Monday, January 24, 2011

Musim sakit

Satu keluarga tengah sakit.

I - Sakit tekak dan batuk.. suara tgh serak.
Hubby - Chicken pox.. ahaks.
Batrisyia - Selesema, batuk dan demam.

Kalau nak tgk, I yg paling sihat kot. Batrisyia kesian. Banyak kahak. Berusaha dia nak buang kahak sampaikan kdg2 muntah. Hubby pulak, dok sibuk sebut, "Eiii.. gatalnya". Rasanya nak dekat 20 kali I dgr dia sebut ayat tu dlm 2 hari nie.

I risau ni kalau-kalau I pulak yg kena chicken pox. Eventhough pernah kena, kemungkinan nak kena lagi sekali tu tetap ada jika paras antibodi dalam badan kita telah berkurangan.

"People who have had chickenpox almost always develop lifetime immunity to the condition, but the virus often remains dormant in the body and may sometimes recur as shingles later in life." Source here.

Batrisyia dah 2 hari hanya mkn sekali sehari. Tu pun sikit je nasi yg dia mkn. Air kosong berbotol-botol dia minum. Dah kurus kering dah. Aritu wan dia tepon, suruh mkn nasi. Barulah ptg tu dia nak mkn nasi.

Sakit kali ni dia minta benda pelik-pelik. Bayangkan yer. Hari Jumaat malam tu, around pukul 3 pagi, dia bangun nangis-nangis. Lepas bagi ubat, dia tidur kejap. Pastu dia nangis balik. Nak tau dia minta apa?

NASI LEMAK!

Menangis-nangis minta nasi lemak. Mana nak cari weih? Puas pujuk dia. Pagi tu beli nasi lemak, dia mkn 3-4 sudu je. Isk...

Pagi ni pulak, dia nangis lagi. Kali nie minta...

AIR MILO!

Nasib baik dah pukul 6 pagi. Tapi tak la buatkan air milo pun. Dia tertidur balik.

Lama juga dia kena batuk kali nie. Dah 5 hari. Tapi kira ok juga la sebab dia rajin minum air kosong. Satu botol besar tu around 700 ml kot. Dia boleh minum dlm 2 botol sehari. Nampak sgt tekak tak sedap.

2 scribble(s):

Faizah said...

musim, kt umah aku tuh, memula amir kena selsema, pastu jangkit kt aku, nih dh seminggu batuk ngn selsema tak baik lg. amir dh ok, tinggal batuk. pastu pas baton kt laki aku plak, adoiyai

Liz Rohaizat said...

faizah> dlm hal nie, aku rasa turutannya begini.

batrisyia kena chicken pox. lepas dia recovered, dia kena selesema dan batuk.

then, kami kena selesema dan batuk.

pastu abi dia pulak kena chicken pox.

huhu, mmg pas baton la kan?

menurut kwn aku yg keje kat hospital, katanya mmg bln ni ramai org selesema, batuk dan demam. musim la tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.