Friday, January 21, 2011

Aku dah janji dgn dia tak bgtau orang lain, so ko jgn bgtau orang lain pulak

"Psst... nak tau sesuatu?"
"Apa dia?"
"Benda ni rahsia tau. Aku dah janji dgn dia tak bgtau orang lain. Ni aku cerita kat ko. Ko jgn pandai-pandai bgtau orang lain pulak. Tak pasal-pasal dia marah aku nanti"
"Okay"


"Okay"... such a simple word. Kalau nak nampak lebih bagus, ckp saja "I promise". Kedengaran lebih bagus bila berbahasa Inggeris :p

Eh, I bukan nak bercakap tentang penggunaan Bahasa Inggeris. Tak sesuai rasanya. Maybe Imee lebih sesuai berbahas tentang perkara nie sbb dia mmg pandai (Imee, ingatkah ko saat di Tingkatan 2 dan 3 di mana hasil essay ko pasti akan dijaja di semua kelas sebab ramai nak baca ur essay? Ahaks..).

Today, I want to talk about SECRET. Tak kesah la rahsia kecil, rahsia besar or aku suka guna "the deepest darkest secret". Bunyi mcm secret sgt je kan? Heheh..

Lets talk further...

Baca balik conversation di barisan paling atas. Kedengaran seperti si A telah memberitahu si B akan rahsianya dan si A minta si B berjanji agar tak beritahu orang lain. Si B pulak pergi beritahu si C (yg kita tidak tau motif disebaliknya) dan minta si C berjanji agar tak beritahu org lain sebab dia taknak si A tau yg dia dah pecah amanah.

Dah faham situasi?

I nak ckp tentang hal nie la. Manusia yg pecah amanah, tak menepati janji dan erk.. boleh tak I panggil dia penipu? Ye la, kira tipu la kan.

Si A mati-matian ingat takde orang tau tentang rahsia dia. Dia tak tau yg si C dah tau. Silap-silap, si C bgtau si D.. sudahnya sampai ke si Z pun tau. Dari C sampai la Z pura-pura tak tau cerita si A. Kesian...

I pernah la terlibat dlm conversation sebegini. Sebab I kan rajin simpan amanah orang so masa tu, I ckp baik-baik. I ckp, I nak minta diri sebab I taknak terlibat dgn benda nie. Kesian kat kwn I kalau dia tau yg orang lain dah tau hal dia. Gitu la..

I rasa mcm bersalah kalau terlibat sama.

Sebab ramai orang mcm si B, I tak percayakan orang sgt. Dlm dunia ni la kan, ada 2 orang je yg I percaya selain dari my family. Haa... percayalah. I takkan senang-senang nak buka cerita kat orang lain. 2 individu ni pernah mungkir janji dengan I dan mereka telah berjaya mendapatkan kembali my trust. Ahaks, kira berjaya lulus ujian.

Kalau korang nak beritahu your secret kat orang lain, please be careful sebab belum tentu orang tu boleh dipercayai. Kot-kot dia jadi mcm si B. Bukan nak suruh korang tak percaya orang, cuma sometimes, sesetengah rahsia eloklah menjadi rahsia peribadi.

Tapi mcm mana pulak kalau you tau satu rahsia tentang seseorang sejak beberapa tahun lepas dan seboleh-bolehnya you taknak orang tu tahu yg you dah tau rahsia dia? Bertambah tertekan bila dah lama sgt simpan rahsia tu sampaikan you tertanya-tanya bilalah orang tu nak berterus terang?

I'm still thinking...

8 scribble(s):

PUAN NANA said...

Hi liz!
Missing u.. lama tak tggl jejak eh? Bz ek?

Liz Rohaizat said...

nana> yerrrr.... huwaaa, sorry. dah lama tak blog-walk ke mana2. minggu lps, x dtg keje. batrisyia chicken pox. sudahnya minggu ni mmg bz siapkan kerja tertunggak. huh, minggu depan saya jenguk eh.

IHSAN KHAIRIR said...

in my experience, biasanya dia beritahu aku dulu... pastu kat ujung baru ckp jgn britau pasal secret bla bla... loh, kalau tak patut britau jgn britau la in the first place... dah serba salah aku dah... heh.

Liz Rohaizat said...

ihsan> hahaa, lain pulak kes ko eh. ni dah bunyinya mcm diperangkap nie. hehehe... xpe, yg penting jgn dipanjangkan secret tu kat org lain.

aku blk sban minggu dpn. ko blk x?

imee said...

eheh, ingat juge. aku rindu zaman tu sbb aku rasa dulu aku pandai tulis cerita2. skrg dah tak pandai dah. sobs.

Liz Rohaizat said...

imee> babe, terfikir nak tanya ko. lps ko dpt balik ur essay from the teacher, ko dpt pegang essay tu brp minit sblm org lain minta nak baca? dan sebab ramai suka baca ur essay, brp lama baru dpt kembali essay tu? (aku rasa kertas tu dah lunyai kot. hahaha).

tapi cerita2 ko mmg best!

Ely Hasrul said...

aku selalu sgt dpt ayat intro mcm nih hahahaha...

Liz Rohaizat said...

ely> kuat bergosip kah kwn2 ko? hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.