Wednesday, January 12, 2011

Mandom mode

Mandom mode telah menjelma. Semuanya serba tak kena. Bulan ni, genap 3 tahun kerja kat company nie. Ramai clients yg tak percaya I boleh bertahan. Dunno why. Ke sbb mereka yg sebelum ni jenis taknak buat kerja dan nak goyang kaki saja? Maka bekerjalah mereka dlm masa yg singkat.

Mandom-mandom nie, terasa nak je berhenti kerja. Bila dah lama kerja kat sini, ada mata yg memerhati. Seolah-olah tak puas hati la kot. Ke tak percaya? Benda kecil pun nak dibesarkan. Bukan salah I pun, I yg kena bebel. Motif agaknya dia rasa I patut tegur kesalahan orang sbb I dah lama kerja sini? I tak jaga kerja orang, ok. Kerja I pun byk nak settle nie *Tarik nafas kejap*

Non-stop working for today. Mcm nak balas dendam je sbb I cuti jaga anak kena chicken pox. Takpe, sabar je nie nak tunggu holiday. Lepas tu, bye-bye korang.

Batrisyia telah sihat sepenuhnya. No fever at all. Clap clap. Nasib baik. Dia hanya mengadu ubat sapu tu busuk. Asal nak sapu je, dia terus tutup hidung. 2 hari pertama, dia ok lagi. Masuk hari ketiga, berlari-lari satu rumah sebab taknak kena pakai ubat tu. At first, risau juga nak jaga dia sbb takde pengalaman. Budak kecil, paham-paham la. Orang kata jgn garu, lagi dia garu. Kalau dah besar, tau la jugak nak behave kan? Tapi alhamdulillah, dia dah sihat. Esok boleh la pergi nursery.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.