Wednesday, January 05, 2011

Wan Simban.. apakah cerita di sebaliknya?

Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam tapi semua kerja telah dibereskan. Ajaib! Kalau tak, pukul 10.30 malam baru boleh berehat. Masa tu pun dah mengantuk. Sebab takde apa nak buat dan bukan selalu dpt rehat awal mcm nie, I terus ajak Batrisyia masuk tidur. Dia ikut je la.

Tapi dia tak tidur. Bergolek ke kiri, bergolek ke kanan. Peluk I kejap. Pastu golek balik. Pastu peluk balik. Pastu ajak nyanyi. Pastu tanya, "Abi mana?". I ckp la Abi dia kat dlm bilik air.. Bla..bla..bla.. So dia mcm nak tidur.

Sekali abi dia buat bunyi kat dapur. Terus terang mata dia. Dan dan tu jugak nak keluar dari bilik. I bagi je la. Nak paksa dia tidur pun tak sesuai. Ingatkan ok la, I boleh tidur awal.

Tidak ye... this little girl terus aktif. I tak tau la mana dia dpt tenaga nak main malam-malam. Dia berlari kat ruang tamu, keluar masuk bilik. Pastu panjat katil. Melompat atas katil pulak. Pastu turun balik dari katil. Main kejar-kejar dgn abi dia. Lepas tu 2-2 naik atas katil dan teruskan sesi menggeletek. Terkekek-kekek dia gelak. Non-stop!

Wah, tak cukup ke main kat nursery tadi?

Tgk dia turun naik katil dan aktif mcm tu, buat I teringat masa dia kecil-kecil dulu.

Dah la cinonet, berat susah nak naik. Dia cepat tangkap apa yg orang ajar tp mcm lambat sikit dlm beberapa perkara. Budak seusia dia ada yg boleh duduk seawal 6 bulan. Batrisyia lambat tau. Ahaks, kami yg ajar dia duduk sendiri. Tak sampai 30 minit, dia dah confident nak duduk.

Turun dari katil? Kalau la kepala dia kepala besi, rasanya boleh je biarkan dia "terjun". Dia tak reti nak turun. I yg ajar dia jugak. Pun sekejap je ajar, pastu terus confident nak turun sendiri.

Now, dia telah membesar sebagai seorang kanak-kanak yg aktif bermain, becok bercakap dan berani menunjukkan emosi.

Dia seorang yg berdikari tetapi dlm masa yg sama, masih tidak mahu berenggang dari parents dia.

Seboleh-bolehnya dia nak buat semuanya sendiri. Dari pakai kasut, sabunkan badan, switch on the TV, tolak shopping trolley.. Tapi tetap tak boleh nak jauh dari her parents kecuali kalau pergi nursery. Ahaks.

Baru-baru nie, dia tiba-tiba nak ikut wan dan tokwan dia pergi kedai. Lagi satu ajaib sebab selama ni tak pernah nak ikut. Kali nie, terus je menonong ikut my parents pergi ke kedai. Tak pandang kitorang langsung. Ape lagi, kebetulan kitorang nak keluar, so hubby ajak keluar berdua. Bukan jauh pun, pergi tolong kawan cari rumah sewa je. Ada la keluar dlm sejam setengah.

Balik je, Batrisyia tgh ada kat luar tgk tokwan dia buat kerja. My mom kata dia tak nangis pun. Rileks je. Just tanya mana kitorang pergi. Good girl! Tokwan dia sempat bagi report yg sampai ke kat pasaraya, Batrisyia terus minta nak beli air milo. Taknak benda lain dah. Bagus.. bagus. Pandai memilih.

Skrg, bila tanya Batrisyia "Wan apa?".. dia jawab, "Wan Milo!". Erk, terpaksa la betulkan, "Bukan.. Wan Seremban".. "Wan Simban!"

4 scribble(s):

Diyana Zulkifli said...

kdg2 mmg senyum sorang2 kan tgk tingkah laku anak2 .stp hari,ade saje perkembangan mereka yg buat kita bangga..:)

Liz Rohaizat said...

diyana> she makes me proud :)

sya_firwan said...

hahaha..comel..=) jao je batrisyia besar..;) wan simbah..hihi..qistina panggil nenek kelantan..nenek kantan.. =)

Liz Rohaizat said...

sya> ahaha.. comelll!!!! nenek kantan. sya kena tanam bunga kantan la camni

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.