Tuesday, January 18, 2011

Bila la agaknya boleh....

When LoveZahra ckp yg ubat tu ubat gastrik, I angguk2 aje la sebab I rasa mmg ubat gastrik pun. Huhu..

Bila I-sya ckp tu namanya gastrik, I angguk je. Ye la, I dah kena gastrik :(

Cuma kan, I tak pernah kena gastrik. Barulah tau ubat tu tidak sedap. Doktor suruh minum 15ml. I nak habiskan 3ml pun tak dpt. Terus luah balik. Kuikuikui. Giler ah. Rasa mmg mcm ubat gigi. Camne la orang yg selalu kena gastrik tu boleh telan ubat tu. Pasrah je kot. Skrg baru tau perasaan mereka. Bersyukur kerana I hanya kena gastrik bila termakan benda-benda yg tak patut.

Tapi nak tanya la. Kalau degil takmo mkn ubat, mmg sesekali akan terasa sakit kat perut sampai 2-3 hari eh? Sebab, malam tadi terasa lagi! Terasa tapi tetap degil takmo mkn ubat.

Nak story mori hari nie tapi seperti kekeringan idea. Tunggu la ada idea bernas. Ahaks. Malam tadi tiba-tiba datang idea tapi takde la nak bgn terus pergi ambil buku utk tulis apa yg terfikir. Dah mcm nak cari ilham buat novel pulak.

Ahad lepas, kami saja-saja pergi tgk apartment kami yg entah bila la boleh duduk tu agaknya. Wah, dah boleh masuk utk tgk kat kawasan sekitar yer. Dinding zink di keliling tapak projek dah dibuang. Siap ada guard kat guard house. Kena register sebelum dpt masuk ke dalam.

Yang buat lagi seronok, dpt jumpa jiran-jiran yg lain. Kira ramai jugak yg dtg semalam. Budak-budak kecil dah rasmikan playground kat sana. Belum duduk lagi tu. Kalau dah duduk sana, mau la tiap-tiap hari kena hantar Batrisyia main kat situ petang-petang.

Sambil jalan-jalan, mata melilau tgk facilities yg dijanjikan. Hehe.. Ok, guard house kira ok. Dah ada palang auto. Kami akan dpt pass utk keluar masuk. Checked. Bukan la hangat-hangat tahi ayam je bila bercakap 2 thn lepas.

Kawasan istirehat di tgh-tgh pun dah siap. Rumput dah ditanam. Ambil sedikit masa utk tumbuh melata. Yang pasti, kawasan playground mmg luas utk kanak-kanak. Di sebelah pulak, kawasan beriadah utk org dewasa. Badminton court dan basketball court pun dah siap. Yang I tak perasan masa mula-mula beli dulu ialah akan kehadiran pondok utk berehat/mkn dan BBQ pit. BBQ pit tak la besar mana tapi kira ok la tu. Kalau setakat nak buat jamuan, ok kot.

I rasa, guard pun mcm excited je bila kitorang semua dtg menjenguk. Siap dipasangnya water fountain kat tgh2 tu sbb masing-masing bawa kamera.

Sempat la sentuh dinding rumah. Ahaks. Mesti la nak tgk keliling kan? Ada la tempat yg sesuai utk letak pokok-pokok I nanti. Nasib baik ambil corner lot. Lagi la semangat nak menanam lepas nie.

Bila la agaknya boleh berpindah ke sana...

2 scribble(s):

fiza said...

Mesti tak sabar nak masuk umah baru kan. Area mana ni liz? tak der gambo ker ^_^...hover...

Liz Rohaizat said...

fiza> mmg x sabar pun. area cheras. gambar? alamak, dulu dah tepek. hehe.. segan nak tepek lg

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.