Monday, August 30, 2010

Sesi mengemas rumah

Lega hati sebab 70% rumah telah siap dikemas minggu lepas. Tinggal nak settle kan satu almari simpanan kat dlm bilik, nak cantas pokok pandan, nak tukar susunan perabot, nak gantung hiasan dinding dan nak cat luar rumah kot. Sebab tuan tanah cat rumah, kami pun nak cat rumah. Dah la cat yg dia pilih sama dengan baki cat yg kami ada. Haha, sedondon la warna rumah nampaknya. Semuanya nak buat hari Selasa ni. Sempat ke? Fuh, minta-minta sempat.

Yeah, tulisan tangan di waktu santai

Inilah rupa pokok kacip fatimah.
Ada beberapa batang pokok tp x pernah try minum airnya.

Pokok pandan yg 'beranak' dengan jayanya sampai nampak bersemak.
Siap ko, aku nak cantas.

Langsir bilik yg dibeli urm.. 4-5 bulan lepas kot. Ahaks.
Simpan utk raya.

Hubby requested buat Honey Panna Cotta. Siap ungkit tu, ckp dah lama aku tak buat. Yer la, kali terakhir aku buat pun bulan August 2009. Patut la dia terbayang-bayang je kesedapan panna cotta tu.

Besar, gemuks dan berlemaks..

Rasa dia ni bkn mcm puding biasa. Rasa dia sgt lemak sebab pakai 1 liter whipping cream. Kalau org tak biasa mkn, mmg rasa tak sedap la kot. Pernah dpt komen dari orang yg ckp panna cotta yg aku buat tu "tak sedap". Takpe la, deria rasa masing-masing. Sejak dari hari tu, aku buat utk orang yg suka rasa dia je.

Kalau korang nak cuba, maybe boleh buat half dari resipi asal. Kalau rasa sedap, next time boleh buat banyak.

Apa yang kau merepek ni, setannnn???

Ok, title diambil dari cerita P. Ramlee yer =)

'Kau' bermaksud aku. Yups, tuan punya blog nie. Ter-over rajin membaca blog lama. Came across banyak entries yg aku tak faham. LOL. Aku sendiri tulis tapi aku tak faham.

There you go..

Apa yang kau merepek nie, setan?

Sila abaikan kesalahan dlm berbahasa inggeris. Aku taip je. Kalau kita boleh buat kesalahan dlm berbahasa melayu, kenapa nak ambil kira bila berbahasa inggeris. Wah, ayat tak ingat.

what is this feeling?
tried to forget everything but i know i can't.
there's always someone or something
that remind me on it.
since day one till now..it's still here.
still here..poisoning me!
waiting for me to surrender myself to devastation.
many was defeated..i still have 3 wars to win!
it hurts me everytime i'm in the battle.
it hurts me everytime i hear the name.
it hurts me everytime i know what's going on.
and it hurts me everytime i realize that the shadow
of the victory is still far away.
i'm getting weaker each day.
hoping for someone or something to give me a miracle..
although i knew there's no miracle in this life.
what i had done,what i had choosed..
are going to be my destiny!
am i in the right path?
i don't know..
all i know is..
my soul is dead if i'm defeated.
Posted on April 11, 2004 at 1:03 PM

it's just a subject.
the truth is, finally i got the real
reason why it happened.
"what the hell she's talking about?"
i'm sure u'll think like that when u're reading this.
it's ok guys..u don't hv to understand it.

i'm happy!
truly happy!

*in this life
Posted on February 23, 2004 at 11:17 AM

everything is same..
follow the sama path everyday..
try to wash away the fear everynight..
treat people nice but got a **** from them.

f.a.t.e.
is that what i follow?[no]
w.o.r.d.s.
is that what i'm holding on[no]
c.o.m.f.o.r.t
is that what i need?[yes]
m.e.m.o.r.y
is that what i'm searching now?[yes]
f.a.i.t.h.
is that what i lose day by day?[yes]

who do i miss most?[myself]

each day,i'm hoping everything will change but it's not.
IT'S NOT!

it's hard to be a NICE ordinary girl.

*girl on tv
Posted on February 14, 2004 at 11:07 AM

Lain tak cara penulisan dulu dan sekarang? Maybe sebab aku nak express my feeling tapi taknak org tau details so tu yg terasa tergantung. Dulu, suka tulis line by line. Tak suka tulis by paragraph. Sampai skrg pun still suka line by line (kat email dan note). Tapi utk blog nie, terpaksa buat perenggan sebab taknak nampak kosong sgt.

Lps tu nampak tak "*"? Tu title lagu yg aku dgr masa aku tulis entry tu. Tak semua entry ada "*".

Ada sesetengah entries pulak, aku suka italic kan perkataan yg aku nak tujukan kat seseorang. Sape? Aku dan dia je yg tau. Tu kira secret code la. Bila ada ayat yg italic, dia faham la aku tujukan kat dia. Yang kat atas tu saje je aku italic semua. Jgn salah faham pulak.

Itulah, aku lebih suka bercerita di journal. Aku jenis tak byk ckp. Buang masa je kalau korang paksa aku byk ckp sbb aku hanya ckp bila perlu. Cuma bila ada geng sekepala, baru la rajin bercakap. Dulu, aku rajin bercerita kat seorang kawan. Kira pendengar setia la nie. Sekarang? Urm, takde sapa la. Selesa melayan perasaan sendirian.

Aku rindukan hidup aku ketika usia 18 tahun. Banyak yg manis. Kalau pahit pun, ia tetap manis.

Bila masa entries yg lepas-lepas, dari awal sampai la akhir.. nampak la mcm mana hidup aku berubah. Sometimes, buat aku terfikir "what will happen if... ?" or "is this a right decision to make?".. that sort of things. Tapi tu la, masa tidak boleh diputar ke belakang. Jadi, teruskan kehidupan dan doakan yg terbaik. Mungkin Allah akan beri kita peluang kedua utk merubah hidup kita sekali lagi. Who knows? =)

Saturday, August 28, 2010

Encrypted: Tidak aman tenteram Part II

Entry utk rujukan sendiri. Tapi korang nak view pun boleh. (Sambungan dari ini)

As usual: Enter your password





Friday, August 27, 2010

Nicholas Sparks

Adakah korang akan suka movie yg dihasilkan daripada novel?

Setakat nie la.. movie yg diangkat dari novel tidak pernah menghampakan aku.

Message In a Bottle, A Walk to Remember, The Notebook, Time Traveler's Wife, The Confession of a Shopaholic, Harry Potter series.

Yang belum aku tgk ialah Dear John (kata nak keluar tp tak keluar-keluar pun), The Last Song (akan keluar).

Eh, apsal byk novel dari Nicholas Sparks pulak nie? Hehee...

Tapi novel dia mmg best la. Cuma ber genre romantic love.

Message In a Bottle ~ kisah cinta yg berakhir dengan kematian. Tak sempat nak bersatu.
A Walk to Remember ~ berakhir dengan kematian juga. Tapi sempat hidup bersama.
The Notebook ~ 2nd chance in love? Yes. Dan mati bersama.
Dear John ~ terlalu sayangkan perempuan tu hingga sanggup melepaskan dia pergi
The Last Song ~ ok, ni belum baca lagi so taktau jalan cerita.

Kalau korang suka romantic love dlm ruang lingkup kekeluargaan, mmg sesuai baca buku Nicholas Sparks.

Teringin nak tgk A Bend in the Road diangkat ke layar perak. Cerita tu ada twist sikit.

Apekah lembab sgt??

Puas call sorang client. Tak berangkat. Selalunya cepat je angkat. Aku cuba call lagi tp kali nie, aku dail no salah seorang pekerja kat situ. Pun tak berangkat. Apehal lak diorg nie? Office dekat je dgn my office tp malas giler nak menapak pegi sana semata-mata nak tanya satu soalan yg tak berapa penting.

Another story is hari ni reply la email dari Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia. Semalam dia ada ckp, once dah siap, sila reply email dia. So aku reply la tgh hari tadi. Sampai skrg jugak dia tak ckp apa2 pun. Sedikit geram sebab tak tau ape status.

Cuba balik call client yg no. 1 tadi. Tgh dail, tiba-tiba teringat...

SELANGOR CUTI SEMPENA NUZUL QURAN

Aaaa.. rasa nak ketuk kepala sendiri! Patut la serba serbi lembab hari nie. Aku kena kerja sebab kitorang ikut KL punya cuti. Kat area ni mmg pelik sikit tau. No menapak sikit selang 2-3 blok, dah jadi kawasan Selangor. So aku yg keje ni tak sedar client yg dekat tu rupanya tutup.

Feeling insecure

Last week kot, aku dan hubby tertengok sebabak drama Embun Mutiara. Scene tu masa Norman Hakim kena harrass dengan secretary dia. Hahah..

Kiranya camni la.. Norman Hakim dah ada girlfriend. Dilakonkan oleh Kuza. Tapi dia belum nak kahwin lg walaupun dah lama bercinta dan umur dah lanjut sebab dia nak make sure 2 org anak buah dia kahwin dulu. Norman Hakim dan Kuza nie satu office. Satu hari, Kuza ternampak secretary tu cuba goda Norman Hakim. Ala, dia tolong butangkan baju Norman Hakim. Norman Hakim pulak biarkan je. Kuza nampak. Dia marah la. Dia pk patut la laki tu taknak kahwin dengan dia. Scene yg Kuza x nampak ialah lepas dia berlalu, Norman Hakim tepis tgn secretary tu dah tegur dia agar pergi buat kerja office je. Tak payah buat kerja lain.

Tiba-tiba hubby ckp, "Tu la perempuan. Jealous tak bertempat"

As perempuan, mestilah cepat je aku jwb.

"Ape pulak tak bertempat?"
"Dia bkn buat ape pun"
"Yer la, mesti la jealous kan sbb dah buat camtu? Laki suka la. Kalau betul tak suka, kenapa masa awal2 dia tak tepis? Biar je perempuan tu belai-belai"

Lebih kurang gitu la ayat kitorang. Kahkahkah.. perdebatan hangat yer.

Betul la kan.. kalau dah x suka, apsal x tepis awal-awal? As a girlfriend, mesti la jealous.

Sorang kwn lelaki pernah tanya "Kenapa women cepat rasa jealous?". Ok, setelah difikirkan masak-masak, here is my explanation. Pandangan nie dr kaca mata aku sbb aku pun perempuan juga.

Kenapa ye? Bg aku, jealous tu normal tp kalau dah jealous yg teramat sgt tanpa sbb kukuh, tu br la jealous tak bertempat. Why?Why?Why?

FEELING INSECURE!

Why? Want more explanation?

Women cepat rasa jealous sbb dia rasa insecure. Dia rasa insecure sbb lelaki boleh cari perempuan lain bila-bila masa. Perempuan kan ramai dlm dunia nie. Lebih-lebih lg kat KL di mana nisbah lelaki:perempuan bersamaan dgn 1:14 (Itu nisbah pada tahun 2006)

Oh, ye ke? Tapi perempuan pun boleh cari lelaki lain kan?

Betul, boleh sgt sgt. Tapi kebanyakannya malas nak cari lain. Setia la konon. Alasan lain.. 'sayang la sbb dah lama couple dgn dia'. Kalau yg cari lain tu pun, bile dah broke up. Tak ramai nak pasang lebih dari satu. Kalau ada pun, setakat menyimpan perasaan je. Bila ye lelaki akan rasa insecure dlm hal mcm nie?

Aku tanya kawan yg sama dan dia kata, dia akan rasa insecure kalau perempuan tu ramai peminat atau kalau taraf pendidikan/hidup tak setaraf.

Kalau difikirkan sedalam-dalamnya, rasa insecure tu takkan hilang selama-lamanya. Bila bercouple, rasa insecure sbb takut dia dump kita. Bila dah bertunang, rasa insecure sbb takut tak jadi kahwin. Bila dah kahwin, rasa insecure sbb takut rumahtangga tak bahagia, divorce, bermadu or pasangan kita main kayu tiga. Tgk tu, tak ke mana perasaan insecure tu. Kita akan sentiasa berhadapan dgn perasaan takut ditinggalkan, betul?

Kalau mcm tu, ape yg perlu dilakukan?

Senang, deal with it. Jangan jadikan perasaan jealous tu racun dlm hidup. Berhadapan dengan pasangan dan tanya terang-terang. Dptkan explanation.

Ahaks, ckp je lebih tp aku pun kuat jealous. Tapi setakat hal sms je la. Hehehe..

Thursday, August 26, 2010

Syurgamu Ramadhan

Haaaaa... sape nangis tgk episod Syurgamu Ramadhan mlm tadi? Jgn tak ngaku ye (sambil angguk-angguk sebab mengaku diri sendiri sedih tgk episod mlm td).

Susah nak berair mata bila tgk cerita. Rasanya, aku hanya nangis beriye bila tgk God Give Me More Time dan movie Taegukgi. Cerita Melayu? Urm, x nangis la.

Episod kelmarin, masih mampu control taknak nangis walaupun sedih la jugak kan? Tapi malam tadi mmg sedih sgt la. Adegan Yassin peluk kubur kakak dia, lps tu Mira dtg dengan air mata berjurai-jurai, owh.. x tahan.

Masa first episode, rasa mcm cerita ni biasa-biasa je. Siap gelak-gelak dgn hubby masa adegan Marlia bercerita kat anak-anak dia psl nenek dia yg degil tu. Skrg mula ar sedih-sedih. Nak tgk apa kesudahan cerita nie.

Dialog Yassin pun byk yg selamba. Suka dialog yg tak formal sgt. Terasa dekat di hati.

"Tu ape mcm setan tu? Main bisik-bisik!"
"Kalau tu alamat Pak Mat tong gas, apsal you simpan kat tempat baju dalam. You ada skandal ke dengan Pak Mat?"

Sape yg tak berkesempatan nak tgk Syurgamu Ramadhan, boleh tgk kat TV3 Online yer. Dah ada sampai episod 8, episod mlm tadi la tu.

OST pun mantap!

AKAN KU JUMPA by Azfar

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Wednesday, August 25, 2010

Sama-sama buta tapi perasaan tak sama

Sekejap je dah setengah bulan kita berpuasa. Cantik betul bulan penuh malam tadi kan? Terang benderang. Batrisyia pun asyik sebut, "Bulan.. cantikkk".

Dah setengah bulan nie, agaknya perut pun dah bosan nak mkn nasi dan lauk-lauk sampaikan hari ni hubby ckp dia nak mkn Cheeseburger Chili Mac & Cheese for iftar and sahur. I pulak, sebab dah lama x breakfast, terasa nak mkn nasi lemak dengan sambal sotong. Over tak?

Mood raya belum mari. Agaknya bila dah ada rendang depan mata, baru nak ada mood kot. Tak terasa excited. Mungkin sebab tak buat apa-apa pun utk raya. Semuanya dah siap. Tinggal nak kemas rumah je la kot. Will be done by this weekend. Dlm bulan Ramadhan nie, minggu ni je kitorang ada kat rumah. Apa-apa pun, kena pastikan rumah tersedia dlm minggu nie.

Tuan tanah dah pasang lampu kelip-kelip malam tadi. Wah, semangat! Ni yg tiba-tiba terasa nak pasang pelita.

Semalam, kami dapat jemputan berbuka puasa bersama warga buta, pekak dan bisu. Macam-macam ragam yang kami nampak. Tidak perlu la diceritakan di sini. Cuma tersentuh apabila melihat warga buta yang kecil hati apabila bangsa yg tidak berpuasa mengetepikan mereka dan berebut-rebut mengambil makanan sedangkan sepatutnya yg berpuasa patut didahulukan. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terus hilang selera nak menjamah apa-apa. Mcm mana nak mkn kalau tgk diorg tak mkn? Seriously, terputus selera.

Mcm hubby ckp, ni dah bukan majlis berbuka puasa tapi majlis hari raya sebab org bukan Islam lebih ramai dari org Islam dan mereka pulak yg berebut nak 'berbuka puasa'.

Sudahnya, aku tolong ambilkan nasi utk mereka. Nak ambil nasi pun terpaksa berebut dengan yg bukan Islam. Mampu bersabar je time tu. AJK pun dah tak menang tgn. Semuanya gara-gara kehadiran tetamu yg terlebih kuota.

Aku tgkkan seorang nenek tua yg mkn di kerusi. Dia tak dpt duduk kat meja sebab dua buah meja berdekatan dipenuhi dengan bangsa yg tak berpuasa. Dgn mata tak nampak, susah nak mkn kan? Aku tolong suakan air mineral. Pegangkan air dia sementara dia jamah kuih. Then, aku ambilkan roti jala. Kan susah nak mkn kan? Aku offered nak suapkan. Dia geleng aje. Perlahan-lahan dia raba dan koyakkan roti jala tu. Lps tu, baru dia mkn nasi. Habis nenek tu mkn. Suka tgk. Alhamdulillah.

I think Batrisyia pun mcm tahu dia berada bersama kelompok manusia yg istimewa. Masa mula-mula sampai, mata dia liar memandang semua org. Berkepit je, taknak turun langsung. Nak berdukung. Dia tgk je orang kat sekeliling dia. Agaknya dia nampak mata mereka tertutup. Kalau buta celik pun, mata tak pandang dia. Masa nak balik tu, baru la Batrisyia sibuk mkn lengkong.

Kami balik awal. Begitu juga warna buta yg kecil hati. Ada yang hanya minum air mineral seteguk. Kemudian, mereka angkat kaki utk berbuka puasa di luar.

Orang buta pun ada perasaan kan? Apa perasaan ko.. mata tak nampak, nak ambil makanan pun susah. Warga yg tak berpuasa berebut nak duduk kat meja. Ko terpaksa duduk kat kerusi saja. Lps tu, warga yg tak berpuasa suruh ko ambilkan makanan utk dia. Terasa tak? Sama-sama buta tapi perasaan tak sama.

Perkara tu membuka mata kami yg celik ni. Tak sanggup utk berada lama, kami pun angkat kaki setelah memastikan org-org buta yg nak berbuka puasa tu mendapat nasi seorang sepinggan. Bukan melarikan diri. Sebaliknya mereka berkumpul di office.

Takpe la.. apa yg dah berlaku tu jadikan pengajaran.

Ada satu lagi invitation utk berbuka puasa hari Jumaat nie. Sgt dinanti-nantikan sejak hari pertama puasa. Thankfully, orang yg belanja tu memilih tempat yg aku teringin nak cuba. Bulan jatuh ke riba.

Tuesday, August 24, 2010

Engkau ni tak lawa la. Hitam mcm keling!

Bulan Ramadhan nie, aku lebih senang pergi kerja naik motor dengan hubby. Malas nak bawa kereta sebab petang mesti sesak teruk. Masing-masing nak balik awal utk berbuka puasa. Petang aku akan balik naik LRT. Pun sesak! Ditambah pula dengan tren yg lalu selang 10-15 minit. Orang makin ramai berkumpul dlm masa 10-15 minit tu. Sudahnya, tren lagi sesak daripada ikan sardin dlm tin. At least, kita beli sardin pun, ada juga ruang utk sos tomato berada dlm tin tu.

Udara dlm tu tak payah nak cerita la kan? Ada yg tengit.. ada yg wangi sgt. Wangi sgt pun boleh mengundang sakit kepala. Agaknya org tu risau dengan body odor dia maka dia sembur minyak wangi byk-byk sebelum naik tren. Dengan keadaan yg penuh dengan manusia, bau wangi pun boleh menyebabkan orang marah.

Petang semalam, sesak seperti biasa. 20 minit tunggu tren. Nasib baik. Eventhough dah terang-terang tertulis di lantai landasan, meminta agar org yg nak masuk harus beri laluan kepada org yg nak keluar, masih ada pengguna yg selfish dan tak faham bahasa Melayu. Dia terpacak berdiri depan pintu tren sampai org yg nak keluar dari tren berjalan dengan muka bengang. Tak baik menimbulkan kemarahan org lain kan? Apa salahnya anda berdiri di tempat yg disediakan dan beri laluan kepada mereka yg ingin keluar.

Petang semalam juga, aku berkongsi palang tren dengan seorang perempuan India. Sama-sama memegang palang yg sama agar tidak terjatuh ketika tren brek mengejut. Aku lihat tgn dia. Aku lihat tgn aku. Hmm.. tak sama warna. Kulitnya sedikit gelap, sesuai dengan jumlah melanin yg terdapat dlm kulit dia. Jauh beza dengan warna kulit aku. Walaupun tak putih melepak tapi jauh lebih cerah dari kulit dia. Hmm.. tak sama.

Tapi kenapa masa aku kecil sampai la sekolah menengah, orang akan ckp "Kulit ko hitam mcm keling!".

Kenapa asal hitam je, nak samakan dengan keling? Asal hitam je, nak ckp mcm bontot kuali. Asal hitam je, nak ckp org tu kuat mkn kicap. Wth?

Hitam itu buruk, putih tu baru la cantik mata memandang.

Hitam itu tak perlu hantaran tinggi, putih tu baru la boleh letak berbelas ribu.

You get the idea.

Why?

Mungkin dari dulu kita dah ditanamkan dengan idea "putih itu cantik". So yg hitam itu harus diejek, harus diketepikan.

Or mungkin harus dinasihatkan sebegini, "make sure ko pakai bedak byk-byk" atau "ko tak boleh pakai baju terang-terang sbb ko hitam. tak sesuai".

Ada aku kesah?

Aku ada baju berwarna terang dan gelap. Usually, yg terang aku simpan dlm almari, buat pakai masa nak keluar dengan kawan-kawan. Haha.. tatau kenapa.

Mcm mak aku pernah ckp, "Korang (merujuk kepada kami 5 beradik) mama lahirkan semuanya putih. Takde sorang pun yg hitam. Dah besar nie baru la tak putih".

Seingat aku, yg paling putih melepak dulu ialah Irfan. Giler mamat tu. Dah la putih melepak, debab pulak tu. Paling gemuk! Dengan t-shirt pastu pakai seluar 3 suku. Mmg debab. Pastu berposing kat telefon.. hahaha. Sekarang? Tidak putih melepak lagi. Kitorang semua tak putih. Keskeskes.

Aku tak heran la sbb bukan semulajadi hitam pun. Orang je yg suka mengutuk.

Dengan jumlah melanin yg lebih kurang dengan manusia yg 100% Melayu, biasa la kan kalau kulit terbakar. Lebih-lebih lagi bila tiap-tiap hari balik dari sekolah dengan berjalan kaki. Lepas tu rajin pulak main voleyball la, badminton la (kes sekolah kat kampung so badminton court tak berbumbung), netball la, olahraga la. Tu belum lagi main rounders, main guli, main konda kondi.. Sah-sah la warna kulit dah garing terbakar.

"Liza, ni awak baru balik dari main ape?" Pernah cikgu Sains aku tanya soalan ni bila dia tgk muka aku yg confirm takkan nampak warna hijau andai kata tiba-tiba bertukar jadi Incredible Hulk versi perempuan. Aku sengih aje. Ada pulak mamat dari rumah sukan yg sama tolong menjawab, "Owh, dia tgh training lari la cikgu". Ish, nyibuk je tau.

Bila masuk U, tiba-tiba jadi malas nak bersukan. Yerla, kalau dah padang penuh dengan lelaki main bola, court pulak penuh dengan Chinese bersukan, aku pergi gym aje la. Paling gempak pun, pergi panjat bukit aje. (Owh, I miss that moments). Hehehe. Tinggal pulak dengan budak-budak yg beauty conscious (aaa..larikkk), nak pergi campus, kena pakai payung sambil pegang tisu muka utk lap peluh yg menitik. Eh, aku pun dah terjebak. Cis!

Baru setahun kat U, tiba-tiba ex-classmate kat high school dulu tegur dan tanya aku pakai produk ape sebab muka dah cerah sedikit. *Owh, aku rasa Weed pun tak ingat sapekah org yg tanya tu

Apa korang ingat aku ni hitam semulajadi ke? Cuma tak dpt aa nak kembali ke putih mcm masa baby. Melampau sgt la kan.

Yer la, aku camni pun.. aku bersyukur. At least, aku masih ada muka. Aku ada family aku sendiri.

Cuma persepsi sesetengah orang mmg sukar nak diubah kan? Kecil-kecil anak dah ditanam dengan pendapat "tak cantik la kalau hitam". So kanak-kanak yg suka mengusik akan ejek kawan yg tak berapa putih. Yang tak berapa putih pulak akan terasa, mungkin akan menjadikan dia seorang kanak-kanak yg low self-esteem.

Cuba ko letak budak yg ko kata hitam tu bersebelahan kanak-kanak India yg semujadi berkulit gelap. Adakah ko rasa budak tu hitam mcm keling?

Satu persepsi yg perlu diubah tetapi amat sukar utk mengubahnya.

Uniform kerja hari ni. Baju kurung hijau pucuk pisang dan bertudung hijau terang.
Sapa yg kata tak boleh pakai warna terang?

Resipi Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis yg diminta

Aktif juga pihak Jakim adakan serbuan di hotel-hotel dan restoran-restoran seluruh Malaysia terutamanya Selangor dan Kuala Lumpur. Nak-nak bulan Ramadhan kan? Sana sini buat bufet Ramadhan. Even yg ada bar arak pun tetap taknak kalah, nak buat bufet Ramadhan jugak. Kan kena serbu!

- Daging halal dan daging haram berada dlm tempat simpanan beku yg sama.. yucks!!
- Arak digunakan dlm masakan berasaskan sos
- Penggunaan bahan berasaskan alkohol di dapur
- Gunakan perkakas yg sama utk memasak makanan halal dan tidak halal

Loya tekak orang yg tak pregnant ni!

Hari ni hari ke 14 umat Islam berpuasa. Berbuka petang nie, kami berbuka di luar. First time tak masak utk berbuka tahun nie. But balik mlm nanti, still kena masak utk sahur. Serious tak minat dgn lauk kat bazaar Ramadhan sbb rasa mahal. Mcm tahun lepas, minta extra kuah pun dia nak charge lebih. Isk, menyampah. Masak sendiri lg murah. Boleh jugak kawal penggunaan garam dan gula.

Petang nie kami dijemput berbuka puasa di YMCA. Insya Allah, Jumaat ni kami akan berbuka di luar juga. So 2 hari ni je la kot tak masak. Hari-hari lain, akan diusahakan. Insya Allah.

Ok, sape nak resipi Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis, boleh click link tu yer. Resipi utk setengah ekor ayam. Kalau nak tambah ayam, tambahkan juga bahan-bahan. Mcm hari tu, aku buat utk 2 ekor ayam, so semua bahan aku multiply by 4. Kalau nak guna certain part mcm peha sahaja atau kepak sahaja pun boleh. Sedap rasanya kalau guna peha ayam. Yum yum..

Monday, August 23, 2010

Balas dendam di dapur

Berjaya buat 5 daripada 7 tugasan yg telah disenaraikan pada minggu lepas. Clap clap.

Pagi Sabtu kami jumpa customer kat Jusco. Comel je kak Rosmini tu. Peramah. Anak pun dah ramai. Kali ni, dia beli pouch utk memudahkan dia membawa anak bongsu dia yg baru berumur sebulan. Katanya, setelah ada 5 org anak, dia rasa lagi senang guna pouch daripada guna stroller. Dia beli CD juga. Alhamdulillah.

Lps jumpa customer, kami bawa Batrisyia jalan-jalan sekejap. Sempat la dia 'bawa' car dan ship.

Suka dia main ship nie. Ship tu punya la besar tapi dia duduk sorang-sorang. Siap ada games memancing ikan lagi kat skrin.

Masa ni la bahu aku disapa. Ingatkan sapa. Rupanya kak Rosmini. Dia senyum-senyum tunjuk baby dia yg dah tertidur dlm pouch. Siap tanya samada betul tak cara dia pakai pouch tu. Hee.. comel je mak beranak 5 nie.

Balik dari Jusco, terus ke salon. Sekali tgk salon yg aku suka pergi tu dah takde. Punya la kecewa. Tiba-tiba hubby ckp ada map kat dinding. Terus turun utk tgk. Rupanya diorg berpindah ke lot lain. Dekat-dekat area situ gak. Terus zass ke sana.

Masuk je ke dlm kedai, tokei salon terus senyum sambil tanya, "Hah, senang tak jumpa kedai baru nie?". Pot pet pot pet. Dia je yg layan aku. Suka sebab kali dia dia layan dari A sampai Z kecuali time bilas rambut.

"Anak you ikut muka you la kan?"
"Itu husband you ke?"
"Dulu you datang, you belum kahwin. Sekarang tgk.. dah ada anak besar. Bila mau tambah anak?"

Suka.. suka.. suka sebab dia yg layan. Jarang nak dptkan service dari awal sampai akhir sebab dia selalunya busy layan customer. Dia akan layan semua customers. Tapi dia paling ingat aku sbb aku lah her first Malay customer.

Berada di salon dari pukul 1.30 ptg hingga 5.30 ptg membuatkan badan rasa malas nak buat kerja apa-apa. Thanks to hubby yg tiba-tiba rajin pulak nak ikut tunggu aku kat salon tu. Syabas! Hehehe...

Esoknya sesi balas dendam di kitchen.

I make...

My signature dessert.. Bread Pudding

Tapi kali nie, ku buat Bread Pudding with Vanilla Sauce. Sila klik utk resipi mudah.

Inilah resipi yg aku ada ckp....

Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis

Jgn tertipu melihat hitam-hitam itu ye. Bukan hitam sebab hangus tapi hitam kerana dibakar sempurna. Sebab ada 10 orang yg mkn di rumah, maka kena korbankan 2 ekor ayam agar Hasif tak keluarkan komen, "Tak cukup ayam. Lain kali masak byk sikit" :p

Resipi aku bagi esok la yer.

Ini dia individu no. 10 yg memilih peha ayam untuk disantap

Tiba-tiba muncul bunga api. Ni bila masa pulak beli nie?





First time anak aku main bunga api. Excited sgt kot sampaikan mlm tu dia nangis-nangis taknak masuk rumah, nak main bunga api lagi. Sedangkan bunga api dah abes. Nangis sakan dia mlm tu.

Saturday, August 21, 2010

Bercakap pasal video clip

Kenapa cerita cinta dlm novel semuanya indah?

Kenapa kisah cinta dlm video lagu kebanyakannya happy ending? Malah, kalau yg lelaki tu mati kemudian jadi hantu, yg perempuan pun akhirnya mati dan menjadi hantu. Sila cari video clip Someday nyanyian Nickelback utk tahu maksud aku.

Tak logik kan? Hakikatnya, kisah cinta itu pelbagai tapi ia hanya mempunyai 2 jenis kesudahan. Samada bahagia atau berduka sebelum menemui pengganti. Tu pun kalau dpt pengganti. Kalau tak, membujang la hingga ke akhir riwayat hidup.

Aku mmg suka dgr lagu. Suka tgk video clip dari luar negara sebab aku rasa video clip diorg lain. Bukan dari segi pakaian yg menjolok mata tp kisah di sebalik lagu tu yg buat aku suka dan layan video clip yg sama berulang kali.

Sekarang, suka layan Need You Now by Lady Antebellum. Lagu hot kat Red FM. Dan setakat ni mmg x jemu dgr.

"Rasanya hari dah sepuluh kali abang dgr kat radio" Ceh, yer yer je hubby aku. Tapi bila lagu tu keluar, dia pun humming sama :p

Tapi aku suka la video dia. Ingatkan 2 penyanyi tu mcm bercinta ke tapi... ah, korang tgk sendiri la kesudahannya.

Kalau sayangkan seseorang, kena berani fight for your love. Jgn jadi mcm pasangan dlm White Flag yg dinyanyikan oleh Dido. Kalau diam je, melepas la.



NEED YOU NOW by Lady Antebellum

Picture perfect memories, scattered all around the floor.
Reaching for the phone cause, I can't fight it any more.
And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now.
I said I wouldn't call but I lost all control and I need you now.
And I don't know how I can do without, I just need you now.

Another shot of whiskey, can't stop looking at the door.
Wishing you'd come sweeping in the way you did before.
And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.

It's a quarter after one, I'm a little drunk and I need you now.
I said I wouldn't call but I lost all control and I need you now.
And I don't know how I can do without, I just need you now.

I guess I'd rather hurt than feel nothing at all.

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now.
And I said I wouldn't call, but I'm a little drunk and I need you now.
And I don't know how I can do without, I just need you now.

I just need you now.

Oh baby I need you now.

The 5 Levels of Inception

Dah lebih seminggu tgk Inception, aku masih rajin cari teori tentangnya bila dah sangap kat office. Nak share benda di bawah. Aku ambil dari sini. Ada byk teori di situ. Sila check kalau ingin tahu.

Bila ada org extra rajin buat benda ni, rasa cerita ni sgt cool! Kalau tak faham, maknanya korang kena pergi tgk Inception. Lps tu baru boleh debate.


Tak sabar nak tunggu DVD keluar. Wajib rembat!

Friday, August 20, 2010

Senarai tugas

Petang ni nak balik hometown dan ku 'heret' bersama senarai tugas yg perlu diselesaikan.

- Jumpa client. Dia nak tgk ring sling dan pouch. Akan intro CD juga.
- Cari hadiah utk Baby Fahri. Melawat Dalila dan Amin yg baru dpt anak pertama. Bravo!
- Pergi hair salon. Wowieee.. dah lama tak buat treatment.
- Masak Ayam Bakar Black Pepper Bermayonis. Sila telan air liur. Resipi akan menyusul minggu depan di Charming Home Chef.
- Alang-alang oven dah panas, nak buat Puding Roti tapi kali ni nak buat Vanilla Sauce sekali.
- Kalau ada lebihan tenaga lepas berbuka, nak buat Oatmeal Raisin Cookies.
- Beli barang basah utk seminggu. Sediakan cili kisar, kupas bawang-bawang dan siang barang basah.

Wah, ni namanya dah conquer dapur Seremban nie! Oven, semoga anda survive dipanaskan berjam-jam.

Thursday, August 19, 2010

Melentur buluh biarlah dari rebungnya tapi uniform kena make sure betul

Dear Tokwan dan Nekwan,

Batrisyia malu masa tokwan tepon Batrisyia mlm tadi. Pasal tu Batrisyia senyap je. Tokwan nie nak rindu-rindu dengar suara pulak. Minggu ni Batrisyia balik la.

Pagi tadi Batrisyia bangun awal. Pukul 5.30 pagi dah bgn. Terus join umi dan abi bersahur. Tapi Batrisyia tak mkn nasi la sebab Batrisyia sahur yang yok aje. Abi suapkan kitorang kuih tepung pelita. Sedap!

Lps tu, abi dan umi terus bersiap nak pergi keje. Umi ajak sembahyang sama-sama tapi Batrisyia taknak. Batrisyia pergi main sapu losyen kat meja solek. Lepas umi siap, baru la Batrisyia sembahyang pulak.

Solat Subuh kena baca doa Qunut kan?

Nak sujud tapi kopiah tertanggal pulak sebab kepala lagi kecik dari kopiah

Ish, kena mula sembahyang balik

Haaa, baru la 'perfect' sujud... kopiah tak tertanggal

Umi ckp, alang-alang tulis entry nie.. umi suruh ckp, "Tokwan... telekung kanak-kanak nak SATU!!!"

Babai.

Peristaltic Teat for breastfeed babies

Apabila terbaca komen dari seorang pembaca tentang dia hanya mampu menyusukan anak hingga usia 6 bulan kerana anak lebih prefer minum dari botol, aku rasa aku nak share tentang ni. Anak mmg akan prefer sesuatu yg mudah. Kalau minum direct, dia kena berusaha keluarkan susu. Kalau minum dari botol, hisap sikit je dah laju susu tu keluar. Tak payah susah payah.

Jadi, terjadilah "nipple confusion" yg membawa kepada anak reject utk direct bf dengan ibunya. Apabila ini berlaku, si ibu yg lebih mementingkan perut si anak akhirnya mengalah dengan memberi botol.

Alangkah bagus kalau bila anak bersama kita, dia terus direct feed dengan kita. Tidak perlu ada perantara botol susu :)

Masa nak mula hantar Batrisyia ke nursery, risau jugak kalau dia kena nipple confusion. Jadi, fikir punya fikir, teringat yg kami dpt hadiah botol susu Pigeon. Terus punggah hadiah-hadiah yg kami dpt. Tertarik dengan botol susu Pigeon sebab Pigeon ni kira support breastfeeding jugak. Kalau pergi website dia pun, kalau korang nak semak bottle range dia, akan keluar box ala-ala diorg memberi nasihat agar meneruskan penyusuan susu ibu. Suka!!!

Ok la, atas pemahaman bahawa susu ibu adalah yg terbaik, Pigeon sedaya upaya cuba menyokong penyusuan susu ibu. Maka lahirlah PERISTALTIC TEAT.

Ok, tak tau la kalau brand lain ada keluarkan peristaltic teats. Aku hanya tau Pigeon sebab pakai yg tu je sejak dulu. Tak tukar brand pun. Apa yg aku suka tentang peristaltic teats?

- Very soft and designed just to be like mother's nipple. This unique design allows the nipple to stretch in response to the natural peristaltic movement of the baby's tongue, just like natural breastfeeding.
- Promotes natural oral and jaw development
- Prevents nipple confusion between breast and bottle
- Helps to reduce colic

Masa baca kat kotak botol tu, aku hanya faham yg baby takkan dpt flow yg laju. Dia kena berusaha mcm bf jugak. (Aku sendiri telah cuba minum guna peristaltic nipple dan mmg kena sedut betul-betul.. minum air kosong eh.. ape korang pk).

Alhamdulillah, dengan menggunakan peristaltic teat dan beberapa tips yang lain, tiada nipple confusion.

Bagaimana dengan anda? Apa yg korang lakukan utk mengelakkan nipple confusion?

Wednesday, August 18, 2010

Superbug versus the most powerful antibiotic

"KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan mengenai penularan bakteria dengan ketahanan terhadap banyak jenis antibiotik atau superbug terutamanya jenis baru yang mengalami evolusi genetik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, gen baru dikenali sebagai New Delhi metallo-beta-lactamase (gen NDM-1) memberi lebih ketahanan kepada bakteria menentang antibiotik termasuk antibiotik kuat jenis carbapenem yang digunakan untuk membunuh superbug selama ini."

Untuk berita penuh, boleh baca di sini.

Bila baca tentang Superbug, agak risau juga sebab kalau tidak dibendung, banyak penyakit akan menjadi resistant terhadap ubat-ubatan.

Tahu tak kenapa selesema mengambil masa yg agak lama utk sembuh sepenuhnya? Kenapa selesema dah dianggap perkara biasa? Mengikut apa yg cikgu Sains aku ajar masa di tingkatan 5, virus selesema merupakan salah satu virus yg senang berubah. Kira virus yg pandai la nie. Dia nampak ko mkn ubat A, dia terus transform rupa dia agar resistant dengan ubat A. Ko mkn ubat B, dia transform lagi. Tu yg selesema nampak tak baik-baik. Secara semulajadi, virus selesema tu akan mati sendiri (melainkan selesema burung dan selesema tahap kronik). So memadai mkn satu jenis ubat, bykkan rehat, jauhkan makanan sejuk.. you should be fine in a week or two).

Jgn suka-suka mkn ubat banyak-banyak. Ia berupaya membuatkan sistem pertahanan badan korang semakin lemah kerana terlalu bergantung dengan kesan ubat. Mkn satu ubat, lps tu biar la baik sendiri. Lain la kalau penyakit kronik.

Superbug yg diperkatakan dlm berita tu ialah superbug yg berupaya menentang kesan antibiotik paling kuat! Kita mmg tak lut ar kalau mkn ubat.

Berapa ramai yg tahu ape kegunaan sebenar ANTIBIOTIK. Ok la, jom kita semak definisi antibiotik. Jgn tahu sebut dan minta kat doktor je tapi tak faham perkara sebenar. Kalau ikut Medical Dictionary:

"A drug used to treat infections caused by bacteria and other microorganisms. Originally, an antibiotic was a substance produced by one microorganism that selectively inhibits the growth of another."

Nampak perkataan yg di 'bold' kan itu tak? Itulah perkara penting tentang antibiotik yg seringkali kita terlupa or buat-buat lupa.

Dipendekkan, antibiotik hanya berkesan utk menghalang bakteria.. bukan virus! Jadi, hanya penyakit yang disebabkan bakteria sahaja dibolehkan utk ambil antibiotik (walaupun sebenarnya tidak perlu utk ambil antibiotik). Kalau dah penyakit tu berpunca dari virus, mkn la antibiotik apa pun, takkan berkesan.

Aku pernah bertanya pada seorang kawan. Ceritanya begini. Masa tu anak dia batuk dan selesema. Dia kata, dia nak pergi klinik dan dptkan antibiotik. Masa tu anak dia tak sampai setahun. Aku tanya kenapa nak antibiotik. Dia kata, antibiotik tu bagus. Budak cepat recover.

For me, antibiotik tu tak bagus. Lagi-lagi budak tu bawah setahun. Patutnya dijauhkan.

So aku ckp, antibiotik hanya berkesan kalau penyakit tu berpunca dari bakteria. Mati-mati dia tak caye ckp aku. Dia kata, doktor sebelum nie, ada je bg antibiotik. Takde masalah pun. Sihat anak dia. So aku biarkan aje. Yerla, aku kan bukan medical doctor. "Pandai-pandai" je aku ckp camtu.

Dia ke satu panel. Dan dia minta antibiotik. Doktor tak beri. Doktor beritahu fakta yg sama mcm yg aku ckp. Dia terus diam. Medical doctor ckp tu weih. Kena la dengar dan angguk-angguk aje. Hehehe..

Bukan nak kata aku pandai. Aku tau pun sebab aku membaca. So aku tak pandai mcm doktor pun. Bila kita ada ilmu, kita share. Kalau org tu nak dgr, dia ambil la ilmu tu. Kalau tak, kita pun tak rugi kan?

Dulu, senior aku ada tulis benda yg sama kat blog dia. Dia dpt dari satu sumber. Tapi aku tak save. Aku saved main points je. Haha.. sorry kak Izah. Saya share kat sini la yer.

The problem is that inappropriate use and overuse of antibiotics does do harm. There are many good reasons to not prescribe antibiotics unless they are clearly needed.

1. Most uncomplicated virus infections get better within a few days. By prescribing antibiotics for these infections doctors increase parental demands for antibiotics. When the child gets better parents assume he is better because of the antibiotic since they haven't had an opportunity to see that children recover from these infections without medication.

2. All medicines have side effects. When an antibiotic is used where it won't help, the patient risks experiencing these side effects without any potential benefit. Most of the side effects of antibiotics are just a nuisance, but some can be serious.

3. When antibiotics are used without establishing a diagnosis there is a possibility that a more serious infection will be masked rather than cured. This can make it harder to come to the correct diagnosis and treatment down the road.

4. Prescribing antibiotics at the first sign of illness before the diagnosis is established doesn't give children any opportunity to develop any immunity to infectious bacteria. Except for serious infections like meningitis and sepsis there is no risk in delaying antibiotic treatment for 24 hours.

5. Some infections, especially gastroenteritis, may be aggravated by antibiotics. Treatment of bacterial gastroenteritis requires an accurate diagnosis in order to choose the correct antibiotic. Treatment of Salmonella infections with antibiotics can make the patient a chronic carrier. Antibiotics can lead to an intestinal infection called necrotizing enterocolitis which then requires treatment with a different antibiotic.

6. Overuse of antibiotics, especially broad spectrum antibiotics, has encouraged the development of resistant strains of bacteria. Years ago all pneumococcal infections (a germ that causes pneumonia) could be treated with plain penicillin. Now there are strains of pneumococcus that are resistant to all antibiotics except vancomycin. How long will it be until we are facing infections with bacteria that are resistant to all antibiotics known to mankind?

Fakta No. 6 tu mmg aku setuju sgt. Kalau dulu pneumococcal infection hanya dirawat guna penicilin. Sekarang? Ambil la a few doses utk anak. Tu pun kalau nak ambil. Kalau tak ambil, berdoa dan tawakkal je la anak tak kena infection.

Sebagai pesakit (atau ibu bapa pesakit), ini yang anda perlu tahu:

1) Antibiotik tidak boleh menyembuhkan demam. Suhu badan meningkat ketika sistem pertahanan badan sedang berusaha mempertahankan diri dari serangan penyakit. Demam kebah apabila antibiotik yg anda mkn merawat penyakit yang anda alami ketika itu.

2) Virus tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Antibiotik hanya merawat bakteria. Noktah!

3) Upper respiratory infection seperti batuk dan selesema berpunca dari virus. Pengambilan antibiotik tidak akan memulihkan anda. Stop asking for antibiotic!

4) Anak kecil tidak akan menjadi resistant terhadap antibiotik. Tetapi bakteria itu sendiri.

5) Kalau mkn antibiotik, make sure habiskan! Jgn bila nampak dah baik, terus stop. Kemungkinan utk serangan penyakit tu berlaku lagi, masih ada. Bila penyakit tu menyerang, ia dah developed sistem pertahanan baru terhadap antibiotik tersebut. Sudahnya, antibiotik tu tak berkesan lagi. Kena pulak ambil antibiotik yg lebih kuat dan gagah. Ish.. ish..

Ni hanya general info saja. Ada sesetengah kes, pesakit perlu diberi antibiotik secepat mungkin.

Aku cuma mengingatkan korang utk penyakit-penyakit biasa. Ye la, kdg-kdg org mmg tak tau. Bila selesema, batuk.. asyik nak minta antibiotik tanpa tahu apa tujuan utama antibiotik tu dihasilkan. So yg dah ada anak ni, kalau la doktor tu bg antibiotik, sila tanya kenapa dia bagi antibiotik. Hanya malu utk tanya mcm-mcm soalan kat doktor. Dah bayar mahal, alang-alang tu cuba dptkan sedikit ilmu dari doktor. Cuba faham kenapa anak tu sakit camtu.

Batrisyia pernah batuk teruk sampai kuman dah masuk ke paru-paru. So doktor bagi antibiotik. Aku tanya tu kenapa dia bg. Dia ckp, kalau setakat upper respiratory infection, tak perlu antibiotik. Tapi once kuman dan masuk paru-paru, kita perlukan antibiotik utk bunuh kuman agar anak tak kena pneumonia pulak. Gitu la. Aku angguk-angguk aje kerana it make sense. Ilmu baru!

Kalau anak batuk biasa dan tiba-tiba doktor bagi antibiotik, cuba tanya, "Doktor, kenapa doktor bg antibiotik? Anak saya baru je batuk. Bukan ke antibiotik hanya boleh lawan bakteria?". "Eh, mana awak tahu?". "Oh, saya mmg tahu. Dulu keje kat farmasi. Lagipun, saya banyak membaca. Pasal tu saya tahu". "OK la, saya tak bagi awak antibiotik".

APAKAH TUJUAN SEBENAR DOKTOR TU? Aku malas nak fikir.

Nota: Cerita terakhir tu adalah kejadian sebenar yg berlaku terhadap penulis blog ni. Bukan direka.

Tuesday, August 17, 2010

Famous nya Salleh Gregor Samsa

Dia famous bukan sebab dia berjaya menemui penemuan baru dlm bidang sains.

Dia famous bukan sebab dia masuk Akademi Fantasia atau Jangan Lupa Lirik.

Dia famous bukan sebab menjadi antara individu terkaya di Malaysia.


TAPI..

Dia famous sebab dia mengaku yang dia tak berpuasa.

Dia famous sebab dia rasa berpuasa tu menyeksa diri dan tidak perlu buat sesuatu amalan jika rasa terpaksa.

Dia famous sebab dia mempertikai kewujudan Allah. He has his own god!

Dia famous sebab dia sedang berura-ura utk buat bicycle-punk cult movement.

Dia famous sebab dia yakin boleh buat kitab sendiri, kumpulkan pengikut seramai 30,000 pengikut dlm 3-4 tahun dan akhirnya membunuh diri beramai-ramai di depan padang Amcorp Mall.

Click gambar di atas utk membaca

Boleh lihat blog link dia melalui gambar di atas. Tapi tak perlu susah-susah nak pergi ke blog dia sebab dia dah delete blogs tersebut.

Terang-terang telah menidakkan kewujudan Allah. Semoga Allah memberi hidayah agar dia bertaubat.

Salleh Gregor Samsa, aku pasti mak ayah kau tak bagi nama tu kat kau. Nama kau mesti kedengaran Islamic. Tapi sebab kau tak percaya akan kewujudan Allah, mungkin kau gunakan nama Salleh Gregor Samsa.. ye la, nak kena sesuaikan dengan bicycle-cult punk movement la katakan.

Kalau tak puasa, tak payah canang dan ajak org lain tak berpuasa. Kan sekarang 'dah famous'.

Kepada ibu-ibu yg berpuasa, masak ape petang nie? Hari ni ingat nak masak simple aje sebab taknak penat-penat masak.

- Ayam goreng
- Sup fucuk dan kentang
- Sambal telur hancur

Lauk simple camni senang kan? Kalau tak habis, aku pun boleh habiskan. Nak mkn ayam cicah air asam yg pedas menyengat tu!

Nak buat ape dgn frozen EBM?

Ape nak buat dgn frozen EBM di bawah?

Batrisyia dah taknak minum frozen EBM sejak 2 bulan lepas. Kali terakhir kami bagi, dia minum sikit je. Pastu terus geleng tanda taknak. Rasa tak fresh, biasa la kan? Ni semuanya menghampiri expiry dates.

Rasanya kena buang je la. Lepas nie, kosong la bahagian beku tu. Nak kena fikir letak makanan beku pulak. Kena la rajinkan diri buat makanan beku pulak.

Dgn terbuangnya frozen EBM ni, tidak la rasa ralat sgt sebab Batrisyia pun dah setahun 10 bulan. Dia pun dah suka mkn/minum mcm-mcm. Tinggal 2 bulan je lagi nak penuhi misi jangka panjang dlm penyusuan susu ibu. Alhamdulillah.

Monday, August 16, 2010

Rezeki Ramadhan dan Syawal

Kalau kami bg Batrisyia mkn sesuatu, dia mesti nak share dgn kitorang. Dia akan ambil sikit makanan tu dan bg abi dan umi dia. Wajib mkn/minum! Tak boleh pura-pura sebab dia akan pastikan mata dia nampak makanan tu masuk ke mulut.

Jadi bila tiba Ramadhan, agak susah la jugak. At first, tak bagi dia makanan sejurus balik dari nursery. Masa awal-awal dulu, beriye-iye dia suruh kitorang mkn roti dan minum air. Yer la, budak kecil mana la tau erti "puasa". Bila ckp "Umi tak boleh mkn. Puasa", dia tak faham dan dia paksa aku mkn gak. Tak ke geram dibuatnya.

Tapi sekarang dah ok. Bila dia nak suapkan makanan dan kami ckp, "Tak boleh.. puasa", dia terus sebut "Puasa..." sambil kerutkan muka tanda faham ala-ala marah diri sendiri sebab terlupa yg abi dan umi dia puasa. Tak boleh tahan tgk muka dia. Mcm budak dah besar! Padahal entah faham ntah tidak akan maksud puasa tu.

Alhamdulillah, masih memasak. Hanya beli kuih kat pasar ramadhan. Jumaat ni hubby dijemput berbuka puasa di hotel. Kena la tinggalkan anak dan isteri dia nie. Mula-mula rasa mcm kena beli lauk la sebab confirm tak sempat nak masak sebab takde orang nak jagakan Batrisyia. Lagipun, mcm letih je memasak sebab sorang je mkn. But then, rasa mcm bukan lalu sgt pun nak mkn nasi sorang2. Baik aku masak mee goreng aje. Boleh mkn dgn Batrisyia. Yum yum!

Alhamdulillah juga sebab pagi-pagi nie dpt tahu cuti raya telah diluluskan. Ala, tak byk pun. Dlm seminggu tu, ada la total 2.5 hari. Sikit je kan? Terpaksa catu cuti sebab nursery Batrisyia akan tutup 4 hari masa raya haji nanti. 0.5 hari tu pun bknnya cuti utk raya tp minta keje setengah hari sbb ptg tu nak travel ke tempat lain.

Last week, 2nd big boss ada telefon. Ingat nak ape la. Sekali dia nak tawarkan percutian utk aku sekeluarga. Dia kata pilih je bila nak pergi. Paling banyak dia boleh bagi 4 hari 3 malam. Dan dan tu jugak dia suruh aku pilih tempat dan tarikh. Aku dah la catu cuti kan? Kalau pergi 3 hari 2 malam pun, aku still kena ambil cuti sehari (jika check in hari sabtu). So aku ckp, apa-apa pun, aku kena tanya big boss samada dia boleh bg cuti kat aku tak. Memandai-mandai je aku minta kan? Dup dap jantung aku bila nak tanya tentang benda ni. Ingat company tu company ko, senang-senang je nak cuti.

Sekali big boss benarkan aku cuti 2 hari. Dpt la pegi 4 hari 3 malam. Ni kira rezeki juga la kan? Tak terfikir pun nak pergi bercuti sebab dah tau annual leave tinggal ngam-ngam je. Tak pergi jauh pun, dlm Malaysia jugak. Tapi cukup menggembirakan sebab aku dan Batrisyia tak pernah ke sana.

Semoga tahun ni ada rezeki Syawal mcm tahun lepas. Amin.

Saturday, August 14, 2010

B to B

Semasa tgk berita 2 minggu lps, ada ditunjukkan berita pihak polis menyerbu pusat urut di sekitar KL. Masa tu, ada la term "B to B". Aku yg tak faham, tanya hubby.

Me: B to B tu ape?
Hubby: Body to body.
Me: Uiks, camne abang leh tau lak nie? Haaa.....
Hubby: Ler, kan baru je pemberita tu sebut.
Me: Ye ke?

Hehe... aku mmg x sedar. Tapi kdg2 mmg syok kenakan hubby ni.

Setiap kali balik ke Seremban, kami akan lalu satu kawasan kedai. Ada pusat refleksologi kat situ. Bila nampak, hubby mesti beritahu keinginan dia utk buat refleksologi.

Me: Abang jgn pandai-pandai. Skrg pusat refleksologi pun takleh caye. Mesti jadi mcm kat tv.
Hubby: Ish, ada ke fikir sampai mcm tu. Tu kan betul.
Me: Ye la tuh. Kalau abang nak sgt pegi, bawak Liza. Liza ikut. Jgn pergi sorang-sorang.
Hubby: Tak payah la.
Me: No way! Tgk tu. Dah la kawasan gelap. Pastu cermin pun gelap. Tu mesti ada khidmat lain gak!

Serious, kedai tu corner kot. Kawasan sunyi. Cermin gelap.

Sekali hamek ko. Minggu lepas, polis buat serbuan kat kedai tu. Ada keluar kat 999! See, aku dah ckp dah. Mmg takleh caye! Nama je pusat refleksologi kaki tp ada tawarkan khidmat seks.

Ish.. ish.. ish

Friday, August 13, 2010

Lagu Nenek Hujan

Wow, tak sangka entry Bagaimana Memasak Dengan Mudah Di Bulan Ramadhan yg aku buat semalam telah dijawab dengan panjang oleh Wan. Boleh lihat jawapan Wan di blog dia. Thanks Wan kerana sudi berkongsi tips di dapur. Korang yg lain takde tips menarik ke?

Malam tadi, hubby hanya solat terawih di rumah. Dah siap-siap berbaju melayu biru. Bila anak kesayangan dia nampak abi dia pakai baju smart, terus mata dia mengikut je mana abi dia pergi. Nampak abi dia nak keluar, dia terus melalak dengan jayanya. Terpaksa abi dia masuk rumah balik. Sudahnya solat di rumah.

Sebolehnya, taknak dia menangis. Sebab malam kelmarin, abi dia tinggalkan dia dlm keadaan menangis. Terpaksa aku pujuk. Dia minum susu dengan mata berair. Lepas tu terus tertidur. Kesannya dia byk kali terbangun malam dalam keadaan menangis. Letih sgt la malam tu sebab nak pujuk dia.

Malam tadi, aman sikit. Bgn 2 kali je. Sampai nursery, dia terbangun. Terus ajak main.

Seronok dengar pengalaman ibu-ibu lain yg bawa anak ke masjid. Insya Allah kitorang akan berterawih di masjid di Pandan Indah esok. Masjid tu besar dan lapang. Boleh la bawa Batrisyia. Masa pergi last year, aku tgk ramai juga yg bawa anak-anak kecil. Kebanyakan yg beranak kecil ni, diorg solat di tingkat bawah. Harapnya Batrisyia boleh behave malam esok. Kalau tak, solat berdukung dia la nampaknya. Nasib baik dah ada pengalaman solat sambil dukung. Tapi tu dulu. Skrg larat ke nak dukung dia sampai berbelas rakaat? Kita cuba dulu!


Kiss kiss!

Minah ni dah byk sgt ckp.. dah suka nyanyi ikut suka hati dia je. Baru-baru ni dia nyanyi lagu "Nenek.. hujan". Aku letak title tu sebab masa dia tgh nyanyi.. tiba-tiba sampai "bridge", dia sebut "Nenek.. hujannnn". Pastu dia sambung nyanyi. Suka tgk video yg tu. Tak dpt nak share kat sini sebab guna phone dan tiada cabel utk transfer.

Ada beberapa perkataan yg dia sebut tp abi dia tak faham. Kelakar aku tgk bila abi dia cuba teka apa anak dia ckp. Baru-baru nie, abi dia tlg basuhkan tgn Batrisyia.

Basuh tgn kanan.. basuh tgn kiri.. basuh mulut.. basuh kaki (sebab ada nasi terlekat).. Tiba-tiba..

Batrisyia: Abi, suh ulaaa...

Boleh tak abi dia ingat anak dia nak sebut "ular"? Sabar je la.

Setelah anak dia puas ckp byk kali, baru la abi dia faham apa yg anak dia nak ckp. Sebenarnya, Batrisyia nak sebut "Abi, SEBELAH". Maksudnya, dia minta kaki dia yg sebelah lagi tu pun dicuci.

Anak org lain pun pandai bercakap jugak tapi tak la over mcm aku eh? Hahaha... biarlah apa org nak kata.

Tujuan blog ni wujud bkn setakat tulis kosong. Aku nak bila Batrisyia dah tau membaca, dia boleh baca blog nie. Dia boleh tahu apa yg dia buat masa kecil-kecil dulu. Lagipun, my family kat Seremban yg aku jumpa sebulan sekali tu boleh la tau cerita pasal kami, pasal Batrisyia. Biar jauh di mata tapi dekat di blog :p

Thursday, August 12, 2010

Bagaimana memasak dengan mudah di bulan Ramadhan?

Ingatkan nak bawa Batrisyia ke masjid malam tadi. One the way balik dari kerja, kami lalu kawasan masjid tu. Nampak ada tgh buat renovation. Malam tadi pulak, Batrisyia dah tidur awal. Tak bawa la dia. Hubby ckp, masjid agak kurang selesa. Bukan setakat buat renovation di luar tetapi di dalam. Nampaknya, kena cari masjid lain kalau nak bawa Batrisyia.

Alhamdulillah, sempat siap masak sebelum azan Maghrib. Tapi sebab hubby dah kenyang mkn kuih, lauk hanya dijamah semasa sahur. Ayam masak lemak cili api; his request. Petang ni nak masak Korean-Style Pepper Steak. Kuah masak lemak cili padi pun ada sikit. Sedap tu kalau cicah roti!

Kalau nak masak yg susah-susah, mmg rasa tak sempat dan leceh. Jadi, bagaimana caranya utk memudahkan kerja memasak kita di bulan Ramadhan? This is my way. Kalau korang ada cara lain, please share. Boleh juga aku cuba cara korang.

SEDIAKAN BAHAN-BAHAN LEBIH AWAL

1) Bahan-bahan basah seperti ikan dan ayam boleh dibeli awal, disiang, dibersihkan, dipotong-potong dan disimpan di bahagian beku peti ais.

Katakanlah korang mcm keluarga aku, kecil saja. Boleh saja beli seekor ayam. Kemudian simpan dlm beberapa bekas. Aku suka simpan dlm beberapa bekas. Kiranya satu bekas utk masak lemak cili api ke, satu bekas lagi utk goreng ke, satu bekas lagi utk masak sambal ke. So bila tiba masa utk defrost ayam tu, tak la kita perlu defrost seekor ayam. Memadai keluarkan satu bekas. Lagipun, bahan basah yg telah dibekukan dan defrost sepatutnya tidak boleh dibekukan semula. Ianya tidak bagus dan boleh merosakkan nutrient yg terkandung dlm makanan.

2) Bahan-bahan seperti bawang kecil, bawang putih, cili api dan cili kering boleh dikisar siap-siap dan disimpan di dalam peti ais.

Sebenarnya, kalau setakat bawang utk masak sayur, aku lebih suka hiris je. Tapi bila nak cepat, nak potong bawang pun boleh ambil masa sbb time tu la cik adik manis sibuk nak main bawang jugak. Halia aku tak kisar sebab bukan nak guna selalu. Mcm cili api dan cili kering, lagi sedap kalau yg kita kisar sendiri berbanding kalau yg instant. Boleh cari yg instant tapi cari la yg jenis org kisar sendiri,bknnya yg kilang keluarkan. Kalau setakat kat Langat nie, mmg senang nak jumpa. Mungkin ada suri rumah di sini yg ambil peluang kisar cili kering tu dan jual ke kedai. Kira fresh la jugak kan? Cuma mungkin ada biji-biji cili yg tak hancur. Kalau nak tau cara senang utk pastikan biji cili hancur ketika dikisar, rujuk sini.

3) Tak pun, buat mcm Nadia. Dia kata, dia beli bawang yg dah siap kopek. Hehe..


KETEPIKAN EKSPERIMEN DI DAPUR, MASAK LAUK YG RINGKAS DAN MUDAH

As tukang masak di rumah sendiri, kdg-kala kita teringin nak cuba resipi baru kan? Dah namanya resipi baru, mesti la kita nak kena rujuk kertas atau buku resipi. Ahaks, please jgn cuba resipi baru di kala korang terkejar-kejar nak siapkan makanan sebelum azan Maghrib berkumandang. Lain la kalau korang dah sampai rumah seawal 4 petang. Tak pun, buat la di hujung minggu.

Resipi yg sesuai di hari bekerja ialah resipi yg ringkas dan menggunakan bahan yg mudah. Jgn la terfikir nak masak sup tulang yg memerlukan masa yg lama utk daging tu empuk. Tak sesuai. Hehehe..

Jadi, kena pandai cari resipi yg mudah dan ringkas. Tak perlu sampai 4 macam lauk. Memadai satu hidangan utama (ikan, ayam, daging, udang, sotong, ape-ape aje la) dan satu hidangan sayur. Jika nak tambah lauk, mungkin boleh buat sup atau telur dadar.

Nak lagi mudah? Cari ‘one pot meal’. Tu bahasa English. Kalau bahasa Melayu, lebih kurang bermaksud satu lauk yg ada semua. Contoh?

Tom Yam --> Boleh letak ayam/seafood dan sayur-sayuran dlm satu periuk yg sama.
Paprik Campur --> Boleh letak ayam/seafood dan sayur-sayuran dalam satu kuali yg sama.

You get the idea.

Lagi satu jenis lauk yg aku suka ialah lauk yg memerlukan pemerapan. Kita boleh siapkan bahan mlm tu dan perap. Balik kerja keesokan harinya, dah boleh terus masak.

Lauk lain yg aku suka buat ialah lauk yg cepat dimasak. Bukan Maggi Kari yer. Contoh mcm Korean-Style Pepper Steak yg aku selalu buat. Hanya perlu hiris semua bahan, gaul rata semuanya. Tunggu dlm 10 minit. Pastu boleh terus masak. Mmg sedap. Bukan puji tapi Weed pun pernah masak lauk ni. Dan-dan tu jugak dia sms aku ckp lauk ni senang dan sedap. Dia tambah mix vege.

Masak yg jenis steam pun sedap kan? Mudah.

SEDIAKAN PENYEDAP MAKANAN.

I’m not talking about MSG such as “Pasti Sedap”, “Secukup Rasa” etc. MSG is not good. Please avoid it.

Penyedap makanan yg aku maksudkan ialah sesuatu yg boleh menambahkan selera anda mkn lauk-lauk yg simple.

Contoh la yer.. dlm peti ais aku ada kimchi, cili jeruk dan air asam. Kimchi boleh dijadikan ulam yg menyihatkan. Cili jeruk boleh standby kot-kot tiba-tiba nak masak mihun sup ke, soto ke, mee goreng ke. Air asam pulak boleh buat cicah ikan goreng. Kalau korang boleh mkn belacan, buat je belacan siap-siap. Tinggal beli ulam. Ulam pun tak perlu nak masak. Cuci bersih je. Pastu cicah dgn sambal belacan dan ngap saje!! Yummy yummy!!

Jgn ingat aku rajin sgt. Cili jeruk tu dah buat lama dah. Mmg ada sebalang. Kimchi pulak buat seminggu lepas kot. Tu pun sebab stok kimchi nak abes. Air asam pulak mmg dah siapkan byk-byk masa buat barbeque baru-baru nie. Kira yg lebih tu, semua org buat bekal ke rumah.

Maksud aku di sini, kalau la tak sempat sgt nak masak, masak sayur dan goreng ikan je. Pastu ikan cicah dengan air asam. Punya la sedap.

MINTA KERJASAMA DARI SUAMI

Ahaks, part ni paling penting yer especially kalau korang dah ada anak. Semasa kita sibuk kat dapur, anak pun nak join sibuk kat dapur jika diberi peluang. Jadi, minta suami jagakan anak. Suruh la dia bawa anak jalan-jalan kat laman rumah ke, main-main dgn anak ke.. apa saja asalkan anak tak sibuk nak join kita kat dapur.

Korang ada tips lain? Boleh la share. Teringin jugak nak tau.

Nota: Maaf, byk sgt links dari my other blog. Aku tak sempat nak cari other resources. Tgh busy nie.

Wednesday, August 11, 2010

Kuih raya online.. cepat, hari ni last order!!!

Tahun ni, kami ingat taknak beli kuih raya. Sebab duduk kat hulu (bak kata tuan tanah), kwn-kwn takde yg datang sebab jauh dari tempat mereka. Eh, aku tak kecil hati pun. Hehehe.. korang jgn la salah sangka di bulan Ramadhan ni ye. Kalau ada pun, families dan jiran terdekat dari 5 buah rumah di sekeliling kami aje.

So tahun ni, hubby ckp tak perlu kuih raya. Tapi sebab kempunan nak mkn kuih raya kak Nani sejak tahun lepas, cuba jaya lagi. Tanya hubby samada dia sanggup pergi ambil kuih raya nun jauh di Bukit Jelutong atau tidak. Dlm masa yg sama, minta hubby tanya kwn2 office dia kot-kot ada yg nak order. So kira mcm ambil byk balang sikit. Tak la rasa membazir minyak je pegi jauh-jauh :D

Ahaks, kami sudah order 12 balang!

Sape teringin nak order, boleh ke sini. Kak Nani ni kira famous la jugak dengan kek coklat dan trifle dia. Sampai skrg tak dpt nak merasa kek coklat strawberry dia tuh lagi. Lagi-lagi pulak bila anak dia; model Hanis Zalikha tu selalu puji masakan mak dia. Tak terliur ko tgk! Hehe.. Maksud aku, jgn risau utk order kuih raya dari kak Nani sebab gerenti sedap. Kalau tak sedap, dia tak berani nak jual. Reputasi kena jaga. Susah-susah, biar je kak Nani yg pilihkan utk korang.

The bad news is, ORDER AKAN DITUTUP HARI INI! So cepat call kalau nak order!

Tuesday, August 10, 2010

Persiapan menyambut Hari Raya awal-awal dah siap. Bagaimana dengan persiapan menyambut Ramadhan?

Tak perlu nak countdown lagi hari kita berpuasa sbb dah dekat sgt dah kan? Suka! Tapi bila terfikir akan miss berterawih kat masjid, rasa sedih la jugak. Suka terawih kat masjid. Mengimbau kenangan terawih beramai-ramai kat dewan sekolah. Hehee…

Paling best, sebab dapat jumpa org baru. Kat masjid, kita akan jumpa ramai org. Tapi yg tak best nya, jemaah wanita akan mula berkurangan sekitar malam ke 15. Mungkin sibuk buat preparation raya kot. Last time aku terawih di masjid, sblm malam ke-15 tu, saf wanita hanyalah 1 ½ saf!

Masih belum buat preparation utk berpuasa lagi nie. Belum blend bawang dan cili lagi sbb last weekend sgt busy. Takde kat rumah pun. Sampai kat rumah pun dah mlm. Penat so xde la nak blend segala benda tu.

Jadi bila nak buat? Hehehe.. MALAM NI. Wowwie.. lambat la tidur nampaknya. Takpe, biar lambat tidur malam ni asalkan hari lain nanti, senang nak masak. Tinggal campak-campak je.

Malam ni nak blend bawang-bawang, cili kering dan cili api. Then, nak kena siang ikan dan ayam siap-siap. Sayur pun nak beli stock sampai hari Jumaat. Fresh milk wajib ada 2-3 kotak. Gula sirap dah lama siap. Kuih boleh beli kat pasar ramadhan sebab sana ada banyak gerai kuih yg sedap-sedap.

Beli sikit je sebab Jumaat nanti nak beli barang basah kat pasar malam. Sana lg fresh.

Mancet, jealous dgn ko sebab dah siap semua!

Nak menyambut Ramadhan bukan setakat siapkan barang dapur tapi boleh juga letak azam utk cuba buat pelbagai amal di bulan Ramadhan. Asyik buat azam tahun baru je. Apa kata, Ramadhan nie tetapkan azam utk khatam Al-Quran. Cuba utk berterawih selagi tak uzur. Kurangkan pembaziran makanan dan minuman. Berbuka secara bersederhana.

Sama-sama la kita menghayati erti Ramadhan yg sebenar. Selalunya, kita excited sambut Ramadhan di minggu pertama dan kedua. Masuk minggu ketiga dan keempat, ramai yg excited nak sambut raya. Apa kata dlm kita excited nak sambut raya tu, kita teruskan keterujaan kita habiskan Ramadhan? Ni peringatan utk diri sendiri jugak.

I got one tip from a dear friend. Kalau taknak terlalu excited buat preparation raya dlm bulan Ramadhan, buat preparation tu sebelum Ramadhan. Maksudnya, tempah baju raya 2-3 bulan before puasa. Beli/tempah langsir raya sebelum puasa. Semuanya dah settled sebelum Ramadhan. Mungkin tinggal nak beli/buat kuih raya je. Betul jugak apa yg dia ckp tu kan?

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Back to reality or still in Limbo?


"Dreams feel real while we're in them. It's only when we wake up that we realize something was actually strange" ~ Cobb

Akhirnya, setelah 3 minggu mencuba utk pergi menonton Inception dan hampa sebab kekurangan masa lapang/tiket sold out/tiket ada tp tinggal seat depan aje, aku berjaya menonton Inception seorang diri. Kenapa seorang diri? Hehe.. sebab hubby taknak ikut. Kenapa hubby taknak ikut? Aku rasa sbb aku bg warning kat dia agar jgn tertidur walaupun 30 saat. Cerita tu kena berfikir so takde ruang utk dia terlepas pandang. Agaknya dia takut dgn pernyataan itu jadi dia suruh aku pergi tgk sorang-sorang. Huhu.

Aku duduk seat paling belakang, paling tepi. Sebelah aku, pasangan dari negara Padang Pasir. Masa tayangan, yg lelaki sibuk berckp dgn wanita itu.. seolah-olah cuba explain apa yg wanita tu kurang faham. Agaknya dia dah tgk movie tu kot.

Frankly speaking, pada mulanya aku nak tgk Inception sbb ada Leonardo DiCaprio. Masa tu tak tau pun Inception ni pasal apa. Aku suka tgk dia berlakon sejak Catch Me If You Can dan The Aviator. Bila trailer keluar, baru la aku tau storyline dia. Dan keinginan nak tgk tu membuak-buak. Ditambah pulak bila org lain dah tgk dan masing-masing ada interpretation sendiri, aku suka! Aku suka cerita yg memerlukan kita berfikir.

Inilah kali pertama, aku jumpa movie yg membuatkan aku berfikir di sepanjang tayangan, berfikir sejurus selepas tayangan habis dan terus berfikir hingga ke dlm mimpi! Serious, aku mimpikan Inception. Dlm mimpi, aku argue dengan seseorang (samar-samar, tak sure sape) tentang Inception. Tgh berdiskas, tiba-tiba ada org kejut bgn Subuh. Hehehe..

Malah, aku terus sketch back mimpi-mimpi mereka hingga ke Level 4. Dan ingat balik sape tembak sape, sape kena 'kick', sape punya mimpi.. yer, sila gelakkan! Aku tau masa aku buat benda ni, hubby aku berkata dlm hati "Apehal pulak la ni. Tak abes-abes lagi? Gilak... " hehehe... (Abang ada fikir apa-apa ke time Liza sketch tu?).

Aku perlu cari pirate copy la sementara nak tunggu DVD keluar nie. Tak tahan rasanya nak cuba faham movie ni betul-betul walaupun aku rasa it's pointless.

Ending part dia mmg samar-samar. Aku rasa mmg sengaja dibuat begitu agar penonton fikirkan kesudahannya. Adakah Cobb dah kembali ke realiti atau masih dlm mimpi? Back to reality or still in Limbo is not a question for Cobb. Dia just accept yg dia dah back to reality dan dpt jumpa anak-anak dia blk.

Kalau tanya aku, jawapan aku ialah "Cobb is still in Limbo!"

Baca ini utk lebih pening kepala. Hehehe.

Tapi lps baca jawapan FAQ tu, rasa mcm Cobb dah kembali ke realiti. Adoi!!

Monday, August 09, 2010

Tidak aman tenteram

Nota: Encrypted text yg boleh dibaca dengan masukkan password yg aku dah bg dulu. Sapa yg belum dpt, boleh tinggalkan nama, url dan email add di ruangan komen. Atau terus sms/email aku. Hanya yg dikenali saja boleh view.

Sebarang komen tentang text ni akan di 'encrypt' dan disalin ke text. Jadi tiada komen akan terlihat di ruangan komen. Komen korang sgt dialu-alukan. Aku asyik terfikir tentang benda ni je. Rasa nak marah bila 'terjumpa' makhluk Allah yg mcm nie. Thanks.



Show encrypted text













Ikan Bakar Hulu Langat

A few years ago, hubby pernah berjanji yg one day, dia akan masakkan nasi goreng sebab dia kata gerenti sedap. Huhu, pantang kalau dah berjanji, akan ku ungkit sampai dpt. Hehehe..

Jadi selalu jugak la aku ingatkan janji tu tatkala terasa malas nak masak. Last week, saja tanya dia nak masak ape eh utk dinner? Jawapan biasa yg keluar dari mulut lelaki itu ialah, "Masak je apa-apa. Abang tak kesah". Senang je jawab kan? Kita nie pecah kepala nak fikir menu baru :p

Jadi time camni, saja je ckp psl nasi goreng yg dia kata dia nak masak. Tiba-tiba dia ckp, "Okay la.. pagi esok abg masak nasi goreng".

Pagi Sabtu tu, merasa la kami sekeluarga mkn Nasi Goreng Seafood Special Kekanda. Mati laa... tajuk menu x hengat nye!

Dlm nasi goreng tu ada udang, sotong dan mix vege. Sedap! Thanks abang, lain boleh masak lagi.

Hari Sabtu tu kami agak busy sebab ada acara barbeque malam tu. Organized by "Atun" aka anak tuan tanah. Hehe.. Dia dan rakan-rakan ada duit terkumpul hasil dari projek-projek mereka yg lepas. Selalunya diorg pergi bercuti. But utk peruntukan tahun nie, mereka buat acara ikan bakar. Peruntukkan yg dipersetujui ialah 1k. Makan sampai kenyang! Hohoho..

Disebabkan mereka ramai, maka lelaki ditugaskan utk prepare ikan, ayam, kambing yg hendak dibakar. Perempuan yg 3 org ni ditugaskan utk siapkan nasi goreng, telur dadar dan air asam.

Pagi tu, hujan sgt lebat. Siap angin kuat. Mereka menyiapkan ikan dlm keadaan basah sebab buat kat pangkin luar.

Menjelang petang, cuaca mendung saja. Nasib baik tak hujan. Disebabkan tak jadi buka khemah, diorg buka tables je kat laman. Dah mcm nak buat restoran lak.

Anak tuan tanah bertopi biru

Tembikai dan tembikai susu sebagai starter

Ikan tilapia in action!

Malam tu, ada la 2 family yg bawa anak kecil. Satu baby tu baru lepas hari. Satu lagi dah berumur 9 bulan. Yang 9 bulan tu tidur. Jadi letak la kat dlm rumah. Kitorang yg dah siap mkn ni tlg la tgk-tgkkan sementara parents dia mkn kat luar. Awal-awal lagi mak dia dah serba salah nak tinggalkan anak sebab dia kata, anak dia taknak kat org. Kalau x suka, dia nangis.

Sedang lepak-lepak, terjaga la budak tu. Risau gak nak dukung kot2 dia teriak kuat. Aku angkat, terus dia diam pandang tak berkelip mata. Orang lain yg nangis. Sape? Batrisyia la. Minah tu jealous sbb aku dukung budak lain.

Budak tu sgt comel tau! Semua orang ckp camtu. Dgn kopiah di kepala. Eii, geram!

Pastu hubby la nak feeling-feeling dukung baby boy. So dia dukung. Menangis la anak kesayangan dia bila tgk abi dia dukung org lain. Mmg la ko takleh ada adik lg skrg Batrisyia oii.

Hubby dukung 2-2. Aku ambilkan gambar. Konon anak sepasang.

Sekali ko nak tau ape jadi? Masa borak-borak dgn mak baby kat dlm rumah, baru la tau rupanya baby tu berjantina perempuan! Cis, patut la muka babyface sgt! Kesian hubby aku feeling-feeling tadi :p

Mengapakah ko pakai kopiah baby? Ke sebab topi tu bulat semacam, maka nampak mcm kopiah?

Acara mkn-mkn berakhir jam 2 pagi. Kekenyangan dan keletihan!

Esoknya, kami ke Shah Alam utk menghadiri majlis akikah dan majlis pertunangan yg diadakan pada hari yg sama.

Amir Firdaus *kes mak atau bapak layan cite Aliff Firdaus kot*

Cik adik yg bertunang pada hari tu

Suka tgk hantaran dari pihak perempuan. Cantik!

Sesuatu berlaku malam tadi. Later la eh aku cerita. Tunggu selesai. Kalau selesai, baru aku share kat sini.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.