Wednesday, January 26, 2011

Jangan guna Facebook jika tak tahu tetapkan privacy

Rata-rata ramai yg dah ada Facebook. Tak kisahlah apa tujuan sebenar anda ber Facebook, Facebook merupakan platform utk kita berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga dia seluruh dunia.

Kalau diimbas kembali 11 tahun lepas, ni kira zaman I baru nak masuk U. Masa tu semua org masih baru nak guna email. Kami di U pulak sibuk ber-MIRC. Ahaks. Sambil buat assignment, sambil berinternet. Tu belum yg bertenet. I always thought berinternet dan bertenet tu 2 perkara yg berbeza. Bertenet lebih kepada bercinta melalui Internet. Hahaha..

11 tahun lepas, takde orang terfikir akan ada satu platform canggih seperti Facebook.

Sekarang, kalau boleh semua benda nak masukkan dlm Facebook tu. Kdg-kala, tanpa sedar.. kita dah meletakkan diri kita dlm keadaan bahaya.

Tahukah anda, jumlah kes jenayah yg berlaku melalui Facebook telah meningkat pada tahun lepas? Even penyanyi Awie pun tak terkecuali di mana ada individu yg membuka akaun Facebook atas namanya dan meninggalkan komen berbaur seks ke akaun Facebook perempuan.

Sebenarnya, Facebook tidak mendatangkan bahaya jika anda tahu menggunakannya dengan betul. Cubalah kenali Privacy Setting di dalam Facebook dan aplikasikannya ke akaun anda.

I tak sure samada Facebook jual our information atau tak. Yg I perasan, bila I ada Facebook, punya la banyak spam mail yg masuk ke email! Banyak sgt. Sehari berpuluh-puluh. Then, I ambil masa utk set kan segala mcm benda kat Privacy Settings. Barulah tak byk spam mail. So rasanya Facebook jual our information tak? Ok la, mungkin tak jual. Mungkin org lain cuba access info kita. So pandai-pandai la tetapkan setting tu.

Maisya pernah ckp tentang sesetengah orang yg suka update tentang diri dia. Contohnya, beritahu ke mana dia nak pergi pada hari tu. Atau hotel mana yg dia duduk. Bagi dia, perkara ni membahayakan individu tu. I setuju. Kalaulah you ada musuh, bukankah ini info yg sgt bernilai pada dia? Senang je musuh nak serang bila tau you kat mana. Jgn tak percaya. Ada satu kes perempuan kena rogol hanya sebab dia gunakan satu application kat Facebook yg memberitahu dia ada kat mana pada masa tu. Beringat sebelum kena yer.

Tapi kalau bab nie, bukan peringatan utk pengguna Facebook sahaja. Ni yg ada blog pun kena hati-hati. Jgn semuanya nak diberitahu kat blog. Bahaya. I skrg pun dah tak bgtau ke mana I pegi melainkan lepas I kembali dari tempat tu. Hikhik.

Nak cerita pun mcm leceh sbb banyak benda sebenarnya di Privacy Setting and Account Setting. Kalau anda boleh ambil masa utk sign up Facebook, apa kata anda ambil masa utk faham semua nie?

Gunakanlah Facebook dengan bijak.

13 scribble(s):

maisy said...

yeah setju..budak2 dah salah usage FB ni...

Risau ngn next generation...yerlah pics everywhere kan...pegang tgn2 tak kawin..so pas ni toksah bertunang bg cincin la..coz bertunang tu nak btau org kita dah booking org tu,so sila jgn kacau kan...

Kirenye dah tampal gambo awek/bf...peluk2 pegang2..consider ko dah bgtau the world ko dah ade org punye..pastu gedik nak baut tunang besar2 an...larii tajuk..ke ke ke....

dlm FB tulis utk overall je la patutnya...nak berak bg tau dlm FB jugak skarang ni...ke ke ke....aku rase kita tgh open ourselves for attackers la..risau plak....tak leh reveal detail la... :)

Liz Rohaizat said...

maisya> haha, "lari tajuk" ko sedikit lari la tapi masih boleh dibincangkan di kemudian hari.

berak pun nak bgtau ke? seb baik aku x jumpa lagi.

p!nkerton said...

hahaha tibe2 aku teringat zaman chatting kat alpha lab ;p

Liz Rohaizat said...

fatih> yes, alpha lab yg byk memberikan kenangan kpd bebudak MMU especially yg yg bercinta jarak jauh :p

beb, chatting kat alpha lab, tu ok lg. ni yg chatting masa lecture camne pulak? haha...

WanYgBest said...

tu la...skrg penjenayah dah canggih...kes bunuh kat sini pun polis selongkar facebook mangsa, nak trace potential murderer, contact etc...hmmm

Liz Rohaizat said...

wan> yerp, mcm2 boleh jumpa kat FB. even bakal boss pun akan check orang yg dtg interview melalui FB org tu. nak tgk samada berpotensi jadi pekerja yg bagus atau tak.

family link tu bahaya sebenarnya. orang jahat boleh pilih mangsa. kot2 la dia nak dptkan duit dari ko. dia pun pegi kidnap laki/bini ko yg dia tau dari FB. (padahal kalau takde link, dia x tau pun sape laki/bini ko). kat malaysia x jadi lagi kot tp kat luar dah jadi

imee said...

aku setuju dgn post ko yg ni. especially dgn profile fb yg baru ni, orang macam senang hati je dok letak private information.

few things yg kita tak patut letak kat fb: full birthdate kita and place of birth (orang boleh figure out kita punya IC number), fon number atau home address, perancangan utk cuti panjang (orang akan tau rumah kita tgh kosong, mau kena pecah masuk kang), and mcm yg ko ckp td, lokasi kita pada setiap masa.

ada sorg kawan aku ni dia sentiasa update dia kat mana. aku nak tegur, tp tak close sgt ngan dia, takut kang dia emo plak ngan aku.

Liz Rohaizat said...

imee> profile yg baru nie, aku x berapa minat sgt la. dah la fb dok ckp aku punya "low security" sebab x bg phone no dan alamat kat diorg. *%^$#*)!

betul.. full birthdate, phone no, address tu benda yg x patut di share sewenang-wenangnya.

maybe bila update kat mana dia berada tu, dia nak org yg rapat dgn dia tau mana dia berada tapi kalau setting sampai semua org boleh view wall dia, bahaya tu

CIK NANA said...

like *seribu kali*
;p

WanYgBest said...

sharing is caring...over sharing is annoying!! nak2 jenis yg nak tunjuk itu ini...menyampah betul...update stiap masa tu satu hal, menunjuk2 tu satu hal...huhu

kat sini, kes curik identity byk gak...bila dah ada facebook, lg menjadi2...belajar dr pengalaman, tp x semestinya pengalaman tu pengalaman kita...huhuhu

Liz Rohaizat said...

nana> i like you pun seribu kali.. hehe..

wan> over sharing is annoying huh? hehe... I like! wan, jika kau menyampah dgnku, katakanlah.. ahaks

animkechik said...

btl la.. skrg nie sahari smp b'puluh email kt dlm spam.. dulu xde la byk cmni.. pnt nk delete.. cmne nk wt?

Liz Rohaizat said...

anim> kalau bahagian account setting dan privacy setting tu kena set betul2. kalau tak, orang luar boleh je selongkar FB ko

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.