Friday, January 14, 2011

Playschool

Setelah seminggu Batrisyia bercuti, dia keberatan nak pergi ‘sekolah’ semalam. Menangis weih bila serahkan dia pada cikgu dia. Bukan kami yg nangis, dia la. Hehehe… Sebutlah nama kwn2 baik dia pun, dia tak heran. Dia taknak pegi school.

Tapi tu semalam, pagi ni dah ok dah.

Masa ambil dia petang smalam, I terperasan yg dah 2-3 orang kwn dia masuk kelas playschool. Maknanya now, budak-budak tu di bawah jagaan Cikgu Reena. Batrisyia dok tunjuk-tunjuk sorang budak.. nama Taufiq, katanya. Pastu dia tunjuk seorang budak lelaki, rambut curly.. oh, tu la Danish. Hahaha, baru kenal muka kwn2 dia sebab kelas budak-budak playschool ni paling depan. Jadi bila sampai nursery tu, bebudak ni yg akan kita nampak dulu.

Kalau kat nursery nie, kanak-kanak akan masuk kelas playschool ketika umur mencecah 3 tahun. Kira ok la kan? Tgk byk jugak aktiviti diorg. Melukis, mewarna, belajar ABC, 123, menyanyi, Alif Baa Taa pun ada tau. Tapi Alif Baa Taa tu berbentuk interaktif sikit la. Mereka belajar melalui video. Sometimes, cikgu akan pasang video kartun yg tiada violence seperti Ice Age dan Toy Story.

Kira ok juga la nursery nie kan? Tgk Batrisyia pun, takde la comot tak berjaga. Kitorang tak sabar nak tunggu Batrisyia join kelas playschool.

6 scribble(s):

I-sya said...

you anta anak you kat nursery mana eh?

anta since umur dia berapa thn?

Liz Rohaizat said...

I-sya> nursery tu kat pandan indah. oh, anta dia kat sana sejak dia berumur sebulan 3 minggu. dah lama dah :)

cetot said...

dear, apa nama nursery tu ek? i tgh cari nursery cum playschool cum kindergarten kat pandan indah coz stay area2 situ... leh share?

Liz Rohaizat said...

cetot> please provide me with ur email address. I will let you know through email. tak sesuai reveal sini atas sebab keselamatan

Flora Benni said...

Wpun post ni dah lama, boleh tau tak nama nursery ni and pandan indah kat area mana.. sbb tgh pening kepala nak cari tempat for my baby..

Liz said...

Dear Flora Benni dan sesiapa saja yang baca komen ni di masa hadapan> Sorry korang. Sekarang service kat situ dah kurang memuaskan. So I tak boleh nak recommend kat korang dah.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.