Monday, January 24, 2011

Chong Wei beri 'muka' kepada Taufik Hidayat di Badminton Terbuka Malaysia?

Masa menonton Badminton Terbuka Malaysia di kaca tv semalam, rasanya ramai yg menjangka kemenangan akan berpihak kepada Lee Chong Wei sebab lawannya hanya Taufik Hidayat.

Eh jap. Nak gosip sikit. Apehal Lin Dan tarik diri? Katanya dia mendapat kecederaan lama ketika sesi memanas badan di waktu pagi sewaktu sibuk berlatih utk perlawanan separuh akhir. Sedangkan pada hari tu, Lin Dan tak turun ke latihan pun. Amboi.. amboi... kena siasat nie!

Tapi yg bagusnya, Chong Wei tak jumpa Lin Dan. Diorg kan kira musuh ketat dan selalunya Chong Wei akan 'gigil' bila jumpa Lin Dan. Come on, you're No. 1 in world ranking! Jgn takut-takut lagi.

Berbalik kepada perlawanan antara Chong Wei menentang Taufik Hidayat. Sesapa yg tgk, mesti geram tgk permainan Chong Wei di set kedua hingga membenarkan Taufik Hidayat merapatkan jurang mata. At first, I pun geram lepas Taufik dpt tambahkan 2 mata. But then, I rasa mcm pelik.

Pelik bila tgk cara Chong Wei main. Mcm tiba-tiba dia jadi slow dan mcm tak reti main. Sebab I dulu rajin main badminton, I tgk masa tu.. tak sepatutnya Chong Wei tak dpt balas pukulan Taufik dan nampak mcm dia bermain secara bersahaja. Terasa mcm Chong Wei ni saja je main camtu.

Sekali betul sangkaan I. Kat newspaper hari nie, Taufik terus terang berkata yg dia tau Chong Wei sengaja slow down sebab nak bagi Taufik rapatkan jurang mata agar Taufik tak kalah teruk. Kemudian, bila reporters tanya Chong Wei, dia membalas secara berlapik dengan mengatakan Taufik tu kawan baik dia. So faham-faham sendiri la.

Kalau nak diikutkan, boleh je Chong Wei tamatkan permainan dengan Taufik yg ketinggalan jauh. Tapi Chong Wei yg mungkin humble dan baik hati, dia beri peluang kepada Taufik utk memungut mata.

I salute dengan cara dia berfikir dlm hal tu. Dia boleh biarkan Taufik kalah teruk tapi dia memilih utk mengangkat maruah kwn dia ke tempat yg lebih tinggi.

4 scribble(s):

Myra Jay said...

Hmm betul tu, demi kawan dia sanggup lakukan apa saja..
Mujuq Chong Wei ttp menang, kalau kata slow down then Taufik bangkit, konpem peminat marah abes..

Liz Rohaizat said...

myra jay> sebab dia yakin dia boleh menang. psl tu dia bg muka kot.

*∽ IZAN ∽* said...

salam..
bagus Chong weii...! takpe buat taktik camtu asalkan tahu apa kekuatan diri dan kelemahan lawan.

Lin Dan..? Makin menyampahh rasa.. ni kali ke-3 dah dia tarik diri. Taufik pun naik hangin..!

Liz Rohaizat said...

kak izan> tu la. dlm pada kehandalan dia, dia tau nak bg muka kat kwn dia. lin dan mmg dah ramai yg menyampah dgn dia. dia ranking ke berapa eh?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.