Thursday, September 30, 2010

Now.. now.. now...

Kesabaranku ada batasnya.

Hampir 4 bulan tunggu satu document dari seorang client. Closed the deal dengan org lain tp yg prepare the document tu org lain. It's not urgent. Kerja dah selesai. Cuma kami perlukan report tu. Bulan lps, orang yg sepatutnya prepare that report dah berhenti kerja dan dia tak buat pun report tu.

Marah tak? Sabar lagi..

So aku bagi masa org baru ni siapkan report. I gave her one month to prepare everything. Dan aku mula 'kejar' dia sejak awal bulan ni. Setiap kali aku call, dia akan ckp, "I'm preparing it now".

Now.. now.. now.. sampailah pagi tadi.

Dan dia telah merasakan darah aku menggelegak. Sampaikan aku leh ckp, "What's your excuse now?". Aku takkan ckp mcm tu kalau org tak cari pasal. Dia ckp, boss dia busy. Apa kena mengena boss ko pulak dey!

Disebabkan dia slow, aku terpaksa bawa hal ni ke pihak atasan dia. Dah cukup baik sebab selama ni aku senyap. Aku taknak dia dpt masalah bila aku beritahu hal nie. But I have no other option. Kerja aku tak boleh selesai selagi aku tak dpt document tu. Susah sgt ke nak buat report? Isk...

Ni yg aku malas nak cerita psl kerja aku. Sbb aku hanya akan bercerita bila stress. Hehe.. Sungguh tak seronok kan? Tapi kerja kat sini best sbb tak perlu nak 'kipas' boss. Dia sendiri akan tgk samada kita perform atau tak. Kalau ok, tak minta apa pun dia boleh bagi mcm2.

Wednesday, September 29, 2010

Dan apabila mimpi itu indah...

KENAPA?

Saya suka Melaka dan akan ingat kenangan di MMU

Sudah ditakdirkan aku tak pernah jauh dari rumah. Masuk sekolah berasrama pun, masih di dalam negeri. Boleh balik rumah setiap kali sampai minggu outing. Bila masuk universiti, merasa la ke luar negeri tp Melaka! Isk.. dekat sgt la kan? Setakat naik bas Transnasional tu, mmg tak mencabar langsung.

Kenangan belajar kat MMU mmg tak dpt dilupakan. Even perkara yg berlaku 10 thn lps pun, kami masih ingat. Aih, tiba-tiba nak bercerita pulak kat FB.. yg ingat, ingat la. Yang ‘hilang ingatan’, terpinga-pinga.

Tapi kan.. nak bgtau la. I love Malacca!!! Seriously… tak tipu punya nie. Sgt seronok tinggal selama 4 tahun kat sana. Melaka dah jadi mcm negeri kedua selepas NS sampai dah hafal jalan (kecuali Jasin area sbb jarang ke sana tp kalau setakat sampai Umbai tu.. sgt lah reti).

Kenapa I suka Melaka?

Benda pertama yg mmg sgt best ialah makanannya. Betul nie, senang sgt cari restoran yg menawarkan lauk pauk yg sedap. Ok, ni based on cerita sepanjang 4 thn tu la. Skrg ni tak tau la kedai-kedai yg aku selalu jengah tu masih wujud ke tak. Mcm-mcm jenis makanan boleh jumpa. Paling syok, asam pedas kat Laksamana. Perghh, terbaik wa cakap lu! Makan pulak dengan lauk kobis goreng, telur masin dan otak-otak. Serious sedap! Lagi satu asam pedas yg sedap ialah kedai yg dekat Pasar Borong dan ada satu kedai tepi jalan berdekatan degan jirat cina (yg dekat dengan Mahkota Parade) tu. Tapi asam pedas dia lain sikit sbb ada letak black pepper. Mmg pedas nyam nyam. Lagi satu, asam pedas daging. Ada satu kedai sedap berdekatan MMU tapi tak reti nak guide korang.

Makanan lain yg mmg tak dpt dilupakan ialah ikan bakar di Umbai. Ni boleh dikatakan tempat MMU student melepak selepas habis final exam. Ala-ala nak hilangkan stress so marilah pergi mkn ikan bakar secara berjemaah di sana. Setakat ni, mmg ikan bakar kat Umbai la yg paling sedap. Makan dengan nasi lemak. Owh.. sedap.

Lagi makanan ialah Cucur Udang Alor Gajah. Cucur udang paling best di Malaysia. Haa, amek ko! Jgn nak argue dgn aku ckp korang masak cucur udang lg sedap. Hehehe..

Chicken chop dan steak pulak ada satu kedai kat area hospital swasta tu. Is it Southern Hospital? Lupa laks nama dia. Ala, ni kedai bajet utk students. So tak la high-end steak sgt tp sedap la jugak. Bebudak MMU mesti tau kedai nie.

Ok, cukup pasal makanan. Now, next. What else?

Ok, ni dah rasa patut tukar tajuk kepada “Kenapa I suka belajar di MMU?”. Hehe..

Agenda berjalan ramai-ramai dari rumah ke lecture hall. Bila sampai ptg, ramai-ramai ke RSI utk mkn goreng pisang sambil cuci mata yg dah letih mengadap muka lecture. Hehe… Beramai-ramai juga ke Lab utk cari bahan (ke chat?). Giler ah, boleh pulak dtg semata-mata nak chat. Yer la, dah masing-masing boyfriend jauh di mata. Ahaks. Jahat betul ah sbb salah gunakan kemudahan. Remember Mr. Taariq? Yang selalu geleng kepala dan ckp internet kat MMU ni slow sbb students guna utk chat dan download movie. Hehehe… ampun Mr. Taariq. I mampu chat je. Kalau selalu call, kopak la! RM50 Digi Chatz card tu hanya boleh call org selama setengah jam je tau.

Ape lagi yg takleh lupa. Ok, one thing. Panjat bukit. Bukit mana? Rasanya ada satu bukit je yg org selalu panjat kat sana. Sudah lupa apa nama dia tp yg ada tulisan terpacak kat atas bukit tu. Really miss that moment. Panjat ramai-ramai dan melepak kat atas tu sampai pukul 7 malam. Terasa kepam bila dah sampai rumah!

Tapi yg paling tak dpt dilupakan di MMU ialah.... urm, takyah la cerita. Hikhik :p

Nota: Sapa yg pernah duduk Melaka atau belajar di MMU boleh tokok tambah apa yg best kat sana.

Tuesday, September 28, 2010

In 4 days...

In 4 days...

I will complete my long term mission! Thanks Allah for giving me this chance.

Ramai yg beranggapan susu dah kering dan Batrisyia hanya 'mengopek'. Atas izin Allah, susu masih ada.

Semasa berdoa selepas solat Maghrib 2 hari lps, aku terdiam di tikar sembahyang seketika. Dah menjadi rutin, setiap kali doa dipanjatkan kepada Yang Esa, aku tak lupa agar dimurahkan rezeki susu ibu kepada Batrisyia. Itulah doa yg diamalkan sejak mengandungkan dia. Aku minta agar dimudahkan utk aku menyusukan Batrisyia sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun. Now, tiba-tiba rasa mcm, "Eh, dah nak 2 thn?"

This time, Allah memakbulkan doa aku. Alhamdulillah.


"Umi, nak susu"
"Susu? Susu dah habis"
"Nak susu"
"Susu dah habis la. Mana ada susu lagi"
"Ada... nak susu"


Tak terasa nak cerai susu tapi sengaja nak mengusik dia.

Monday, September 27, 2010

Heritage Day dan mkn-mkn sepanjang minggu

Wah, ramai betul org nak 'sabotaj' program penurunan berat badan aku. Hikhik. Dari Jumaat malam sampai ke Ahad malam, asyik mkn mkn dan mkn. Hoh, nasib baik berat tak naik.

Jumaat malam, kami dijemput menghadiri Heritage Day. Tetamu diminta memakai pakaian tradisional negara masing-masing. Maka, kami yg dlm mood raya ni dtg dengan berbaju melayu dan berbaju kurung. Maaf, gambar yg lain tidak letak bagi menjaga privasi. Hehe.. kita tag kat FB saje aa eh.

Perghh, anak dia dah catik menawan dengan rambut rebonding!
Jauh beza dengan setahun yg lepas. Anak dia akan kembali ke Africa
utk menyambung pelajaran dlm bidang Dietitian.

Beauty with brain, huh?

Bunga yg didatangkan khas dari South Africa.
Dgr kata harga mencecah ribuan ringgit.

One thing yg aku suka tentang event yg dianjurkan oleh South Africa ialah mereka sgt suka menari. Kalau tgk diorg menari, mmg rasa diorg ni dah menari sejak kecil. Sgt natural. Putarkanlah lagu apa pun, mereka akan menari beramai-ramai.


This lovely couple tegur kami masa sedang makan.
Her wife suka
tgk Batrisyia.
Oh, her wife sgt suka mkn nasi lemak!

Dia kata, mmg fave dia kat Malaysia.

Bobotie (Meat Pie) yg sgt nyum nyum

Hari Sabtu dan Ahad diperuntukkan utk pergi beraya ke rumah saudara dan sahabat handai. Tak ambil byk gambar sbb motif utama ialah beraya tp kat rumah Sue, wajib ambil gambar sbb dah lama tak jumpa. Thanks to Sue dan Wan yg menjemput kami. Tak puas jemput kat blog, dijemput lagi kat FB. Walaupun kami dah kata kami akan hadir, pagi tu kami dijemput lagi melalui telefon. Owh, maka wajib la pergi mkn kat sana.

Rumah Sue sgt cantik dan besar dan indah dan ape lagi? Heheh..

Little girl yg suka kereta

Best bergambar dgn Sue sbb Sue mementingkan kesempurnaan.
Hikhik.. maka jika gambar yg terhasil menunjukkan
muka yg tidak flawless,
disuruhnya Wan
ambil gambar yg baru


Semalam sempat menyinggah di kawasan bakal kejiranan kami. Kebetulan, kawan hubby tinggal di situ. Dari kediaman beliau, boleh nampak kawasan kediaman kami yg masih dlm pembinaan. Nampak serba serbi dah siap. Tak tau la apa lagi yg tinggal. Lampu jalan pun dah ada. Jalan di bahagian belakang telah diturap.

I'm excited sampai boleh termimpi-mimpi.

It's not a landed house. It's an apartment. Entah la, mmg tak terfikir nak beli landed house sebab terasa mahal kat KL. Kalau kat Seremban 2 ke, mau la aku. Rumah pun besar. Kat KL, mmg rasa tak berbaloi. So kami pilih apartment yg sederhana besar, tingkat bawah, corner lot. Senang.

Mungkin boleh simpan angan-angan utk beli rumah di Seremban 2 jika keadaan mengizinkan.

Note: Utk resipi Daging Prun, sila jenguk my other blog.

Left-handed?

"Anak ko kidal" kata Weed pada Julai yg lalu semasa lihat Batrisyia mkn menggunakan tangan kiri (with spoon).

Menurut Weed, adik dia kidal walaupun tiada seorang pun ahli keluarga dia yg kidal.

10% peratus daripada populasi manusia adalah kidal. They're minority.

Menurut pembacaan, tiada umur tertentu utk menentukan samada anak itu kidal atau tak. Early sign boleh dilihat seawal 6 bulan dan ada juga yg menyerlah sekitar 4-5 tahun.

Left-handed.. kidal.. mereka cenderung menggunakan tangan kiri dlm kehidupan seharian. Menulis.. memegang sesuatu.. rasanya semua org tau.

Sebelum ni, I thought left-handed ni sekadar tu. tapi persepsi tu berubah apabila aku terbaca satu wawancara bersama Man Kidal. Dlm wawancara tu, dia kata dia sgt susah nak cari gitar utk org kidal mcm dia hinggakan dia terpaksa menempah gitar khas.

I was like... "What? orang kidal tak boleh pakai gitar biasa ke?". Baru la tau yg left-handed mmg sedikit sukar menggunakan brg-brg seperti pisau dan gunting.

Gunting kiri utk left-handed. Gunting kanan utk right-handed.

Long before I have my own child, I know that we can't force left-handed to be right-handed. Masa kat sekolah dulu pun, cikgu ada ckp.. kalau kita force left-handed menjadi right-handed, kemungkinan besar dia akan sedikit clumsy dlm melakukan kerja dan kemahiran dia lambat berkembang kerana low self-esteem.

"As you watch your baby's motor skills develop, remember that it's not a good idea to attempt to influence her hand preference. While genetics alone don't entirely explain why someone ends up right- or left-handed, hardwiring of your child's nervous system is at least part of the reason. Forcing her to use her right hand when she's really a lefty is unlikely to work in the long run and will only confuse or frustrate her along the way." ~ Baby Center

Jadi bila tgk Batrisyia prefer tgn kiri berbanding tgn kanan, I don't want to force her. Just let her do her own thing. Sebab ketika bayi hingga umur sekitar 5-6 tahun, kanak-kanak akan menggunakan kedua-dua belah tgn sebelum dominan terhadap tgn kanan atau kiri. Maknanya, Batrisyia mungkin kelihatan left-handed sekarang tp in the future, mungkin dia dominan terhadap tgn kanan.



Tapi ada juga la jalankan eksperimen ke atas anak sendiri beberapa bulan lepas.

I gave her a spoon ketika waktu mkn. Dia ambil gunakan tgn kiri. Dia suap makanan dia guna tgn kiri. Of course mkn bersepah. Then, I forced her to use her right hand. Dia cuba gunakan sudu guna tgn kanan. Ape jadi? Lagi byk nasi yg bertabur dari yg masuk ke mulut. 2-3 kali suap, dia mcm nak marah sbb susah nak mkn. Tiba-tiba, dia sendiri tukar balik guna tgn kiri dan dia mkn seperti biasa.

Apa-apa yg dia buat, dia gunakan kedua-dua belah tgn. So tak tau la dia left-handed atau right-handed. Kami tak kesah la kalau dia nak menjadi seorang yg left-handed. Semua kerja mmg lebih afdal jika gunakan tgn kanan tp jika dah left-handed, tidak salah juga.

Korang yg left-handed ni ada apa-apa nak ckp?

Friday, September 24, 2010

Kepada yg follow

Dear readers,

Saya sedang dlm proses mengumpulkan blog links anda semua. Mana yg saya dpt trace melalui Nuffnang dan "Follower", saya terus letak ur blog link di blog list saya. Ada sesetengah dari anda yg private kan ur link. Therefore, saya x dpt nak letak.

Saya harap anda semua dpt share ur blog link dengan saya. Tak best la kan kalau korang yg asyik baca bebelan saya. Heheh.. Nak jugak kenal-kenal korang. Anggap la ni mcm link exchange.

So, please drop ur blog link at the comment box. Tak kesah la kalau x pernah tinggalkan komen kat sini pun. Saya tak kesah.

Please check at my blog list first. Ada 2 blog lists. "Mommy Land" dan dan "My Blogshelve". Kalau ur link takde kat situ, sila beritahu saya ye.

Thanks.

Love Story: How to capture my heart?

Sambungan entry semalam.

I hate (yes, hate) novel yg terlalu berbaur romantis.. erk, nak eja perkataan 'romantis' pun dah rasa gigil jari nie. Jadi mmg tak perlu suruh aku beli novel cinta atau ajak pergi tgk romantic movie. Memang aku lari.

Tidaklah bermakna tak minat langsung. I still read love story but that author kena pandai capture my heart. But how?

TRUE LOVE STORY

Usually, true love story mmg akan buat aku teringin nak baca. Simple example is A Walk to Remember (Nicholas Sparks). Kisah benar yg berlaku pada kakak dan abang ipar Nicholas Sparks. That's what we call unconditional love!

LOVE STORY WITH "ROMANTIC COMEDY" GENRE

Love story is okay but please ayat jgn terlalu berbunga+berbelit+serious seperti Nora Roberts. I need some laughter. Bila baca, boleh gelak atau senyum sorang-sorang. Bkn sebab geli-geli romantis tp sebab karakter dlm novel tu sgt selamba. Recommended by me: Can You Keep a Secret (Sophie Kinsella) & The Undomestic Goddess (Sophie Kinsella). Bila la agaknya The Undomestic Goddess nak dijadikan movie. Bila la agaknya org nak hadiahkan buku nie.. hehehe..

FICTION LOVE STORY WITH A TWIST

This is a fiction side. Meaning love story yg mmg direka tapi kedengaran benar kerana setiap perkara direka dengan terperinci dan akan buat aku sgt obsess. Example: Time Traveler's Wife (Audrey Niffenegger)

RARE LOVE STORY

"Rare" tidak bermaksud cinta sejenis atau cinta dengan makhluk asing (eventhough I follow Roswell TV series). "Rare" bermaksud, love story yg tak berakhir dengan hero dan heroin happily ever after. Maybe happy but with someone else. Hero atau heroin mempunyai sebab tersendiri. "Love is complicated" thingy. Example: Dear John (Nicholas Sparks). Opps, sila jgn tgk movie dia sbb Salha kata, dlm movie tu.. John akhirnya kahwin dengan ex-gf dia sbb suami ex-gf dia mati. Urm, x suka la. Aku lagi suka ending dlm novel di mana John biarkan saja Savannah hidup bahagia dengan suami dia sebab bagi John, jika Savannah happy, John pun happy.

Now, let me introduce you to a new member of my book obsession.

ONE DAY by DAVID NICHOLLS

Plot Introduction:
"Anti- Thatcherite Northerner Emma and confident Dexter spend the night together following their graduation from Edinburgh University in 1988. They become friends, although their lives take them in different directions. The novel visits their lives on 15 July in successive years in each chapter. Emma becomes a waitress in Kentish Town, while Dexter becomes a successful television presenter. Gradually, Emma fulfills her ambitions, first as a teacher and then as a best-selling novelist. Conversely, Dexter's career collapses, going from presenting a mainstream television show, to cable TV, to being fired from a late-night video games review show. Each have relationships with others, such as Emma with an unfunny stand-up comedian, and Dexter's with a high-Tory."

Basically, the book is one of those why-can't-these-two-crazy-kids-see-they're-perfect-for-each-other stories about a guy and a girl who meet at college graduation time.

One Day.. kita akan anggap buku ni berkisar tentang kehidupan satu couple selama 20 tahun. Tidak sama sekali. Dex dan Em bukan couple but they're bestfriends. Kita akan dibawa melihat hubungan persahabatan mereka di tarikh yg sama selama 20 tahun. How they support each other, how they laugh together about something silly and how they grew apart.

At first, aku rasa buku ni mcm bosan. Hehe.. rasa mcm, "Apa yg best sgt nie? Takde ape pun". Tapi selang 3-4 pages, baru la perasaan tu timbul. Rasa suka sgt menyusuri kisah hidup Dex dan Em.

Why I love this book? Entah lah. Rasanya sebab ia lain dari yg lain. Author membawa kita ke tarikh 15 July selama 20 tahun. Setiap tarikh, kita akan dibawa ke kehidupan Dex dan Em. Walaupun mereka tidak bersama, kita terasa mereka sebenarnya 'dekat'. Dex dan Em mempunyai karakter yg berlainan. Dex bermula sebagai seorang yg terkenal tetapi akhirnya hidup dia kucar kacir. Em pula kurang self-confidence, bermula dari bawah tetapi akhirnya berjaya dapat apa yg dicitakan.

One Day menunjukkan bahawa friendship antara lelaki dan perempuan itu wujud dan boleh berlaku. Bila aku baca, aku rasa mcm "Ish, kenapa diorg nie tak couple je.." sebab masing-masing sgt memahami. Pada awalnya, mereka agak rapat tetapi lama kelamaan, mereka menjalani kehidupan masing-masing. Walaupun tidak serapat dulu, they know that they still have each other.

Semakin lama kita baca, kita akan rasa mereka semakin jauh. Pembaca pada mulanya akan berharap yg Dex dan Em akan jadi kekasih akhirnya mengalah dan menerima idea bahawa Dex dan Em ditakdirkan utk menjadi kawan baik sahaja.

I fall in love with their friendship. Friendship between man and woman is possible. Setuju atau tak?

Movie akan keluar pada tahun 2011. Watak Dex akan dilakonkan oleh Jim Sturgress dan Em akan dilakonkan oleh Anne Hathaway. (Sila baca buku dulu).

Adakah mereka akan sedar bahawa they're perfect for each other? Utk mengetahui kesudahan Dex & Em, korang kena la beli buku ni :)

Sedikit sedutan:

NO. 1
He was self-aware enough to know that he possessed a certain facility for what Emma would call 'prattishness' and with this in mind he had been investing some private effort into working out what to do with his face. Anxious not to appear affected or cocky or a fake, he had been devising an expression that said hey, it's no big deal, it's only TV and he assumed this expression now, replacing his sunglasses and returning to his book.

Emma watched this performance, amused; the straining for nonchalance, the slight flare of the nostrils, the smile that flickered at the corner of his mouth. She pushed her sunglasses up onto her forehead.

"It's not going to change you, is it?"
"What?"
"Being very, very, very, very slightly famous"
"I hate that word. 'Famous'."
"Oh and what would you prefer?'Well known' ?"
"How about 'notorious'?" he grinned
"Or 'annoying'? How about 'annoying'?"
"Leave it out, will ya?"
"And you can drop that now, please?"
"What?"
"The cockney accent. You went to Winchester College for Christ's sake"
"I don't do cockney accent"
"When you're being Mr TV you do. You sound like you've left your whelk stall to go and do this 'ere fancy telly programme"
"You've got a Yorkshire accent!"
"Because I'm from Yorkshire!"

NO. 2
Finally, she spoke, in a quiet voice, her face to the wall.
"Why are you being like this, Dexter?"
"Like what?"
"You know what"
"I'm just being myself!"
She spun to face him. "No, you're not. I know what you're like and this isn't you. You're horrible like this. You're obnoxious, Dexter. I mean you always were a bit obnoxious, every now and then, a bit full of yourself, but you were funny too, and kind sometimes, and interested in people other than yourself. But now you're just out of control, with the booze, the drugs--"
"I'm just having fun!"
She sniffed, once, and looked up at him, through smudged black eyes.
"And sometimes I get carried away, that's all. If you weren't so... judgemental all the time--"
"Am I? I don't think I am. I try not to be. I just don't..." She stopped herself speaking, shook her head. "I know you've been through a lot, in a last few years, and I've tried to understand that, really I have, with your mum and all, but..."
"Go on," he said.
"I just don't think you're the person I used to know. You're not my friend anymore. That's all"
He could think of nothing to say to this, so they stood in silence, until Emma put her hand out, took two fingers of his hand, squeezed them in her palm.
"Maybe... maybe this is it, then," she said. "Maybe it's just over"
"Over? What's over?"
"Us. You and me. Friendship. There are things I needed to talk to you about, Dex. About Ian and me. If you're my friend I should be able to talk to you but I can't, and if I can't talk to you, well, what is the point of you? Of us?"
"What's the point?"
"You said yourself, people change, no use getting sentimental about it. Move on, find someone else"
"Yeah, but I didn't mean us..."
"Why not?"
"Because we're... us. We're Dex and Em. Aren't we?"
Emma shrugged. "maybe we've grown out of each other"

To J

J,

I nak share link yg you tanya tu. So please drop me an email.

--> estli82@yahoo.com

Thanks girl!

Thursday, September 23, 2010

Ni la "Bestseller" book yg paling susah aku cari sepanjang hampir 28 tahun aku hidup

I think this book deserves a long entry from me!

Muahhsss..

Why?

Kerana aku terlah bersusah payah mencari buku tu serata KL/Selangor/Seremban.

A few months ago, my good friend cadangkan agar aku beli buku nie. Alasan dia senang aje, dia rasa aku akan suka buku ni. I'm talking about my good friend here.. yg kenal aku.. yg tau aku suka apa.. so bila dia kata aku akan suka buku nie, semestinya aku nak cari.

Keesokan harinya, aku pergi ke MPH di Jusco Maluri. Takde stok.

A few days later, aku cari di online bookstores. No stock available.

Then, aku jejakkan kaki ke Popular Seremban, MPH Seremban, Times Bookstore, MPH Pavilion.. nada!

Aku tanya balik kawan aku, kat mana dia beli. Dia kata, kat Kinokuniya dan Borders berlambak.

Sila imagine, buku tu berlambak! Aku malas nak pergi sbb aku tak ke sana.

Beberapa minggu berlalu. Aku tunggu ada stok kat online bookstore. At last, MPH ada stok. Dengan rasa gembira, aku beli dalam talian. Tunggu seminggu. Masih belum dpt juga. I called their customer service. Rupanya, mereka tak dpt cari buku tu. Buku tu ada 3 buah kat MPH One Utama tapi mereka x dpt locate dekat shelve mana. Argh, mmg rasa geram. I asked for a refund. Tak sanggup nak tunggu next order yg katanya akan ambil masa 3 bulan.

Last week, aku cuti setengah hari. Jadi, tiba-tiba terasa nak jengah Borders. Dah kwn aku kata berlambak kan? I took 2 trens utk sampai ke Borders. (Hehe.. konon susah payah sgt la eh?). Sampai sana, rasa mcm akan hampa lagi sbb rupanya Borders nak pindah. Jadi banyak buku dah dibawa keluar. Yg tinggal hanya yg ada kat Borders. Semuanya tidak mengikut abjad. Terpaksa gigihkan diri tgk satu persatu buku di setiap rak. Pening kepala weih, serious.

Dan ada seorang budak lelaki bermuka jambu yg mengikut ke mana aku pergi. I mean, tiba-tiba berdiri sebelah aku.. sama-sama melihat buku di rak yg sama. Dia ikut sampai ke rak yg terakhir. Sedikit mengganggu konsentrasi. Tapi sebab muka jambu, aku takde la fikir bukan-bukan. Kalau muka mcm penyangak, harus aku lari time tu jugak.

Ok, kenapa aku dah tukar tajuk?

Sudahnya, melangkah keluar dari Borders tanpa buku di tangan. Geram. Terus sms my friend. Harapan terakhir ialah Kinokuniya. Remember, dia ckp BERLAMBAK. Aku cuma minta tolong dia. In case dia ke sana, please tgkkan samada buku tu masih ada stok atau tak.

Sunday morning, dpt sms. Katanya, buku tu tinggal sebuah je kat Kino! Dan saya jauh di Perak pada masa tu. Isk... sebuah? Kata berlambak.. huhu, ramai nye org yg beli buku ni rupanya. Disebabkan sgt desperate nak baca, aku pergi juga ke Kino sejurus tiba di KL.

Bila nampak buku tu kat rak, mmg rasa lega sgt. Finally, I found you! Buku tu kat "Bestseller". So, sorry... buku terakhir telah dibeli oleh yours truly! Hehe.. Kalau korang nak, sila order dulu.

Buku ni tentang ape? Esok je la aku cerita sebab dah penat menaip.

Thanks to my good friend kerana rajinkan diri tolong tgk stok kat Kino. Sebenarnya, aku tak sangka begitu pantas dia jengah Kino. Yer la, dah ko yg pandai-pandai suruh aku beli, wajib tolong kawan carikan! Ngeh ngeh ngeh.

Wednesday, September 22, 2010

Sunset - Chikus, Teluk Intan

Huh, still need to sharpen my skill using compact camera.


Meanwhile, I need to make a new plan for this lovely little girl.


Did I just say 'girl'? Yes, so please look at the right girl.. ahaks.

Her 2nd birthday is coming. 02.10.2010.. cantik kan? Mungkin disebabkan tarikhnya yg cantik, maka kami telah menerima 1 jemputan majlis perkahwinan, 1 jemputan kenduri doa selamat dan 1 jemputan rumah terbuka. Lai lai lai.. sape lagi nak menjemput?

Therefore, we decided to pospone her small birthday party to a new date.

21.10.2010 pun cantik. Sadly, it's Thursday.

1 .2kg - GONE!

Tidak malu utk mengiyakan bahawa berat telah mula naik sejak akhir-akhir nie. Rasanya mula naik sejak bulan puasa. Punya la seronok memasak.. seronok jugak mkn. Sudahnya berat naik berkilo-kilo. Kalau Farah naik 3kg, me rasanya naik dlm 3 kilo jugak kot sejak mula berpuasa.

I want my 47kg weight back! Huhu.. itu berat setahun lps.

Tiap-tiap hari mengadu kat hubby... gua dah gemuk.. tidakkah kamu perasan? Mungkin perasan tp tidak mahu ckp sbb nanti gerenti time juga aku mengeluh.

Fikir punya fikir.. mmg kena buat sesuatu sebelum menjadi obese.. Ok la, tak la melampau sampai nak obese.. tp taknak la sampai gemuk susah nak turun balik kan? Time tu, lagi la malas nak buat sesuatu.

Mula la cari pertolongan. Starting semalam, aku cuba turunkan berat melalui kaedah selamat. Pagi timbang dan mulakan hari dengan penuh semangat. Balik kerja, timbang balik.

Telah turun 1.2kg!

Yahooo!!!

1.2kg dalam masa sehari. Bunyi mcm gunakan kaedah yg tak selamat je. Hehe.. percayalah, aku tidak mkn ubat diet. Cuma mengamalkan cara yg sesuai dengan diri.

Alhamdulillah.

Tuesday, September 21, 2010

Mood Aliff Firdaus

Masa ke sana bulan 7 lepas, tgh musim menyemai. Sekembalinya kami ke sana hujung minggu lepas, kawasan yg sebelum ni ditakungi air telah mula menghijau.

Tak layan Aliff Firdaus tp mood tu tetap ada.

Saujana mata memandang



Don't know why but I love the above pic

Back to the 'nest'



View from the balcony









Love this!

Monday, September 20, 2010

Korang guna tak duit raya anak?

Ni cerita 3 hari sebelum raya kalau tak silap.

Hubby dpt kad raya. Dia buka sampul dan keluarkan kad tu. Dia buka kad, dan...

"Wah, dpt duit raya!" katanya separuh menjerit sambil lambai-lambai not kepada aku. Sehari sebelum tu pun dia dpt duit raya jumlah yg sama.

But this time, pengirim menulis satu nota:


Hahaha, terus tergelak dan ingatkan hubby utk masukkan duit tu ke dalam tabung anak. Selamat!!

Korang guna tak duit raya anak? Atau mmg simpan kat dalam bank? For me, duit raya anak tu adalah hak anak sebab orang bagi kat dia. Jadi, mmg kami tak usik dan terus simpan ke dalam bank. Punya la risau takut ter guna. Dah rasa mcm pecah amanah pulak (Ni hanya pendapat aku. Kalau korang rasa ok je guna duit raya anak, takpe la. Bukan korang guna utk berjoli pun kan?). Raya keempat kot, terus suruh hubby masukkan ke dalam akaun bank Batrisyia.

Umur baru 2 tahun, baru 2 kali raya, dah ada duit banyak mcm tu kat dlm bank. Tu yg hubby ckp.

Ahaks, psl tu la abi dan umi dia kena rajin pergi berjalan raya. Batrisyia masih ada sekurang-kurangnya 16 tahun lagi utk collect duit raya. Hikhik.

Friday, September 17, 2010

Beraya

Masa cuti semalam dihabiskan dengan pergi berjalan raya ni Nilai. Ala, dua rumah je. Tapi lama juga kat sana sbb hubby berjumpa kawan-kawan sekolah dia kat rumah kak Zilah di Nilai Impian. Isk, mmg IMPIAN sgt la sbb rumah besar-besar kat sana. Sime Darby punya. Cun seh! Kak Zilah kata, harga rumah 5,000 kaki persegi tu berharga hampir RM500,000. Kira ok la kalau nak dibandingkan keluasan rumah yg sama di KL ni tapi harga jauh lebih mahal. Takpe, kak Zilah mmg mampu nak beli sebab dia tukang jual hartanah orang. Hehehe... Cantik sungguh rumah dia.

2nd house ialah rumah kak Yusni. Dulu dia duduk kat Setiawangsa. Sekarang dah pindah ke Nilai. Semua anak dia anak lelaki. Masa Batrisyia umur 2 bln, kami bawa Batrisyia jumpa kak Yusni. Mmg dipegang anak aku sampai ke masa kami nak blk. Semalam, baru dpt tahu yg dia baru ambil seorang anak angkat perempuan. Tak tanya pula kenapa her biological mom taknak anak tu. Tapi menurut kak Yusni, dia jaga perempuan tu sejak dlm pregnant, dibawa ke rumah selama 2 minggu utk berpantang dan lps 2 minggu, perempuan tu keluar dari rumah dan lepaskan anak dia. Kak Yusni pula melalui proses relaktasi sebab dia nak susukan that baby agar tiada isu aurat dengan abang-abang dia kelak. Alhamdulillah, berkat kesabaran dia, susu keluar walaupun bkn dia yg bersalin. Semuanya bertitik tolak dari usaha dan kemahuan kan?

Lps beraya di Nilai, kami kembali ke rumah sebab my family nak dtg beraya. Pagi sebelum gerak ke Nilai tu, sempat la masak Daging Prun, Ayam Masak Merah dan Kobis Tumis Air. Masak lebih sebab malam tu nak jamu jiran pulak. Utk jiran, ada penambahan telur dadar sebab daging prun tinggal sikit. Alhamdulillah, semua pinggan licin! Rasanya resipi ayam masak merah yg aku dpt tu mmg sedap la. Lepas ni nak guna resipi yg mcm tu je la. Senang, ringkas dan sedap. Nanti aku share resipi dia ye.

Rumah kami tiada istilah open house. Jadi, sesapa yg ada kat Hulu Langat Batu 14 tu, singgah-singgah la ye. Tapi dgr cerita, geng anak tuan tanah nak buat majlis sambutan hari raya. Elok lak tu nak buat di minggu hari jadi Batrisyia dan Abang Nasir. So kalau jadi, korang boleh la datang di hari tersebut. Lagi meriah. I'll update later.

Hari ni kerja setengah hari je. Lepas tu nak zasss ke Times Square kejap utk cari novel. Ptg nie kami akan berangkat ke Perak. Esok ada kenduri kahwin di sana. Hari Ahad, kami akan mengikut rombongan bertandang ke Selangor.

Have a great weekend!

Wednesday, September 15, 2010

Datuk Sosilawati : Detik sebelum dibunuh

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.

-Sumber dari sini

Sedihnya baca berita nie. Terbayang arwah Noorhisyam. Walaupun tak mengenali arwah, mcm mana la arwah masa tu. Mungkin dia sedar yg mereka akan dibunuh pada malam tu. Sempat minta maaf pada isteri.

Makin banyak berita tentang kes ni yg aku baca, makin aku terasa suspek-suspek yg terlibat sangat kejam! Tak berhati perut! Elok je kalau dihukum gantung sampai mati. Kalau la ada hukuman yg boleh menyebabkan mereka mati secara perlahan-lahan dan dlm keadaan kesakitan, lebih elok dijatuhkan hukuman sebegitu kepada mereka.

Aku hanya marah mereka yg terlibat. Kepada orang lain, jgn jadikan kes ni sebagai satu isu perkauman. Status kaum tidak mencorakkan siapa diri anda. Jgn sebab suspek dari kaum India terlibat, korang nak marah kat semua org India. Tak elok begitu kan? Kita mesti berfikiran waras.

Sedikit kronologi tentang kes nie.

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Saya dah cuba Hada Labo

Bekerja di tempat yg berhawa dingin boleh menyumbang kepada kekeringan kulit. Lebih-lebih lagi kalau kulit muka kita bukan jenis kulit berminyak. Lagi terasa kering dan kesat.

Thankfully, I have an oily face. Bukan oily sampai nak kena pakai kertas kedap minyak tau. Juga bukan oily yg sampai naik jerawat. Ni oily biasa yg boleh membuatkan kulit lambat mengalami penuaan.

But bila lama-lama dalam bilik yg berhawa dingin, kulit tetap akan terasa kering.

I don’t like it at all.

Setelah melihat iklan dan membaca review orang lain, terasa nak cuba satu produk nie.

HADA LABO.

Sedikit info tentang Hada Labo.

Hada Labo ni produk dari Jepun. Hada Labo Moisturizer Lotion merupakan their best-seller. Katanya, satu botol terjual setiap 4 saat!

Hada Labo bermaksud "Skin Lab". Produk ni tidak mengandungi sebarang warna, alkohol, pewangi, mineral oil dan segala bahan-bahan yg tidak sesuai dengan kulit. Dengan bahan-bahan semulajadi, insya Allah kulit tidak mengalami alahan terhadap produk.

Setiap produknya mengandungi Super Hyaluronic Acid (SHA). Utk pengetahuan, 1 gram Hyaluronic Acid bersamaan dengan 6 liter air. Jadi ia berupaya utk melembapkan kulit muka.

Takde la terperdaya sgt. Tapi everytime lalu Guardian, mesti masuk dan gunakan tester. Hehehe…

Lama-lama, ku beli juga!

Aku hanya beli Moisturizer Lotion. Mcm cleanser, tak terasa nak tukar sebab dah serasi dengan Nivea sejak 10 tahun lps. Essence mcm tak perlu. Moisturizer Milk tak terasa nak beli sbb ada yg kata, ia agak rich dan kurang sesuai kalau nak pakai dlm cuaca panas. Nanti ‘cair’ kat muka.

So, I bought Moisturizer Lotion with Arbutin. Kalau jenis biasa, botol warna putih. Kalau yg ada arbutin (ekstrak dari berry), botol berwarna biru gelap.

Haruslah pilih yg ada arbutin sebab nak sekatakan warna kulit =)

Hari pertama penggunaan, rasa mcm biasa je. Mcm takde efek je.

Hari kedua penggunaan, still rasa mcm biasa. Maybe sbb busy kemas rumah so tak rasa apa-apa.

Hari ketiga, kembali bekerja. Masa ni la baru rasa kulit lembut sgt. Tak kering.

Walaupun ia lotion, ia sebenarnya toner. Bagi orang Jepun, toner dipanggil lotion. Jadi, teksturnya cair mcm toner bkn pekat mcm lotion. Tapi cara penggunaan tak sama mcm toner. Jgn pulak korang basahkan kapas muka dengan lotion nie. Cara nak pakai dia senang je. Tuang dlm 3-4 titik ke telapak tangan. Then dab.. dab.. dab telapak tangan anda ke muka. Ahaks, sila tgk video di bawah. Ada ditunjukkan mcm mana nak guna. Agak melekit sebab lotion ni tiada alkohol. Tp sekejap je. Cepat je absorb. Don’t worry.

Harga dia bawah RM50 je. Kalau nak jimat, tunggu la ada diskaun kat Guardian, then baru beli. Produk nie ada kat Guardian je tau. Kalau pergi Watson, ada satu produk yg seakan-akan serupa. Jgn tersilap pulak.

Hada Labo ni mmg best la. Sikit-sikit terasa nak picit pipi sebab lembut sgt berbanding dulu. Keje kat tempat berhawa dingin, muka boleh jadi cepat kering. Tapi setelah mencuba Hada Labo, muka sentiasa rasa lembap sampai ke masa cuci muka di waktu malam. Mmg sgt disyorkan!

Utk efek arbutin pulak, rasanya mmg ia sekatakan warna kulit. Dark spot pun semakin pudar.

Hada Labo ada 3 rangkaian produk. Utk mengetahui yg mana satu paling sesuai dengan korang, boleh ke http://www.hadalabo.com.my

Recommended!



Siapa lagi yg dah guna?

Tuesday, September 14, 2010

Edisi Raya dan mengapa memilih "Liz Rohaizat"?

Hari ni, kami kembali bekerja. Cukuplah raya 2 hari di KL dan 2 hari di Seremban. Nak cuti lama-lama pun, baki cuti tak mencukupi. Nasib baik kampung dekat :)

Sehari sebelum raya, kami tukar warna tema. Sepatutnya warna orange utk hari raya pertama. Tapi kena tukar ke hari raya kedua. So hari raya pertama kami pakai baju warna biru.

Batrisyia boleh nangis taknak bergambar pulak. Jadi gambar di pagi raya, muka dia muka nangis je. Gambar di atas adalah gambar terbaik dia. Hehehe.

Kami pergi beraya ke rumah jiran-jiran. Makan sikit-sikit je tapi bila dah pergi banyak rumah, penuh juga la perut nie. Lebih-lebih lagi kat rumah terakhir, dijamu laksa pulak tu! Hoh, banyak aku mkn.

Petang tu, Duta datang ke rumah. Ni kali pertama aku jumpa mereka. Malaysia is his first assignment. Berselera diorg mencuba lauk pauk raya.

Rasanya orang sana mmg suka masakan Rendang la. Setakat beberapa org yg kami jemput sejak 3 tahun lepas, mmg diorg suka mkn rendang dan lemang.

Uhuks, malu-malu bagi resipi sambal ikan bilis kat isteri Duta sebab dia nak cuba. Bertambah-tambah dia mkn rendang dan sambal ikan bilis. Tahan pedas kot.

Selang sejam lepas tu rasanya, Sylvia dan Maria datang. Mmg ada jemput tapi mereka tidak ckp nak dtg. Jadi bila tiba-tiba terpacul di depan pintu pagar, terkejut juga. Tapi rasanya mereka lagi terkejut sebab tiba-tiba terjumpa big boss kat rumah tu. Muka cuak je. Hehe


Hari raya kedua, kami ke Klang. Rumah Pak Ngah telah dicat warna putih. Kira bahagian depan mmg putih lah! Sampai-sampai je, mmg dah nampak akan kecantikannya. Terus ckp kat hubby yg aku nak ambil gambar kat tangga tu.

Batrisyia asyik menjenguk ke luar jendela. Terasa nak ambil gambar dia. Maka terhasillah gambar di atas. Gambar tidak di edit melainkan diletak watermark.

Simple but I like this photo!

Inilah gambar hadapan rumah Pak Ngah.


Warna putih di belakang mmg sesuai dijadikan tempat utk bergambar kan?

Mungkin ada yg beranggapan mcm-mcm bila aku gunakan nama "Liz Rohaizat". Mungkin ada yg rasa aku dah ketepikan nama papa. Jangan salah sangka. Aku hanya gunakan "Liz Rohaizat" di blog dan FB. Kenapa?

"Liz Rohaizat" bukan merujuk kepada diri aku seorang. "Liz Rohaizat" sebenarnya bermaksud "Liz & Rohaizat". Tapi aku pendekkan saja menjadi "Liz Rohaizat".

"Liz Rohaizat" digunakan di blog dan FB kerana segala idea, cerita dan kerja tangan melibatkan Liz & Rohaizat. Bukan aku seorang tetapi hubby pun memainkan peranan. Kdg-kdg, hubby yg beri idea utk update blog. Kdg-kdg, hubby yg tolong ambilkan gambar. Jadi, aku gunakan "Liz Rohaizat" sebagai tanda bahawa itu adalah hasil cetusan idea Liz & Rohaizat.

Hanya di blog dan FB. Sesapa yg ada access to my Twitter akan sedar yg aku tak gunakan "Liz Rohaizat" di sana sebab hubby pun takde access to my Twitter. Hehehe...

Contoh terbaik ialah gambar-gambar di bawah. Idea datang dari "Liz" dan "Rohaizat" bertindak utk merealisasikannya.

Batrisyia masih tidak memberikan kerjasama.
Sudahnya, Umi dia pandang kamera sorang-sorang.

We kept on asking her to look at the camera but she refused.
Hubby pulak ambil je banyak-banyak gambar dengan harapan ada yg dia pandang.

Batrisyia pandang kamera tapi cara duduk kurang sopan pulak :p
Umi nye masih bermuka teruja sorang-sorang. Isk..


By this time, hubby dok sibuk mengendap dari tepi pokok bunga kertas.
Ingatkan nak buat ape la so kami bolayan dia.

Rupanya nak asah bakat mengambil gambar sebegini menggunakan compact camera.

Monday, September 13, 2010

Amarah

Pagi-pagi dah rasa marah meluap-luap bila baca berita-berita tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain. Sungguh kejam penjenayah-penjenayah ni.

Dah la ko tangkap.. ko pukul sampai mati.. ko bakar.. lps tu ko buang ke sungai.

Sial!

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain dibunuh, dibakar dan mayat dibuang ke Pantai Morib.. astargfirullah

Innalillah.

Itu saja yg mampu aku ucapkan tatkala mendengar berita awal pagi nie. Semalam, kita dikejutkan dengan penemuan 4 mayat yang rentung di pantai Morib. Ramai yg membuat spekulasi bahawa 4 mayat yg dijumpai itu adalah mayat Datuk Sosilawati dan 3 orang lain yg hilang bersama-samanya.

Pagi ini, telah disahkah bahawa 4 mayat rentung itu ialah mayat Datuk Solilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin (pemandu), Noorhisham Mohammad (pegawai bank CIMB) dan Ahmad Kamil Abdul Karim(peguam peribadi).

Aku hanya mampu terdiam.

Setakat ni polis telah menangkap 7 suspek termasuk seorang Datuk berumur sekitar 40-an.

Masya Allah.

Keempat-empat mangsa telah dibunuh sebelum dibakar dan mayat mereka dibuang ke Pantai Morib.

Kenapa mereka dibunuh dengan kejam? Dah la bulan Ramadhan.. bulan Syawal. Tergamak mereka membunuh di bulan mulia.

Kepada pihak polis, cepat-cepatlah selesaikan kes ni dan hukum mereka yg terlibat.

Mereka wajar diheret ke tali gantung sahaja kerana begitu kejam!

Al-Fatihah utk mangsa yang terlibat. Semoga keluarga-keluarga mereka tabah menghadapi ujian Allah ini.

Wednesday, September 08, 2010

Dah la, aku nak tutup blog

Hari ni masih bekerja. Sob... sob... Takpe, redha je la. Ahaks. Bukannya banyak kerja sangat pun yang tinggal. Clients pun ramai je yg masih bekerja. Kita layankan aje.

Esok start cuti dan akan kembali pada Selasa minggu depan. 2 hari beraya di KL, 2 hari beraya di Seremban. Fair and square. Untuk hari-hari lain, kami akan melawat kawan-kawan di serata Seremban dan KL.

I can't wait to take many photos of Hari Raya. Bila aku ckp camtu, aku maksudkan gambar-gambar yg boleh menceritakan apa itu Hari Raya. Dah lama tak ambil gambar sebegitu.

Malam tadi dah jadi mcm sesi kerahan tenaga sendiri. Baju utk 4 hari Hari Raya telah siap digosok dalam masa 1 jam 15 minit. Sambil menggosok, sambil layan Syurgamu Ramadhan dan Supernatural. Malam tadi juga kemas beg pakaian. Disebabkan taknak bawa banyak beg, kami hanya packed baju-baju utk Hari Raya pertama dan kedua. Then sebelum balik Seremban, kami akan singgah ke rumah, unload segala barang raya pertama dan kedua dan reload brg-brg utk raya ketiga dan keempat pulak.

Kalau ada van, baru boleh sumbat semua sekaligus kot.

Ok, this is my last entry for today. Tgk la. Kalau ada apa-apa, aku blog lagi yer. But I'll be back with stories pada hari raya ketiga.

Di kesempatan nie, kami sekeluarga ingin memohon maaf jika ada yg tersilap kata, terkasar bahasa dan terguris hati sepanjang kami ber blogging. Eventhough aku sorang je yg menulis tapi sometimes, idea datang from my hubby.

Selamat Hari Raya!

Tuesday, September 07, 2010

Sapa yg belum habis beli kuih raya, serbu kuih raya kak Nani cepat!

Sape yg terbaca entry ni dan dlm diam ckp dlm hati, "Dah hari terakhir baru nak bgtau".. hehe, jgn kecewa. Mmg bulan ni, ramai org masuk blog ni utk cari online kuih raya. So aku bawakan satu berita best.

Kak Nani ada buat pengumuman hari nie. Masih ada kuih raya dlm stok sebab dia ada buat lebih or mungkin juga ada org x dtg ambil. So kepada anda yg teringin nak rasa kuih dia, sila call kak Nani di 012 3959779. Utk senarai kuih raya, sila click entry ni dan follow link yg saya beri. Kena collect kat rumah dia yg cantik tu ye. Rumah dia di Bukit Jelutong.

Kami mmg awal-awal dah bgtau kak Nani nak buat repeat order sebab hubby dah syok merasa kuih raya kak Nani yg sedap. So semalam kak Nani dah bgtau ada kuih lebih. Esok hubby akan pergi ambil lagi 5 balang kot. Ada "kot" di hujung kerana hubby ckp, yg lain dia akan tgk kat sana. Jadi, tak tau la berapa balang dia nak beli. Ni dah tukar plan namanya. Dia yg ckp xnak kuih raya byk-byk. Sekali rasa, dia yg over tau :p

I recommend you all utk beli Chocolate Chip Butter Pecan, Chocolate Crumpy, Snow Drop dan Vanilla Kisses. Yang lain, kitorang tak cuba lagi. Tunggu dapat esok.

Kereta Datuk Sosilawati ditemui!

Misteri betul kehilangan dia nie. Walaupun aku tak gunakan produk dia tapi tetap hati rasa risau. Bukan seorang yg hilang tapi 4 org. Ada desas desus yg mengatakan Datuk bawa wang sebanyak 4 juta utk urusan pembeli tanah tu. Tapi tidak dinyatakan samada beliau membawa wang tunai atau cek.

Sama-sama la kita doakan keempat-empat mereka berada dlm keadaan selamat. Dah nak hari raya. Mesti keluarga masing-masing berada dlm keadaan sedih, risau dan tertekan.

iPod Shuffle - The Perfect Mix

Baru terfikir nak beli iPod Shuffle. Sekali dah keluarkan design baru.

Meet iPod Shuffle new design.

Terus jatuh cinta dengan kecomelannya. Walaupun kecil, ia mempunyai ketahanan bateri selama 15 jam dan 2GB storage capacity. Bayangkan berapa ribu lagu boleh disimpan di dalam iPod yg kecil nie.

Bayangkan saiznya!

Boleh klip di mana-mana yg kita suka. Dia seluar, baju, fail, buku.. x kesah la, janji boleh klip!

Kalau beli kat Apple Online Store, boleh buat personalized engraving at the back of your iPod. Cool huh?



Oh, love the pink!

Urm, nak beli ke tak? Rasa mcm best je utk org mcm aku yg suka dgr lagu. Tak payah lagi nak susah-susah dgr CD. Masukkan je semua kat dlm ni dan dgr sampai bateri habis. Hehehe..

Kalau nak bg hadiah kat org pun boleh tau. Hanya perlu pergi ke online store dan buat pilihan utk dihadiahkan kepada orang yg tersayang. Bayangkan bila org tu teringin nak beli iPod Shuffle. Lps tu korang dengan baik hatinya belikan utk dia. Siap buat engraving yg tertulis "Happy Birthday, friend" ~ kawan yang baik. Sure kawan korang suka.

Untuk keterangan lanjut tentang iPod Shuffle, sila klik sini.

Hmm, nak beli ke tak yer?

Monday, September 06, 2010

Are you thinking of me when I'm thinking of you?

Hormon melayan boyband song sudah semakin berkurangan tetapi semalam terpandang satu CD yg aku ada.

BB Mak. Haa, sape ingat lagi this boyband?



Lagu mereka yg aku paling suka ialah Miss You More.

Esok dan lusa, nak gantung sudip di dapur

Jalan lengang sebab cuti sekolah dah bermula.

Aku kerja sampai hari Rabu sebab cuti tak cukup. Isk... cuti banyak lagi tp nak kena standby utk raya haji pulak. Takpe, bg la chance cikgu-cikgu Batrisyia nak bercuti.

Mood raya dah datangkah? Ahaks, mood malas nak kerja tu yg dah datang. Utk raya pun, dah takde ape yg nak disiapkan. 90% dah siap. Tinggal nak gosok baju raya, kemas beg utk balik raya dan masukkan duit raya dlm sampul. Tahun ni ada rezeki lebih so harus la dikongsi.

Alamak, tudung utk raya tak cari lagi!

Rasanya esok dan lusa nak cuti memasak la. Seronok masak di bulan Ramadhan. Kalau dah hubby yg suruh masak, kena la masak. Tak kisah aje asalkan tlg jaga anak masa tgh sibuk kat dapur. Tiap-tiap hari ada masa satu jam je utk masak kat dapur sebelum azan Maghrib. Dah ala-ala training nak masuk Iron Chef pulak.

I'm gaining weight! Orang lain makin kurus di bulan puasa, aku makin gemuk. Isk... aaa, nak salahkan sape? Korang jgn nak tegur eh. Sensitif... ekekekke... nak ckp, ckp la "Oh, ko dah nampak mcm Khloe Kardashian dah". Ok... ok... I'm just kidding! Jgn la termuntah-muntah depan PC tu pulak. I miss Khloe. Lama dah tak layan dia.

Ok.. utk raya 2010..

Warna tema hari raya pertama: Orange
Warna tema hari raya kedua: Blue
Warna tema hari raya ketiga: Pink

Apa warna tema korang?


*Edited*
Permintaan utk menggantung sudip pada hari esok telah ditolak :p

Iklan Hari Raya TV3 tahun 2010

Hari Jumaat keluar iklan, hari Sabtu dah minta maaf.

Mmg patut pun TV3 minta maaf. Iklan Hari Raya tp dah mcm Santa Claus aku tgk. Masa tgk, agak terperanjat. Bila tau iklan sape, lg la terperanjat.

Saturday, September 04, 2010

Kalau tak sempat order tahun nie, tahun depan jgn lupa

Masa nak order online kuih raya, minta pendapat hubby. Yer la, sbb dia yg letakkan kuota berapa balang kuih raya nak beli. Sebab online, dia mcm ragu-ragu bila aku nak tempah. Tapi aku ckp, kuih raya ni gerenti sedap sebab orang lain ckp sedap. Hehe..

Aku hanya pilih berdasarkan gambar-gambar yg diberi. Ada la beli 5 balang. Kemudian kawan minta tambah lagi 7 balang utk rumah dia.

2 hari lepas, di waktu malam.. tgh syok-syok pejam mata, headphone kat telinga sambil dengar "I Got You", ada org cuit. Aku buka mata. Nak tau apa aku nampak? Depan mata aku ada plastik besar berisi balang kuih raya.

Hubby aku nak rasa kuih raya akak tu sebab kwn dia ckp kuih raya yg dia tempah tu sedap sangat sampaikan husband dia tak jadi nak buat jamu org time raya.

Nama pun kuih raya tp apehal nak mkn time puasa? Isk...

Tapi buka juga la. Kuih pertama yg aku rasa ialah Chocolate Crumpy sebab mengidam sejak 2 tahun lepas! Sedap.. yum yum..

Reaksi hubby? Kalau aku tak tegah, mlm tu jugak dia akan habiskan sebalang Snow Drop!

Nyesal ke tak order lebih? Tu la, dah ckp dah kuih raya akak tu sedap.

Even kawan aku ni pun dah bantai mkn kuih raya dari akak tu.

Girls, ni la kak Nani.. mak Hanis Zalikha.


Minggu lepas tak sempat nak bergambar dengan dia sbb dia nampak mcm busy je. Tgh bakar kuih lagi. Dengan pakai apron, rasa mcm tak sesuai nak kacau dia. Ceh, padahal kalau boleh mmg nak bergambar dgn dia pun. Takpe, akan ku order Chocolate Moist Cake dengan dia utk besday Batrisyia nanti.

Yang bangganya, kak Nani keluar Berita Harian haritu. Untung RM20,000 hanya dari penjualan kuih raya. Isk, patut la kak Nani tak jemu-jemu menjual tiap-tiap tahun. RM20,000 tau. Banyak tu.

Utk tahun-tahun akan datang, mmg nak order dari dia saja la.

Friday, September 03, 2010

Ko ingat anuar zain tu dapat duit raya sampai skrg?


Jadi anak sulung mmg best! Sebab apa?

Owh, nak bgtau sebab jugak ke?

Rasanya anak sulung paling beruntung dlm hal 'duit raya'. Selagi tak kahwin, selagi tu la dpt duit raya. Silap-silap, makin bertambah usia, makin banyak RM yg dapat.

So anak yg hujung-hujung tu, agak kurang bertuah sikit. Sian adik-adik aku. Diorg, asal lepas SPM je, dah xde duit raya dari saudara mara. Kesiaannn..

Paling kesian Hasif la. Sebab dia tinggi, orang ingat dia tak perlu dpt duit raya.

Lagi kesian sbb duit raya yg dia dpt tak berapa masyuk daripada zaman kitorang 4 beradik yg lain masih kecil. Sbb kitorang rajin pergi redah satu taman berjalan raya. Bila kakak-kakak dan abang-abang dia dah besar, maka dia tinggal la sorang-sorang berusaha cari duit raya dengan kawan-kawan.

Entry nie takde motif. Cuma aku tak faham sbb adik aku sibuk nak siapkan kereta raya. Tak pernah aku dgr!

Jujurlah padaku bila kau tak...

Masa tonton salah satu episod House 1st Season kot, House akan tekankan betapa pentingnya kita jujur dengan doktor agar doktor boleh berikan rawatan yang paling sesuai kepada pesakit. Patient tends to hide something. Seperti biasa, dia cuba buktikan apa yg dia ckp melalui pesakit dia.

Dia nak tau samada patient tu ada ambil dadah atau tak. Patient tu ckp, “No”. So drpd dia paksa patient tu berckp benar (dia tau patient tu ambil dadah berdasarkan keadaan diri pesakit), dia sebut satu ayat secara bersahaja. Lebih kurang camni.. “Bagus la kalau tak ambil sebab kalau awak ada ambil dadah, ubat yg saya suntik ni boleh membuatkan awak kena kancing gigi sejurus selepas ubat masuk ke saluran darah

Kalau ko jadi patient tu, mesti ko terus mengaku kan? ;-)

Dari drama pun kita boleh belajar sesuatu.

Aku apply the same thing antara aku dengan client. Tak semua clients akan bertindak cepat. Ada yg sengaja lengahkan proses. Ada yg tu. Ada yg ni. Seperti begini.

Telah ditranslate ke bahasa Melayu:

Cik L: Bila kami boleh dpt semula our document?
Cik A: Oh, belum siap lagi. Tgh tunggu tandatangan.
Cik L: Kiranya document dah siap la. Siapa yg akan tandatangan?
Cik A: Ada 3 orang; Mr. S dan lagi 2 orang.
Cik L: Dah beri pada mereka?
Cik A: Dah. Nanti saya akan dapatkan masa next meeting
Cik L: Ok la. Kalau camtu, takpe. Saya akan call Mr. S utk ingatkan dia agar segera tandatangan.
Cik A: Kejap.. kejap.. awak ckp nak call siapa tadi?
Cik L: Mr. S. Saya dah biasa call dia.
Cik A: Oh, jgn call. Document tu masih ada pada saya. Masa meeting nanti baru nak bagi.

Ok, baru perasan aku guna “Cik L” instead of “Puan L”. Takpe la, I muda lagi.

Kira byk kali juga la aku guna taktik yg diajar oleh House. Hehe, selalunya mmg menggelabah la org yg lagi satu tu.

Maybe korang pun boleh cuba.

Thursday, September 02, 2010

23 months old

She's 23 months old today!

Her second birthday is in a month. Dulu, kami dah bersetuju utk sambut her birthday 2 kali setahun; setiap 2 Oktober dan setiap 2 Syawal. Utk tahun ni, kami tak sure lagi mcm mana sebab kami berada dia tempat yg sama pada 2 waktu tersebut. Kalau ada buat pun, maybe akan sambut kecil-kecilan di Seremban pada mlm 2 Syawal. Utk sambutan '2 Oktober', maybe akan buat pada tarikh lain.

Bukan buat besar-besaran. Hanya kami-kami sahaja, mcm tahun lepas.

Kalau pada pandangan mata aku, Batrisyia mcm tak besar-besar. Camtu gak. Tapi bila tgk her closet, byk baju dah singkat, tak muat tang perut la, tang kepala la. Even her shoes pun mcm dah tak muat.

But no worries, abi dia mmg sayangkan anak lebih dari umi.. uhuk.. uhuk :p

Asal abi dia pergi shopping complex, mesti ada baju utk anak. Kalau tak sepasang, dia beli baju sahaja. Tak pun, beli kasut. Tak pun seluar saja. Tak pun Barbie sunglasses. Ada satu bln tu kan, Batrisyia dpt 2 pasang kasut dan 3 pasang baju! I jeling-jeling penuh makna je.

Takpe, aku jenis mengalah. Biar dia sayang anak daripada sayang perempuan lain. Ahaks.

Batrisyia dpt early present dari mak angkat dia yg ketiga; Wan Syafira. Wan beli utk raya so kira present utk 2 Syawal la kan? Ahaks. Terima kasih Wan. Susah-susah je pos jauh-jauh dari Bristol. Merasa anak aku pakai baju H&M dari overseas.

Atas permintaan Wan, aku ambil gambar-gambar nie. Bukan nak tayang yer. Cuma nak appreciate kawan aku yg seorang nie. Plus, Wan yg suruh ambil. Jadi aku tepek tanpa rasa bersalah.

Love at first sight! Kalau top nie pakai mcm nie, mmg seksi la sebab pendek. Tapi kalau pakai dengan jeans, cantik gak. Just nice and adorable!

Lagi satu corak berbunga. Gown kembang yg sesuai dengan Batrisyia yg cheeky. Rasa mcm sesuai kalau nak bawak dia pergi jalan-jalan kat tepi pantai atau taman.

My first impression about this gown is, "OMG, it's perfect!". Warna sama dengan warna baju yg aku ada. Jadi, mungkin akan pakai utk apa-apa event.

Her vocab dah terlalu banyak. Walaupun ada yg masih pelat tapi kami faham apa yg dia cuba ckp. I guess dia banyak catch up di nursery la sebab ada beberapa ayat kitorang tak ajar pun. Tapi byk juga la yg dia belajar hasil dari observation ke atas kami. Jadi mmg kena berhati-hati bila berkata-kata.

Batrisyia pun dah mula jadi seorang yg geli terhadap habuk, rambut di lantai, benda kotor berwarna hitam.. urm, what else? Dia dah takut kat patung. Patung orang yg mcm kat shopping complex tu. Orang takut-takutkan dia. Setakat ni, kami masih mencari solution nak menangani ketakutan tu sebab mmg susah bila bawa dia ke shopping complex. Kalau dulu, dia suka lepas.. jln sendiri. Sekarang manjang nak berdukung je sebab takut kat patung. *sigh

Dia dah mula berdikari. Tak perlu pakaikan baju dia sebab dia nak pakaikan sendiri. Seluar dah lepas. Baju baru reti masukkan kepala. Tak reti nak masukkan tgn lagi.

Dah mula tidur malam dengan nyenyaknya. Dah beberapa mlm aku dpt tidur dengan aman tanpa perlu dikejutkan oleh dia. Sometimes, bila terbangun malam, rasa mcm pelik sebab minah ni tidur nyenyak. Bravo! Mungkin dia nak wean-off night feeding kot.

Talking about her milk feeding. Dia masih menyusu. Alhamdulillah. Biarlah dia wean-off sendiri kan? Sayang nak lepaskan dia.

Wednesday, September 01, 2010

Once upon a time...


That bridge reminds me of something... from years back. I wish I could go back to that moment.

Self note: Must go back and shoot again from different angle.

Batrisyia dan kucing Hanis Zalikha

Sape tak kenal Hanis Zalikha? Hoh, ada ke yg tak kenal dia? Si cantik yang sgt humble orangnya.

For those yg rajin baca belog (yes, she spells it that way) dia, mesti tau Hanis ni sgt sukakan kucing. Kucing-kucing dia mmg comel-comel belaka. Dlm entry lama nie, dia ada sebut tentang Nougat. Dlm gambar tu, Nougat kecil lagi kan? Comel je.

Nak tgk gambar Nougat sekarang? Adik Hanis, minta izin share gambar Nougat kat sini yer.


Si gebu ni dah besar! Owh, rasa nak peluk-peluk bawak tidur. Dah la manja je. Bila orang dekat dengan dia, dia terus duduk minta dibelai gitu. Menurut Daddy Hanis, kalau orang tu buat derk je, secara spontan Nougat akan lari ke tempat lain. Huhu.

Batrisyia nie kan, dia takut sikit kat kucing-kucing yg jenis suka menerkam dan lari tak tentu pasal. Tapi dengan Nougat, terus nak main. Maybe sebab kucing tu diam je. So dia suka. Siap dia pun baring sama kat tepi Nougat.

Bila sampai masa nak balik, Batrisyia taknak balik. Nak main dengan cat tu lagi. Terpaksa la Daddy Hanis dukung Nougat dan berlaku la adegan salam menyalam antara Batrisyia dan Nougat. Comel je 2-2 ni tau.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.