Tuesday, January 04, 2011

Serangan jantung *Awas kepada golongan muda juga*

I tgh sibuk kisar cili bila hubby separuh menjerit dari ruang tamu. Katanya, Faizal Yusop meninggal dunia. I rasa mcm eh, biar betul! Sebab dia sgt muda. Hubby I peminat Melodi. Ahaks, tak mcm wife dia yg x minat gosip.

Arwah muda lagi kan? Ceritanya arwah terjatuh kat bilik air dan terus dikejarkan ke Pusrawi. Akhirnya meninggal dunia dan doktor sahkan arwah terkena serangan jantung.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman.

Baru 2 minggu lepas, kami dpt khabar yg jiran kami di Seremban meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut. Arwah muda lagi, baru 35 tahun. I tak tau nama dia sebelah dia jiran jauh la jugak. Cuma I panggil dia "Abang Roti Gardenia" sebab dia bawa lori Gardenia.

Pagi tu, dia mengadu dengan wife dia yg dia sakit dada. Wife dia suruh rehat tapi arwah tetap nak pergi kerja masa Krismas sbb katanya, byk drivers cuti. So dia nak bwk lori, nak hantar stok roti.

Tau-tau je, dpt panggilan mengatakan suaminya telah meninggal dunia. Menurut seorang pekedai di Tanjung Sepat, arwah sampai di kedai dia pagi tu. Lepas tu lama dia duduk dlm lori, tak turun-turun. Pekedai tu pelik. Last-last, dia pegi tgk. Masa dia tinjau, kepala arwah dah terlentok di stereng. Arwah dah tiada. (Ni menurut cerita my father yg pergi ke rumah mak arwah utk melawat).

Jenazah perlu melalui post-mortem utk memastikan punca kematian. Sehari jenazah terlantar di bilik mayat kerana tiada doktor cuti.

Anak bongsu arwah baru berumur setahun :(

Serangan jantung. Kalau 10-20 tahun lepas, golongan berumur yang lebih terdedah kena serangan jantung. Tapi skrg nie, muda-mud apun boleh kena.

Pemakanan dan stress merupakan antara punca utama serangan jantung. Terlalu makan makanan yg berlemak boleh menyebablan arteri tersumbat, kurang darah dpt dipam ke jantung. Terlalu stress pun boleh menyebabkan serangan. Jadi kita perlu berhati-hati dan cuma menjaga kesihatan sebaik mungkin.

I kdg-kdg geram dgn my hubby sebab dia suka buat kerja lebih. I geram sampai tahap membebel. Bukan tak suka tapi risau. My parents pun risaukan dia. Dia tak tau kita risaukan dia. Selagi tak sakit, selagi tu la dia nak kerja. Duit mmg penting tapi kesihatan kena jaga jugak. I pun bukannya high-maintenance. Takde nak minta apa-apa pun. Selagi boleh beli sendiri, I beli sendiri. So dia tak perlu pening kepala sbb I akan pakai barang sampai lunyai. So hubby, tolong la jgn kerja terlalu kuat. Bukannya muda lagi.

9 scribble(s):

Farah said...

tula terkejut jugak kan faizal tu meninggal..muda lagi.cara pemakanan zaman skarang ni mmg banyak kolestrol tu yg kena jaga.

p!nkerton said...

aah memang, nowadays kerap sgt dgr orang meninggal sbb sakit jantung, esp lelaki, & orang muda2 pun ramai. sudden death aje. most prob sbb kuat merokok, tp kdg2 tgh bersukan pun boleh 'out' camtu je. tskk, takut! mintak2 dijauhkan.

Diyana Zulkifli said...

klu tgk arwah..die aktif futsal jg kan. tp itula..byk faktor mmpengaruhi.mungkin bizi ngan lakonan ,tkejar sane sini..stress dr dalaman mungkin.*sedih tgk tiramisu tv3,sbb diyana mmg minat ngan arwah..:(

Liz Rohaizat said...

farah> yerp, rasanya pemakanan menyumbang sebab terbesar la kot. org dulu2 mkn home cooked meal. skrg kita sibuk, selalu mkn kat luar je. fast food dan makanan berminyak.

fatih> tu la, yg kuat bersukan pun boleh kena serangan jantung. yg kurang bersukan ni? erk, risau weih.

diyana> aah, arwah aktif futsal. eh, teringat kat arwah shamrin fotograf pulak. dia main bola sepak/futsal kan? pun kena serangan jantung masa bersukan.

fiza said...

Aku pon terkejut bila dengar. Mcm tak cayer jer...muda lagi kan.

Kena amalkan pemakanan sihat lah, nak rajin bersukan :-). Risau gak, lately byk gak dgr pasal "pembunuh senyap" nih.

Liz Rohaizat said...

fiza> aku pun risau jugak sbnrnya. kebanyakannya serangan mengejut. first time kena, terus meninggal dunia. so kalau sakit dada tu, jgn ambil ringan yer

I-sya said...

em... saya pun terkejut dgr berita kematiannya. pd kita umur dia tu muda sgt lg. tp ajal maut x kira di mana peringkat usia pun kitakan.

ai pun risau psl my hubby sbb dia obesiti then mkn pun x jaga. harap2 dijauhkan dari semua itu.

Liz Rohaizat said...

I-sya> ajal tak kenal umur kan? kita yg masih hidup ni kena sentiasa beringat

qeqe said...

salam,

saya mcari artikel mengenai serangan jantung, dan masuk pada page kamu.. menarik entry ni. walaupun ringkas tapi ringkasannya cukup memuaskn mengenai serangan jantung..apa yang membuatkan saya tertarik untuk komen dekat sini, adalah untuk berkongsi. memang serangan jantung tak mengenal usia... baru sekejap td sya terima panggilan yang menyatakan kawan saya telah pergi buat selamanya disebabkan serang jantung ni. dan arwah sebaya dengan sya. 24tahun. semoga arwah ayie sohaimi(FB) ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.