Thursday, January 13, 2011

Buku Autograf

Ingat tak zaman kita sekolah dulu, masa kita bertukar-tukar buku autograf dengan kawan-kawan? Kalau masa sekolah rendah, buku autograf tu lebih bercorak kebudak-budakan dengan hard cover yg berwarna warni. Bila masuk sekolah menengah, buku autograf yg dipilih adalah berdasarkan personaliti atau warna kesukaan setiap individu.

Selalunya buku autograf akan muncul di akhir tahun. Kalau buku autograf sekolah rendah, kita akan tulis ala-ala biodata diri. Sampaikan kenangan manis dan pahit pun kita nak list kan kat dlm tu. Buku autograf sekolah menengah pula, penulisannya lebih dewasa. Ada yg selitkan kata-kata hikmah. Ada yg buat confession pernah suka kat kita (dan dia akan lipat dan selotape kan hujung muka agar orang lain tak boleh baca. Dia juga akan buat nota utk tuan punya buku agar buka muka surat dia lepas tamat sesi persekolahan). Ada yg tulis bait-bait lagu. Ada yg mengenang kisah-kisah lama. Mcm-mcm kan?

I still have mine. Elok kat rumah. Bila baca, tergelak-gelak dibuatnya. Kenangan….

I wonder apa yg Batrisyia akan tulis di buku autograf dia.

Nama : Batrisyia (tapi kdg-kdg orang panggil saya Humaira atau Icha Micha)
Umur : Saya dah besar sebab saya pandai pakai baju sendiri
Tarikh lahir : Tarikh lahir tu apa?
Tempat lahir : Ape tu?
Hobi : Main.. main gitar paksu
Makanan kegemaran : Nasi lemak
Minuman kegemaran : Air milo.. Ho ho ho… 3 kilo bayam!!!
Lagu kegemaran : Happy Birthday To You
Apa yang awak takut : Doktor.. Kakak gunting rambut
Kawan baik : Darwisy’… Taufiq… Irfan... Adam… Aman

Tu pun kalau budak-budak kat nursery tu boleh menulis! Hikhik.

5 scribble(s):

MarDiah said...

aku pun masih simpan lagi. warna pink. Tapi masuk sekolah menengah dha tak kuasa nak buat dah. Cuma amik contact number jek dalam diari masa kat asrama dulu. aku punya ramai yang isi cikgu-cikgu compare to friends.

LoveZahra@Fazahra said...

jelesnya..u still ada buku autograf tu..ingat dulu kat sekolah..lumba2 sapa punya cover paling cantik..alaa rindunya that good old days.. :)

Liz Rohaizat said...

nadia> hehe, aku dulu tak minat pink. jadi aku punya warna hitam sbb smart. hahaha..

loveZahra> buku sekolah rendah dah takde. tp sekolah menengah mmg simpan sampai skrg sbb kenangan.

Diyana Zulkifli said...

ade lg yg diyana tulis kalau dlm buku autograf ms skool rendah dl

Orang yang disayangi: rahsia
Orang yang dibenci:rahsia

haha.

Liz Rohaizat said...

diyana> ahaks. padahal, kalau dah namanya 'rahsia', tak tulis pun takpe kan? tapi tetap nak tulis!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.