Friday, January 28, 2011

I pun blogger, ada orang nak saman tak?

Terpampang kat The Star semalam tentang seorang penguasaha restoran kari kepala ikan menyaman seorang blogger dan Google. Gara-gara review blogger terbabit, restorannya mendapat bad reputation. Google disaman kerana entry blogger terbabit akan berada di tempat pertama dlm senarai pencarian.

I dah baca blog blogger tu semalam. I baca entry tentang restoran tu aje. Bagi yg tak tau, I cerita sikit la.

Restoran ni khabarnya mendapat recommendation dari pihak Lonely Planet. Kiranya nama dah terkenal la. Bukan calang-calang boleh tersenarai dlm Lonely Planet kan? So kalau ikutkan, restoran ni mendapat reputasi yg baik sejak tu. Business pun semakin maju.

Kemudian, blogger tu datang ke KK. Dia ternampak restoran ni dgn Lonely Planet sticker terpampang di pintu depan. Dia masuk dan cuba makanan di sana. Cuma agak pelik tgk gambar sebab kata famous tapi restoran kosong. Hmm.. maybe waktu tu dah lepas waktu mkn kot.

Pengalaman blogger tu mkn di situ adalah kurang memuaskan. Bukan dari segi servis tapi dari segi makanan yg dihidangkan. Kiranya tak melepasi piawaian tekak blogger tu.

So dia share cerita ni di blog dia dan dia sudahi entry tu dengan ayat yg bagi aku, sedikit keterlaluan la kot. How can you describe it like a bad case of herpes?

Ok la, korang baca sendiri la. I bagi link. Nanti kata I buat cerita pula.

Hmm, salahkah blogger tu berkongsi pengalaman dia? For me, tak salah. Mungkin dia berniat baik. Taknak orang lain merasa pengalaman mcm dia.

Sama mcm niat blogger yg berkongsi cerita tentang kesedapan menu yg disajikan di restoran yg dia pergi. Dia nak orang lain merasa pengalaman mcm dia. Nak orang lain cuba makan di sana.

Kalau dulu, boleh ber-blogging dengan jujur. Sekarang nak ber-blogging pun kena hati-hati. Tak pasal-pasal nak kena lantik editor tak bertauliah utk approve kita punya entry. Ahaks.

I terfikir sesuatu. Bila kita komen restoran tak bagus, penguasaha restoran tu marah. Kalau korang pergi restoran, pernah tak korang nampak penguasaha tu kat sana? Jarang kan? So camne korang nak bg komen membina kat mereka agar menghasilkan hidangan yg sedap dan menawarkan servis yg baik? Bila pengusaha dpt tahu ada blogger beri komen teruk kat blog, sibuk nak saman pulak.

Mcm mana pulak dengan blogger yg beri komen baik? Beriya recommend ur restaurant agar orang pergi ke restoran anda mcm la blogger tu boleh dpt mkn free (padahal tidak ada pun). Ada ko kesah? Mmg la tak kisah sebab entry tu boleh menaikkan nama restoran tu.

Samada dibayar atau tidak, salah satu ciri seorang blogger ialah dia suka buat review tentang apa saja. Produk, perkhidmatan, lagu, buku, hotel… you name it. Dia suka berkongsi.

Cuma kadang-kala, orang suka salah erti.

12 scribble(s):

Ila said...

saman menyaman ni mcm budaya lah plak skrg ni..takleh salah sikit..uhuhuh

Liz Rohaizat said...

Ila> tu la. daripada membazir masa turun naik court, settle kat luar je pun boleh kot. tp tgk jenis kes juga.

mcm kes restoran tu, tak tau la. sebenarnya, tak tau pun kewujudan dia. bila dah jd camni, baru tau. haha, so publisiti mungkin?

Fid said...

setuju dgn Liz

Liz Rohaizat said...

kak Fid> mcm2 skrg nie kak. sikit2 nak salahkan blogger. 10 tahun lepas, takde pun. sbb skrg blog dah jadi sesuatu yg famous. apa2 hal, blogger je salah.

tu kes hassan skodeng tu. terang2 dia ckp semua kat situ adalah lawak dan palsu. pun kena masuk mahkamah. yg terang2 memperlekehkan lagu Negaraku, senyap sampai skrg.

imee said...

ada orang letak link dlm komen kat riview tu. restoran tu takde pun dlm list recommendation lonely planet. buatnye lonely planet sue plak diorg sbb guna nama diorg utk naikkan business.

aku sgt tak setuju tindakan dia ni sue blogger tu. and aku akan sgt kecewa kalau court allow claim dia.

Liz Rohaizat said...

imee> tu la. link tu takde mention nama restoran tu pun. pelik gak tu. berani dia kaitkan lonely planet.

orang kata, mmg court nak condemn blogger je. ko yg jenis turun naik court ni, apa pendapat ko? betul ke? kalau la court memihak pada pengusaha nie, lepas nie ramai la blogger kena saman sebab ramai yg suka buat review

fiza said...

Kalau dah dpt komen mcm tu, perbaiki lah lagi mutu restoran. Ni tak...nak saman jer kerjanya. Apa punya pengusaha lah mcm tu.

Bahaya lah skang. Klo kita mkn kat kedai, tak bley nak reveal kat blog kata tak sedap, nnt kena saman ^_^

Liz Rohaizat said...

fiza> bg aku, tu masing2 punya pendapat. dia boleh saman kalau hidangan time tu terbukti sedap tapi kita kata tak sedap. dia boleh saman kalau kita menabur fitnah. dia boleh saman kalau kita bg komen negatif sedangkan benda tu tak berlaku.

tp bab rasa makanan, tu tekak masing2. orang maybe kata tak sedap, kita rasa sedap. vice versa.

aku ambil langkah selamat dengan meletakkan "pada pendapat saya". cikgu aku kat sekolah ckp, kalau guna ayat ni, tak bermakna kita betul, tak bermakna kita salah. kerana ianya pendapat semata-mata.

sama mcm buat filem. kalau pengkritik filem kata movie tu tak best dan menyebabkan orang rasa taknak pegi tgk, apsal producer tak saman je pengkritik filem tu? wah, aku tiba2 nak berdebat pulak

WanYgBest said...

kalau diorg bejaya tunjukkan bukti pendapatan bulanan diorg menurun mendadak selepas blogger ni punya review, aku leh la pecaya sket2...

mslhnya, aku x penah jumpa pun blog yg nak disaman tu...tgk mcm x glamour je...nmpk sgt restoren tu nak carik jln mudah cover kerugian bisness diorg slama nih...

p/s: tv sini condem gila2 kaw punya kereta proton mesia...bejuta org tgk tu beb, jatuh reputasi..proton x tefikir nak saman ke?

Liz Rohaizat said...

wan> adakah ko merujuk kepada Top Gear? Ahaks, sbb aku penah tgk that show. dia condemn giler kereta malaysia. tp aku suka tgk Top Gear. adakah sbb Top Gear ckp proton tak bagus, maka aku tak beli? kereta yg aku pakai tetap kereta proton.

tiada sebab blogger tu nak disaman kan?

yatie sawanila said...

kalau dah tak sedap mesti orang cakap tak sedap betul tak? tapi penggunaan ayat memainkan peranan...

Liz Rohaizat said...

sawanila> ye betul. saya rasa, agak melampau jugak bila dia hampirkan dengan herpes.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.