Friday, January 28, 2011

Apa disebalik kisah cinta Samson dan Delilah?

"Someday we'll know why Samson loved Delilah..
One day I'll go dancing 0n the moon...
Someday you'll know that I was the one for you..."

I tak minat Fasha Sandha. Tapi bila terpandang iklan drama bersiri yg dibintangi olehnya, I nak bercakap sikit lah di sini.

Samson & Delaila.

Nama Delaila dah mcm nama Melayu tapi kalau orang yg tau, mesti mereka dpt simpulkan dari mana nama tu datang.

Mcm mana sinonimnya Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha.. begitu juga Samson dan Delilah. I tak salah eja. Samson dan Delilah.

Dulu masa I suka layan lagu Someday We'll Know nyanyian Mandy Moore dan Jonathon Foreman (dlm filem A Walk to Remember), I ada terfikir. Apa yg hebat sgt tentang kisah cinta Samson & Delilah sampaikan ada masuk dlm lagu nie. Tapi masa tu, malas pulak nak cari kisah disebaliknya.

Hari nie baru tergerak nak cari cerita tu.

Dan I terkejut sebab kisah cinta tu sebenarnya kisah cinta dari Bible!

I cari cerita kat tempat lain pulak. Semua cerita hampir-hampir dengan cerita dari link di atas.

Kisah cinta itu melibatkan Samson dari pihak Israel diutuskan oleh tuhan mereka utk menghapuskan orang Palestin. Delilah pula adalah di kalangan orang Palestin yg diarahkan utk menggoda Samson dan dlm masa yg sama cuba mencari kekuatan Samson agar mereka dpt mengalahkan Samson. Samson telah jatuh cinta dengan Delilah, hinggakan tidak kisah diperlakukan sebegitu teruk oleh orang Palestin. Akhirnya dia tersedar yg Delilah tidak menyintainya lalu berpaling semula kepada tuhan dia dan berdoa agar dia dihapuskan bersama-sama orang Palestin.

Correct me if I'm wrong sebab aku baca sekali imbas.

Bagaimana pulak cerita dlm drama Samson & Delaila? Adakah Delaila berperangai begitu? Siapakah Samson? I tak tengok. So sesiapa yg dah tgk nanti, boleh berita mcm mana jalan ceritanya.

Cuma alangkah bagusnya kalau tajuk tu tidak digunakan. Ini hanya pendapatku semata-mata. Jangan marah eh :)

12 scribble(s):

LoveZahra@Fazahra said...

dah xde nama melayu yg sedap gamaknyer..huh..i pun xtgk..slot samarinda kan..

Liz Rohaizat said...

LoveZahra> slot samarinda kalau tak silap. x sure la. I tgk iklan je.

jannahrais said...

ok...cite melayu yg tengah tayang kt tv3 tu memang tak kuase la akak nak tengok sebab masalah pelakon pompuannye yg kurang aura menarik :P

tapi part yg liz cite psl samson delila israel palestin tu akak penah tebace mase zaman akak kat uia dulu.memang lebih kurang mcm link yg liz bagi tu la.

bukan nak cakap ape...tapi orang kita ni mudah terikut membuta tuli.yg sedap didengar disebut kita ikut aje...malas nak kaji asal usul bende tu.

sama gak ejaan nama noah,aron, etc yg kebanyakan orang kita melayu islam gune utk name anak2 depa.tu ejaan bible ok.

Liz Rohaizat said...

kak jannah> kurang aura menarik? I like. ahaks. bias.. bias..

bab nama tu, saja pun ada sedar gak kak. yg peliknya, ada saya nampak nama tu tergolong dlm nama2 islam. uish, mana pulak dtg islamnya kalau dah terang2 tu ejaan dari bible.

kalau saya tak tergerak nak cari kisah samson dan delilah nie, sampai bila2 la saya tak tau.

cuma mungkin saya je yg sensitif kot. sebab title drama tu samson & delaila. kuikuikui. tapi kenapa dia tak letak tajuk samson & nur ke.. atau adam & delaila ke? oh, dah ngarut dah

IHSAN KHAIRIR said...

sebenarnya bukan ejaan bible, tapi ejaan english. bible sebenar dalam bahasa aramaic, diterjemah ke latin oleh para katolik, maka nama2 dalam tu dilatinkan, kemudian diterjemah ke english oleh king james, maka nama2 jadi english. kalau ikutkan, maksud dia sama je, cuma lain bahasa.

kalau ikutkan, nama melayu mcm kenanga, melur, puteri, teruna, tuah, kasturi dsb. tapi kita pakai nama campuran melayu + arab + barat jugak (nadia, lisa, nora, daniel, etc). bagi aku asalkan tak bawa maksud yang buruk, tak kesah lah nama bahasa apa pun. pendapat aku lah.

Liz Rohaizat said...

ihsan> oh gitu. thanks for your info. kiranya noah tu mmg ejaan english la eh? apsal aku cari aritu, kata nama dlm bible. urm.. takpe la. ni dah tau, ok la.

jgn lupa, nama aku Liz.. huhu... nama campur tu! betul, asalkan tak terang2 bermaksud buruk, boleh la.

boleh la letak anak nama noah lepas nie :)

luna said...

Hihi..Ha'a terbaca juga pasal Samson & Delaila pagi tadi.
Tapi baca dengan fikiran kosong, jadi tak boleh nak simpulkan 9sebenarnya tak faham.ekek)
Bila Liz terangkan dalam ayat yang ringkas, baru faham!
Ha'a , kadang kadang kita ikut tanpa sempat mengkaji, atau mungkin penerbit/pengarah dah buat kajian.hihi

Liz Rohaizat said...

sue> ingatkan sue nak cerita psl drama tu sebab tadi saya baru baca blog sue. dzakwan berjaga temankan sue dgn drama tu.heheheh.

sue, bkn awak je yg x faham. sy pun. lps 10 kali baca, baru faham

MarDiah said...

Aku nak follow sebab aku dah terjebak tengok permulaan cerita mak delaila kena bunuh dengan bapa dia. Delaila nie tau, so aku nak tunggu apa tindakan dia pada bapa dia. adakah dia akan membalas dendam...

Liz Rohaizat said...

nadia> tgk jgn tak tgk. hehehhe

WanYgBest said...

Noah, Jacob, Joseph, Moses, Jesus sume tu hasil 'anglicisation', iaitu meng englishkan sesuatu benda, esp penulisan / verbal & kata nama khas...tujuannya, bukan saja nak bg org english yg baca tu faham, tp nak biar benda or nama org tu pun nmpk mcm org english..

bukan nama2 nabi, tp nama2 org ternama mcm pakar sains Islam pun ditukar dlm buku2 sejarah...so, ramai bdk2 sini yg ingat org dia lah yg betamadun skali, yg invent sume2 benda...nama tempat mcm Cairo, Morocco tu pun hasil anglicisation

(sebab tu aku heran knp org Christian kat Msia sibuk nak guna Allah dlm gereja/dakwah, sedangkan christian lain kat dunia ni seboleh2nya xnak nmpk pekaitan dgn Islam atau Arab, atau Arabic nih)

kalau aku, aku akan namakan anak aku Noh, instead of Noah, Yusuf instead of Joseph..sbb bahasa arab tu bahasa Allah... =)

just my 2 pence...

Liz Rohaizat said...

wan> yerp, ahli sains pun tak terkecuali. still remember sorang cikgu cerita tentang hal ni. sampaikan kdg2 org ingat tu ahli sains eropah sedangkan nama tu dah di english kan.

maybe yg nak guna noah tu sebab nak nampak moden? tak sure la pulak sebab tak pernah tanya. aku xde kawan guna nama tu utk anak diorg.

kalau aku ada anak lelaki nanti, aku dah bertahun2 terfikir nak letak nama IMRAN. mmg suka nama tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.