkan oleh anaknya setelah jejak kasih di dalam tahanan.

Di bahagian Interlok, 3 keluarga ini berjuang dengan cara mereka sendiri ketika menghadapi serangan tentera Jepun dan Komunis. Di bahagian ini juga, 3 keluarga yg berlainan akhirnya menjadi satu masyarakat.

Jadi di manakah 'panas' Interlok hingga buku ini menjadi kontroversi? I akan komen di entry minggu hadapan. I nak kumpul fakta tentang kontroversi ini dahulu. Nantikan entry hari Isnin.

6 scribble(s):

I-sya said...

I love ur effort.. membaca dan mengulas.

nanti ai bc ur komen plak yer.

Liz Rohaizat said...

I-sya> can't help it sebab suka membaca. selalunya karya sasterawan negara mmg lain dari yg lain

imee said...

thanks for this, liz! oh, ini rupanya interlok tu.. hehe, dengar je org dok ckp2 tapi tak tau apa2 pun pasal ni.. best jugak ceritanya ek..

Liz Rohaizat said...

imee> tu la. aku teringin nak tau. tu yg sanggup cari. jalan cerita mmg sesuai digunakan utk pelajar tingkatan 5. byk benda boleh dibincangkan.

maisy said...

bahasa yg di guna pakai teruk kan..aku pon tak amik port cite nih..till aku dpt email org india yg ter email kat aku yg aku masukkan dlm blog tu....

marah gile diorg...

Liz Rohaizat said...

maisya> boleh tak ko email kat aku email yg ko dpt tu? aku nak baca. pelik bila ko ckp bahasa yg di guna pakai tu teruk. sebab aku tak rasa bahsanya teruk. bahasanya sgt santai, lagak sasterawan.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.