Monday, January 17, 2011

Not a happy weekend

Semuanya gara-gara orange juice!

Ok, bukan fresh orange juice tapi orange juice yg dibotolkan.

Sejak setahun lepas, I tersedar yg I tak boleh minum orange juice yg dibotolkan atau dikotakkan seperti Peel Fresh dan Sunkist. Kalau minum sebotol, confirm sakit perut yg teramat sgt.

Jumaat lepas, tak sedar yg dah terminum sebotol F&N Fruit Tree Orange. Dah habis minum, baru terfikir psl sakit perut.

Hambik ko, pukul 3 pagi dah terbangun. Punya la sakit. Pastu terus tak dpt tidur sebab perut terasa berpusing-pusing. Pkul 4, selamat pegi bilik air. Pastu terus melepek kat sofa. Kepala pening, perut rasa semacam. Rasa mcm angin dlm tu berpusing-pusing. Sekali elok pukul 4.30 pagi, muntah! Wah, kalah time pregnant. Masa pregnant, tak muntah langsung. So camni rupanya perasaan orang yg muntah time pregnant (abaikan I melalut nie).

By 5 in the morning, tidur kat sofa je la. Tak tidur pun sebab sakit. Nampak hubby bgn subuh tapi buat tak tau je. Takde tenaga nak panggil dia. Tau-tau je dia kejut suruh bangun. I rasa mcm eh, taknak pergi kerja. Nak MC. Sekali baru tersedar yg hari tu hari Sabtu. T_T

Hubby pulak kena kerja hari tu. So I hanya rehat kat rumah. Nak pegi klinik, takde kenderaan. Takkan nak naik motor dan tinggalkan Batrisyia sorang-sorang kat rumah? Jadi, sabar itu separuh daripada iman yer. Tunggu je la hubby balik kerja. Malam baru pegi klinik. Sakit dah takde tapi angin tu still terasa. Doctor kata, dah terlebih asid. Dah nak mcm gastrik.

Ubat yg diberi adalah berbentuk cecair dan tak sedap. 15ml nak suruh I telan. 3 ml pun tak mampu den nak telan sbb rasa dia mcm ubat gigi. Tahan je la sakit tu.

Sakit ni berterusan hingga ke saat nie. Tak tau la kenapa. Melampau pulak kesan orange juice tu kali nie.

8 scribble(s):

MarDiah said...

try 100plus laa plak.

Liz Rohaizat said...

nadia> perut tgn dilandan katrina, boleh ke minum 100 plus? fave aku tu

LoveZahra@Fazahra said...

ubat liquid yang dr bg tu warna putih & rasa macam kapur2 sketkan..nak taknak mmg u kena telan gak liz..ubat gastrik tu..

Liz Rohaizat said...

LZ> rasa dia x mcm kapur. tapi mcm ubat gigi. berangin. doktor kata ubat angin. haha.. x tau la sama ke tak. tp serious tak sedap. erk... tgk la, kalau mlm ni still rasa tak ok, terpaksa la telan.

I-sya said...

hihihihhi... kalo nk tau tu la penangan gastrik bila asid terlebih sudahhh...

me adalah pengidap gastrik separa kronik. minum twister oren 2 cawan je dh boleh dikatakan mencari pasal.

pernah sakit plg teruk smp berjalan pun x boleh. muntah2 then skt dia kalah kontraksi org nk bersalin.

bila dh tau apa yg boleh dimakan better elakkan sebelum gastrik menyerang. ai takut giler kalo gastrik tu dtg.

Liz Rohaizat said...

I-sya> adakah itu bermaksud saya ni pengidap gastrik separa kronik mcm awak? tapi kan, sblm ni elok je minum air oren. tiba2 skrg pulak perut jadi sensitif. huhuh..

betul! mmg nak berjalan pun tak boleh. terbaring pun sakit. seksa.

kompem lps ni taknak minum orange juice lagi.

MarDiah said...

100plus tu kasi kuarkan gas nyer. baru minum daa untuk ubat sakit perut.

Liz Rohaizat said...

nadia> oh, gitu ke? tak tau pulak. hehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.