Monday, January 03, 2011

Seronoknya cuti 3 hari

Monday blues? Ahaks. Maklumlah, dah cuti sejak hari Jumaat. Sedap je rehat kan?

Kami tak rancang apa-apa sempena Tahun Baru 2011. Cuma kami menghadiri beberapa majlis yg telah diaturkan oleh pihak lain. Malam 31 December, kami menghadiri barbeque. Balik pun dah hampir-hampir nak tgh malam. So tidak melepaskan peluang tgk fireworks di sekitar KL. Icha Mincha dok "Bom..bom..."... dah mcm bunyi nak nyanyi lagu Firework, Katy Perry pulak!

Hari Sabtu, kami dijemput menghadiri dinner di rumah HC (High Commissioner). Semua staffs dijemput hadir. Ni kali pertama HC buat mkn2 dengan staffs di rumah dia. Selama ni tgk rumah dia dari luar pagar je. Hari tu baru dpt masuk. Tak dpt nak ambil gambar dengan tetamu yg lain sebab my camera telah dirampas.

Yes, saya telah merampas camera Umi.

I nak marah pun tak boleh sebab dia mmg dah pandai ambil gambar guna camera tu. Dah reti nak on. Dah reti nak snap walaupun kdg2 goyang. Sibuk dia snap gambar org, gambar meja, gambar lampu. Tak kesah la nak oii, janji jgn jatuhkan.

Lepas puas dia ambil gambar, dia suruh Umi ambilkan gambar dia pulak.


The dishes were yummy! I tak lepaskan peluang mkn Bobotie sekali lagi. This time, mereka gantikan minced meat dengan minced lamb. Lepas tu ada letak penne pasta sekali. Owh, sedap giler! Tapi segan nak bgn tambah. Heheheh..

Ahli keluarga HC mmg sgt humble la. Jauh beza dgn HC yg sebelum nie. Diorg ajak dtg dinner. Diorg sendiri yg serve tetamu walaupun mereka ada maid. Mereka sendiri yg angkatkan plates. Mereka sendiri yg tuangkan minuman. Anak-anak dia pun peramah je.


Cukup entry pasal dinner. Dok terbayang kesedapan Bobotie. Meleleh air liur.

Pagi Sabtu, sedang I menjemur kain di laman, I terperasan sesuatu. Sebenarnya, I tgk rumput kat depan rumah. Dah mula tumbuh. So ingat nak cabut hari Ahad. Tgh tgk2 rumput, I terpandang sesuatu. Terus rasa excited mcm terjumpa balik anak yg hilang.

Pokok apa tu? Ha, tu pokok daun kunyit. I was excited sebab tak sangka kunyit yg I tanam beberapa bulan lepas telah selamat tumbuh. Ada kisah di sebalik pokok nie. Beberapa bulan lepas, I ada tanam kunyit yg dah ber'mata'. Selang sebulan, tgk takde pulak tumbuh daun kunyit. I siap gali balik tu sbb nak tgk kunyit tu. Mmg tak tumbuh apa-apa. Punya la geram. I siap belah 2 kunyit tu, pastu tanam balik. Tapi tak la letak apa-apa harapan. Sbb rasa mcm lepas belah, confirm tak tumbuh.

Ni rasanya ada la 3 bulan lepas tanam kot.. Wehuuu, dah tumbuh! Tu yg ter over excited. Kat area rumput tu byk kerengga sebab dekat dengan pokok mangga. So kena la pindahkan ia ke pasu. Dan dan tu jugak nak pegi beli pasu. Ahaks tapi tidak la buat begitu. Sure kena perli dengan hubby.

Ahad tu baru pergi beli pasu besar. Beli sekali 4 sbb nak transfer pokok tomato yg dah meninggi. I mmg risau sikit nak transfer pokok tomato sbb akar dia sensitif la. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada rosakkan akar pokok dia yg halus itu. Lepas transfer, kena siram air banyak sebab nak hilangkan 'shock'. Erk, tak reti nak explain. Ni info yg I dpt dari orang yg tanam pokok tomato. Tapi yg pastinya, pokok ni senang nak jaga. Hanya perlu siram air secukupnya dan pastikan kena matahari 8 jam sehari.

Ni tinggal nak pacak kayu je sebagai sokongan. Ok, kat atas ada 3 pasu kan? Nampak tak pokoknya sama je? Tak tau la. Sebenarnya, I cambahkan 2 benih tomato dan 1 benih capsicum. Tapi bila dah tumbuh, rupanya mcm sama je. So tak tau camne pokok capsicum leh jadi pokok tomato. Ke mmg rupa dia sama?

Hubby ckp tak boleh tanam pokok tomato. I tak kesah. Samada dia berbuah atau tak, I nak tanam jugak.

Ni pokok kunyit setelah di transfer ke dlm pasu besar. Dah la dia kecik, pastu I gatal nak transfer. Sekali terpatah ko! Kahkahkah. Tapi sebab dah ada akar, ku tanam jugak. Pastu tanam balik kunyit tu sebab dah ber "mata". I still ingat pokok kunyit kat Seremban. Mcm mana we all buang pun, still tumbuh semula. Jadi diharap pokok ni akan tumbuh semula. Amin.


Ni pulak daun kuchai yg dah mula meninggi. Buat cekodok sedap nie!


Selain dari pokok-pokok di atas, I dah tanam semula pokok daun bawang dan I baru tanam pokok daun kesum. Gigih ko. Nak tanam sayur, tak cukup masa nak jaga. I boleh tanam pokok kecik2 camni je la.

2 scribble(s):

MummyEcha said...

manisnye tgk icha......:)

wah bestnye kalu dpt tgk pokok yg kita tanam menjadi...kalu saya kena suh org lain tanam sbb tangan x pernah menjadi huhuhuhu........

Liz Rohaizat said...

mummyEcha> mmg seronok tgk pokok yg kita tanam. rasa mcm jaga anak sendiri. kalau nak blk kampung tu, teringat-ingat je sbb dok pk takde org nak tlg siramkan. saya tanam pokok yg senang2 je. sbb tu jadi la kot. agaknya kalau suruh tanam sayur, gerenti tak jadi

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.