Friday, October 29, 2010

You will keep coming back for a boyband song

Hari Jumaat so entry kena ringan-ringan.

Lagu zaman sekarang ni tak best langsung. Adakah aku seorang atau korang pun rasa benda yg sama. Ok, ada la yg best tapi tak mcm lagu zaman kita sekolah, zaman kita lepas sekolah. Pendek cerita, lagu zaman 90-an dan awal milenium.

Sesetengah lagu pulak terlalu transparent liriknya. Mungkin masih ok utk negara barat tapi kalau budak umur 14 tahun menyanyi tentang lagu yg suruh 'perempuan buka baju dan baring atas katil', ape kejadahnya?

Tak semua lagu teruk mcm tu. Tapi banyak kan yg lirik mengarut mcm tu? Kdg2, rentak best tp aku segan nak nyanyi sorang-sorang dlm bilik air sebab lirik mcm 'terlalu murah'.

Aku rindukan lagu zaman 90-an dan lagu-lagu boyband. Ah, just admit it. Korang pun suka lagu boyband kan? Walaupun skrg dah tak suka tapi pernah suka, kan? Imee baru ngaku BSB ialah kumpulan paling best.. hahaha. Ni la perempuan yg dari zaman sekolah sampai la umur 28 tahun, masih suka BSB.. cayalah!

Kenapa tak boleh lirik yg elok sikit? Ok la, maybe sbb aku layan English song. Sape suruh aku layan English song kan? Kalau lagu Bahasa Melayu, ok aje rasanya. Setakat lagu mcm nie, tak merosakkan sel-sel otak pun.

Takpe la, I nak layan boyband kejap.



Until the Time is Through ~ Five



I Want It That Way ~ Backstreet Boys



Bye Bye Bye ~ N Sync

Note: This is auto-publish entry. By the time entry ni keluar, I tgh disoal siasat di Cyberjaya

Tips bergambar - Getting Horizon Horizontal

Sejujurnya, I'm not a pro in photography. Jadi bila ada orang minta idea dan pendapat, aku rasa korang bertanya pada orang yg salah. Lagi segan bila ada orang tanya aku guna kamera apa.

Ok, ni bukan entry nak ckp aku terer ambil gambar so komen-komen hangit tak perlu ditujukan pada aku. Tapi kalau korang nak aku share sedikit ilmu, dipersilakan terus membaca.

Kamera murah pun boleh ambil gambar cantik jika tau teknik yg betul. Orang lain keluarkan kamera besar-besar, siap ada extra lense kat sebelah. Aku? Dah rasa mcm tak segan langsung bila keluarkan kamera kecil dan sampai terbaring kat jalan sebab nak dptkan hasil yang aku harapkan. Ok, tipu. Kdg-kdg segan tapi tebalkan muka. Hikhik.

Korang boleh kata aku gila, aku tak kesah.

Ok la.. hari ni aku nak ajar sesuatu yg mungkin korang tak berapa sedar selama ni. Elemen ni penting walaupun kdg-kdg kita tak ambil peduli pun.

GETTING HORIZON HORIZONTAL

Maknanya getting the image straight.

Yer, ni salah satu perkara penting yg perlu dilihat kalau ambil gambar. Aku tak berapa reti nak terangkan so aku bagi example je la.

Gambar di bawah diambil oleh orang lain.


Nampak tak apa kesilapan kecil dalam gambar? Aku dah terangkan kat dia. Now, aku terangkan kat korang pulak.

Like I said, getting horizon horizontal. Getting your image straight.

Dlm gambar di atas, cuba tgk garisan laut di belakang sekali. Tak lurus kan? Maybe sbb kamera yg dipegang pun tak tegak. Jadi, gambar ni memberi efek seolah-olah bumi itu menyondong ke kiri.

Benda ni tak la merosakkan gambar pun tapi kalau nak gambar cantik, eloklah ikut. Kot-kot one day nak ambil gambar berlatar belakangkan gunung ganang yg cantik ke, x ke pelik kalau gunung tu senget. Hehehe..

Tapi jgn la risau kalau dah tersenget pun. Ada je software yg boleh membetulkan this mistake.

TADAA!!!

Bumi tidak senget lagi :)

Tapi kdg-kala, bila gambar senget.. jadi cantik juga kan? Sometimes, you have to break the rules in order to get a nice image. But be sure to know the rules first.

Your Profile, Your Story

Know this blog from kak Izan (thanks kak.. pagi-pagi saya dah senyum).


Dlm banyak-banyak yg buat I senyum, ni yg paling cute kot.



At least, ok la dari Lamebook tu. Auwww, I miss 3 org budak ni. Jom, sapa nak join tgk Final sequel Part 1 pada 19 november nie?

Thursday, October 28, 2010

Seorang tukang ramal masa depan pernah berkata...

Seorang lelaki yg telah berjaya pernah beritahu aku, "I can predict the future".

Really?

"Yes I can".

Dia ambil sebuah bola sebesar biji ping pong. Dia suruh aku amati bola tu. Katanya, dlm beberapa saat, bola ni akan jatuh.

Beberapa saat kemudian, bola tu terlepas dari tangannya. Ia bergolek ke hujung sudut bilik.

Aku pandang dia. Dia pandang aku dan tersenyum.

"You can predict your future too. It's easy. The difficult part is what will you do to achieve it?".

Haa, lepas tu baru la aku faham apa yg dia maksudkan. Dia seorang yg successful. Sudah pasti setiap butir bicaranya seumpama mutiara yg mahal harganya. Bukan cakap kosong. Penuh maksud tersirat.

You can predict the future.

You can say...

I'll be a millionaire in 10 years.

I'll have 5 kids in 10 years.

I'll be a book writer in 5 years.

But if you don't do something to achieve it, your prediction will not be real at all.

You will be nobody.

What will you do with your life?

Zaman sekarang, budak umur 12 tahun pun dah tau

Terlopong sorang-sorang bila baca newspaper semalam.

Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun mati terjatuh dari bangunan setelah cuba melarikan diri dari penduduk condo setelah ditangkap melakukan hubungan seks dengan 3 remaja lelaki di rooftop bangunan.

Budak tu dah biasa bawa lelaki naik ke rooftop sampaikan jiran-jiran syak sesuatu. Tu yg jiran-jiran intip dan mmg sah dia melakukan perbuatan tu. Budak tu takut agaknya. Dia cuba larikan diri. Sudahnya terjatuh dan mati.

12 tahun!

Itu bukan kali pertama.

12 tahun... mana mak bapak dia?

Wah, berani ko nak salahkan mak bapak dia!

Aku tak salahkan pun, aku tanya je sbb terfikir juga la, dari mana budak 12 tahun tu belajar semua tu?

Masa aku 12 tahun, aku sibuk main badminton kat sekolah je. Hmmm...

Anak adalah amanah Allah dan sekiranya berlaku apa-apa, ibu bapa yg perlu dipertanggungjawabkan. Bukan pihak sekolah. Bukan jiran. Bukan atok nenek. Bukan kawan-kawan.

Bkn terus ckp, "Anak aku dah besar. Dia tau baik buruk".

Ckp mmg senang sbb anak aku pun baru 2 tahun. Nanti dia dah 12 tahun, entah apa yg akan jadi. Mungkin perlu fikirkan sesuatu agar dia tak perlu duduk rumah sorang-sorang dan sudahnya aku tak tau dia buat apa.

Wednesday, October 27, 2010

Readers.. I need your honest opinion

Ok, sape rasa blog ni 'berat'?

Lately, terasa berat pulak. Lambat loading. Ke my internet connection je yg buat hal?

I need your opinion sebab kalau 'berat', ingat nak guna minimal template je.

Sebarang komen tentang template sgt dialu-alukan. Mana yg nak kena buang ke, mana yg nak tambah ke, nak tukar warna ke. Tolong komen ye.

Maybe nak tukar layout dlm minggu ni jugak. Thank you.

Tidak aman tenteram - Part III

Ada yg bertanya akan perkembangan terbaru tentang hal nie, aku hanya boleh katakan tiada perkembangan terbaru pun.

Sebab apa?

Sepatutnya aku pergi bagi statement 3 weeks ago tapi sebab pegawai tu tak buat surat panggilan, aku tak pergi la. Kalau ada surat, senang sikit aku nak minta excuse from my boss. Tak perlu ambil cuti.

Minggu lepas, aku email pihak terlibat tapi tiada respon. Jadi, aku email lagi Isnin baru-baru nie. Kira mcm memerli diorg juga la dlm email tu. Pagi tu juga pegawai tu call aku minta maaf. Dia kata, dia terlupa sbb byk sgt kerja. Yer, faham la.. kementerian diorg mmg busy dengan mcm-mcm kes besar sekarang nie.

So aku dah dpt surat panggilan utk bagi statement hari Jumaat nie. Diorg kata, kira aduan tu dah dibuka kes siasatan. So lepas aku bagi statement, diorg akan proceed utk selesaikan kes.

Aku harap sgt benda ni dpt diselesaikan.

Nota: Maaf, tak dpt nak bercerita dengan terang sebab taknak mengganggu siasatan. Bila dah selesai nanti, aku cerita ye. I promise you that.

Hanya orang yg bergaji besar sahaja tak kisah akan hal nie, betul atau tidak?

Negara akan cuba mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2011.

Harga barangan dan peningkatan kos sara hidup dijangka naik, tidak boleh dielakkan lagi kerana negara tidak mampu memberi subsidi berterusan.

My question is...

Adakah tangga gaji rakyat Malaysia juga akan meningkat sejajar dengan perkara ini?

Kalau harga barangan naik, harga perkhidmatan naik, itu naik.. ini naik... gaji tak naik, mcm mana tu?

Mungkin Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi tetapi mempunyai rakyat yg hidupnya hanya cukup-cukup mkn? Mungkinkah?

Aku pun tak pandai nak berbicara tentang hal nie. (So, why can't you keep your mouth shut?).

Seorang kawan aku yg bijak pandai pernah bercerita dengan aku dan kwn-kwn yg sedikit kurang bijak dari dia :p

Masa tu dia bercerita tentang Norway walaupun dia sendiri tak pernah jejakkan kaki di sana.

Tahukah anda Norway merupakan the 2nd wealthiest country in the world in monetary value? (Yer, dia cerita dah lama dah. Tapi aku check kenyataan tu hari ni, Norway masih di tangga kedua dunia). Kata kawan aku, serba serbi mahal kat sana. Dia tahu sebab dia ada saudara kat sana. Mahal-mahal pun, gaji rakyat kat sana sesuai la dengan kos sara hidup kat sana. Kalau tgk gaji yg saudara dia dapat, mmg banyak sgt bila convert ke RM. Tapi dah nama pun duduk sana, gaji yg besar tu seumpama gaji kita kat sini juga.

Ok laa.. orang kata, jgn la compare Malaysia dengan Norway. Ok, aku tak compare pun. Tapi bila negara sibuk nak capai status negara berpendapatan tinggi, sila la jangan abaikan rakyat yg gaji seciput nie. Itu saja.

Tuesday, October 26, 2010

Li lat li lat a pom!

Last weekend, kami agak bersenang lenang kat rumah. Tak perlu ke mana-mana. Hanya habiskan masa dengan menyiapkan kerja rumah tangga. Ingat nak main tanam-tanam pokok tp hujan pulak. So pospone je la dulu.

Hubby cooked asam pedas daging for us! Sedap.. thanks hubby. At first, dia bg resipi dan suruh aku cuba sbb nak tgk resipi tu sedap ke tak. Resipi ni pakai kerisik. Tapi lepas dia tgk step by step utk masak tu, dia rasa mcm senang kot. Tu yg ter-over rajin nak masak sendiri. Rasanya la kan, dia mcm dah suka masak. Tu yg sesekali offer nak masakkan. Takpe, kita bagi dia chance.

Tapi bahan-bahan, tetap aku kena sediakan kan. Kira dia nak perasan jadi chef. Chef kan tau masak je. Bahan-bahan semuanya dah tersedia. Tinggal campak-campak dlm kuali je.

Fresh meat. Better beli kat pasar basah tradisional (yg becak-becak, bkn hypermarket) sebab anda boleh minta the butcher potongkan terus ikut suka anda tanpa perlu bayar lebih. Kat hypermarket pun ada yg jenis siap potong tapi mahal.

Antara bahan yg kena siapkan awal-awal. Kalau tak nanti, ada pulak orang terjerit dari dapur semata-mata nak tanya, "Belacan mana? Belacan mana?" Hikhik.

Kobis utk digoreng.. kesukaan semua! Tapi yg ni I yg masakkan.

Itu dia. Si gigi kapak yg bersedia nak makan! Bukan makan asam pedas daging. Kami ada gorengkan ikan untuk dia.

End result. Rasanya perlu kurangkan kerisik la. Tapi boleh je. Tambah air asam bagi lebih kuah. Yummy! Resipi aku tepek kat blog lagi satu lain kali la yer.

Lepas kekenyangan, kami berehat di ruang tamu sambil gagahkan mata agar tak tertidur. Dah kenyang, mmg sedap tidur kan? Tgh rileks, aku tgk Batrisyia main sorang-sorang. Lately, dia suka menyanyi. Lagu apa, aku tak tau. Jgn tanya.

Tapi masa dia main aritu, aku sedar dia mcm nyanyi lagu baru. Puas juga aku cuba faham.

"Li lat li lat a pom!". Ada la 3-4 kali dia sebut.

Kali keempat, baru la aku tau dia nak ckp ape sebab aku nampak gerak tangan dia.

LAT TA LI LAT TAM PLOM! dari iklan Old Town White Coffee!

Budak yg duduk nursery mmg suka menyanyi kan? Sebab kat nursery, mmg cikgu ajar menyanyi. Mungkin budak umur dia masih belum diajar tapi dia mesti dgr kakak dan abang kat sana menyanyi.

Iklan Spicy Chicken McDeluxe pun dia nak tiru. Siap nak pusing-pusing badan lagi. Sikit-sikit dia sebut "Ot ot ot" (Hot hot hot).

I'm craving for pavlova

Image from Elise

Oh, dessert yg sangat senang nak buat tapi tak pernah buat. Pernah mkn 2 kali je :p

Baru tgk jumlah telur yg nak digunakan, mak aku dah bagi warning, "Nanti kalau tak jadi, membazir je". Uhuks.. hehehe..

Tu yg terasa mcm takut-takut nak buat. Ada sebab kenapa mak aku risau tak jadi. Sebab oven kat rumah tu dah giler sikit temperature clock dia. Nak buat pavlova, temperature kena betul. Tak pasal-pasal pulak rentung nanti.

Takpe la, mungkin tunggu ada oven baru. Lps tu baru kita cuba.

Meanwhile, mana nak cari pavlova? I heard Alexis ada pavlova tapi ku tak yakin dengan status halalnya.

Ada sesapa tahu mana nak beli? Ke ada orang rajin nak tolong buatkan? *Imee, ko dah cuba?*

World’s Coolest Intern

Bila dapat tahu Standard Chartered Bank sedang mencari 'World's Coolest Intern' utk join their Breeze mobile banking team di Singapore, aku tak berapa ambil perhatian sbb.. well, aku kan dah kerja. Bukankah intern utk pelajar dan mereka yg sedang mencari kerja?

Tidak yer.

Berbeza dengan Standard Chartered Bank, mereka tidak kisah jika anda:

BUKAN RAKYAT SINGAPURA
Mereka menerima applicant dari serata dunia. Tak kisah anda berasal dari negara mana, anda layak utk mencuba

OWH.. SAYA BUKAN LAGI SEORANG PELAJAR
Standard Chartered tidak meletakkan sebarang age range utk jawatan ini. Anda umur 30 tahun? 35 tahun? Boleh saja mencuba. Jgn takut.

Bila sebut tentang INTERNSHIP, bagi yg dah melaluinya.. mesti tau suasananya mcm mana kan? Bekerja dengan serious dan komited di bawah pengawasan ketua/mentor/senior/supervisor. Tidak boleh ada sebarang masalah dan error. Mmg sgt serius!

But with Standard Chartered, if Tweetdeck and Facebook are the first things to greet you in the morning and the last things you say good night to, you’re exactly the type of person they’re looking for!



For 6 months intership, you will get paid SGD 30,000! Apart from that, you will get a chance for training on social media and online engagement from Standard Chartered’s esteemed partners.

It's so cool! And so much money too =)

Wow... rugi la kalau tak mencuba kan?

I want to be the World's Coolest Intern because:

- First, I can be a part of Standard Chartered Bank.. it's a world class bank! (Did you know that their ATM service is 24 hours? No offline time.. so cool! I can withdraw my money at 4am!). I want to gain experience with a World Class Bank.

- I am a quick learner.. if you have a knowledge but you're too stubborn and don't want to learn from your superior, you can't be a better person. Standard Chartered need someone who is willing to learn from zero.. I am the one!

- Tweetdeck and Facebook? My breakfast combo in the morning!

Are you interested?

Come, try your luck! You might be the one they're looking for.

Be the World's Coolest Intern with Standard Chartered Bank

Monday, October 25, 2010

Men : The reason why women nag

Candy, Bunny and Jean-François

Ok, gambar tiada kaitan dengan content. Tapi tetap nak tepek sbb I LOVE BUNNY MALONEY. Title entry diambil dari kata-kata oleh Candy yg tak tahan dengan Bunny yg pemalas dan penyepah!

Men.. the reason why women nag? Setuju atau tidak? Women will say, "It's so trueee" while men will say, "It's so hard to make them happy!"

Do you really think that we love it? Mcm takde kerja je kan? Apa yg Candy ckp tu betul.

Kami takkan nag melainkan kami terpaksa ingatkan korang sampai 5-6 kali sebelum korang siapkan kerja.

Candy takkan membebel melainkan Bunny tak berlatih sebelum perlawanan sebaliknya menghabiskan masa mkn dan mkn dan mkn.

Candy takkan membebel melainkan bila tgk laptop dia kotor dengan makanan sbb Bunny guna laptop dia sambil mkn. Dan dlm masa yg sama cuba siasat siapakah her virtual secret admire.

Ok, you get the idea =)

So I rasa apa yg Candy ckp tu mmg betul lah? Hikhik.

Kalau dulu, rajin juga la buat benda nie. Ye la, kalau dah nak kena pesan berkali-kali, penat juga kan?

Hinggalah terbaca kisah perceraian Courteney Cox. (Sometimes, kita boleh belajar dari artis juga. Cuma ambil yg elok-elok saja tau). She said: Dia dah penat 'jaga' husband dia mcm dia jaga anak sbb perlu selalu ingatkan dan membebel atas perkara-perkara kecil sbb husband dia take things lightly. Dan husband dia mengaku akan hal nie.

Buat aku terfikir juga. Dan aku rasa, ok la.. taknak membebel lagi. Apa-apa, aku diam je. Ckp sekali dua, pastu diam. Dia nak buat atau tak, tgk je. Hahaha...

I'm trying.. susah tau sbb dah biasa kan? Takpe, sempat lagi nak berubah. So dah lebih seminggu la tak membebel. Pesan sekali dua, pastu biarkan je. Kalau dia ingat, dia buat. Kalau dia tak ingat, pesan lagi selepas 2-3 jam.

Lepas seminggu, rasa ok. Perempuan dan lelaki mmg tak sama.

Hahahaa.. nag-free for a week.

Nota: Sape yg nak tgk Bunny Maloney, boleh tgk kat NTV7. Aku tak ingat hari dan masa tapi definitely Saturday or Sunday morning. Suka tgk sbb Jean-François.

Friday, October 22, 2010

Drama Queen in the making

2 hari lepas, kami tonton Chinta. Tak minat Fasha Sandha sbb sebab dah mmg takde cerita lain di waktu petang, ter layan la jugak.

2 hari lepas, episod yg Amar mati kena langgar sebelum dia nak nikah dengan Chinta tu. Kan ada adegan Chinta menjerit dan menangis bila dapat tahu Amar mati.

Ok, aku tgk.. walaupun tak minat.

Dalam tak sedar, Batrisyia yg tgh sepahkan rumah tu pun berhenti kejap sbb tiba-tiba dia tgk Chinta nangis dan jerit-jerit.

Aku pandang je anak aku. Khusyuk weih dia tgk. Tak kelip mata.

Rupanya dia nangis.

Dia pandang aku, mata bergenang.. pastu lari kat aku sambil sebut, "Umiii".

Terus peluk aku. Dia nangis. Dia ckp, "Akak tu nangis".

Alamak... ape over sgt anak aku nie?

Sah-sah la 22 tahun dari sekarang, aku kena bgtau boyfriend dia yg jgn bawa anak aku pergi tgk cerita sedih-sedih kat wayang. Gerenti ada org menangis nanti.

4,614 pasangan di Selangor bercerai tahun lalu.

Memetik di sini.

Itu baru satu negeri sahaja. Agaknya kalau dikira jumlah pasangan yg bercerai di seluruh negara, berapa agaknya?

4,614... banyaknya.

Kalau masa kursus kahwin dulu, ustaz pun ada tanya, "Apakah punca-punca penceraian?". Ustaz pun ada ajar perkara-perkara yg boleh menyebabkan terjatuhnya talak. Dan masa tu, semua org memberikan konsentrasi agar mereka tidak tergolong dalam golongan yg meruntuhkan sesebuah perkahwinan.

Talak dan pengertiannya:

Talak ialah suatu cara penyelesaian yang terakhir apabila pihak suami dan isteri tidak menemui jalan perdamaian untuk bersama dalam sebuah rumah tangga.Menurut istilah syarak, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain.

Talak terlaksana apabila seorang suami melafazkan perkataan cerai, seperti:

" Aku ceraikan engkau "

Dengan lafaz tersebut, terpisahlah mereka sebagai suami isteri, dan semua pergaulan mereka terbatas.

Tetapi di zaman serba canggih dengan teknologi nie, talak juga boleh jatuh jika suami menghantar sms berbunyi "Aku ceraikan engkau" dan benar-benar memaksudkannya. Jadi jangan main-main!

Mungkin teknologi yg serba menyenangkan ni agak menyumbang kepada jumlah 4,614 tu. Kita pun ada dengar ramai yg bercerai melalui sms kan? Sedar-sedar je, rupanya dah talak 3. Isk...

Minta dijauhkan daripada kami.

Tak ingat movie apa yg aku tgk. Ni movie masa aku kecil-kecil ye. Keanu Reeves pun baru nak berlakon. Heroin tu nak bercerai dan minta nasihat mak dia. Mak dia ckp, org zaman anak dia tak mcm org zaman dia. Senang-senang je nak cerai. Zaman mak dia, susah mcm mana pun.. marah mcm mana pun... diorg tetap pertahankan perkahwinan tu walaupun makan hati sbb itulah kehidupan. Ok, ni cerita luar negara.

Tapi sama je. Cuba tgk kat Malaysia. Zaman atok nenek kita, tak ramai yg bercerai berai kan? Kahwin sampai 4 pun ada tapi tak pulak bercerai. Mungkin ada sesuatu yg kita perlu belajar dari orang zaman dahulu.

lizrohaizat.blogspot.com

Sila jangan geleng kepala...

Sila jangan marah...

Sila jangan kata aku mmg byk free time dan takde kerja nak buat...

Sila jangan kata aku hanya cuba menjadi famous...

Sila jangan...




Aku baru buat blog baru.


Khas utk menunjukkan kegilaan aku mengambil gambar menggunakan point-and-shoot camera. Otai lain sibuk tunjuk hasil DSLR. Aku tunjuk hasil guna compact camera je. Hehehe.

Ni namanya blog suka-suka. Aku dah tak tau nak letak mana gambar-gambar tu. Syok tgk gambar sendiri (ayat berani mati.. hehe). Kalau korang nak jenguk, silakan. Nak jadi follower, silakan. Nak komen membina/komen mengutuk, silakan.

Thursday, October 21, 2010

Apa akan jadi pada kami bila hubby tiada?

Rasanya takde orang yg tahu di mana aku tinggal, so it's safe for me to say this...

Malam ni, hubby kena kerja so aku tinggal berdua dengan Batrisyia.

But still... kalau la ada stalker yg berniat jahat, lupakan hasrat anda sbb saya ada jiran-jiran yg baik. Plus, my hubby bukan kerja sampai lewat malam pun.

With hubby around, dapat juga siapkan kerja-kerja rumah dengan cepat sebab dia boleh tgk-tgkkan Batrisyia.

Tapi bila hubby terpaksa pulang lewat, bermakna:

- Aku hanya akan pulang berdua bersama Batrisyia (ni kalau hubby akan habis kerja pukul 9 ke atas.. mmg aku kena balik rumah jugak. Kalau nak tunggu dia habis kerja, alamatnya kerja kat rumah takkan dibuat langsung sbb 'battery low'. Ahaks)

- Berdua dalam kereta... kena layan mak nenek tu berbicara tentang bird, layang-layang, bendera, bas besar, lori besar, darwisy tak balik rumah lagi, afiq main bedak.. kalau dia energetic, kena la nyanyi sama-sama dgn dia

- Kena mandi dan basuh baju bertemankan dia. Dia akan duduk luar pintu sambil tegur aku jgn main air, baju tu tisya punya, kena basuh muka, kena syampu rambut, kena gosok gigi.. I told you, mmg mcm mak nenek.

- Kekhusyukan ketika solat akan terganggu dengan budak perempuan kecil yg menonggeng di sejadah.

- Eh, malam ni Durja Ningsun la. Terlepas nak tgk. Tak boleh tgk sbb hubby takde. Kami berdua penakut!

Camni, tidur awal je la.

Takers-Terima kasih Nuffnang!


Bila dapat tahu Nuffnang nak buat Takers screening, laju je tgn menaip. Sebab apa?

Sebab salah seorang pelakon kesayangan hamba iaitu Paul Walker ada berlakon dlm nie. Ahaks, sungguh nie. Nampak je nama Paul Walker, terus je rasa nak pergi tgk. Lps tu tgk ada Hayden Christensen pulak.. pernah minat dia dlm Star Wars.. ngehngehngeh. Wah, minat yg eye candy aje. Haha.. ok la, lagipun ada Matt Dillon yg mmg pandai berlakon. Boleh dikatakan ramai pelakon terkenal digabungkan dalam satu filem. So rasa nak pergi tgk.

Lps dah puas tgk muka pelakon, baru sibuk baca sinopsis. Ok la, action movie. Mmg kesukaan. Sebab kes rompak-rompak, mesti byk adegan tembak menembak yg sgt cool. I like! This time, screening buat kat GSC Mid Valley. Dekat sikit so rasa takde hal la nak ke sana. Kalau sebelum ni, suka buat kat OU atau The Curve, jauh tau.

Semalam rasa mcm hampa sbb tak dpt apa-apa email from Nuffnang. Diorg kata, nak hantar invitation semalam. So bila no email, rasa mmg x dpt la.

Sekali buka email pagi nie, wah.. dpt invitation!



Dpt tgk Takers 3 hari sebelum official release. Sukerr.... suka la kan sbb aku mmg suka tgk wayang. Dpt pulak 2 free tickets. Ni dah kali keempat dpt free tix tapi setakat tu, hanya pernah pergi sekali aje.

Korang dpt invitation tak? Ada sesapa yg pergi? Boleh la kita jumpa kat sana :)

Thanks Nuffnang!

Bersyukur



Thank you, Allah.

Wednesday, October 20, 2010

The difference between a man and a woman

A woman : Cover dia sgt simple. Eh, cover warna yg mana 2 ada jual kat sini?
A man : Alah. Beli je lah. Content sama je.
A woman : Takde la. Kdg2, ada cover yg x jual kat sini. And aku nak yg lawa. So orange la aku cari
A man : Women... Haha

Tapi betul la kan? People say, "Don't judge the book by its cover". Tapi bila melibatkan sebuah buku yg sama tapi mempunyai 2 jenis covers yg berlainan, mesti la nak kena pilih cover yg boleh buat rasa teringin nak baca. Sesuai dgn buku yg serius dan ber genre penyiasatan, aku lagi suka kalau dpt beli yg warna orange. Kalau orang nampak kita pegang buku nie pun, mesti orang tu kata kita ni serious orangnya. Hehehe..

Eleh, "Women" konon. Entah-entah dia pun beli yg warna orange :p

Menyesal ku akui tak terima cintamu

Gila! Tiba-tiba pulak aku humming lagu Menyesal (Sixth Sense) pagi-pagi nie. Ni gara-gara pergi layan Asmara mlm tadi. Dah kata takde cerita kan? Kalau tak layan apa-apa, tertidur pulak. Nanti terlepas Supernatural. So paksa diri layan Asmara walaupun tak minat.

However, aku suka lagu nie. Lagu Sixth Sense mmg banyak yg best tapi tak pernah melekat kat kepala.

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Malam tadi Melati terkenang saat Asmara nak berkenalan dgn dia. Ada la adegan Asmara berlari-lari anak kejar Melati nie, ckp nak kawan la.. kira merayu nak kawan dgn Melati. Melati jual mahal sbb dia rimas Asmara nie mengendeng je.

Tiba-tiba aku meluahkan rasa geli-geli tgk adegan nie. Meluahkan rasa menyampah kat lelaki mcm nie. Lelaki yg sibuk kejar-kejar dan rayu-rayu mcm tu. Hubby pulak ckp aku over.. ok la, dia tak ckp aku over tp dia rasa takda salahnya lelaki kejar mcm tu sebab nak kawan.

Dan tiba-tiba juga (berapa byk tiba-tiba la), keluar ayat dari Asmara, " apelah susah sgt nak mengurat perempuan nie!".

Dush, see.... aku ckp kat hubby. Tujuan utama bkn nak berkawan tapi nak bercinta. Hubby sengih je. Ye la, kalau nak berkawan.. kawan je la. Apa nak minta-minta izin pulak. Minta izin nie kalau nak 'kenal dengan lebih rapat' ke. Haruslah minta izin kalau taknak kena buah kuntau kiri ke kan? :p

Adegan malam tadi buat aku teringat apa yg berlaku masa aku pergi IT Community kat Ipoh dan Taiping. Erk, meluat-meluat pun.. aku akan senyum bila teringat. Tapi sebenarnya rimasssss sgt time tu. kalau setakat kat Perak, takpe la jugak. Tapi terbawa-bawa sampai ke MMU library. Hahaha... bebudak yg join masa tu mesti tau sapekah orang yg aku maksudkan. Apa khabar la dia agaknya.

Kalau korang, korang suka ke kena kejar mcm nie?

Nota: Tajuk tiada kaitan dengan apa-apa penyesalan.. hehe

Tuesday, October 19, 2010

the curious incident of the dog in the night-time


Tajuknya pun dah buat aku curious. Disarankan oleh kawan yg sama yg intro buku ini. Genre yg berlainan dari buku sebelumnya.

Siapa kacau aku sampai tak boleh tidur? Jahat nie!!!

Insomnia: The perception or complaint of inadequate or poor-quality sleep because of one or more of the following: difficulty falling asleep; waking up frequently during the night with difficulty returning to sleep; waking up too early in the morning; or unrefreshing sleep. Insomnia is not defined by the number of hours of sleep a person gets or how long it takes to fall asleep. Individuals vary normally in their need for, and their satisfaction with, sleep. Insomnia may cause problems during the day, such as tiredness, a lack of energy, difficulty concentrating, and irritability.

I'm sorrry kalau I nampak letih sgt. Ahaks, nampak ke? Dah 2 hari ye aku dapat 'inadequate or poor-quality sleep'. Rasanya ni semua bermula dengan hujung minggu lepas. 2 malam hubby kena kerja. Satu malam tu dia balik around 11pm. Ni ok lagi. Mata dah ngantuk tapi tahan sbb nak tunggu dia balik jugak. Malam yg lagi satu tu, dia kerja sampai pukul 2 pagi. Yang ni mmg tak tahan la. Dia mmg dah ckp yg dia kerja sampai 2 pagi. So takde la nak tunggu.

2 am.. terjaga sbb nak sms dia utk tanya samada dah habis kerja atau belum.
3.15 am.. terjaga, tgk dia tak balik lagi. Dia kata, dia pergi cuci kereta kejap.
4.30 am.. terjaga, tgk dia tak balik lagi. Dia kata, on the way balik. Tadi pegi CC kejap.
5.30 am.. terjaga, rasa dia dah balik. Keluar bilik, tgk dia tgh layan movie sementara tunggu Subuh.

Malam kelmarin, tak boleh tidur sebab pening kepala sampai ke pagi. Sampai office, terus telan Uphamol sbb mmg dah sakit sgt. Lega sekejap. Malam tadi, pun susah nak tidur. Mata dah berair tapi taknak lelap. Damn! Hubby kata aku berangan sampaikan tak boleh tidur. Takde maknanya nak berangan mlm-mlm tu.

Harapnya mlm nie dpt tidur dengan tenang. Eh, tapi tak boleh tidur awal sbb mlm ni finale weih.. Lilith mati, Ruby pengkhianat dan Lucifer keluar dari neraka. Walaupun dah tau tapi tetap mau tgk. Tahyul kah? Takpe, tgk aje sebagai hiburan. Orang lain dah layan Season 6. Aku baru nak khatamkan Season 4. Lepas ni kita kejar Season 5.

Random thought

Buletin Utama. I was shocked with a statement from No. 4 about No. 5. Reporters asked No. 4 about No. 6 leadership. No. 4 said that No. 6 is better than No. 5. No's 5 was incompetent!

We're talking about No. 6. Can we please not include No. 5?

Why No. 4 is still giving his POV? You should enjoy your retirement like No. 5.

Monday, October 18, 2010

Day Four - It's Time to Say "Goodbye"

Day 4 - 12.10.10

Hari ni hari terakhir kami di Tioman Island. Tiada apa aktiviti hari nie. Kami hanya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja-pekerja di Restoran Delima Tomyam Seafood dan membeli sedikit souvenirs di Tekek.

Mkn nasi.. mkn nasi.. tu je yg dia tau

I love this printed dress. She looks lovely.
(Walaupun hanya berselipar biru). Thanks Wan.

Ni lah "nenek" dia di sana. Setiap kali nak blk, nak kena salam dulu.

Ada sekali tu, siap bersuap time nak sarapan. Mau pulak tu mkn bersuap. Kalau tak, sokmo nak mkn sendiri je. Aku rasa makcik ni pun dah kena layan dia sbb sikit-sikit, dipanggilnya "nenek" ni. Ni bergambar lps sarapan. Kira kali terakhir la tuh. Makcik tu siap bagi duit raya kat Batrisyia.

Lepas sarapan, kami ke Tekek. Dah siap semuanya, kami berkemas utk check-out pada pukul 12 tgh hari.


Check-out pukul 12 tgh hari. Flight pukul 2.15 petang. Bas khas dari Berjaya pulak pukul 1.15 petang. Sementara tunggu bas, kami sempat online sekejap dan pergi ambil gambar kat tepi pantai.

Air tgh pasang. Cantik sgt!




Panas-panas pun nak ambil gambar jugak. Ye la. Dah asyik ambil gambar diorg. Gambar aku juga yg sikit. Mana boleh kan? Hehehe.

Utk perjalanan balik, tak ramai penumpang. Batrisyia satu-satunya kanak-kanak yang naik pada masa tu. Maybe sbb dia sorang, ramai la nak berkenalan. Ada 2 couples yg bagi belon, ada yg ambil gambar dia (serious tak tau org tu dari negara mana tapi mmg banyak gambar dia ambil), ada yg ambil gambar dia guna camera phone (ni org Malaysia, yg bg belon kat dia). Lama-kelamaan, Batrisyia menyorok kat kitorang.

Dari KL



Orang suruh buat 'peace sign', dia bagi 'high five'.
Ni penangan cerita High 5 la nie!



Kita lap muka dulu sbb dah berlengas!

Lepas tu, baru boleh tidur.. zzzzzzzzzzzzzzzzz

Eh, dah sampai? Rasa mcm baru je mimpi

Itulah cerita kami. Seronok berehat selama 4 hari. Mmg kira berehat betul-betul sbb kami tak habiskan masa menjelajah pulau.

Utk episod sebelumnya, sila klil di bawah:
Crystal Clear Water - Day Three
No Sunset? - Day Two
Berjaya Tioman Resort - Day One

Saturday, October 16, 2010

Zahra Imran

ZAHRA

utk perempuan

&

IMRAN

utk lelaki

:)

Friday, October 15, 2010

Day Three - Crystal Clear Water

Day 3 - 11.10.10

Terasa nak je sambung tidur lps solat Subuh. Tapi Batrisyia pun dah bgn masa nak dekat pukul 7. Huhu. Bermalas-malasan dlm bilik, pkul 7.30 baru nak pergi breakfast.

Lps breakfast, balik semula ke bilik utk tukar baju. Yeay, pergi snorkeling. Masa ni, cuaca mcm mendung. Hampir-hampir nak sampai Dive Center, dah renyai-renyai. Tapi sekejap je.


Gloomy morning

Utk snorkeling di Renggis Island, perlu bayar RM40 per pax.


Kesian Batrisyia. Muka mcm terpenyek sbb life jacket mcm besar.
Last-last dia mengamuk sbb tak selesa.

Masa sampai floating point, Batrisyia ok lagi. Tapi lepas 2 minit kot, hubby nak mula snorkeling. So aku la kena pangku Batrisyia. Time ni la minah ni menangis. Menangis baek punya! Nasib baik masa tu hanya ada kami dan young couple from China. Mereka sgt peramah.

Lama jugak la minah nie menangis. Sudahnya, aku suruh hubby pergi je. Tak payah fikir dia nak nangis ke ape. Kalau nak tunggu, sampai bila pun tak dpt snorkeling. Dah la masa tu, hujan dan mula turun renyai-renyai. Stress yer di atas floating point tu.

Ok, abaikan keadaan background yg senget (sape yg tau photography mesti faham apa yg aku maksudkan). Tgn sebelah pegang anak, tgn sebelah lagi pegang kamera. Tak dan aku nak bajet betul-betul.


By the time aku pulak nak turun, boat dah bawa satu family lain. Penuh la floating point tu. Tapi mereka sgt cepat yer. Turun dari boat, pakai mask, pakai flippers.. then terus terjun. Yang kecil-kecil dlm 2-4 tahun pun selamba je.

Tak boleh jadi nie. Maka, aku pun turun jugak. Tapi tak berani jauh-jauh sebab fikir, kalau jadi apa-apa, laki aku x boleh tolong sbb anak takde org nak jaga. Hohohoh.. alasan baek! Takpe, aku balas dendam snorkeling bulan 2 tahun depan. Weee…..


Peace sign akan membuatkan kita terasa muda, kan kan kan?

Jom mula! Oh, ye...
Yang belah kanan tu, young couple dari China yg aku ckp tadi.

Crystal clear water!

Hubby turun buat kali kedua.

Batrisyia yg mula tenang. Alhamdulillah.
Sibuk nak cuba jugak.

Jom balik!

Kami kembali ke darat apabila matahari dah meninggi. Kalau ikutkan, mau je stay tp kepala Batrisyia dah panas. Dia taknak pakai topi.

Kami balik ke bilik, bersihkan diri dan pergi lunch kenyang-kenyang. Lepas lunch, semua org tidur di bilik sampai ke petang. Rasanya aku tidur sejam je kot. Yang lagi dua org ni bantai tidur 3 jam.

Petang tu, aku tgk matahari cantik dengan langit tanpa awan. Hari ni mesti ada sunset! So aku ajak hubby jalan-jalan kat tepi pantai sekitar jam 6 ptg.

Rasanya ramai juga yg tahu hari tu akan ada sunset view sbb bila kami lepak kat tepi pantai, ada juga org lain yg tunggu dengan DSLR. Dan ada satu couple tu berpeluk sambil pandang sunset yg turun secara perlahan-lahan.

Aku nampak je tp x la menumpukan perhatian pada couple ni. Hubby je yg tiba-tiba suruh aku ambil gambar couple tu. Ingatkan buat apa. Rupanya buat apa yg biasa dilakukan oleh org seperti mereka sewaktu sunset. Ehem.. Kacau daun je laki aku nie. Nope, aku tak ambil gambar diorg. Sila jgn ceroboh privacy orang yg sedang bercinta sebegitu rupa. Ahaks.


My light reading sepanjang di sana








Malam tu, kami mkn mlm buat kali terakhir di Tioman. Batrisyia pun mcm dah layan je makcik kedai tu. Diorg pun layan Batrisyia. Senang nak makan.

Utk episod sebelumnya, sila klik di bawah:
No Sunset? - Day Two
Berjaya Tioman Resort - Day One

Thursday, October 14, 2010

Wasiat pendek

Bila tgk Bersamamu malam tadi, rasa mcm terharunya!

Suami ada brain tumor, isteri pula menderita sakit saraf. 2 anak lelaki paling besar tekad berhenti sekolah agar dapat jaga keluarga mereka terutamanya adik-adik yg masih kecil.

Si bongsu malu-malu apabila menyambut hari lahir buat pertama kali setelah hidup selama 6 tahun.

Batrisyia yg baru 2 tahun nie, dah 3 kali potong kek. Hmm, bertuah ko nak.

Aku rasa lepas ni taknak buat birthday party la utk dia. Kita ganti dengan majlis kesyukuran. Lebih molek, ye tak? Syukur kerana Allah memanjangkan usia.

Pernah tak korang terfikir. Ni utk yg dah berkeluarga la ye. Kalau la nyawa korang ditarik, apa akan jadi pada keluarga? Apa akan jadi pada suami/isteri? Apa akan jadi pada anak/anak-anak? Bagaimana mereka menjalani hidup tanpa kita? Cukupkah apa yg kita bekalkan utk mereka meneruskan hidup?

Aku selalu juga fikir sebab ye la, kita tak tau bila ajal kita sampai. (Fikir-fikir pun, sesetengah akaun belum letak penama.. iskk..). So sometimes, mmg terkeluar dari mulut aku ayat ala-ala wasiat pendek. Hehe.. hubby marah woo kalau aku merepek benda-benda camni. Tapi ok jugak la kalau aku bgtau kan? At least, bila aku takde dan dia perlu selesaikan masalah, dia tau apa yg aku nak.

Korang ada buat mcm ni tak?

Komen panas

Dear Anonymous,

Terima kasih kerana sudi hantar komen. Tapi maaf sgt-sgtlah yer. Saya tak dpt nak approve sebab awak pun tak letak nama awak. Sudah saya jelaskan sebelum nie yg saya menerima semua jenis komen asalkan ada nama penghantar. Kalau malu nak letak nama profile (sbb malu kalau-kalau saya blog-hop), boleh je letak nick name di akhir komen. Saya tak kesah pun.

Kerana awak Anonymous, terpaksa la reject apa komen ni. Tapi utk tidak menghampakan awak kerana telah penat menaip komen, saya print screen aje la. Kira ok juga la kan? Anggap la saya menghargai komen awak.

Izinkan saya utk membalas komen awak. Saya tak tau la tang mana yg saya menunjuk tu. Nak kata saya tunjuk saya pergi bermanja di spa, takde pulak. Hanya mampu bergambar di pintu masuk spa aje. Nak kata saya tunjuk saya pergi main golf, takde jugak. Saya hanya mampu pegang kayu golf kat kedai aje. Nak kata saya mkn kat restoran dlm Berjaya tu, tidak jugak. Saya hanya makan di restoran di luar pagar Berjaya.

Kalau la betul saya nak menunjuk, saya takkan beritahu yg penginapan kami sekeluarga di sponsor oleh boss saya. Boleh je saya tak beritahu dan berlagak saya pergi pakai duit sendiri dan menginap di resort 4 bintang. Kayo makcik weih duduk kat resort 4 bintang :p

Ke awak rasa saya menunjuk sbb saya tayang banyak sgt gambar? Pedih mata nak tgk ye? Ala, saya tayang gambar anak je.. saya tayang gambar resort je. Senang org lain nak tengok. Kot-kot ada orang nak pergi.

Saya ambil gambar-gambar tu pun bkn pakai DSLR mahal-mahal. Pakai kamera cikai je. Saja bagi tau ni, kot-kot awak tak tau pulak.

Ok la, next time jgn lupa letak nick name ye. Boleh saya publish komen awak tu. Thanks for dropping by.

Day Two - No Sunset?

Day Two - 10.10.10

Ingatkan bila berada di tempat orang, Batrisyia bangun lewat. Tidak yer. Pukul 7 pagi dia dah bangun. Jadi pagi-pagi lagi kami dah pergi breakfast. Best jugak la sbb cuaca sejuk. Best berjalan kaki sambil menikmati pemandangan yg menghijau.

This little girl berkeras nak bawa her toiletries bag. Siap isi losyen. Apa dia ingat tu handbag ke ape.





Pagi-pagi dah nampak alam yg menghijau. Tenang je rasa.

This girl dpt makan percuma sepanjang 4 hari di sana

Utk hari kedua, kami tak ke mana-mana. Hanya berehat di bilik dan tepi pantai. Serious takde rasa nak pergi berjalan sebab rasa nak rehat puas-puas. Cuma kami ke Tekek sebab nak beli souvenirs yg dipesan.

Pool di tepi pantai. Cuaca masih redup



Khas utk kanak-kanak



Muka ter-over girang sebab nak suruh Batrisyia pandang kamera

Ayura Spa

Cantik kan?

Wah, ni kalau letak kat dapur pun bagus jugak :p

Khusyuk tgk TV

Kat Tioman, senang nak bergerak sbb ada je org offer utk hantar. Pergi RM10, balik RM10. Cuma kalau nak ke Kg. Juara je mahal sikit sbb laluan agak sukar. Kalau duduk kat Berjaya ni, ada je penduduk tempatan yg tunggu kat depan pintu utama tu. Kalau orang yg xtau, mmg ambil khidmat diorg ni je. Tapi kepada yg dah tau, diorg akan ke Lobby dan tunggu je pemandu Berjaya hantarkan sampai ke Tekek. Pastu shopping la. Dan tunggu je bas tu lalu semula. Jimat.

Staff kat Berjaya ni ramah-tamah. Jgn jual mahal. Borak je dengan mereka. Lama-lama mereka sendiri terasa ‘dekat’ dengan kita dan akan offer diri apabila kita perlukan pertolongan. Terima kasih.

Masih tak dpt merakamkan sunset pada hari kedua kerana cuaca yg redup. Tak nampak pun. Takpe, masih ada hari esok.

Masa hari kedua, kami ada bertanya tentang snorkelling package. Fikir-fikir, kami pilih utk pergi Renggis Island aje. Dekat sgt dengan Berjaya. Nasib baik pilih Renggis Island je. Nak tahu kenapa? Nantikan episod seterusnya.

Utk episod hari pertama di Tioman, sila klik link di bawah:
Berjaya Tioman Resort - Day One
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.