Monday, January 31, 2011

Nak tanam apa lagi ek?

Dah lebih 2 hari hujan turun. Kalau berhenti pun, sekejap je kan? Cuaca pun sejuk je sekarang nie. Kalau tidur sedap nie! :p

I ni nama je kerja dengan company yg dimiliki oleh orang Cina. Tapi kami tak cuti panjang. Mmg tak pernah la sebab kami bahagian services. Boss ckp, susah nak cuti sebab orang lain kerja. So apa yg kami amalkan ialah pekerja Cina cover tempet pekerja Melayu masa Hari Raya. Pekerja Melayu cover tempat pekerja Cina masa CNY. Fair and square.

Esok Hari Wilayah. Harapnya esok tak la hujan sebab I dah berhajat nak cabut rumput depan laman dan nak melayan pokok-pokok kat depan rumah tu. My tomato plant dah tinggi!!!! Sebab letak kat atas tembok (gara-gara nak make sure kena matahari selama 8 jam), I terpaksa mendongak nak pandang pokok tu sekarang. Nak kena buat stacking tinggi. Dah mula nampak nak keluar bunga tp kecik-kecik lagi la. Hopefully sempat la merasa buah dia.

My turmeric plant dah berdaun 4. Kuchai dah tinggi gak. Lepas la nak masak cucur tepung. Ahaks. Utk pokok kesum pulak, ingat nak cucuk lagi kot kat dlm pasu tu. Biar banyak sikit. Skrg nie, elok je 2 batang yg I cucuk tu naik tinggi. Tapi 2 batang tu je la. Mcm kosong pulak pasu.

Sayur apa lagi yer yg boleh tanam dalam pasu? I dah beli anak pokok rosemary. Sedap je bau dia. Lepas ni ingat nak tanam basil dan mint la. Teringin nak tanam sayur tapi tak dpt fikir lagi nak tanam apa. Cuma esok mungkin nak transfer anak pokok kari la kot. Saja tanam dlm pasu kecil.

Baru la sekarang faham bila org kata akan rasa sgt puas hati bila berbudi pada tanah (walaupun I tanam dlm pasu je). Balik kerja je, terus rasa nak ngadap pokok-pokok nie. Kalau balik kampung, risau je kalau pokok kehausan. Ahaks.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

memula aku nk ckp aku xsuka blog ko sbb bila aku nk komen aje komen bar nih lambatt sgt xpon xkuar langsung, so aku tau blog ko xsuka aku hahahha.. jadik selama ke nih aku mmg baca blog ko tp bercinta ah nk mengomen tokleh

keduanya.. aku xpandai bebudi dgn tanah, aku selalu dengki kot sbb ape aku tanam semua xjadik, paling xtahan sume bunga aku beli sume mati, paling super xtahan aku beli bunga yg dlm air xyah tambah air xyah letak kt matahari pon mati!! zzz aku dh plan, umah aku kang aku angkut pasu cili, limau, pandan, serai, tomato etc mak aku aje.. menariks juga kalu aku labur kat ko, masuk2 umah dh tersedia rosemary aku hahahaha..

ketiganya.. amik la gambo

Liz Rohaizat said...

ely> babe, yg aku lagi heran. kenapa ko sorang je kata komen bar ni lambat keluar? ahaks. aku tgk ok je. plus xde pun sampai kena buat word verification. ni mesti ada sbb lain nie.

plan mmg nak ambil gambar bila buat keje esok tp kamera kat adik aku pulak. camano? hehehe...

xmetafora said...

biasa org2 tua kata yang selalu matikan pokok ni tangan panas,x seswai untuk bercucuk tanam,berubat orang boleh hehe..
btw,aku br beli benih lada, harap2 berbuah,takyah beli kat pasar dah hehe..

Diyana said...

oh sama eh prinsip keje ngan suami diyana..saling cover.fair kan mcm tu? ;). ooo patut ramai org cuti panjang dah sbb ade cuti wilayah eh. kami di utara ajela,yg tak cuti awal :)

Liz Rohaizat said...

xmetafora> aah, ada penah dgr tu? tp rasanya kebetulan je pkok2 yg akut anam hidup2.

kalau mcm lada kan, kalau nak murah lah.. ambil je benih dari lada kat rumah tu. ambil biji dia.

diyana> yerp, fair la daripada kena force leave. alhamdulillah boss jenis boleh tolak ansur. janji kerja beres

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.