Thursday, January 27, 2011

I'm not that innocent

Semasa selongkar my own FB album, I tgk kembali our Family Potrait. Masa tu, gambar diambil oleh kak Zubye. I nampak gambar di bawah.



Oh My God!!!

Ni Batrisyia ke? Kenapa muka nampak innocent sgt anak oii??

Inilah Batrisyia masa berumur setahun. Baru nak berjalan. Tak reti bercakap sgt. Block yg dia pegang tu pun dia reti campak-campak je. Tembam lagi walaupun tak la tembam mana. (Dia sakit baru-baru nie dan masih sakit sampai skrg, berat dah turun ke 8.8 kg... sob... sob... sedih sgt la tgk kurus kering camtu).

Paling penting, muka sgt innnocent.

Sekarang, tak berapa innocent la. Dah pandai nak merajuk, nak marah, nak muncung, nak jeling.. semuanya pandai. Paling best, pandai berlakon! Tu No. 1. Entah sape yg ajar ntah. Nak kata kat nursery tu ada buat pementasan, tidak jugak.

Now dah mula nak berlagak diva. Baju nak pilih sendiri. Kalau I keluarkan baju yg nak dipakai siap-siap, dia buat derk je dengan muka diva dia. Terus pergi ke almari dia, buka almari dan pilih baju macam nak shopping kat Zara. Ada ke baju kembang nak dipakai bawa ke tidur? Sape nak jawab tu?

Terpaksa la pujuk.. beritahu yg dia lagi lawa bila pakai baju yg I pilih. Dia good girl, dia bagus... mesti mau kipas bontot dulu.. baru la nak approve apa yg kami suruh dia pakai. Isk....

Nasib baik la budak kecik lagi. Kalau dah umur 18 tahun, I suruh dia cari duit sendiri. Lepas tu pergi beli baju sendiri :p

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.