Monday, February 07, 2011

Interlok adalah sebuah karya yang jujur

Sambungan dari entry sebelum ni : Paria dalam Interlok

According to Maisya, dia dpt email tentang Interlok. Di dalam email tu, dikatakan mereka marah dengan Interlok kerana menggunakan bahasa yg teruk didengar. I tak dpt email tu so I tak tau apa isi kandungannya. Cuma teringin juga nak baca email tu sebab nak tgk sama tak dgn apa yg ada dlm buku terbabit. Mana la tau yg riuh sekampung ni hanya mendengar cakap mulut org yg menghasut tanpa cuba membaca karya tu terlebih dahulu.

Yang I pasti, ramai orang marah kerana isu "Paria" disentuh. Heboh minta dibuang perkataan "Paria" dalam novel tu. Masa tgh kecoh sampaikan isu membakar novel ni, I ingatkan penulis menghina Paria. I ingatkan Paria diangkat menjadi satu isu penting. Tetapi nak tau berapa kali penulis guna perkataan tu?

Satu kali. One Time. Ayatnya berbunyi:

"Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul ialah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria".

Hanya disebabkan satu perkataan ni, timbul isu "Paria dalam Interlok"

MIC WANTS THE WORKD "PARIAH" DROPPED FROM NOVEL

However, the deputy minister in the Prime Minister’s Department disagreed over the usage of the novel as a textbook for Form Five students whom he felt were too young to understand the caste system as portrayed in the novel.

“We don’t want this issue to create disharmony between teachers and students,” he said.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk T. Murugiah said the Public Complaints Bureau under his supervision had received 27 complaints against the novel.

What is the issue? Hanya kerana perkataan ni, sampai nak bakar novel. Apakah orang lain tak tau tentang kasta dalam masyarakat India sebelum ni? Orang yg dah selalu tgk cerita Tamil, dah lama tau bahawa hidup orang India di negara asal mereka mmg hidup berkasta. Hanya kerana buku ini digunakan di sekolah, isu ini menjadi besar.

Paria tidak diangkat menjadi isi penting. Sebaliknya semangat juang Maniam yg menjadi elemen penting. Tidakkah mereka bangga dengan karakter Maniam yg rajin bekerja? Mungkin mereka marah kerana ia mengingatkan mereka tentang asal usul mereka. Jgnlah risau, itu cerita lama. Kaum India yg ada di Malaysia sekarang nie sudah dianggap orang sini. Bukan berkasta lagi dah. Kamu bukan dari kasta Paria tapi kamu rakyat Malaysia.

For me, penulis bijak mengolah watak. Ada 3 kaum. Setiap kaum mempunyai orang yg baik dan orang yang jahat. Jadi tidak timbul isu Melayu rasa diperlekeh, Cina dituduh tidak berhati perut dan India rasa dihina. Tolong jgn cepat melatah. Boleh tak?

Dlm novel ini, Melayu digambarkan sebagai terlalu berlembut hati dan senang dimanipulasi oleh bangsa Cina. Pemalas! Cepat puas hati. Tapi dalam pada tu, ada watak anak Melayu seperti Seman dan Lazim dicipta bagi mengimbangi kisah tu. Penulis mungkin mengingatkan bahawa, dalam pada yg pemalas, ada yang rajin. Dalam pada yg menolak ilmu, ada yang gigih menuntut seperti Lazim.

Dalam novel ini, Cina digambarkan sebagai bangsa yg kuat bekerja dan pandai menipu. Menipu dalam jual beli tanah, menipu dalam menimbang barang. Dan tidak berhati perut. Hanya fikir wang saja! Kaya sebab pandai menipu. Cina digambarkan sebagai bangsa yg tidak kesah akan nasib orang Melayu yg dahulunya berkongsi rezeki di bumi Tanah Melayu. Dalam pada kejam seperti Cing Huat, masih ada yg baik seperti anaknya Poh Eng dan Yew Seng.

Dalam novel ini, India digambarkan sebagai bangsa yang sanggup bekerja susah walaupun sebagai kuli. Mereka gigih bekerja dari bawah hingga dapat menjadi ketua. Walaupun keringat mereka diperah, mereka tidak ambil kisah dan tetap menolong bangsa lain yg memerlukan bantuan. Mereka tau bagaimana hidup susah. Di sebalik manusia yg baik seperti Maniam, ada watak jahat bernama Suppiah.

Adakah selepas membaca novel ini I rasa marah sebab Melayu dikatakan pemalas, benci terhadap Cina dan memandang India dengan rasa hina?

Tidak sama sekali. Kerana apa? Kerana penulis tidak menanamkan perasaan sebegitu kepada para pembaca. Di akhir cerita, penulis meningatkan betapa pentingnya kita semua bersatu dan mengetepikan perbezaan bangsa.

Rasanya, buku ini wajar digunakan dlm pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan 5. Banyak perkara yg boleh dibincangkan. Janganlah dipolitikkan buku ini.

8 scribble(s):

Fid said...

i melihat semua ini hanyalah kerana nak buat isu politik semata
dalam sejarah pun kasta ada disebutkan kalau dalam agam itu..so what??apa masalahnya???

terima saja hakikat la kan....

Liz Rohaizat said...

kak fid> betul. lps baca buku nie, saya berpendapat mmg dipolitikkan. bendanya kecil tapi diperbesar agar menaikkan kemarahan org. sedangkan cerita disebalik interlok sangatlah best. saya suka cara penceritaan dia

Ely Hasrul said...

aku dh tbyg, pakcik2 dlm politik tu baca ke dak buku nih hehehe

Liz Rohaizat said...

ely> tak tau la. tapi agaknya, yg marah2 tu, hanya bab yg 'panas' je kot. tak khatam satu buku kot. kalau dia khatam, masakan dia sampai nak bakar2. mcm budak2! ok la, yg bakar2 tu bkn pakcik2 politik but still, baca la dulu sebelum menghukum.

maisy said...

aku pun dah confuse..ke yg ko bace dah translate comel2 dlm BM..coz email aku tu..cam ade simbol2 cam translate dr tamil ke ape..aku tak tau la...tp maksud nye jadi teruk jugak..mail aku jadi camni..(aku paste ckit ah)

aku rase yg tanda soal ni..bahasa lain kot...takkan sebab paria je kot...

----------------------------------
Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu; dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang mati. (?????? 220)
?????????? ?????????? ???????? ?????????????. ?????????? ???????? ??? ???? ?????????? ?????????????.
Tidak makan tengah hari tidak mendatangkan masalah, asalkan dia dapat mengunyah sirihnya seperti lembu atau kambing memamah biak. (?????? 224)
???? ???? ??????????? ??????? ?????????. ???, ???????????? ????????????? ???????? ?????????? ??????.

I-sya said...

suker dgr kupasan u. rajin la u ni. alert.

pape pun i know this issue more related to politic not the intellectuality.

Liz Rohaizat said...

maisya> email la kat aku. nak baca. hehe.. ayat2 yg ko tepek tu akan aku jawab kemudian. buku ada dlm kereta. nanti aku tgk. mmg ada ayat2 tu tapi nanti aku cuba check.

persoalannya, dlm buku nie, bukan hanya ada cerita kaum india. kaum lain pun ada. kalau kata nak perlekeh india, tu silap sebab orang melayu dan cina pun ada diperli dalam tu. kiranya penulis tidak berat sebelah.

i-sya> entah la. mungkin penulisannya agak selamba. biasa la. nama pun sasterawan. kalau baca buku sasterawan, mmg semuanya selamba menggunakan ayat yg kdg2 seperti melampau. tapi mereka bijak mengimbanginya.

kalau la buku ni betul2 'sampah', baik ketiga-tiga bangsa sama2 mengamuk kerana penulis mengata ketiga-tiga bangsa.

Liz Rohaizat said...

maisya> dah checked. mmg ada ayat tu. ceritanya, maniam tu ada seekor lembu jantan tua. dia mmg sayang kat lembu tu sebab lembu tu bwk tuah. one day, orang dari kampung dia dtg utk bawa bad news. dia pulak risau kalau lembu dia tu mati sbb bagi dia, lembu tu suci. kita pun tau lembu mmg suci bagi orang india. cuma sebab mereka ada guna bahasa tamil, so kita tak tau apa yg mereka cakap, tak tau apa yg mereka tak puas hati.

tp yg aku tau, sebab utama mereka nak interlok tidak dijadikan buku teks ialah kerana "merendahkan martabat kaum india dan risau akan pendedahan tentang konsep kasta kepada generasi muda kerana mereka yg hidup di malaysia ni tidak hidup berkasta"

for me, 2 ayat tu lebih pada metafora je. maybe diorg sensitif sebab berkenaan orang india. can't blame them. masing2 ada pendapat. cuma tak suka bila buku ni dihina teruk.

kaum lain pun ada di sentuh tapi kita kena bersikap rasional la kot. ni hanya sebuah karya. orang melayu pun ada diperli teruk2. ni yg aku sempat cari la. x sempat nak baca semula:

"Tapi apa? Lu mahu ikut macam Huan Na. Malas, tak tahu cari duit. Gua tak mahu lu jadi macam mereka"

"Itulah, suka manjakan anak-anak. Gua tak suka mereka ikut macam Huan Na itu. Lu tengok apa ada pada mereka. Kalau kita tak datang ke sini, gua tak tahu bagaimana mereka boleh hidup"

Melayu dah selalu sgt dilabel pemalas. boleh je kalau melayu nak marah. tapi kita kena sedar. ada yg malas. ada yg rajin.

ko nak pinjam? :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.