Tuesday, November 30, 2010

It's so tempting!

Battlestar Gallactica
Image courtesy of Google

Rasanya 2-3 hari ni mmg asyik ckp psl tempat tu je. Teringin sgtlah nak pergi. But our main concern is Icha Micha. Kalau pergi berdua, kena gilir-gilir main segala permainan tu. Tak best la kan? Bak kata hubby, kalau dia takut, nak peluk sape. Iskk.. Tak tau la apa yg dia takutkan :p

Sape pernah pergi USS?

Shrimp Fra Diavolo - named after the devil

Shrimp Fra Diavolo? Apa tu? Nama udang ke? Nama restoran ke? Nama devil ke?

Nope, it's a pasta dish!

"Pasta is a generic term for foods made from an unleavened dough of wheat or buckwheat flour and water, sometimes with other ingredients such as eggs and vegetable extracts. Pastas include varieties that are filled with other ingredients like ravioli and tortellini. The word pasta is also used to refer to dishes in which pasta products are a primary ingredient. It is usually served with sauce." ~ Wikipedia

Pernah tak korang terfikir apa maksud setiap nama pasta? Jom semak.

Spaghetti - Little twines
Vermicelli - Little worms
Fettucine - Little slices
Lasagne - Cooking pot
Linguine - Little tongues
Tagliatelle - Little cut ones
Cannelloni - Large little canes
Penne - Pens
Spirali - Spirals
Farfelle - Butterflies

Boleh disimpulkan di sini bahawa nama pasta akan diberi berdasarkan bentuk pasta itu sendiri.

I love pasta. Sekali imbas, nampak semuanya sama tapi sebenarnya, setiap jenis pasta perlu sesuai dengan sauce tertentu. Spaghetti sinonim dengan bolognaise dan carbonara.. yummy! Tapi kalau la nak gunakan sauce bolognese atau carbonara dengan jenis pasta yang lain pun tidaklah menjadi masalah. Kita yg nak mkn kan? Hehehe...

Resipi di bawah telah lama tersimpan dalam buku resipi. Teringin sgt nak cuba bila baca this description:

"Italians named this dish after the devil because of its fiendishly spicy heat"



Wah, kalau dah spicy.. mmg suka la. Tapi setiap kali nak cuba, terbayang nak kena buat masakan lain utk Batrisyia. Sometimes, terkejar-kejar sampaikan rasa malas nak masak 2 kali. Yeah, my bad.

Semalam, agak buntu fikirkan nak masak apa. Hubby nak yg ringan-ringan aje. So mmg tak mkn nasi la. Terus teringat resipi nie. For Batrisyia, aku rebuskan spaghetti gak tapi mkn dengan udang goreng yg dia suka. Mmg hantu udang!

Hidangan ini boleh tersedia dalam 10 minit sahaja (termasuk masa merebus pasta). Sekejap je kan? Hubby ckp, "Not bad" sebab tak sangka dengan rupanya yg agak simple, rasa dia agak sedap la jugak.

Nak cuba? Ambil resipi di sini: Shrimp Fra Diavolo

Monday, November 29, 2010

Nick names


Ok, setakat ni, inilah nick name yg dikumpul oleh Batrisyia:

Batrisyia ~ Nama panggilan oleh family di Seremban
Cik Adik Manis ~ Nama panggilan oleh tokwan
Humaira ~ Nama panggilan oleh family di KL
Mai ~ Nama panggilan oleh godmother di Sabah (eventhough sometimes kami guna panggilan ‘mak nenek’)
Tisya ~ Nama panggilan oleh Sue.. dan Batrisyia pun suka guna nama ni jugak
Omeyya ~ Nama panggilan oleh Syiefa
Icha Micha ~ Nama panggilan oleh Pak Teh dia (yg minta dipanggil ‘uncle’ sbb nak rasa lebih moden)
Maira ~ Nama panggilan oleh seorang kawan yg aku tak ingat siapa.. hehe.. sorry.

Last 4 names adalah yg paling disukai oleh umi dia. Tisya mmg short and nice. Omeyya kedengaran manja. Icha Micha rasa mcm dlm anime (kena tanya adik aku la dari mana dia dpt nama ni) dan Maira kedengaran lebih dewasa. Mungkin boleh guna bila dia dah sekolah nanti.

Gambar ni gambar 3 minggu yg lalu. Rambut depan dah mencecah mata. Tapi akhirnya selamat dipotong oleh kami. Abinya peluk kuat-kuat, uminya potongkan. Nangis jurai-jurai air mata. Padahal tak sampai 30 saat, dah siap potong. Lepas tu dia buat muka terkejut sebab tak berdarah. Ni kes orang bilang, jgn main gunting... tajam.. nanti berdarah.. so dia agak ambil serius akan nasihat orang tua.

When you can't go to Food Republic...

... try to bring it home!

This asam laksa is still taste delicious! Thanks hubby.

Friday, November 26, 2010

McChicken Supreme : Failed

Failed!

I don't know about others but I think McChicken is much more better than McChicken Supreme.


I want my Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe back please!

Pokok bawang

1st week

2nd week

3rd week

Bila tunjuk pokok ni kat my mom, dia ckp, "Bukan hari-hari nak pakai daun bawang".

Ahaks, pasal bukan hari-hari nak pakai la kita boleh tanam sbb nak ambil masa jugak la daun tu nak meninggi :)

Thursday, November 25, 2010

The right way of...

Post terakhir ialah pada 22 November ye. Lamanya :)

Hari ni datang awal dan pinjam PC orang. My CPU sedang menjalani 'rawatan' di satu tempat dan akan dipulangkan pagi ni kot. Please la dapat pagi nie. Ada banyak sgt kerja tertunggak. Semalam saja-saja list kan kerja-kerja yg perlu disiapkan as soon as dpt balik CPU tu. Sgt panjang yer list tu. Hopefully boleh dpt CPU pagi ni dan dpt selesaikan semua kerja menjelang 5.30 ptg ni. Tak sanggup nak bawa ke hari Jumaat sbb Jumaat ialah hari utk bersenang lenang di office.

My last post is about Harry Potter. This post is about Harry Potter too.

Please please please buat 2 perkara ni:

1) Tgk movie, lepas tu baca buku atau
2) Baca buku, lepas tu tgk movie atau
3) Tgk movie, tak baca buku tapi tanya segala persoalan anda pada orang yg baca buku

Buat salah satu yer. Ada yg kata edisi kali ni kurang action mcm yg lepas-lepas la. Ada yg kata, tak byk pelakon mcm dulu la.. balik-balik muka Harry, Ron dan Hermoine.

Nak action? Tunggu Part II. Nak ada ramai pelakon? Tunggu Part II. Kenapa? Sbb dah bukunya mmg mcm tu. Mereka bukan kat Hogwarts lagi daa. Mereka mengembara mencari Horcrux. Jadi mmg byk scene tertumpu pada mereka bertiga. Tunggu la bila mereka kembali ke Hogwarts nanti.

Sape nak e-book dia? E-mail me. My e-mail address ada kat sidebar :)

Note: Faiz, dah tgk ke?

Monday, November 22, 2010

Review - Harry Potter and the Deathly Hallows

Tidak seperti filem-filem sebelumnya, buku terakhir dari siri Harry Potter ni dipecahkan kepada 2 filem. Ini hanyalah my personal review. Spoiler ahead so kalau taknak tau spoiler, jgn baca yer :)

Buku terakhir ni tebal kan? Bagi aku, J.K. Rowling ni mmg penulis yg bagus. Dia berjaya buat aku berada dlm dunia Harry Potter. Dan dgn adanya filem Harry Potter, lagi la rasa mcm dunia Harry Potter tu real. Bila baca buku, automatically terus terbayang suasana mcm dlm filem. Yang buat aku puas hati dengan buku terakhir ialah semua persoalan yg timbul di 6 buku sebelumnya telah dijawab dengan baik dalam buku terakhir. But it is a sad story.

Berbalik pada filem, keputusan utk memecahkan buku terakhir kepada 2 filem adalah satu langkah yg bijak. Bermula dengan filem keempat dan seterusnya, aku rasa mcm tak puas bila tgk sbb ada banyak perkara yg terpaksa ‘ditinggalkan’ apabila diterjemah dlm naskah filem kerana mereka terpaksa memuatkan kisah tu dlm durasi 2 jam. Bagi yang tak mengikuti buku, tidak akan terasa apa-apa walaupun terasa seperti ada sesuatu yg kurang.

Utk filem terakhir ni, aku rasa puas hati sebab setakat ni, ia diceritakan dengan baik walaupun ada sedikit fakta yg diubah. For the first time, aku tgk jam sbb nak tau dah berapa lama movie tu ditayangkan sbb aku rasa mcm dah duduk kat dlm panggung tu lama sgt.

Kami pergi berenam. Aku, hubby, Batrisyia, Hasif, Nazdri dan Irfan. 3 org lagi tu adik-adik aku. Panggung hampir penuh. Konsentrasi kami diganggu oleh sekumpulan remaja yg sibuk bercakap semasa filem ditayang. Nasib baik kumpulan tu kat depan adik aku (2 daripada adik-adik aku terpisah tempat duduk sebab tak booking pada masa yg sama). Kalau kat depan aku, mmg aku sound. Geram ok. Ada juga beberapa adegan yg tak kelakar tapi ada orang gelak. Tak faham betul. Harry Potter buka baju pun nak gelak-gelak gatal. Isk..

Ehem.. malu nak ckp tapi nak ckp jugak la. Adalah baru 2 minit kot filem berjalan, aku dah bergenang air mata. Apekah? Emo betul la. 2 kali bergenang air mata. Yang pertama masa Hermoine hilangkan ingatan mak ayah dia. Dah la ni first time mak ayah dia diperkenalkan kepada kita. Yang kedua bila Harry lepaskan Hedwig sebelum dia berangkat. Dia ada ckp, “See you again”, lebih kurang camtu la ayat dia. Org yg tak baca buku takkan tahu yg Hedwig akan mati tak lama kemudian.

Adegan Ron cedera parah lepas kena serangan dari Yanxley agak mencemaskan jugak. Bila baca buku, mcm susah sikit nak bayangkan tapi bila kat filem, baru la tau camne kecederaan tu. Ditambah pula dengan Hermoine yg menangis sambil kelam kabut minta Harry keluarkan dittany dari beaded bag tu. Lembab betul Harry. Boleh pulak aku bercakap sorang-sorang time tu, "Sebut la "accio dittany!' ". Haha...

Ok, ada sedikit perkara yg diubah dlm filem nie. Ianya tak menjejaskan langsung. Tapi aku nak share juga la dengan korang.

THE TALE OF THE THREE BROTHERS
Aku tersilap, Hermoine ada bercerita tentang The Tale of the Three Brothers. Tapi ayat-ayatnya tak sama sgt la. Tapi ia masih diceritakan dan cara penyampaiannya sedikit berbeza. Dimasukkan kartun.. I like!

EXPELLIARMUS!
Semasa adegan kejar mengejar ketika Harry dipindahkan dari Privet Drive, kan masa Death Eater kejar dia.. dan tiba-tiba Death Eater tu berhenti dari kejar dia. Lepas tu Voldermort datang. Kalau ikut dari filem, Death Eater tu sedar Harry Potter yg ikut Hagrid tu ialah Harry Potter yg sebenar sebab Hedwig korbankan diri dia agar Harry tak cedera. Tapi kalau ikut buku, “Expelliarmus” spell yg membuatkan Death Eater tau tu lah Harry Potter yg sebenar sbb that spell mmg sinonim dengan Harry Potter.

SCRIMGEOUR (MINISTER OF MAGIC)
Scrimgeour sepatutnya berperwatakan sebagai seorang yg tegas dan terdesak dan cuba mendapatkan kerjasama dari Harry Potter. Tapi dlm filem, dia nampak mcm biasa je masa serahkan barang-barang peninggalan Albus Dumbeldore tu. Sepatutnya masa dia serahkan Golden Snitch tu, muka masing-masing perlu sedikit cemas tapi semua orang tenang sahaja. Tiada elemen suspen mcm dlm buku. Btw, Scrimgeour is a vampire!


Rasanya la, kalau korang tak pernah layan Harry Potter, disarankan agar korang tak pergi tgk movie nie. Filem Harry Potter hanyalah utk peminat yg layan kesemua filem dia. Kalau korang ter-miss fiem terdahulu, cari DVD dan tgk sebelum pegi tgk cerita ni kat panggung wayang. Kalau nak tgk filem ni semata-mata, korang takkan faham. Dah terjadi kat jiran aku. Dia tak pernah tgk filem Harry Potter. Tiba-tiba je pergi tgk the Deathly Hallows. Sudahnya dia kata cerita tak best sbb tak faham langsung. Bukan salah filem tapi salah dia kan? Hehe..

Menjahanamkan PC aku

My PC kat office kena serangan virus.

Nice!

Aritu kan cuti lama. Lepas tu, tak tau la sape yg 'pandai' IT kan.. dia guna my PC. Ok la, aku tak marah sbb PC tu hak awam, hak office. Tapi kalau dah 'pandai' IT, jgn la pandai-pandai download apa-apa dari Internet. Lebih-lebih lagi kalau source tu tak boleh dipercayai.

Masa cuti pergi Tioman, aku dah sedar benda ni. Tapi time tu byk spywares je. Aku klik benda lain, benda mengarut lain yg keluar. Ko bayangkan, tiba-tiba keluar pop-up perempuan bogel. GILA! Nasib baik bos takde kat belakang aku. Nanti dia ingat aku pulak yg layan porno. Tu aku leh sabar lagi la.

Masa cuti raya nie, masa hari Khamis.. ptg tu sorang staff dah telefon. Ckp PC kena virus. Aku pelik la kan. Aku tanya, dia tak faham. So aku ckp, ok la.. biar aku tgk hari Jumaat nanti.

Berbekalkan ilmu IT yg tak seberapa nie.. ehehe.. aku checked. Sah, ada malaun yg download sesuatu pada hari Khamis. Mesti org ni main klik je. Kalau tak faham, jgn la pandai-pandai. Mentnag-mentang keluar msg yg ckp PC ada virus and dia suruh ko download software, ko main hentam je. Haih, nampaknya kena propose la biar Admin je leh download benda-benda tu.

Until now, PC aku nan satu tak boleh nak connect to Internet. Ni aku guna PC orang. Hohoho.. Dia tak dtg kerja lagi so pinjam sekejap eh, nak update blog. Opps! Aku dah malas nak settle sbb aku ada banyak lagi kerja nak buat. Jadi silakan menjemput technician dari luar utk selesaikan masalah ni. Aku nak buat kerja aku yg tertunggak.

Sorry kwn-kwn, x dpt nak blog walking.

Friday, November 19, 2010

Ameer Asyraff 1st Birthday Party

Ahad lepas, kami menghadiri majlis harijadi cucu tuan tanah. Cucu lelaki yang pertama. Maka, haruslah disambut dengan meriah. Layan gambar je la eh.


Bila suruh dia bergambar, dia buat muka mcm ni.
Tak tau la kenapa.

Birthday party bertemakan warna Mickey Mouse iaitu hitam merah.


Hi, sayalah Asyraff yang famous tu.


Sweet cuppies!


Kak Zubye in action. *Ingat lagi dia kat aku.. terharu*


I love this picture!


Sandwiched between mommy and daddy!

Majlis sgt meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan. Bak kata kebanyakan tetamu, ni baru majlis harijadi. Kalau si Asyraff ni kahwin, mau dibuat besar-besaran. Rezeki si anak kan?

HAPPY BIRTHDAY AMEER ASYRAFF!!

Thursday, November 18, 2010

Liz at Home

Ahaks, title konon nak mcm Jamie at Home tapi jauh beza sgt la dengan kebun sayur Jamie Oliver yg sgt besar tu kan.

A few weeks ago, aku beli 4 small pots dan beberapa biji benih sayur. Aku beli biji benih daun sup, daun ketumbar dan daun kuchai.

Jadi, aku tanam. Sbb minggu tu byk hari kami balik lambat, ada la missed siram-siram biji benih tu. Patutnya kena siram 2 kali sehari. Sudahnya daun kuchai je nampak naik. Yg lain, mati dah. Hehehe..

Tapi aku tak kesah sbb projek suka-suka. So bila tgk yg 3 pasu ni takde hasil, aku cuba la tanam benda lain. Kali ni, aku guna biji benih terus dari induk. Inilah hasilnya.

Pokok daun bawang selepas 2 hari ditanam.


Daun kuchai yg mcm segan nak hidup. Come on, babies.
Boleh tak dikau meninggi sikit?
Tgk la, kalau seminggu lagi kontot jugak.. aku tanam benda lain je.
Wah, belum apa-apa dah mengugut!

Anak pokok tomato.
Belum tau lagi nak buat apa dengannya.
Pagi tadi aku tgk dah ada 3 anak.


Ni ialah biji capsicum.
Aku tak tau camne nak tanam.
Aku hanya cambahkan dulu.
Pagi tadi aku tgk dah nampak anak pokok.

Sungguh main-main kan sbb tomato dan capsicum tu, mmg tak tau nak tanam kat mana lagi. Tapi takpe, tanah byk kat blkg rumah. Haha, berangan la. Silap-silap mati lagi sbb tak siram.

Lepas ni nak tanam kunyit, daun sup dan daun kesum. Kunyit kat rumah dah 'bermata' tu. Elok sgt ditanam. Lepas tu nak cari biji benih ulam raja. Sesapa yg ada ulam raja kat rumah yg dah berbunga tu, boleh la bagi kat aku sikit. Suka mkn ulam raja tapi kalau nak beli kat pasar tani, hamek ko.. seikat besar ko kena beli. Dah la aku sorang je yg mkn kat rumah tu. Mau terkulat-kulat aku nak abeskan nanti.

Sudah tgk

Saya sudah lihat Harry Potter and the Deathly Hallows semalam =)

Wah, micro-blogging ke?

I will update on Friday. Esok masih cuti.

Happy holiday!

Tuesday, November 16, 2010

Main pondok-pondok semasa cuti

Ingatkan bila nursery tutup, Batrisyia boleh la berehat. Dah tiap-tiap hari asyik main je kat nursery. Bila lepak kat rumah, patutnya boleh la tidur sepanjang hari ke, layan Internet ke...

Tapi tidak ye. Umi paksa tolong dia memasak kat dapur.


Batrisyia tak kesah sbb selama ni nampak mcm senang je. Tapi rupanya susah. Batrisyia tolong kejap je. Pastu diam-diam Batrisyia lari pergi depan.

Baik Batrisyia main pondok-pondok. Batrisyia cuba pegang watak "Cikgu taska yang tak kemaskan mainan anak-anak murid dia tapi sibuk bergayut kat telefon sambil belek katalog Ikea". Menjadi tak Batrisyia bawak watak tu?

Lama lagi nursery tutup ni. Semoga Batrisyia dapat menghabiskan masa terluang dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.

Psst... paksu dah pening kepala. Baru sehari Batrisyia kat sini, paksu dah kena jawab banyak soalan Batrisyia.

PETRONAS StreetSmart 2010 - Lessons for Life

Panduan keselamatan di jalan raya seharusnya diterapkan sejak kanak-kanak masih kecil lagi. Mereka seharusnya didedahkan tentang apa yang perlu mereka patuhi di jalan raya bagi menjamin keselamatan mereka. Umum mengetahui, kanak-kanak yang telah bersekolah akan berdepan dengan pelbagai ancaman di jalan raya kerana mereka akan menggunakan jalan raya untuk ke sekolah. Bagi yang berjalan kaki ke sekolah, seharusnya mereka didedahkan dengan perkara ini agar nyawa mereka tidak terancam.

Bertitik tolak dari ini, PETRONAS sekali lagi membawa kepada anda StreetSmart 2010. Kali ini, PETRONAS bekerjasama dengan Playhouse Disney Channel, PETRONAS StreetSmart 2010 - Lessons for Life dibuka kepada umum dari 5 November hingga 21 November 2010 di Petrosains, Suria KLCC. Roadshow ni mensasarkan penyertaan daripada golongan pre-schooler di mana kanak-kanak ini akan dapat belajar tentang peraturan-peraturan di jalanraya.
Rata-rata kanak-kanak yang datang ditemani oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing. Ada banyak interactive games di roadshow tu. Walaupun kebanyakan games sesuai utk kanak-kanak, kami yang menemani mereka juga mendapat pengetahuan daripadanya.

Contohnya, tahukah anda yg badan kita akan merembeskan satu hormon ketika kita dalam keadaan stress hingga menyebabkan kita sukar menumpukan perhatian ketika memandu? Jadi, jangan memandu ketika stress kerana berkemungkinan besar anda akan terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kecuaian anda sendiri.

Kami ke sana pada Sabtu yang lalu bagi memenuhi undangan. Kami bawa 3 orang sepupu Batrisyia utk memeriahkan majlis. Dari muka mereka, nampaknya mereka seronok kat sana. Siapa tak seronok bila ada pelbagai permainan interaktif untuk dicuba. Semua pengunjung terutamanya kanak-kanak kecil ni seronok turut serta dalam storytelling dari pihak Playhouse Disney Channel. Pelbagai hadiah diberikan kepada kanak-kanak yang turut serta pada Sabtu lepas.


Kumpulkan stickers dan lekatkan dengan betul.
Kemudian, boleh redeem Playhouse Disney Channel badge sebelum pulang.

Story-telling oleh Mickey Mouse Club House

Antara permainan yang harus dicuba.
Kanak-kanak akan didedahkan tentang fakta jarak berhenti yg betul.

Goodie bag untuk setiap seorang.
Kenapa abi pakaikan beg camtu kat Batrisyia?
Nampak mcm kena paksa pergi sekolah je :P
(Gadis berbaju belang itu tidak termasuk dlm group kami)


Lepas kepenatan bermain di sana, kami menjamu selera di McDonalds. Kids will always be kids. Bila tanya nak mkn ape, semua menjawab McD! So di samping kami pesan Milo Ais dan nuggets utk semua orang, masing-masing makan ice cream! Cuaca pun panas masa tu.

Ice creams look yummy tapi teringat lemak di badan, terus terpotong selera.

Budak kecil ni kami bagi dia chance mkn ice cream.

Ni isi-isi dalam goodie bags kami.

For kid

For parents

Bagi anda yang masih belum membawa anak-anak ke sana, roadshow masih berjalan hingga 21 November 2010. Jadi jangan lepaskan peluang utk bawa anak anda ke sana.

Monday, November 15, 2010

Two Four Six

aaaas33333333

jhgjxjhdboljg
]
\i;hko\

jcbkmv l pnvjhlvsjjhujnnnnnnh


rvbvvb

Note: Bila tanya Batrisyia dia taip apa, dia ckp dia taip, "Two four six". See, cucu cikgu matematik ni dah hapal sifir 2. Kahkahkah

The Tale of the Three Brothers

Note: This entry is not for a Muggle-born.



This is a fairy tale about the Deathly Hallows. I don't think Hermoine will read it out loud in the movie, at least not the full story. It might be good for you to read this first. Then you will know exactly what is the Deathly Hallows.

There were once three brothers who were traveling along a lonely, winding road at twilight.

In time, the brothers reached a river too deep to wade through and too dangerous to swim across. However, these brothers were learned in the magical arts, and so they simply waved their wands and made a bridge appear across the treacherous water. They were halfway across it when they found their path blocked by a hooded figure.

And Death spoke to them. He was angry that he had been cheated out of three new victims, for travelers usually drowned in the river. But Death was cunning. He pretended to congratulate the three brothers upon their magic, and said that each had earned a prize for having been clever enough to evade him.

So the oldest brother, who was a combative man, asked for a wand more powerful than any in existence: a wand that must always win duels for its owner, a wand worthy of a wizard who had conquered Death! So Death crossed to an elder tree on the banks of the river, fashioned a wand from a branch that hung there, and gave it to the older brother.

Then the second brother, who was an arrogant man, decided that he wanted to humiliate Death still further, and asked for the power to recall others from Death. So Death picked up a stone from the riverbank and gave it to the second brother, and told him that the stone would have the power to bring back the dead.

And then Death asked the third and youngest brother what he would like. The youngest brother was the humblest and also the wisest of the brothers, and he did not trust Death. So he asked for something that would enable him to go forth from that place without being followed by Death. And Death, most unwillingly, handed over his own Cloak of Invisibility.

Then Death stood aside and allowed thee three brothers to continue on their way, and they did so, talking with wonder of the adventure they had, and admiring Death’s gifts.

In due course the brothers separated, each for his own destination.

The first brother traveled on for a week or more, and reaching a distant village, sought out a fellow wizard with whom he had a quarrel. Naturally, with the Elder Wand as his weapon, he could not fail to win the duel that followed. Leaving his enemy dead upon the floor, the oldest brother proceeded to an inn, where he boasted loudly of the powerful wand he had snatched from Death himself, and of how it made him invincible.

That very night, another wizard crept upon the older brother as he lay wine-sodden, upon his bed. The thief took the wand and, for good measure, slit the oldest brother’s throat.

And so Death took the first brother for his own.

Meanwhile, the second brother journeyed to his own home, where he lived alone. Here he took out the stone that had the power to recall the dead, and he turned it thrice i his hand. To his amazement and his delight, the figure of the girl he had once hoped to marry, before her untimely death, appeared at once before him.

Yet she was sad and cold, separated from him as by a veil. Though she had returned to the mortal world, she did not truly belong there and suffered. Finally the second brother, driven mad with hopeless longing, killed himself so as truly to join her.

And so Death took the second brother for his own.

But though Death searched for the third brother for many years, he was never able to find him. It was only when he attained a great age that the youngest brother finally took off the Cloak of Invisibility and gave it to his son. And then he greeted Death as an old friend, and went with him gladly, and, equals, they departed this life.

Friday, November 12, 2010

Kami bakal berpindah ke sini

Kalau korang berasal dari negeri selain daripada KL dan Selangor, mesti korang akan rasa harga rumah teres kat KL/Selangor ni sgt mahal kan? Kalau mahal tapi rumah yg kita dpt tu besar, takpe la jugak.

Tu pendapat aku. Nak buat camne. Nak hartanah kat KL/Selangor ni mmg mahal. But it's a good investment kalau korang ada duit, why not?

Being me yg berasal dari Seremban di mana rumah-rumah kat sana byk rumah teres dan bungalow dengan harga yg tak sgt mencekik darah, aku rasa rumah kat KL ni mahal la kot. Tak payah tgk jauh, kat Hulu Langat tu cukup la. Rumah yg lebih kecil dari rumah aku kat Seremban tapi harga dia mahal. Masa tu rasa mcm nak beli tapi aku ckp, "Daripada beli rumah ni, baik beli rumah kat Seremban 2". Bkn nak kata aku byk duit. Aku takde duit pun. Tapi harga tu mcm unreasonable dengan keluasan rumah yg ditawarkan.

Orang Seremban mesti tau mcm mana besarnya rumah-rumah kat Seremban 2. Tgk rumah kak Jannah dan kak Aida Samira pun cukup la. Suka tau!

Sbb tak kaya dari segi duit, kami pilih utk beli apartment je. Ckp pasal apartment, aku teringat kata-kata kawan aku; Ismarizal. Dia ckp, "Orang KL nak class aje. Sebut flat la, apartment la, condominium la.. padahal sama je.. semuanya rumah burung merpati". Aku tergelak dgr dia bg komen.

So aku beli apartment dan dijangka siap bulan December 2010. Tapi rasanya tahun depan baru boleh masuk nie. Ni gambar yg kami ambil 2 minggu lepas.


Ada 4 blok 5 tingkat with elevator. Di tgh-tgh ada playground dan badminton court. Kalau tak silap, ada small fountain. Tak ingat la pulak. Semua unit dah siap. Tinggal kawasan apartment je yg belum siap.

Jalan pun dah berturap. Cuma bumbung carpark je belum dibina.

Tingkap di atas ialah tingkap di dapur unit kami. Sudah berangan nak tanam pokok herba dlm pasu kecil utk diletak di tepi tingkap.

Sebahagian ruang di dalam apartment. Cukup besar utk kami bertiga. Kalau nak jadi berempat pun still luas.

4 blok ni merupakan blok terakhir di kawasan tu. Kalau tgk kawasan di blok lain, keadaan nampak terjaga. Kedengarannya, pihak maintenance kat sini agak tegas dlm isu-isu kebersihan dan kawasan bangunan. Lagi bagus kalau tegas sebenarnya. Tak la kawasan tu nanti kotor dan berbau.

This unit akan jadi milik kami sampai ke mati sbb harga mahal. Hahaha.. nasib la. Kalau la one day aku teringin nak beli rumah teres kat Seremban, unit ni nak buat sewa je la kot.

UPDATE: Bakal jiran (Yes, you read that right. My bakal jiran cari bakal jiran melalui Internet. She found me.. canggih tak?) called the developer. Developer ckp, paling awal pun boleh masuk bulan 3, 4, 5, 6.. huhuh... takpe, boleh berangan lama-lama sikit.

Thursday, November 11, 2010

Nuffnang Screening :Skyline

Once again, dpt free tickets from Nuffnang. Kali ni, kami berpeluang menonton Skyline di TGV Wangsa Walk. Tiket free, dpt pulak free Popcorn Combo.. haruslah pergi kan?

Ni first time kami menonton wayang di Wangsa Walk. Agak selesa la jugak. Seat dia mmg selesa. Lagi satu yg aku hairan. Kenapa popcorn yg kami dpt rasa sedap eh? Sebab setakat aku pegi TGV yg lain, popcorn tak sesedap kat GSC. Tapi popcorn yg kami dpt mlm tadi, mmg sedap je masuk perut. Hehehe..

Cerita ni tentang alien yg datang ke Bumi utk menangkap semua manusia. Pada mulanya, hanya pancaran cahaya biru yg 'jatuh' ke Bumi. Mana-mana manusia yg melihat cahaya tu, akan terasa seolah-olah ditarik ke arahnya dan akhirnya disedut ke arah kapal alien tu.


Disebabkan cerita ni takde Ultraman, Superman dan superheroes lain, maka tentera US dikerahkan utk mematahkan serangan alien.


What do you expect from this movie? Biasa la kalau movie mcm ni. Serangan bertubi-tubi, lepas tu tunjuk alien ni punya la tak berhati perut, punya la ganas. Ada adegan kejar mengejar antara kumpulan utama pelakon dan alien.

Marilah aku bg honest review tentang filem nie. *Spoiler ahead*

Kalau nak tgk, don't put high expectation. Aku ni tak letak high expectation tapi aku masih rasa kecewa dengan filem ni. Jalan ceritanya sepatutnya lurus tapi telah ditunggang terbalikkan dengan jayanya sampai muka aku berkerut-kerut cuba susun balik semua scenes. The truth is, aku ajak hubby balik selepas sejam yg pertama. Maybe jugak sbb dah tau endingnya mcm mana sbb thanks to tunggang terbalik tu, pengakhiran cerita telah diketahui lebih awal.

Plot cerita sgt simple tapi ada beberapa perkara yg tidak dijelaskan. Buat penonton tertanya-tanya. Ke aku sorang yg tertanya-tanya?

1. Kenapa Jarrod menerima kesan yg teruk hasil dari radiasi tu? Kenapa balik-balik dia je yg berurat merah? Why him? Mmg dia suka tgk that blue light tp si botak tu pun tgk jugak. Dia tak la teruk sgt kena.

2. Kenapa otak Jarrod warna merah? Otak orang lain semuanya warna biru? Pastu alien ala-ala kena virus bila menerima otak dia. Kena virus tu tak la kesah sgt tp apa yg special nya Jarrod sampaikan otak dia sorang je berwarna merah?

Utk menebus kehampaaan, kitorang nak pegi tgk Harry Potter and the Deathly Hallows : Part I minggu depan. Ni mmg wajib tgk!

Talking about Harry Potter, rasanya peminat-peminat setia dia mmg tertunggu-tunggu edisi the Deathly Hallows. First, ia merupakan satu-satunya edisi yg dipecahkan kepada 2 filem. Peminat yg baca buku mesti tau betapa intense nya buku terakhir tu. Padat dengan fakta penting yg menjawab semua persoalan kita di 6 buku sebelumnya. Jadi, mmg patut filem tu dipecahkan kepada 2 bahagian agar tiada fakta penting yg tertinggal atau dipersembahkan sambil lewa kepada penonton.

Wah tetiba nak emo bila terfikir yg lps part 2, tiada lagi filem Harry Potter.

No more Quidditch, no more Potion, no more cursing curse, no more house elf, no more the Burrow, no more platform nine and three quarter..

Jom tgk. Aku dah ambil cuti Khamis depan sbb nak tgk HP pada hari pertama tayangan.

Hadiah-hadiah sempena harijadi Batrisyia

Petang semalam, agak terkejar-kejar nak balik rumah sbb lps Maghrib nak kena pergi Wangsa Walk sbb dpt invitation ke Nuffnang Screening : Skyline. Tiket nak kena ambil pukul 8 malam. Tu pun kami terlewat dlm setengah jam. Hehe...

Dlm kelam kabut, Batrisyia sempat buka hadiah harijadi dia. Umur dah 2 tahun satu bulan tapi masih dpt hadiah. Tu la rezeki namanya. Thank you!

Dpt 4 hadiah dari her aunties. Nama tidak ditulis di hadiah. Jadi kena teka la sape yg bagi. Aku ckp dgn hubby, rasanya boleh teka dari wrapper. Ahaks.. jom tgk samada betul atau tak. Rasanya dlm 4, ada satu yg betul kot. Kalau semuanya tak betul, mmg loser la :p

Mula-mula, pakaikan dia topi dan minta dia
ambil gambar dgn hadiah-hadiah.

Shining di situ!

Alamak, topi nak tercabut pulak!

Lepas tu, suruh dia bergambar dengan setiap hadiah pulak. Anak aku layan aje. Eh, bukan umi ckp umi tgh kelam kabut ke? Mmg pun, punya la aku paksa dia bergambar. Pastu minah ni leh main-main pulak. Orang dah la nak cepat.

Kalau tgk dari 'kipas' itu, rasanya ni dari Mak Ngah sbb dia rajin buat 'kipas' bila nak wrap hadiah. Tapi kalau yg balutkan ni org dari service counter, mungkin hadiah ni dari orang lain jugak. Betulkah tekaan umi?

Next, hadiah dengan kertas balutan warna kuning dan ada gambar butterflies. Sbb dia warna kuning, rasanya hadiah ni dari Mummy sbb orang yg lahir pada bulan dia sukakan warna terang. Kahkahkah, pandai-pandai je buat prediction. Betulkah tekaan umi?


Next, hadiah berbalut dengan kertas warna hitam. Coraknya bermotif bunga tapi ada pelbagai jenis bunga. Sbb ada banyak bunga, mesti dari Mak Uda sbb anaknya semua perempuan. Ni lagi satu prediction tak boleh pakai. Ampun! Betulkah tekaan umi?

Last, corak butterflies dan dragonflies. Warnanya lembut. So dari Mak Usu. Tapi bukan Mak Usu suka warna purple ke? Betulkah tekaan umi?

Ni la hadiah-hadiah yg Batrisyia dapat. Hadiah tidak mengikut susunan 4 gambar di atas. Aku pun dah tak ingat hadiah tu dari wrapper yg mana satu.





Aku akan sedikit busy hari nie. Nak kena siapkan semua kerja menjelang esok sbb minggu depan dah raya. Kalau sempat, aku update tentang Skyline.

Wednesday, November 10, 2010

Family trip kembali lagi

I'm so busy!

Busy dengan kerja, busy dengan aktiviti keluarga, busy dengan business.

And tambah satu lagi, busy nak organize our family vacation hujung tahun nie.

Mungkin sbb aku sulung.. mungkin la kan.. atau mungkin aku sgt particular menyebabkan aku akan dilantik sebagai organizer setiap kali my parents nak bawa kami semua pergi bercuti. Terima kasih atas kepercayaaan anda yg tidak berbelah bahagi terhadap kemampuan saya.. hahahaha.

Ok, serious sikit T_T

Kalau kami pergi bertiga, senang sikit la. Terlebih terkurang, sendiri tanggung. Tapi bila nak kena bawa 9 dewasa dan 3 kanak-kanak, kebajikan semua orang mesti dititikberatkan. Apa-apa, kena consult dan tanya pendapat semua orang. Nanti ada yg tak enjoy pulak.

Kami semua boleh dibahagikan kepada 3 kelompok:

The Elders : My parents --> Pentingkan hotel yg selesa, accessible, dekat dengan tempat-tempat yg ingin dilawat, ada breakfast, sesuai dengan bajet yg telah diluluskan, tentatif yg tidak membosankan. Approval dari kelompok ni adalah sgt penting. Hehehe.

The Families : Kami yg dah ada anak --> Ada 3 org kanak-kanak yg aktif. Pentingkan hotel yg selesa, bilik dan katil yg luas dan mesti ada swimming pool.

The Singles : 3 orang lelaki bujang --> Ni la kelompok yg paling senang. Kalau tanya, diorg akan jawab, "Tak kesah la dey. Janji ada swimming pool ".

Kalau tanya aku, aku nakkan hotel yg selesa, bilik yang luas, ada swimming pool, dekat dengan main attractions yg ingin dikunjungi dan tentatif yang tak padat. Kalau padat dengan program pun, letih dibuatnya. Silap-silap, badan boleh letih balik dari bercuti.

So korang, sukacita dimaklumkan yang aku telah berjaya mencari tempat yang sesuai utk kita semua. Diharap berpuas hati dengan tempat yg aku pilih. Sila sediakan wang shopping sendiri kerana ia tidak termasuk dlm bajet yg telah diluluskan oleh Menteri Kewangan 1368.

Aku rasa pergelangan tangan kanan ni sakit 2 hari ni sbb terlalu byk mouse clicks. Sibuk cari hotel, baca review orang, cari harga tiket, cari gambar.

Harapnya percutian kali ni akan berjaya tanpa sebarang masalah besar.

Tuesday, November 09, 2010

Susah utk berbicara

Pernah tak jadi kat korang mcm nie?

Korang nak cakap something dengan boss. Kira benda ni tak penting pada dia tapi penting pada korang. Dah la boss korang tak suka benda-benda last minute tapi sebab terpaksa, nak taknak kena la ckp jugak.

Seharian korang fikir di hujung minggu. Cuba susun ayat baik-baik agar reputasi sebagai 'pekerja yg sentiasa rancang sesuatu terlebih dahulu' tu tidak tercalar. Hati dup dap.. takut boss bising. Boss takkan marah, dia akan bising je. Dan 'bising' adalah sesuatu yg korang tak suka dgr.

Bila masuk kerja, hati makin gundah gulana. Tunggu punya tunggu, boss tak muncul-muncul. Rupanya dia ada meeting kat luar. Bertambah-tambah risau di hati sebab selagi tak disuarakan hasrat hati, selagi tu la perkara ni bermain di kepala.

Sejam setengah sebelum pulang, boss telefon dari luar. Kesempatan tu digunakan utk beritahu apa yg dah terpendam sejak 2 hari yang lalu. Dlm hati berdoa agar tak kena sembur sbb tiba-tiba buat keputusan sebegitu.

Sekali boss ko ckp, "Okay!" dan terus letak gagang.

... Huh?

Penat-penat aku risau 2 hari, boss aku ckp "Okay" aje? Sebegitu senang!

Tanpa sedar, terjerit "Yahoo!!". Lega hati ni....

Nota:
1) Kenapa mesti risau bila nak ckp dengan boss? Aku selalu risau kalau benda tu tak plan awal-awal je. Yang lain aku tak kesah sgt.
2) Korang mesti tak faham apa yg aku nak ckp dengan boss. Aku rasa, kalau aku baca balik entry ni setahun dari sekarang, aku pun tak faham apa yg aku cakapkan.

Itulah lolipop wahai anakku

Batrisyia: Abi, buka!
Abi: Suruh umi
Batrisyia: Umi, buka.

Hai anakku, boleh tak kalau umi tak buka? Dia pandang aku. Aku pandang dia. Beriya dia cuba buka sendiri plastik yg membaluti lolipop yang dia dapat di kenduri kahwin.

Aku pandang hubby. Hubby pandang aku.

Umi: Kenapa ambil? Liza saja je tak ambil tadi sbb taknak bagi dia.
Abi: Abang tak sempat apa-apa tadi. Budak tu terus bagi dia.

Batrisyia still cuba buka bungkusan lolipop tu. Kami mmg tak ajar dia mkn gula-gula. Selama dia duduk nursery nie, berbungkus-bungkus gula-gula yg dia dapat masa harijadi kwn-kwn dia tapi semuanya selamat diberi pada orang.

Umi: Bak sini umi buka.

Lepas buka, aku hulurkan sambil bagi penjelasan.

Umi: Hari ni je tau. Lepas ni Batrisyia tak boleh mkn lagi. Umi bagi cuba hari nie. Ok?

Matanya terkebil-kebil pandang aku. Dia terus ambil. Dia pandang lolipop tu, mcm tak tau camne nak mkn. Dia masukkan ke mulut. Dia hisap, dia cuba gigit.

Dia bagi balik kat aku sambil ckp, "Umi.. buka" sambil jari dia menguis gula-gula tu, seolah-olah ada lagi balutan yang perlu dibuka.

Aduh, nampaknya dia tak tau yg lolipop mmg keras mcm tu. I can see that hubby was so proud and impressed sbb anak dia tak kenal apa itu gula-gula.

Hari tu, 7 November 2010... kali pertama Batrisyia dpt mkn gula-gula! Dan dia hanya merasa selama lebih kurang 5 minit sebelum diserahkan kembali pada aku. Dia tak biasa mkn benda-benda manis.

Kids will always be kids. Aku tau. Orang kata, budak mmg suka gula-gula. Dah nama pun budak. Lepas dia mkn, gosokkan lah gigi.

Tapi tak salah jika kita ajar dia agar tak terlalu sukakan gula-gula kan? Itu yg kami pilih kerana taknak dia terlalu sukakan gula-gula dari kecil.

Ni pendapat aku je. Yes, I'm protective. For me, kalau dia nak sgt mkn makanan yg manis, biarlah dia cuba mkn puding, madu, tau fu fa, jagung dan kuih muih =)

Apa-apa pun, terimalah gambar Batrisyia kali pertama mkn lolipop. Exclusive sgt la kan? Ahaks.

Monday, November 08, 2010

Rahsia terbesar Liz di dapur

Korang kata aku pandai masak sebab aku ada blog masakan? Hahaha.. cuba tgk betul-betul. Semuanya resipi dari 'dapur' orang lain. Kalau blog mcm kak Hanieliza tu, baru la dikira pandai sbb resipi dia sendiri.

Blog tu khas tu mengingatkan aku akan bahan-bahan utk memasak sesuatu sbb aku mmg tak terer dlm bab tu melainkan resipi turun temurun dari Puan Norlisah. Yang tu mmg sgt expert. Main campak-campak je pun boleh jadi.

Sebab ada yg perli-perli kata aku terer masak (yeah, Anon lagi.. as usual. Apsal lately ada je anon rajin tinggal komen?), aku nak beritahu rahsia-rahsia aku di dapur.

Bukan rahsia camne nak masak sedap.. bukan tips-tips yg boleh diguna pakai.

Rahsia yg akan membuatkan korang rasa aku ni manusia biasa yg tak tahu memasak pun. I tak kisah pun kalau orang tau sbb tu mmg dah benar, jelas dan nyata. Ahaks.

Rahsia No. 1 : Aku tak reti masak nasi goreng

Yeah, resipi yg sebegitu senang tapi tak reti masak. Isk, sila geleng kepala. Mmg betul. Dulu, tak reti masak. Tau la step by step dan bahan-bahan tapi setiap kali masak, rasa tak sedap. Kahkahkah. Hubby, sila angguk yer. Aku rasa dia tahan je mkn kot walaupun x berapa sedap. I love you la! Lagi pun, dia suka mkn nasi goreng dengan kicap. So kicap tu ala-ala menutup kelemahan nasi goreng ku. Kuikuikui.

Itu dulu. Lepas beberapa kali bereksperimen, rasanya sekarang dah passed! Sedap kan abang?

Rahsia No. 2 : Aku tak reti masak mee goreng.. kuew tiau goreng apatah lagi

Sama kes mcm nasi goreng. Aku rasa ni semua sbb dulu-dulu, makanan ni mak aku yg masak. So mcm aku tak ambil tahu sgt. Choii! Tapi skrg, mee goreng dah sedap.. kuew tiau goreng je belum pass.

Rahsia No. 3 : Aku tak reti masak kari

Harharhar..kalau nak mkn kari, pergi ke kedai mamak. Sedapnya! Tu yg tak reti masak kari. Plus, family kat Seremban jarang mkn masakan kari kecuali Mee Kari mak aku yg mmg terkenal dengan kesedapannya di kalangan kwn-kwn ayah aku *Ni entry bodek.. Mama, nanti kitorang semua balik, sila masak mee kari*

Cukup la bagi 3. Tak boleh bagi lebih-lebih :p

See, aku juga mcm korang. Tak reti memasak pun :)

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Ada 3 perkara penting yg berlaku minggu lepas. Agak penting utk aku sbb errr.. teringin nak buat la kot.

First, terima kasih kepada 2 org kesayangan di bawah kerana bangun awal pagi semata-mata utk menemani wife/umi dia yg dah tak boleh tahan nak main bowling. Kenapa bangun awal pagi? Akan diceritakan di akhir entry.

Last time main bowling, masa tu Batrisyia baru nak umur setahun kalau tak silap. Belum pandai jalan lagi. Bila pergi kali nie, dia punya la excited. Dapat la main 2 games. Score biasa-biasa aje. Takpe la, dah tak selalu main. Kira ok la jugak tu. Terlepas rindu.

Kami habis main pun dah tgh hari. So hubby pergi solat Jumaat di masjid berhampiran. Aku, Batrisyia dan tetamu undangan berjalan-jalan menghabiskan masa di Wangsa Walk. Ramai rupanya lelaki yg tak solat Jumaat. Muka tak bersalah langsung. Kalau dgn kwn-kwn lelaki, tu satu hal. Ni ramai juga yg jalan berkepit dengan girlfriend/wife, muka takde apa. Kalau la laki aku mcm tu, dah lama aku sound. Eh, kalau lelaki camtu.. mmg takkan dibuat suami :)

Lepas hubby solat Jumaat, dia ajak mkn di satu restoran. Sebenarnya, dia tak pernah tau akan kewujudan restoran tu. Nama pun tak pernah dgr. Tapi sbb dia ada wife yg suka mkn, wife dia la yg tahu pasal restoran ni. Kitorang nampak masa on the way ke Wangsa Walk.

Tak tau pulak dia nak mencuba. Jadi bila dia nak cuba, kami on aje.

Kami ke Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah.

To think back about it, aku ni suka sgt cuba apa-apa jenis makanan. Western food, Italian food, Korean food, Japanese food.. ni Chinese food pulak. Ok, chinese food telah dicuba sejak zaman remaja lagi. Tapi sbb skrg mmg sgt susah nak dptkan yg halal, kira dah lama juga la tak mkn Chinese food.

Dah lama teringin nak ajak hubby cuba mkn di restoran ni tapi sbb jauh dari rumah, rasa mcm tak perlu ajak sbb confirm dia taknak pergi :p

Ada rezeki nak cuba hari Jumaat lepas. Kami hanya mkn dim sum, nasi ayam, nasi goreng, sayur dan butter prawn. Ni sbb nak cuba. Kalau tak, gerenti pesan lauk.

My ultimate review : SEDAP! Hubby pun ckp sedap. Tetamu undangan punya komen tak sempat pulak nak tanya. Yang aku dgr, dia hanya ckp "Ishh... kenyangnya!". Hahaha..

Lepas pesan makanan, terus sambar dim sum. Lamanya tak mkn dim sum.. yum yum.

Mushroom dim sum, chicken dim sum dan seafood dim sum

Oh, I miss you!

Batrisyia pun suka dim sum!

Nasi Goreng ape ntah. Dah lupa nama. Tapi sedap.

Kalau tak silap, nasi ayam dia RM5. Nasi goreng pula dlm RM5 ke RM6. Nampak mahal dari kedai biasa tapi portion tu besar. Mmg kenyang. Aku siap bagi sikit kat hubby. Tu pun kenyang sgt la. Kami ada tapau Nasi Goreng Cina. Pun sedap.

Kami juga cuba 2 jenis lauk iaitu Butter Prawn dan Baby Kailan Masak Sos Tiram.

Butter Prawn dia lagi murah dan sedap dari Butter Prawn di Istana Bambu. Egg strings pun banyak sgt tapi tetamu undangan kata, telur sedikit masin. Aku tak rasa apa-apa sbb sedap je mkn. Hehehe.. perfecto! Baby Kailan pulak rangup dan sos tu mmg sedap. Sayur tak dimasak hingga layu, mengekalkan vitamin yg terkandung di dalamnya.

Selain dari nasi ayam dan nasi goreng, restoran ini menawarkan pelbagai set mee dan lauk. Boleh rujuk website mereka utk senarai makanan tapi utk senarai penuh, boleh la datang ke restoran ni. Mereka dah ada 4 cawangan iaitu di Kelana Jaya, Taman Melawati, Wangsa Maju dan Bangi.

Sememangnya kami akan ke sana lagi utk mencuba hidangan lain. Dijamin halal. Tak perlu ragu-ragu lagi.

Ok la, dari tadi sebut 'tetamu undangan'. Siapakah dia?

Ni dia.. Cik Arina atau lebih dikenali sebagai Adledash. Sebab nak jumpa dia pagi tu, maka semua org kena bangun awal.

Dia dah baca blog ni sejak lebih 2 tahun lepas. Muda lagi ni, ada sesapa yg nak kenal dia? Walaupun dalam gambar dia nampak lagi kecil dari tuan blog ni, dia sebenarnya lagi tinggi dari yg bertudung pink tu. Maklum la, I kan kecik je.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.