Thursday, January 27, 2011

Berat naik selepas berhenti breastfeed? Perlukah anda bangga?

Ada orang semulajadi kurus. Makanlah apa sahaja, dia tetap maintain kurus. Kata orang, bertuah badan.

Ada orang semulajadi gemuk. Makanlah sikit mana pun, dia tetap maintain gemuk. Kata orang, kesian badan.

Ada ibu yg selepas bersalin, dia gemuk akibat lemak semasa pregnant. Berkat menyusukan bayi, berat badan dia turun dengan cepat dan dia kembali langsing. Kata orang, bagus betul breastfeed nie.

Ada ibu yg selepas bersalin, dia gemuk juga akibat lemak semasa pregnant. Dia pun menyusukan bayi tetapi berat susah sgt nak turun. Kata orang, kenapa pulak tak kurus nie?

I taknak cerita pasal orang lain. I nak cerita apa yg jadi kat I sendiri la kot. Mengumpat diri sendiri :p

Farah sendiri pernah ulas tentang hal nie baru-baru nie. Boleh baca entry dia di sini.

I senyum je bila baca cerita dia sebab I pun kena mcm tu gak. Huwaaaa....

At first, I pelik. Kenapa la nie.. tak mkn banyak tapi berat makin naik. Geram jugak. Takkan la hormon tak stabil kot. Tapi simpton2 tiroid tu takde. So agak mustahil la jugak. Plus, kalau I kena masa dulu2, I tak makin gemuk. I akan makin susut.

Ada la sebulan jugak kot marah dgn scale kat rumah tu. Lepas tu baru la tersedar sesuatu.

My weight mula naik sejak berhenti breastfeed. Dang! Patut la.

Tahukah anda, ibu-ibu yg menyusukan bayi akan membakar kalori sekurang-kurangnya 600 kalori sehari? Itu bersamaan dengan melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari!

Dulu, makan banyak mana pun, berat maintain 48kg. Sekarang? Jgn tanya la. Dah jadi mcm kes Farah dah. Sedangkan breakfast dan lunch, I makan roti bakar. Malam, mkn yg ringan-ringan je.

Sebenarnya, mkn dlm kuantiti yg sedikit tidaklah membantu sangat dari segi pengurangan berat badan. I kena exercise! Tapi kekurangan masa nak buat exercise. Yes, itu alasan je kan?

Tapi mcm mana pulak la... sampai rumah je dah nak pukul 7 malam. Kdg-kdg, 7.30 malam. Siapkan kerja kat rumah pun dah nak hampir ke pukul 10 malam. Sedih la mcm nie.

Korang yg dah berhenti bf nie, alami masalah ni tak? I rasa, takpe la kalau nak gemuk sikit kot. Dah puas kurus sejak 2 tahun lepas. Kuikuikui.

Mungkin perlu pregnant semula. Lepas tu breastfeed my 2nd baby, boleh hilang balik lemak-lemak tepu nie? Ngeh ngeh ngeh.

14 scribble(s):

maisy said...

thn depan lah aku bleh gain weight..he he he.....tak sabar..kalo non stop,mati :)

PErsonally aku rase untk tinggi ko,48 tu kire chubby cam brit. comel la ni..

50 kg atas,rasenye sure amat bulat...he he he..boleh la risau ckit kot..ge ge ge....

Liz Rohaizat said...

maisya> aku mau chubby mcm brit, please!!! haha.. eh, tapi kan, masa aku 48 tu, semua ckp aku susut.xtau la. mata orang lain2. tp 48 tu ok la kot. hoh, mungkin la aku sudah bulat tapi seb baik baju masih muat.

MarDiah said...

ohh tidak... aku kena kerja outdoor baliklah macam nie...

Diyana said...

diyana debab foreva.kurus for me adalah tetap tembam pd mata org len...hehe.

Liz Rohaizat said...

mardiah > penangannya sama lah mcm ko pegi aerobik 2 jam setiap hari without fail selama 2 thn. pastu ko berhenti. apa jadi? hehehe...

diyana> eh, diyana debab? biar betul. nampak biasa je.

Confession of a Coffeeholic Momma said...

since i tak pernah berhenti breastfeed, berat i tak pernah naik. huhuhuh...

anyway, i think breastfeeding ni just a factor. depends on metabolism org tu gak. cth, dlm pantang makan control macam2 & breastfeed lagitu, but badan maintain gedabak gak. but some moms blessed dpt terus slim melim brestfeeding or not. kan kan kan?

janji sihat lah kan?

Liz Rohaizat said...

mama miya> mmg sgt bergantung pd metabolism seseorang. sebab I dah tua, maka metabolism tak mcm 10 thn lps.hehehe...

mmg rindu betul la zaman boleh mkn mcm2 dan byk, pastu berat tak naik2.

Syigim said...

hmmm..........bfeed ke....tak bfeed ke..... perut ni yg xkempis2!!!! hihihihii...

Liz Rohaizat said...

kak syigim> tang perut lg sensitif.. hehehe. tu apply kepada semua manusia. baik lelaki mahupun perempuan

Diyana said...

haha..liz tgk gambar aje.actually mmg gemoks.cuba bygkan 65 kg tp ketinggian cuma 5 kaki cukup.itu saye la..^^

Liz Rohaizat said...

diyana> asalkan sihat. plus, tak boleh bandingkan awak dgn saya. saya baru je sorang anak. hikhik

armouris said...

info tentang diet di SIHAT SELALU - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR

Ainul Mustafa said...

Tak sempat nak rasa sbb stop breastfeed tgh pregnant. Berat lg turun ada la

http://jalanabadi172784.blogspot.com/2014/04/pregnant-tapi-kurus.html?m=1

Mummy Passion said...

Hye sis.. saya dok baca2 entry berkenaan breastfeed ni dpt kurangkan berat badan atau tidak.. kebanyakkan memang mengatakan dapat kurangkan berat badan, tapi bukan saja BF saja, kena jaga pemakanan.. dan juga cara-cara lain yang perlu dijaga ketika BF.. lepas ni klau preggy lgi bleh la amalkan.. cuba sis baca info ni..
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121014/kn_01/Menyusukan-bayi-bantu-kuruskan-badan

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.