Thursday, December 30, 2010

Pan Seared Salmon and Asparagus with Hollandaise Sauce

Tahniah buat skuad Malaysia yg berjaya menewaskan Indonesia seterusnya menjulang Piala Suzuki setelah sekian lama. I hanya tgk perlawanan di Bukit Jalil. Yg second part ni, tak tgk atas sebab yg tak dpt dielakkan. Hehehe...

Esok cuti eh? Hahaha, I gelak ni bukannya apa. I rasa my boss tak tau lagi yg esok cuti. Hehehe... Mesti dia akan sedikit kelam kabut nak siapkan kerja hari nie.

Tgk Nieda asyik masak western, I pun terasa nak masak western sikit. Hikhik.. jgn marah eh Nieda. So malam tadi I masak Pan Seared Salmon and Asparagus with Hollandaise Sauce.

Wah, jenuh juga nak fikir nama menu. Confirm tak boleh masuk Masterchef. Hikhik.

Simple presentation

The asparagus was overcooked sebab I terlupa nak keluarkan dari periuk. Ingat nak steam je. Lepas tu rasa mcm nak rebus sekejap je la. Sudahnya lupa. My bad.. my bad. Dah la asparagus yg I dpt smalam tu kurus-kurus aje.

Salmon pulak tak sempat nak marinate sebab hubby nak keluar jumpa kwn mlm tadi. Jadi I hanya seasoned it with salt, pepper and lemon juice. I suka kalau skin dia tu crispy. Sedap je makan.

Ni pulak kali pertama I cuba buat Hollandaise Sauce sendiri. Jumpa resipi mudah utk buat sauce tu. Nanti la I share kat blog lagi satu. Usually, Hollandaise Sauce digunakan dlm Egg Benedict.

Wednesday, December 29, 2010

Plan your leave

You all dah tgk calendar tahun 2011?

I ada satu habit. Kalau dpt calendar baru, pertama sekali yg I akan buat ialah buat remarks kat semua Cuti Umum dan Cuti Negeri. Kemudian, block mana-mana date yg sudah terisi dengan perancangan seperti holiday trip dan wedding ceremony.

Disebabkan habit ni, I akan cari calendar yg mempunyai ruang yg besar agar senang nak tulis apa-apa nota. This year, I dpt calendar from Allianz. Hehehe.. Setiap kotak tarikh adalah besar yer. Sesuai nak coret mcm-mcm perkara.. suka!

Semalam I saja-saja buat nota kat calendar.. all the important birthdays, anniversaries, weddings, etc. I noticed yg kita ada beberapa cuti umum pada hari Ahad. Bestnya cuti dpt carry forward to Monday. Jom tgk. Ni hanya melibatkan Kuala Lumpur yer. Utk negeri lain, sila check.

CUTI HARI AHAD
1 May – Labour Day
6 Nov – Hari Raya Aidiladha
27 Nov – Awal Muharam
25 Dec – Christmas

CUTI HARI JUMAAT, ISNIN DAN SELASA
1 Feb – Hari Wilayah
3 & 4 Feb – CNY
15 Feb – Maulidur Rasul
17 May – Wesak Day
30 & 31 Aug – Hari Raya Aidilfitri
16 Sep – Malaysia Day

Kalau nak cuti panjang, elok lah libatkan cuti yg jatuh hari Jumaat, Isnin dan Selasa. Merasa la cuti lama sikit kan?

So ada kwn-kwn yg nak kahwin tak tahun depan? Setakat ni, sudah 3 org kawan rapat telah beritahu yg mereka akan berkahwin di mana salah seorangnya masih belum beri tarikh. To You-Know-Who-You-Are, kalau dah book tarikh yg sesuai tu, silalah sms I yer. Jgn last minute baru nak bgtau. Tak merasa I nak tgk you bersanding.

Ahaks, belum lagi New Year tapi dah sibuk tgk cuti tahun depan. Terpaksa tau sebab I kena buat planned leave. Kalau last minute, boss marah. Paling lewat pun, kena submit sebulan dari tarikh nak cuti tu. I bukan apa. Nak tgk ni sebab nak jadi nujum pak belalang. Nak tgk agak-agak bila la taska Icha Micha nak tutup lama. So bila tgk ni, rasa mcm ada possibility utk taska dia tutup seminggu masa hari raya puasa. So kena la block my calendar utk apply cuti kat boss.

Next week nak hantar leave application utk holiday bulan February. Pembuka tirai tahun 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Penama utk KWSP

Rancangan seperti dlm ni telah bertukar. Hikhik. Tiba-tiba terasa mau pergi dating berdua. Sudahnya, tak jadi melepak di Kinokuniya dan x jadi mkn di Cafe Milano. Masih pergi KLCC tapi menghala ke tempat lain.

Ok la, pagi tu kami ke KWSP utk menghantar borang penamaan calon.. eh, bukan. Hantar borang penamaan utk simpanan KWSP kami sebenarnya.

Prosesnya sgt mudah yer. Anda hanya perlu:

1. Isi borang penamaan dengan menggunakan PEN HITAM dan tulis dlm HURUF BESAR.
2. Fotostat IC. Kalau borang dihantar di kaunter, tidak perlu buat pengesahan. Pegawai di kaunter akan buat pengesahan dokumen.
3. Setelah semuanya siap, hantar ke KWSP samada melalui pos atau kaunter. Kaunter senang sikit la kot bagi I sebab lepas semuanya selesai, anda akan dapat salinan pengesahan dari pihak mereka.

Ada la dlm 10 minit je kot. Mudah kan? Mudah tapi ramai juga yg masih berlengah nak letak penama. So kalau you all ada masa, pergi la submit ur form. Nanti kalau kita dah tiada, susah pulak pewaris nak dptkan hak mereka.

I tergelak juga bila tgk my hubby. I saja tak tulis percentage kat my form. I tgk, dia pun tak letak percentage. So I tegur, suruh dia letak percentage. Dia pulak mengerling kat my form, mcm nak tiru orang masa exam. Hahaha... It was like, "Kena tgk ni dia nak bg berapa. Nanti tak sama, susah pulak". Hehehehe...

Lepas semua selesai, I printed out my statement. Tak sangka dah byk juga duit yg tersimpan dlm KWSP.

"Abang, kalau Liza meninggal petang nie, byk ni la duit yg abang dpt. Abang jgn kahwin lain pulak ye"

Nak tau apa dia jwb?

"Eh, mana boleh tak kahwin. Mesti la nak kahwin".

Ada hati tu :p

Entry bergambar - Rosnah & Hisyam

25 Disember 2010 adalah tarikh yg dipilih oleh pasangan ini utk mendirikan rumahtangga. Solemnization ceremony diadakan di Masjid Taman Marida, Senawang. Reception pula diadakan pada hari yg sama di Allson Klana Resort, Seremban.

Majlis sepatutnya bermula pada pukul 10.30 pagi tetapi mungkin sengaja dilewatkan oleh pak imam hingga ke pukul 11 pagi. Memilih masa yg cantik agaknya. Dengan sekali lafaz, majlis selesai dengan doa kesyukuran.


Selesai majlis nikah, semua tetamu terus ke Allson Klana Resort. Sementara tetamu menunggu pengantin menukar persalinan, kami bergambar puas-puas di dalam ballroom. Ballroom telah dihias cantik dengan tema merah putih.

The tables were nicely decorated

Ice sculpture yg menjadi kegemaran tetamu cilik

Wedding cake yg mempunyai kisah disebaliknya :p

Pasangan yg memilih hitam putih sebagai warna tema utk hari itu.. ewahh


Overall, hidangan di Allson Klana Resort sgtlah sedap. Nasi minyaknya boleh dimakan begitu saja. Serious sedap. Lauk-pauk pun sedap hinggakan ikan tiga rasa menjadi rebutan semua orang. Dah la ada pajeri nenas. Kira mmg I melantak pajeri nenas la sbb nak hilangkan kempunan. Bukan senang nak jumpa pajeri nenas yg mcm kari tu.

I tak sure diorg pilih pakej yg mana. Kami makan berhidang. Lepas semua siap mkn, kami dijamu dengan buah-buahan. Lastly, semua tetamu dihidangkan dengan kopi. Kira tetamu yang datang tu mmg kenyang la.

Semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sunday, December 26, 2010

You don't have to feel like a waste of space

The best song from her so far! Maybe because it's not a love song.

FIREWORK by Katy Perry

Do you ever feel like a plastic bag
Drifting through the wind, wanting to start again?
Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards, one blow from caving in?

Do you ever feel already buried deep?
Six feet under screams but no one seems to hear a thing
Do you know that there's still a chance for you
'Cause there's a spark in you?

You just gotta ignite the light and let it shine
Just own the night like the 4th of July

'Cause baby, you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

You don't have to feel like a waste of space
You're original, cannot be replaced
If you only knew what the future holds
After a hurricane comes a rainbow

Maybe you're reason why all the doors are closed
So you could open one that leads you to the perfect road
Like a lightning bolt, your heart will blow
And when it's time, you'll know

You just gotta ignite the light and let it shine
Just own the night like the 4th of July

'Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
It's always been inside of you, you, you
And now it's time to let it through

'Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon

Friday, December 24, 2010

Tertunailah hajat yg dahulunya tidak kesampaian

Sebenarnya, I nak update blog.

Tapi kan, I kat hubby's office nie. So mcm nak kena menyorok pulak. Bukanlah tak boleh tapi I taknak his colleagues tau akan kewujudan blog nie. Setakat nie baru 2 orang yg tau. Tu pun dah cukup.

Hubby will work until 10 a.m. Then we will go to KWSP to submit our beneficiary forms. Dah byk kali tertangguh. Eloklah letak penama secepat mungkin. Kalau jadi apa-apa kat kami, tak la susah utk Icha Micha yang masih kecil tu dapatkan hak dia. Sesetengah orang berpendapat, perkara ni tidak berapa penting sebab lambat laun, pewaris tetap akan dpt habuan. Tapi kalau korang x dijadikan penama, prosesnya akan sedikit leceh. Ada beberapa dokumen yg perlu diserahkan. Akan mengambil masa. So kalau korang belum letak penama utk ur KWSP, buatlah segera.

Lepas selesai di KWSP, I nak melepak puas-puas kat Kinokuniya. Nak juga mkn di Cafe Milano. Yum yum.. tertunai hajatku.

Thursday, December 23, 2010

A simple question for my daughter

Icha Micha dah makin becok bercakap. Her vocab is expanding.. or should I say exploding? Dia dah mula gunakan ayat yg panjang. Seronok jugak la berborak dengan dia. Kdg-kdg nak tergelak bila dgr ayat-ayat dia.

Usually, I akan tanya beberapa soalan wajib bila ambil dia dari taska.


Cikgu akan bawa dia ke muka pintu. I akan dukung dia. Abi dia akan ambil beg-beg dia. Icha Micha akan salam cikgu dia. On the way out, dia akan mulakan perbualan.

"Umi, Miki Mosh" sambil tunjuk gambar Mickey Mouse yg terlukis di dinding luar taska.

Kami masuk ke kereta. Kalau rambut dia diikat, I akan tanya...

"Sape ikatkan rambut?"
"Cik Nor" ... or sometimes Cikgu Dilla atau Cikgu As.
"Dah mandi?"
"Dah"
"Sape mandikan?"
"Cikgu As. Sabun... syampu rambut"
"Oh... pakai bedak.. patut la wangi. Tisya tidur tak?"
"Tidur"
"Hari ni makan apa?"
"Makan nasi. Cikgu As suap."
"Nasi apa?"
"Nasi lemak" .. setiap kali tanya, mesti tu jawapan dia. I tau dia mkn nasi lain
"Lauk apa?"
"Lauk ayam"
"Ayam masak apa?"
"Ayam lemak"... I told you!
"Oh, cikgu As suap ke?"
"Cikgu As suap. Darwisy makan tumpah!"

Sempat lagi nak ngadu psl bestfriend dia!

Sumbangsih

Oh My God,

Sgt rindu nak pulang ke sana. Thanks sis Ziera for reminding me of this song. SMAPian, do you still remember this song?

SUMBANGSIH by Soutul Jihad

Di sinilah tempat kubermula
Menimba ilmu milik Yang Esa
Buat bekalan dunia
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan nan mesra

Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan kukenang selalu
Jadi panduan hidupku

Bersama kita jayakan
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Pada guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati...
Jasa dan bakti kekal abadi

Nota teristimewa: Congrats to my brother; Hasif for his achievement in PMR. Ahaks, sampai tak boleh tidur malam tadi ek? Eventhough tak boleh lawan result kakak dia, keputusan tu tetap bagus. Teruskan usaha utk exam yg akan datang. Ni kalau terus cut FB, mesti boleh straight A!

Wednesday, December 22, 2010

Anak pandai Math

Sebagai seorang anak guru Matematik, I sering disalah erti sebagai seseorang yg pandai giler bab Math. Bukan pandai tau.. tapi pandai giler. Isk... Isk… Pressure nie.. hehehe…

Marilah I bercerita dulu kisah “I pandai Math” sebelum I bagi tips. *Cikgu Norlisah di rumah tu, sila jgn teruskan pembacaan anda. Anakmu nak merapu sekejap*

Utk pelajar di boarding school, pernah tak korang dgr teori ini?

1) Budak boarding school akan pandai dlm Modern Math tapi tak berapa pandai Add Math.
2) Budak sekolah biasa pulak pandai Add Math tapi tak berapa pandai dlm Modern Math.
3) Budak yg pada mulanya belajar di sekolah biasa dan kemudian masuk ke boarding school ketika di Tingkatan 4, mereka akan pandai dlm Modern Math dan Add Math.

Huhuhu, tak tau la you all pernah dgr benda ni ke tak. But at my school, boleh nampak la perkara ni berlaku. Hehehe, mana-mana Scolobu yg pernah berdiri atas kerusi sebab fail Add Math, sila angkat tangan sekarang jugak! Bayangkan ye, pelajar tingkatan 5 kena berdiri atas kerusi sebab gagal Add Math. Not my class tapi ada kelas lain yg kena kalau tak silap. Kami hanya kena berdiri atas lantai je.

Masih terbayang di zaman itu.. Isk.. bunyi mcm dah hidup 50 tahun. Ok la, ni tahun 1998 dan 1999. Nak dipendekkan cerita, kelas I dpt Cikgu Add Math yg paling famous kat sekolah. Famous sbb dia sgt skema. Nama dia Cikgu Mok. Nak dipendekkan cerita lagi, hampir 80% peratus apa yg dia ajar, kami tak faham. Serious ni weih. Tak tipu. Kami terpaksa ‘meraba dlm kegelapan’ la kiranya. Bila dpt exam result, semua failed kecuali golongan No. 3. Cikgu Modern Math kami masa tu ala-ala kesian dan bersedih dengan nasib kami yg malang tu.

So dia volunteer diri dia utk ajar kami masa Form 5. At first, kami taknak sebab cikgu itu sangat garang. Scary ok. Tapi golongan No. 3 marah kami lite-lite. Katanya, kami harus beranikan diri. Giler ke hapa nak fail Add Math dlm SPM. Nak mamp*s!

Jadi kami pasrah. Tapi tak sangka cikgu ni betul-betul nak tolong kami. Dia nak kami bekerja kuat bersama-sama dia. Dia korbankan hujung minggu dia utk buat kelas tambahan utk kami. Bayangkan, kami mula kelas tambahan dari pagi sampai ke petang. Tak terbayang rasanya, mcm mana la kami boleh tahan dengan cara dia. Cuba buka buku teks Add math tahun 1999 yg tebal tu. Semua latihan dlm tu kami buat tanpa tertinggal apa-apa pun. I tak tipu!

Terpaksa beb sebab kami fail Add Math. Fail… markah bawah 40 peratus. Susah sgt ke nak dpt atas 40%? Ada sorang kwn aku tu, markah dia 1%. Kesian tak? Sampai kena marah.

We worked hard. We cried a lot. Budak Putera sampai bwk buku teks tu ke Musolla sekolah. Siap kena perli lagi dgn orang lain. Kami makan minum tidur dengan buku Add Math.

Daripada hampir 90% pelajar kelas tu fail Add Math, kami semua passed with flying colors dlm SPM. Flying color tak la bermaksud semuanya dpt A1 tapi mmg bangga sebab tak fail. Hahaha.. dan alhamdulillah, result bagus la la jugak. Cikgu tu terus dpt naik pangkat dan dpt anugerah dari pihak Jabatan Pendidikan. A class to remember.. tu katanya. *Eventhough masa kami jumpa a few years back, dia tak ingat nama kami tapi dia ingat kami dari kelas yg gagal Add Math*

I pernah cerita psl benda ni kan? Tu la, jasa cikgu mmg takkan dilupakan sampai bila-bila.

Ok la, berbalik pada mcm mana nak anak pandai math. Ramai tanya aku. Uhuks, I takde la pandai giler pun. Tips yg paling utama ialah BUAT BANYAK LATIHAN TANPA JEMU. It doesn’t matter kalau soalan tu dah pernah buat. Buat lagi dan lagi dan lagi. Itu yg cikgu kami ajar. Mmg la kdg-kala rasa boring sebab mcm dah reti jwb. Tapi kalau korang dah panik masa exam, benda yg korang tahu buat pun boleh jadi tak tahu buat tau.

Zaman I sekolah rendah, selamba je cikgu rotan murid kalau salah mengira. Mak bapak pun lagi la menggalakkan cikgu rotan anak diorg kalau tak pandai. *Tiba-tiba rasa rindu kat cikgu Mazlan sebab dia mmg rajin rotan kami.. hehe*

Nak pandai Math, tak byk tips yg boleh dicuba. Satu tu je yg perlu dibuat. Jgn malas nak buat latih tubi sebab dari latih tubi, korang akan familiar dengan soalan dan langkah pengiraan yg perlu dibuat.

Ahaks, so jgn la fikir I pandai Math. Kalau Modern Math, mmg boleh la tapi kalau Add Math, I tak rasa I ingat jalan kerja dia lagi especially bab Tangen. Always give me headache! Ahaks.

Mcm mana dgn korang di luar sana? Pandai Add Math, Modern Math atau kedua-duanya?

Tuesday, December 21, 2010

Blogger Dad

Amboi, sejak kak Syigim tulis psl 5 Reasons Why Dads Must Blog, mula la Mrs. Bloggers berangan nak ada hubby yg tulis blog jugak. Hehe.. yes Yana, termasuk juga awak.

Sebenarnya, byk juga bloggers di kalangan lelaki tapi tak ramai blogger di kalangan AYAH. Meaning blogger who blogs about his life as a dad.

My hubby pernah minta I setup satu blog account utk dia. Siap suruh pilih design dan sebagainya. Tapi bila dpt tahu perkara yg dia nak tulis kat situ, his wife tidak mahu bekerjasama. Hikhik. Ala abang, daripada blog psl 'benda tu', baik blog psl anak sendiri. Kalau nak cerita psl wife dia yg tak perfect ni pun, I tak kesah. Lagi bagus daripada bercerita psl orang lain yg tidak berkaitan.

Kalau la my hubby ada blog, apa agaknya yg dia nak cerita?

Come on dads out there, we want to hear your story.

Don't worry, be happy

I selalu percaya bahawa setiap perkara buruk yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.

I pernah 'jatuh tersungkur' satu tika dulu. At first, mmg rasa sgt kecewa dan rasa serba tak kena. Putus asa. But then, perlahan-lahan ingatkan diri sendiri yg pasti Allah akan beri sesuatu yg baik sebagai balasannya. A few years later, barulah I terima balasan baik tu. Bersyukur kerana hidup pernah susah satu tika dulu.

You know, jgn salahkan takdir. You have to bounce back. Carilah kekuatan di mana-mana. Paling senang, mengadu pada Allah kerana Dia Maha Mendengar. Kalau bercerita dengan orang lain, belum tentu orang tu akan dgr 100%. Tapi kalau mengadu dengan Allah, walaupun Dia tiada di depan mata, kita tahu Allah mendengar setiap butir bicara kita.

Bila Kak Anisa beri komen tentang entry semalam, I terdiam. Kak Anisa, tak pernah saya salahkan akak langsung dlm hal ni. So don't worry. Plus, mmg dah buat keputusan nak wean off dia menjelang umur 2 tahun 3 bulan. Ni kira terawal 2 minggu je.

Dlm bersedih sbb Icha Micha dah kurang bergantung pada umi dia, I nampak secara tiba-tiba dia menjadi seorang big girl. Ok, sebenarnya dah lama nampak tapi skrg dah boleh rasa lega.

Dia dah boleh tidur tanpa bangun utk minum susu di malam hari. Tidur sampai ke saat dia dihantar ke taska. Sebelum tidur, dia akan main puas-puas. Bila dah penat, baru dia ajak semua org baring sebelah dia dan dia akan peluk salah sorang sampai la dia tertidur. No fuss melainkan kena layan dia bercakap sebelum dia tidur. She's a small girl with a curiosity! Semua benda nak tanya. Semua benda nak ckp. Semua benda nak beritahu.

Yes, maybe pada awalnya I bersedih tapi sejak semalam, dah rasa lega sgt bila tgk dia tidur.

Monday, December 20, 2010

I never thought it was easy :(

If only I could turn back time.

Last time, I ada ckp yang I takkan berhenti bf Icha Micha hinggalah ke saat dia nak berhenti sendiri. Itulah my mission. Mcm sayang je kan?

Last Saturday, ingatkan nak main-main je. Nak tgk reaksi dia. So I guna salah satu taktik yg kak Anisa ajar di entry ini: Mission 'No Boobies'. My purpose is nak main-main aje.

Sekali terjadi betul-betul! Icha Micha dah taknak bf. Saturday, dia hanya bf ketika tidur. Mamai-mamai so maybe dia tak sedar. Sedangkan di waktu siang, dia asyik komplen ckp "tak sedap". Sunday, terus taknak langsung dah sambil berkali-kali kata 'tak sedap'. Hmm, sedihnya. Amboi, dah lebih 2 tahun ckp 'sedap', tiba-tiba skrg dah 'tak sedap' eh.

Tak tau nak rasa apa. Sedih kot. Tak rasa lega pun. Erk, camtu ke perasaannya? Rasa menyesal sebab main-main mcm tu.

You all yg anak dah weaned off ni, mcm ni ke yg korang rasa? Sampai skrg I masih rasa menyesal terutamanya bila dia ckp 'tak sedap'. Rasa sedih je.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.. gulp!

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Final Part

Ok la, sudah tidak larat nak update pasal ni. So ni final entry la.

Bila pengunjung dah mula surut, kami singgah ke Le Billard. Opps, tak tau la berapa dia charge sebab orang lain yg bayarkan. Hehe tapi tukang bayar ckp, mahal sikit dari biasa.



Diorg main 3 games kot. I interframe kat satu game je. Pastu terus keluar utk ambil gambar sbb lampu dah dipasang.

Waktu malam adalah sgt cantik di sana. Guna kamera cikai so gambar mungkin tidak dpt menggambarkan akan kecantikannya. Terasa best jer berjalan dan melepak kat luar di waktu malam. Tapi angin sejuk la jugak. So elok pakai baju yg tebal sedikit.

Lepas dinner di bilik, kami semua keluar turun ke area Meranti Park Suite. Nak pergi sport center sbb kat sana ada pusat bowling.

Urm, tempatnya biasa aje. Overall, tak puas hati pun. Lane terlalu berminyak. Pins asyik jatuh je. Bola tersekat. Isk... mmg tak puas hati. Sudahnya kami hanya main satu game aje. Takpe la, bukanlah nak condemn. Pasrah je la kan. Cuma aku bgtau awal-awal. Nanti korang ckp, aku tak beritahu pulak. Harga bagi satu game adalah standard mcm kat luar juga.

Malam tu, kami ambil peluang utk jalan-jalan di sekitar Colmar Tropicale. Cuaca agak sejuk jugak la. Nak singgah Le Billard tapi ramai orang pulak. Nak lepak La Flamme, kitchen dah tutup pulak. Hehe... mati kutu dibuatnya. Last-last, naik bilik dan tidur.

Esoknya, kami melawat Japanese Garden. Tapi sebelum tu, kami pergi 'beramah mesra' dengan swans di kolam berhampiran bridge.

Black swans agak peramah. Mau jugak la ia dekat dengan pengunjung. Cuma jgn masuk ke kawasan kolam. Nanti ia marah dan kejar korang. White swans sombong. Ceh, mentang-mentang bulu lawa.

Utk ke Japanese Garden dan Rabbit Park, perkhidmatan bas disediakan. Bas ni ikut masa la jugak. So kena la tunggu kat station berhampiran.









Japanese Garden masih cantik seperti dulu. Cuma air agak keruh berbanding 6 tahun lepas. Masa kami pergi 6 tahun lepas, air jernih. Kan bagus kalau air tu masih jernih. Cantik la sikit kan? Hairan juga kenapa air dibiarkan keruh sebegitu rupa.

Kami check-out tepat jam 12 tgh hari. Kalau korang check-in di sana, jgn lupa dptkan kembali duit tiket masuk tu ketika check-out.

Overall, it is a nice place to visit.

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 3
Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 2
Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

Friday, December 17, 2010

Speak Now

Saya ingin ini...



Dan ini...
Dan ini...


Ok, yang terakhir tu boleh ditangguhkan lagi la sbb nak tunggu riwayat Razr tamat. Alang beli mahal-mahal, biar pakai sampai tak boleh diselamatkan lagi dah.

Yang lain, mcm nak pergi rembat je terutamanya Lancome Miracle tu. Dah lama tak pakai tu. Entah la, dah cuba pakai yang lain tapi terkenang-kenang juga akan kewangian Miracle. (Rasanya Sue mesti bersetuju dengan aku sbb dia pun suka). Biarlah orang ckp ada yg lebih best, Miracle tetap di hati. So ada org nak belikan tak? Hehe..

Speak Now. Ni sebab dah terminat pulak. At first, rasa mcm lagu dia biasa-biasa je kot. Tak mcm masa Fearless album. Tapi bila dah tiap-tiap hari layan lagu Speak Now, jadi suka pulak.

SPEAK NOW by Taylor Swift

I am not the kind of girl,
Who should be rudely bargin' in on a white veil occasion,
But you are not the kind of boy,
Who should be marryin' the wrong girl.

I sneak in and see your friends,
And her snotty little family, all dressed in pastel,
And she is yelling at a bridesmaid,
Somewhere back inside a room,
Wearing a gown shaped like a pastry.

This is surely not what you thought it would be,
I loose myself in a daydream,
Where I stand and say:

Don't say "Yes", run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,"
And they said, "Speak now,"

Fun gestures are exchanged,
And the organ starts to play
A song that sounds like a death march,
And I am hiding in the curtains,
It seems I was uninvited by your lovely bride-to-be,
She floats down the isle like a pageant queen.

But I know you wish it was me,
You wish it was me, don't you?

Don't say "Yes", run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,
And they said, "Speak now,"
Don't say yes, run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
Your time is running out,
And they said, "Speak now,"

I hear the preacher say,
"Speak now or forever hold your peace,"
There's a silence, there's my last chance,
I stand up with shaking hands,
All eyes on me,
Horrified looks from everyone in the room,
But I'm only lookin' at you.

I am not the kind of girl,
Who should be rudely bargin' in on a white veil occasion,
But you are not the kind of boy,
Who should be marryin' the wrong girl.

So don't say "Yes", run away now,
I'll meet you when you're out,
Of the church at the back door,
Don't wait or say a single vow,
You need to hear me out,
And they said, "Speak now,"

And you say,
"Let's run away now,
I'll meet you when I'm out of my tux at the back door",
Baby, I didn't say my vows,
So glad you were around when they said, "Speak now,"

Saya telah 'lunyai'

Oh God, terasa sgt 'lunyai'. Erk, mungkin perkataan tu tak berapa dpt menggambarkan betapa penat dan letihnya minggu nie.

Urgh, I don't want to touch database for the next 6 months.. boleh? *Yeah, teruskan berangan mcm company ni aku yg punya*

Mcm mana la or yg keje sebagai auditor tu ek? Patutlah Isma tu kurus je sampai skrg. Hehehe..

As at today, semua files telah di update. Alhamdulillah. Serious nak termuntah melayan benda ni je. So dari awal minggu dah buat target nak selesaikan menjelang Jumaat. Dah taknak carry forward ke minggu hadapan. Nasib baik sempat siap. Tu pun sebab tak pergi lunch kot. Nasib la.. yang penting, takyah ngadap benda ni lagi sampai hujung tahun.

Bertambah penat sebab hari-hari bawa kereta pergi office. Minggu ni hubby kena pergi kerja sgt awal atau balik kerja sangat lambat. Mmg minggu ni minggu berdua dengan Icha Micha. Balik kerja awal. Pastu mlm tu keluar balik sebab nak ambil hubby. Penat tapi rasanya Icha Micha seronok dpt keluar malam sebab dpt tgk lampu-lampu di jalan.

Dan kami missed celebrate our wedding anniversary semalam :(

Ala, bkn nak buat ape pun. Nak mkn-mkn je. Tapi semalam hubby kena kerja. Sudahnya dia blk kerja pukul 9.30 malam, pergi mkn kat KFC aje. Jadi la weih. Tapi hadiah tetap ada. Hadiah ape? Tahun depan la baru cerita.

Aduh, lambatnya nak habis waktu kerja. Tak sabar nak balik rumah.

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 3

Hujung minggu mmg ramai pengunjung yang datang. Tambahan pula, ada market kat bwh tu. Ia hanya ada di hujung minggu sahaja. So mmg agak sesak la jugak. Sebab tu kami buat keputusan utk berehat di bilik sementara menunggu petang. Around 5.30 camtu la, baru la pengunjung berkurangan. Jadi, masa ni la kami ambil kesempatan utk keluar dan bergambar beramai-ramai.

Fave spot pengunjung utk mengambil gambar

Susah sgt la nak ambil gambar bertiga camni

Masa ni 2 clowns yg pada awalnya berada dlm kawasan bangunan, keluar ke arah bridge. Kami minta mereka ambil gambar dgn budak bertiga nie. Sekali ketiga-tiganya menjerit dan menangis ketakutan.

Kami menyelamatkan keadaan :)

3 orang budak kecil yg masih ketakutan

Rasanya sebab yg sorang tu tinggi sgt. Mana la budak-budak ni tak takut.

Suasana Colmar Tropicale di hujung minggu mmg jauh berbeza dengan hari-hari biasa. 6 tahun lepas, kami pernah ke sana di hari biasa. Lengang tau! Tapi kali nie, mmg happening.






Nampak tower di bawah? Ni wajib naik. Nampak tangga tu? Terpaksa la naik tangga kalau nak nikmati pemandangan kat atas tu. Acah je, ada lift. So tak perlu risau.



Pemandangan bukit bukau

Family berbaju belang

Icha Micha: Boleh tak kalau bergambar tu, pandang kamera?!
Danish: I malu la. Yang you duduk rapat-rapat ni kenapa?

Puas la bergambar kat sana. This time, mmg banyak ambilkan gambar orang. Tak banyak gambar sendiri. Hahah, dah balik baru nak perasan. Takpe la. Puas hati.

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 2

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

Thursday, December 16, 2010

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 2

Ini kali kedua aku, hubby dan adik bongsu aku ke sana. Utk lain, mereka tak pernah menjejakkan kaki ke sana. So pemilihan Colmar Tropicale sebagai destinasi percutian kali ni mmg sgt sesuai. Lokasi yang tidak jauh dari tempat kami membuatkan kami sedikit rileks. Tak perlu terkejar-kejar utk ke sana.

Rombongan kami terdiri dari 9 dewasa dan 3 kanak-kanak sahaja. Tidaklah terlalu besar tetapi apabila memikirkan kos utk mkn tgh hari dan mkn malam, byk juga yang perlu diperuntukkan kalau nak mkn di restoran-restoran di atas tu.

I googled a lot... betul nie, aku baca kisah-kisah orang lain yg ke sana. Kebanyakannya balik hari disebabkan kos yang mahal. Sila bayangkan ye. Harga sepinggan Carbonara di La Flemme adalah RM29.00++. Tapi menurut seorang blogger, it's a big portion. Kira ok la kot. Tapi kalau nak pesan 9 pinggan, harga yg perlu dibayar ialah RM261.00++. Ok la, katalah satu pinggan share 2 orang, total harga yg perlu dibayar utk 5 pinggan Carbonara ialah RM 145.00++. Wow, tidaklah aku akan keluarkan duit sebanyak tu. Bukannya susah dan mahal pun nak buat Carbonara kan?

Jadi kami buat plan lain. Utk cut cost, kami masak lauk pauk utk dinner di rumah. Kemudian, bawa naik ke sana. Hehehe... jimat dan berbaloi-baloi! :p

Janji nak sampai ke rumah kami pkul 11 pagi tapi tidak yer... kereta dari Seremban sampai jam 11 pagi. Kereta dari Nilai sampai jam 12 tgh hari. Tapi dimaafkan la sbb Nilai sesak. Padahal diorg nak keluar pukul 10.30 pagi. Ok la tu.

Utk tgh hari, semua org mkn kat rumah kami. Around 1.15pm, kami bergerak ke Colmar Tropicale.

Perjalanan terhenti di stesen minyak sebab masing-masing nak beli makanan. Kat atas tu mahal. So kalau korang nak beli air ke, roti ke.. elok beli kat bwh dulu. Kalau tak terasa nak Coke pun, beli je la. Believe me. Bila sampai kat atas dan nampak Coke, tiba-tiba tekak terus rasa haus nak Coke tapi tak boleh beli sebab setin Coke berharga RM6. Jahat tekak ni yg tiba-tiba haus.

Kami bawa kereta slow je sebab nak menikmati pemandangan bukit bukau yg menghijau. *Sorry eh kereta Satria dan Honda City di belakang kami yg terpaksa ikut kami perlahan-lahan.. hehehe*

Akhirnya kami sampai di Colmar Tropicale sekitar jam 2.30 petang. Berlaku sedikit salah faham antara kami dan guard. I was told by someone yg kalau kami check-in di situ, kami boleh park kereta di hotel carpark. So lift tu terus sampai ke bilik. Tapi bila kami masuk sana, guard suruh kami park kereta di satu bangunan. Ingatkan mcm ok la, maybe ada tunnel ke sana. Huhuhu. Elok je dah keluarkan beg, tiba-tiba hubby ckp tempat ni salah. Dia ada nampak signboard tu hotel carpark di satu kawasan lain. Kami kena la turun semula dan beritahu guard tu betul-betul. Lepas tu, barulah dia bagi kami masuk ke kawasan yg lagi satu.

Guard kat atas tu bukan org tempatan so kalau korang nak check-in kat situ, ckp la betul-betul bagi dia faham agar tak terjadi mcm kes kitorang. Ada la 15 minit kot masa terbuang.

Akhirnya kami sampai di hotel lobby around 2.45 pm. Kami disambut oleh bellboy yg peramah. I kata peramah sebab dia rajin bgtau info-info yg kami perlu tahu. Urm, mmg la kerja dia pun kan? Kami minta 4 bilik tapi hanya 2 bilik yg dah siap. Nasib baik jugak la. Kalau tak, nak lepak kat mana? Hehehe. Kami bagi King & Queen dan keluarga yg paling ramai anak check-in dulu.

Sementara aku kat counter, diorg pergi bergambar kat luar. Cis! Banyak betul gambar diorg ambil.

Christmas is around the corner. Jadi Colmar Tropicale telah dihias cantik dengan dekorasi berkonsepkan Christmas. Sana sini boleh jumpa Christmas Tree. Dah la mood ala-ala kat France versi Malaysia. Mmg suka la diorg bergambar especially Icha Micha. Kat mana aje kitorang suruh dia berdiri atau duduk, terus menurut perintah dan buat peace sign.









Mereka dengan baik hati letakkan kami semua di bangunan yg sama. 2 bilik di tingkat 1 dan 2 bilik lagi di tingkat 2. Mmg terasa mcm floor tu kami yg punya. Sementara tunggu 2 bilik lagi siap, semua org berkumpul di bilik King & Queen utk menjamu selera. Tiba-tiba perut lapar pulak. Then, solat. Lepas tu kami mengambil peluang utk meninjau-ninjau persekitaran Colmar Tropicale.

View dari bilik King & Queen. Cantik kan?

Prince Nazdri and Prince Irfan *LOL*

Wishing well. Drop your coin inside.
Duit akan disumbang kepada badan kebajikan terpilih.

Nice view from the tower.
Berkonsepkan perkampungan Perancis.



Kami meninjau swimming pool yang terletak di hujung jalan. Agak tertutup dari orang ramai la jugak. Bagus sebab takde la orang yg singgah jalan-jalan di sana boleh tgk orang mandi di situ. Sayangnya, masa kami datang, adult pool ditutup utk pembersihan. Di area tu, bilik sauna dan gym turut disediakan.

Pemandangan dari swimming pool


Kat atas tu, tidak ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Jadi pihak Berjaya ada menyediakan Kiddie Rides dan Games Arcade utk pengunjung cilik mereka. Satu token berharga RM2. Quite expensive huh?





Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

Always (Happy 4th anniversary)

I will love you, baby - Always
And I'll be there forever and a day - Always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and
The words don't rhyme
And I know when I die, you'll be on my mind
And I'll love you - Always
*Always, Bon Jovi*

Wednesday, December 15, 2010

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

Our wedding anniversary jatuh pada 16 December tapi kami telah pergi celebrate awal-awal. Ahaks, ni kira pre-celebration la. Sejak 2 tahun lepas, my parents akan bawa kami semua pergi bercuti sempena their wedding anniversary yg jatuh pada 4 December. Bukan setakat sambut their wedding anniversary aje tapi sambut my Papa's birthday dan wedding anniversaries my sis and I. Kira celebrate berganda-ganda la nie.

Tahun lepas kami ke Langkawi. Tahun ni, kami pergi dekat-dekat aje sebab jadual masing-masing sgtlah padat di bulan December. Bila org A free, org B x free. Bila org A dan B free, orang C tak free. Huhu.. nak buat camne. Dah ada life masing-masing. Nak taknak, kena bercuti ke tempat yg dekat-dekat aje.

Setelah plan bertukar byk kali (membuatkan aku pening kepala mencari quotation utk setiap tempat.. dah boleh buka travel agency gamaknya!), aku ajak semua org ke Colmar Tropicale. Thankfully, semua org setuju. Diorg ni senang je. Janji tempat tu ada swimming pool. Yang lain, diorg tak kesah sgt.

Maka, kami ke Colmar Tropicale pada minggu lepas. 2 hari 1 malam aje. Tokwan nya ckp tak puas. Mau-mau nak kena pergi 3 hari 2 malam. Amboi.. tak boleh.. tak boleh.. nanti aku bgtau kenapa.

Ok la, sebelum aku bercerita panjang.. mari cerita sedikit tentang Colmar Tropicale.

Location:
Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Kuala Lumpur.

Attraction:
Bangunan berkonsepkan perkampungan Perancis. Binaan bangunan sgt unik. Sgt sesuai utk mereka yg gemar mengambil gambar. Tapi harus diingat. Jika bergambar utk tujuan komersil, anda wajib meminta kebenaran dari pihak Berjaya. Jika tidak, anda boleh disaman. Sgt cantik kalau rakamkan gambar perkahwinan. We met one couple there. Wah, suka! Mesti gambar diorg lawa-lawa.

Tempat lain yang menarik ialah Japanese Village dan Rabbit Park. Sesuai utk yg gemarkan alam semulajadi, Japanese Village merangkumi Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa dan Botanical Garden. Suasananya sgt mendamaikan kerana dikelilingi dengan pepohon yang menghijau.

Accomodation & Fees:
Jika anda menempah 14 hari awal, anda boleh mendapatkan 20% diskaun. Mcm kami, kami tempah awal. Sebuah Superior Room berharga RM210. Breakfast disediakan utk 2 adults. Kanak-kanak di bawah 4 tahun boleh mkn percuma. Kanak-kanak atas 4 tahun, perlu beli kupon berharga RM18. Kupon dewasa pula berharga RM35. Utk tiket masuk ke Colmar Tropicale, harganya ialah RM12 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak atas 4 tahun. Bagi yg menginap di situ, mereka akan pulangkan duit tiket tu ketika anda check-out.

Extra Info:
Yang paling perlu diketahui ialah harga makanan di atas tu lebih mahal dari luar. Setin air berharga RM6. Makanan di restoran-restoran pula, ada yg harga biasa, ada yg mahal. So terpulang pada masing-masing punya bajet. Utk info lain, aku akan beritahu di entry akan datang. Kena pecahkan entry la sbb ada banyak gambar nak dikongsi.

Tempat ni mmg best bagi orang yg suka bergambar. Ahaks, gambar yg kami ambil sampaikan lebih 300 keping. Kalau la takde digital camera, berapa roll kodak la yg kami kena bwk agaknya.




Met my part-time lover last night

Good friends are like stars....
You don't always see them, but you know they are always there

Tuesday, December 14, 2010

Gordon Ramsay bunuh diri

Kecoh tersebar berita tentang Gordon Ramsay bunuh diri kerana tidak tahan menanggung hutang keliling pinggang.

Gordon Ramsay yg dulu hot dengan Hell's Kitchen, skrg tgh famous dengan Masterchef US pulak. Cuma dia x se 'hot' dgn Hell's Kitchen la (terkenal dengan penggunaan bahasa yg kesat dan kasar terhadap peserta-peserta).

Alamak, kalau Gordon Ramsay dah mati bunuh diri, nampaknya kena la cari judge lain yg lebih berpengalaman dan bermulut celupar.


Ish.. ish.. ish...korang ni. Cuba baca berita tu betul-betul. Bukan dia yg bunuh diri. Tapi salah seorang chef dia yg bunuh diri.

Jadi Gordon Ramsay itu masih hidup.

Hubby cukup suka layan Hell's Kitchen tu. Tiap-tiap hari dia sanggup download dan layan tiap-tiap malam :)

Palsu tetapi indah di mata

The Christmas spirit is spreading all around KL. Kebanyakan shopping complex terkemuka sudah dihias cantik.

My favourite deco for this year is at Pavilion. Walaupun pokok Krismas tahun ni tidak secantik tahun 2007, deco di pintu masuk tidak menghampakan. Ramai orang mengambil kesempatan bergambar dengan hiasan bertemakan winter season.

We were lucky to experience this!

video

Fake snow! Tapi semua orang rasa seronok dan ambil kesempatan utk berada di bawahnya. Ada yang berpakaian seperti di negara musim sejuk semata-mata utk bergambar. The spirit is there.

Monday, December 13, 2010

I Love Giveaway - My biqque.blogspot.com Favourite Post!

I never met Biqque before. "Kenal" dia melalui Ely. Tapi setiap kali baca blog dia, terasa dekat di hati sbb boleh imagine Biqque ni humble orangnya. Yg aku suka tentang blog Biqque ni ialah Biqque banyak bercerita tentang her travel experiences, baik di dalam negara mahupun luar negara. It's like travel-log. Sikit pun dia tak tinggalkan. Being me yg suka survey segala mak nenek setiap kali nak pergi bercuti, selalu rasa frust bila blogger tak bercerita secara details. Biqque never failed to give me this kind of information.

Ok la, Biqque ada buat giveaway! So sesapa yg suka, boleh join dengan cara klik di banner di bawah. Hanya perlu jawab soalan mudah.

Which one is your favourite post in biqque.blogspot.com and it's link
My favourite post would be Insadong.
Link : http://biqque.blogspot.com/2010/11/insadong.html

Why I like that post?
First, suka baca semua entry Biqque tentang Korea. Maybe sebab dari dulu aku suka layan lagu, drama dan filem dari Korea. So memang baca entries tu sambil berangan-berangan. Hahaha.. yes Biqque, I love kimchi!

Tapi Insadong entry yg paling disukai sebab ada adegan membuka locker di subway exit. Serious aku dpt bayangkan. Rata-rata orang yg pernah ke Korea akan menghadapi masalah pertuturan dengan Korean sebab tak ramai yg tahu English language. Jadi kisah 3 Korean itu menolong Biqque membuka locker buat aku gelak.

So kalau korang tak pernah masuk blog Biqque, inilah masa utk kenal Biqque. Mana yg dah kenal Biqque, jom la join this giveaway. Lagi ramai, lagi meriah.

Saya bukan si baju besi yang tiada perasaan

Wah, semacam je tajuk.

Nak tanya sesuatu kat korang. Kalau korang nak bergurau dengan seseorang, adakah korang akan bergurau sesuka hati atau korang tgk dulu korang nak bergurau dengan siapa? Maksud aku, adakah korang akan consider samada org tu boleh terima gurauan tu atau tak?

Luarannya, aku rasa aku seorang yg pendiam, serius dan pemalu. Ahaks. Tapi sesapa yg dah kenal heart by heart, akan sedar yg aku seorang yg ceria dan pot pet bertempat. Dan mereka ini aku letakkan dalam kategori 'safe mode' utk dibawa bergurau.

Meaning boleh mengutuk each other tanpa perlu sentap. Ko ckp dia 'bodoh' pun, dia ckp ko 'bodoh' balik sambil sama-sama gelak.

Kalau nak bergurau, aku tgk orang dulu. Kalau aku tak rapat dengan orang tu, mmg susah la nak bergurau sbb aku takut apa yg aku ckp bakal mengguris hati orang tu. Yer la, nama pun dah tak rapat so mmg kira tak kenal la kan? Mana aa tau aku ckp biasa-biasa je sambil gelak-gelak, dia terasa pulak. Kesian dia.

Tapi kalau dgn bestfriend, ngam aje. Aku kutuk sebakul, dia terima sebakul. Dia kutuk aku sebakul, sesudu pun aku tak pulangkan kat dia. Hehehe..

Apa yg aku nak ckpkan ye? Camni la. Kalau kita tak rapat dgn org tu, silap-silap jumpa setahun sekali atau 6 bulan sekali.. atau 10 tahun sekali, berhati-hati bila bergurau. Eventhough ada gelak ketawa sebagai selingan, kena berhati-hati. Sebab kalau isu tu dah mengguris hati orang tu, ko gelak mcm Jim Carrey pun orang tu tetap akan terasa.

Kalaulah ada baju besi yg muat dengan ketinggian saya, mungkin saya akan pakai. Kot-kot boleh elakkan diri daripada gurauan tak bertempat.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.