Friday, July 30, 2010

The New You! Giveaway by TheHoneybunch

Today is the last day to submit my entry for Hanz contest. Hehe… punya la Hanz bagi masa utk buat entry. Hari terakhir baru la ada masa nak buat.Sorry Hanz.



Jom tengok syarat dan hadiah dulu.

When it starts & ends?
Starts on the 21st of June & ends on 30th of July by 12 noon.

What are the prizes?

* Blog Makeover by Jiji of Triple Colour Life worth RM250
* RM120 worth of Makeup Voucher from Loving Minerals.com
* 10 bottles of Perfume For All + 10 Vouchers by Nabila House
* Green Pocket Laundry Ball worth RM 189 from The Green Pocket
* 3 Shopping Vouchers worth RM 45 each from Khazis Boutique
* 5 Shawls from Zara Shoppe
* 4 sets of Quilling Accessories & Jewelleries from HoneyB Quilling Creations
* Beauty items & Ladies Accessories by Hanz

Byk kan hadiah? Rugi kalau tak mencuba nasib.

What you must do?

Blog about the NEW THING that has happened to you.
Blog posting can be either in ENGLISH or MALAY languages.
In example you just landed a dream job, a birth of a baby, the new clothing style, the new fitness programme you just join or a new skills you just acquired.
JUST ANYTHING!! AS LONG IT MEANS SO MUCH TO YOU AND
YOU WANT TO SHARE YOUR STORY WITH OTHERS.
THE NEW THING MUST HAVE AN IMPACT IN YOUR LIFE AND
CHANGE YOUR LIFESTYLE TO A POSITIVE WAY.

So here is my entry.


Sebenarnya, tiada perkara baru yg berlaku dlm hidup aku. Anak? Huh, dah nak masuk 2 tahun dah pun. Tidaklah baru pun kan? Job pun, kekal di company yg sama. Jadi bila Hanz minta share story tentang perkara baru yg memberi impak besar dlm kehidupan dan berjaya menukarkan ur lifestyle to a positive way, aku hanya terfikirkan sesuatu.

ANAK.

Anak mmg boleh menjadikan kita lebih matang dan berilmu. I won’t talk about our relationship. Tapi kehadiran cik adik manis ni sememangnya berjaya mengubah hidup kami.

Apa yg berjaya diubah?

Pemakanan kami!

Kalau masa berdua, tak kesah la kalau sesekali mkn kat luar. Nak masak pun mcm buang karan je. Huhuhu. Walaupun kami bukan peminat junk food tapi sesekali, mkn la jugak. Mana boleh tahan tgk Twisties. Hehe..

Tapi sejak dah ada anak, mkn minum mmg kami jaga betul-betul. Dari nak introduce dia kepada solid food sampai la sekarang. Kami tak pernah beri dia mkn nestum segera sebab kami lebih yakin dengan makanan berkhasiat yg kami prepare di rumah. Kalau ada masa terluang, apa salahnya masak makanan anak sendiri kan? Bukan nak kata kami terlalu protect anak kami tapi kalau masak sendiri, sekurang-kurangnya kami tahu apa yg terkandung dlm makanan dia.

Ketika umur dia 6 bulan hingga setahun, setiap hari Ahad akan dihabiskan dengan menyediakan homemade baby food utk dia. Memang penat sebab selalunya, hujung minggu la nak kemas rumah dan siapkan semua kerja. Nak masak lagi. Lepas semua kerja selesai, baru la boleh masakkan baby food dia. Sudahnya, mlm tu mesti sakit kaki, sakit pinggang.. hehe..

What we have here?
1. Green Combo Chicken Cereal
2. Carrot Puree
3. Pear Puree
4. Chicken Peas Puree

Her homemade babyfood ketika berumur setahun kot

Green Combo Chicken Cereal yg menjadi kegemaran dia satu masa dahulu

Tapi bila tgk dia mkn dengan berselera, hilang penat!



Bagaimana Batrisyia mengubah pemakanan kami?

NO JUNK FOOD

Bila dia dah pandai mkn, semestinya kitorang dah tak boleh nak mkn junk food. Kalau dia nampak, mesti dia nak mkn jugak. Batrisyia akan cuba mkn apa saja yg kami mkn. Karipap pedas? Dia mkn juga. Lepas tu minta air sebab kepedasan. Kimchi masam? Dia mkn jugak sbb dia tgk umi dia mkn kimchi bertambah-tambah. She loves food very much. Mungkin one day boleh jadi chef. Hahaha..

Bab junk food memang kami jaga. Cekedis mmg kami tak belikan. Kalau dia nak beli sesuatu kat kedai, dia hanya boleh pilih antara roti, biskut, yogurt dan air soya. Her fave? Roti!

Kami rasa, amat penting utk tekankan pada dia akan kepentingan memilih makanan yg berkhasiat. Kami nak dia terbiasa mkn makanan yg mcm tu. Kami taknak dia bergantung pada junk food kerana ianya tidak berkhasiat.

Jadi, kami sendiri kena menjadi model yg ‘cakap serupa bikin’ di depan anak sendiri. Kalau teringin sgt nak mkn, mkn la kat office.


REDUCE THE SALT INTAKE

Walaupun dia kecil, dia mkn apa yg kami mkn. Siapkan makan mlm mmg tak susah. Tak perlu masak khas utk dia. Cuma apa yg aku perlu pastikan ialah kurangkan garam proses dlm makanan terutamanya sayur. Cik adik manis ni boleh dikatakan ‘hantu sayur’. Kalau takde sayur, dia kurang berselera. Kita dah terbiasa dengan amaun garam yg kita guna selama ni. Sebenarnya, kalau dikurangkan sedikit, makanan tu still sedap. Kena la pandai cari jalan nak sedapkan.

Bekalan ke nursery

FRESH FOOD

Tahukah anda barang basah yg tersimpan lama di dlm tempak beku peti ais akan kehilangan nutrien sedikit demi sedikit? Seeloknya korang beli bahan di kedai dan terus masak especially seafood seperti ikan, udang dan sotong. Kalau nak simpan beku pun, jgn la terlalu lama sampai seminggu dua. Disebabkan masa dulu tempat beku kami penuh dgn EBM dan baby food Batrisyia, jadi kami dah terbiasa beli bahan basah hanya bila nak masak. Walaupun sekarang tempat beku tu dah ada space, jarang sgt la kami simpan bahan basah kat situ.

Pisang adalah salah satu fresh food yg paling senang didapati

WAKTU MAKAN ADALAH TERATUR

Anak dah mkn apa yg parents dia mkn. Jadi mmg tak boleh delay waktu masak dan wajib masak. Kalau tak, nanti anak yg kelaparan. Waktu makan menjadi semakin teratur hinggakan hubby takut nak mkn sbb dia rasa dia dah mkn byk. It’s good, actually. You don’t skip breakfast, lunch and dinner because your daughter has to eat! Just don’t blame your daughter apabila perut semakin maju ke hadapan *Wink wink*

Kehadiran Batrisyia mengubah hidup kami dlm pelbagai cara. Kami lebih concern dengan pemakanan dan kesihatan badan kami sekeluarga. Ianya sesuatu yang bagus bukan? Jika kita menjaga kesihatan sejak kecil, insya Allah kuranglah penyakit berbahaya yg akan hadir di kemudian hari

Keluarga yang semakin membesar :)

Thursday, July 29, 2010

Udin, Topi, Axe, Remote, Moon

Sebab dah bad mood, nak happy kan diri dengan cerita tentang Batrisyia.

SELAIN DARWISY, DIA JUGA ADA UDIN

Selama ni, dia berkawan rapat dengan Darwisy yg dia kenal sejak dia jejakkan diri di taska tu. Darwisy tua 2 bulan dan badan gagah. Tapi masa sama-sama main kat playground hari tu, selamba je minah ni debik Darwisy dari belakang. Darwisy lak senyum-senyum. Adoi, tak melawan langsung. Tu dikira gurauan manja ke?

Masa ambil dia pada suatu petang, Batrisyia pandang seorang budak lelaki dan sebut “Udin” byk kali. So we assumed that his name must be “Udin”. Tanya cikgu dia keesokan harinya, mmg confirm la budak tu namanya “Udin”.

Umi: Abi?
Batrisyia: Hensem
Umi: Udin?
Batrisyia: Hensem

Hubby terpaksa terima kenyataan yang Udin bakal menjadi saingan dia.

TOPI PERLU DIPAKAI KETIKA HUJAN

Hujan baru lepas berhenti. Tapi mcm renyai-renyai sikit la. Nak turun dari kereta. Jadi, kami pakaikan Batrisyia topi dan keluar berjalan masuk ke rumah. Batrisyia pulak dah terbiasa main kat kawasan rumah di waktu petang. So ptg tu, dia nak keluar main juga.

Batrisyia: Abi, jom
Abi: Nak pegi mana?
Batrisyia: Main luar (a-men luar)
Abi: Tak boleh la. Hujan.
Batrisyia: (dia ambil topi yg dia pakai tadi dan bg abi dia) Jom. Main luar.

BATRISYIA ON AXE COMMERCIAL

Mata dia akan terpaku setiap kali iklan Axe keluar. Habis je iklan tu, dia pandang kitorang dan buat sign language “Call Me” seperti dlm iklan tu.

I hate that commercial but I love my daughter.


BATRISYIA ON REMOTE CONTROL

Kejadian berlaku di Seremban.

Batrisyia: Atok, remote (e-mot)
Atok: Oh, telefon.. aa, nak telefon sapa?
Batrisyia: Remote!
Umi: Apa la papa ni. Dia sebut "remote" la.

Now, sape yg confuse dan salah sebenarnya??? Batrisyia yg berkata benar atau atok dia yg x sedar cucu dia dah tau sebut “remote”?

BATRISYIA ON THE BEATIFUL FULL MOON

Dlm kereta, nampak bulan di langit yg terang bercahaya.

Batrisyia: Bulan.. cantik.

Beberapa ketika, bulan terlindung dengan awan

Umi: Mana bulan?
Batrisyia: Takde. Bye bulan. See you.

Orang yg membazirkan recycle paper

Disebabkan pagi-pagi dah berlaku kejadian yg buat aku bad mood, maka hari nie nak bercerita tentang kejadian lain yg berlaku di office.

I have an issue with one supervisor. Dulu dia ok. Cuma sejak 2-3 bulan lepas, perangai dia dah besar kepala mcm la dia boss. Bukan aku sorang yg terasa yer. Supervisor lain pun ada yg bengang dan perasan tentang hal nie. Even my boss pun selalu ingatkan aku utk monitor this supervisor. Sebab apa? Sebab supervisor nie suka bagi alasan dan suka mengelak buat kerja.

Kalau ikut pangkat, supervisor lagi tinggi pangkatnya dari aku. Tapi sebab aku report directly to the big boss, maka kami dikira sama pangkat. Gaji pun lain yer. Jgn pandang aku sebelah mata ok.

Mungkin dia rasa pangkat aku bwh kaki dia je. Yer la, nama pun supervisor. Maka dia ingat dia besar dan boleh mengarah aku. Tolong sikit yer. Ko hanya boleh arah orang bawah ko je. Bkn aku. Hanya big boss yg boleh bg arahan kat aku. Ni bkn aku ckp tp big boss yg ckp kat aku.

Keje yg sepatutnya dia buat, dia boleh ngelat. Kdg-kdg, pagi-pagi dia telefon aku. Suruh aku siapkan keje dia dan dia akan dtg office utk collect barang dia. Jgn harap la kan.. aku buat tatau je.

Byk komplen dari clients tentang dia. Awal bln nie, satu company called dan lodged complaint. Katanya, takde orang dtg buat service selama sebulan. Bkn sehari ye tapi sebulan. This supervisor tak tahu menahu tentang hal ni sedangkan client tu di bawah jagaan dia. Dan-dan tu jugak dia kena marah dgn big boss.

Semalam ada client lain telefon. Pun lodged complaint. Our client nak jumpa supervisor utk discuss about KPI. Supervisor tu boleh bagi alasan yg dia tak boleh pegi sebab kat tempat tu susah nak park kereta. What the heck? It's your job. Peduli la ada parking ke tak kan? Sudahnya that client terus call big boss. Aku taktau la apa jadi. Yang pasti, our big boss pergi jumpa client tu semalam.

Dgn aku pun dia byk bagi masalah. Selalu ingkar arahan. Selalu bg alasan. Selalu mengelat buat kerja. Dan selalu kacau barang atas meja aku. Ni aku pantang sebab aku sentiasa pastikan barag-barang atas meja ni dlm keadaan kemas. Masa aku mula-mula masuk keje dulu, bos minta meja sentiasa kemas dan kerusi mesti dirapatkan ke meja. My boss sgt teliti orangnya. Supervisor lain pun tau hal nie. Tapi yg sorang nie, asal duduk kat meja aku.. bila nak bgn, tak reti nak rapatkan balik kerusi. Takkan tiap-tiap kali aku nak tegur? Pastu kalau pinjam barang, suka tak letak balik kat tempat asal. Dan dia juga suka guna kertas aku. Ala, actually.. aku suka ambil recycle paper. Pastu koyakkan kecil2 dan boleh la dibuat utk tulis note. Yang supervisor nie pulak, suka menghabiskan kertas aku utk benda-benda tak berfaedah. Mcm pagi nie. Dia nak beritahu nama 2 orang baru di bawah jagaan dia. Dia ambil kertas. Dia tulis nama dua org tu DAN DALAM MASA YANG SAMA, dia sendiri bagitau nama 2 org tu kat aku. Apa motif ko tulis kat kertas sedangkan ko dah bgtau aku? Pastu, depan aku jugak dia renyukkan kertas yg dia tulis tu. Pastu dia ambil kertas lain pulak dan buat benda yg lebih kurang camtu. Pun dia renyuk kertas yg kedua. MOTIF????

Aku guna recycle paper sebab nak kurangkan penggunaan kertas. Dia pulak senang-senang je membuang kertas. Aku tegur la. Aku ckp, guna la kertas utk perkara penting je. Ni tak, tulis sikit, lepas tu buang. Nak tau dia ckp apa?

"Ala.. sikit je maa. You potong la lagi!".

Sedap nye ckp kan?

"Yer la, pasal I potong sendiri la you jgn senang-senang nak guna. Senang je you suruh I potong kan?"

I don't mind kalau sesapa nak guna kertas tu. Ramai je yg rajin ambil tapi tolong la guna dengan betul. Baru la tercapai maksud gunakan recycle paper tu.

Ok la, nak pergi cari ilham buat karangan.

Wednesday, July 28, 2010

Mizz Nina - What You Waiting For-menjatuhkan maruah wanita Islam?

Sudah seminggu aku layan Red. FM. Ni sebab Imee la. Dia pernah ckp dia layan Red.FM sebab sesuai dgn zaman kami. Jadi, aku pun buka la sebab curious dengan apa yg dia ckp.

She's right. Lagu-lagu yg diputarkan mmg lagu zaman kami. Kalau dulu aku layan Lite.FM, skrg Red. FM je la. Syok menyanyi lagu-lagu zaman sekolah dan zaman university. Rasanya hubby pun dah pasrah je dgr suara sumbang aku. Hahaha.

Ok la, hari ni taknak ckp pasal lagu lama. Nak ckp pasal lagu baru. What You Waiting For by Mizz Nina. Masa dgr kat Hitz.FM, aku ingat Mizz Nina ni American sbb masa aku dgr tu, lagu ni masuk dlm Rick Dees Top 40. (Pergh, masih wujud lagu Rick Dees Top 40 nie, sejak zaman high school tu).

Entah mcm-mana, semalam tergerak nak cari lirik. Bajet nak cuba paham apa yg dia nyanyi sbb lagu tu kan suara ala-ala robot di sesetengah ayat. Aku suka dgr lagu ni. Agak catchy.

Aku jumpa her main website. Baru la tau dia Malaysian. Pastu ter-rajin cari video clip kat Youtube. Kat sana, ada la byk komen yg positif dan negatif. Ada yg kata dia membanggakan Malaysia. Ada yg kata dia menjatuhkan maruah wanita Islam. Ada yg kata, orang Malaysia tak maju di luar negara sebab terlalu Islamic. Mereka komen begitu bukan kerana Mizz Nina berjaya tembusi pasaran Amerika, bukan juga kerana video clip dia tapi kerana lirik What You Waiting For itu sendiri.

What You Waiting For ~ Mizz Nina feat Colby O'Donis

CHORUS – Colby

Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started,
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

CHORUS – Mizz Nina

Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all your’s
Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

VERSE

Colby ~It’s your birthday so tell me what you wanna do
Mizz Nina~It’s my birthday I really wanna get with you
Colby~Drop the beat now and baby we can get it started
Mizz Nina~We’ll go insane and take it to the after party

HOOK

Colby~So what's your name, hey baby what’s your name, oh yeah
Mizz Nina~Sexy’s my name, yeah sexy is my name
Colby~Ok, and what’s your game, hey baby what’s your game
Mizz Nina~Ok i like to play, I, I like to play, ay,

VERSE 2

Colby~Hey sexy girl from kuala la la lumpur
Mizz Nina~Hey baby that's me, i’ll be on the dancefloor
Colby~I got chu a surprise, we’re poppin up in vip
Mizz Nina~And if I ask nice can I take you home with me

HOOK x2

Colby~Baby, lets get crazy, come on loose control, ol, ol
Mizz Nina~We’re gonna tear up the after party, I know you want some more, oh, oh, oh
Colby~I wanna see ya, work that body, Drop it down real low, low, low
Mizz Nina~Hey baby, come and get me, tell me, what chu, what chu, what chu, what chu waiting for.


What say you? Menjatuhkan maruah wanita Islam atau tidak?

Tuesday, July 27, 2010

Tolong longgarkan prosedur mendapatkan sijil halal

Kopitiam PapaRich cawangan Kepong ditutup? Bagus la. Jgn bagi muka kat pengusaha restoran yg memandang remeh akan perkara-perkara yg halal nie. Please jgn tunduk dengan desakan beberapa pengusaha kopitiam yang meminta agar Jakim melonggarkan prosedur mendapatkan sijil halal.

"Permohonan yang ditetapkan pihak Jakim melecehkan, pengusaha terpaksa mengisi butir-butir yang tidak munasabah di samping menyenaraikan setiap bahan yang digunakan."

"Contoh mudah adalah seperti gula dan juga belacan, sudah tentu pengusaha kopitiam mengambil bahan tersebut daripada pembekal yang diakui halal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. ~Pemilik kopitiam Uncle Lim's Cafe, Datuk Goh Seng Toh.

Mmg la diorg rasa leceh dan memandang rendah akan proses nie sebab dia bukan beragama Islam. Ah, kalau betul la pengusaha kopitiam mengambil bahan daripada pembekal yg diakui halal, kenapa terjadi kes seperti di PapaRich Kepong yg mengambil jalan mudah membeli ayam dari pembekal yg tidak mendapat status halal hanya kerana ayam dari pembekal utama telah habis? Senang je alasan yg diberikan oleh HQ PapaRich. Mereka tidak tahu menahu akan tindakan PapaRich Kepong.

Apakah yg dimaksudkan halal? Halal bukan setakat bebas dari babi dan alkohol. Terkejut bila ada berita sahih yang menyatakan sesetengah kopitiam mendapat sijil halal mereka hanya melalui perbualan telefon!

Disebabkan pengusaha kopitiam merasakan Jakim terlalu tegas dlm soal halal, maka pengusaha-penguasaha ini mencari jalan mendapatkan status halal melalui badan swasta. Perlu diingatkan bahawa, hanya sijil halal dari Jakim diterima pakai di negara ini walaupun terdapat 6 buah badan swasta yang turut mengeluarkan sijil halal.

6 buah badan swasta ini juga mempunyai logo halal masing-masing. Jika badan swasta ni melakukan prosedur secara sambil lewa (interview dlm telefon je), sudah tentu status halal dari mereka boleh diragui.

Logo Halal dari Jakim mengandungi:

1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan
2. Perkataan Arab - Halal- di tengah bintang
3. Diikuti tulisan rumi "Halal"
4. Bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia" di dalam rumi dan Arab
5. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut

Apakah definisi halal bagi Jakim?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a)bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

b)tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

c)tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan

d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Aku akui yg aku mmg mencari makanan yg terdapat logo Halal. Tapi aku tak meneliti logo Halal yg ada. Entah-entah, bukan logo dari Jakim.

Aku juga akui yg satu masa dulu, aku tak berapa ambil pusing tentang restoran. Asalkan kat food court dan tgk makanan takde yg haram, halal la bagi aku. Ilmu sgt cetek. Akhirnya kita dikejutkan dengan penangkapan pekerja-pekerja di food court sebuah pasaraya terkemuka. Status halal di situ juga diragui.

Tu kesilapan lalu. Elok dikenang sebagai peringatan.

Kita mmg perlu menjaga apa yg kita makan sebab ia akan menjadi daging. Skrg kalau masuk mana-mana restoran, aku cari sijil halal dulu.

Tak pun, masak je kat rumah. Dengan sumber bahan yg halal, semesti makanan yg kita masak tu boleh dilabel sebagai halal :)

Tradisional ketika di tempat kerja?

Malam kelmarin, secara tak sengaja menonton drama 8 Bulan. Dibintangi oleh pasangan Vaneeda Imran dan Rashidi Ishak. Cute ok sebab suami isteri berlakon dlm drama yg sama. Sekurang-kurangnya, tidak la dpt dosa bila ada adegan loving2 kan?

Episod mlm kelmarin mmg comel tgk si suami yg sibuk dengan robot dan si isteri yg baru dpt naik pangkat. Dah la boss dia naikkan pangkat dia sbb boss dia ingat dia yg jenis taknak anak buat masa tu. Hidup lebih tertumpu pada karier. Senang nak outstation sebab tak perlu fikir tentang anak. Sekali, pregnant! Dan si isteri mula serba salah dan takut dengan penerimaan boss.

Teringat masa aku mula-mula kerja kat company sekarang nie. Masa interview, isi borang. Siap tick "Not pregnant". Awal-awal boss dah beritahu yg bila dah ada anak, dia taknak ada problem remeh-remeh. Asyik cuti nak jaga anak (melainkan anak sakit teruk). Masa tu aku "Aye aye" aje sbb apa yg dia ckp tu ada betul dan logiknya bagi aku. Masih boleh diterima berbanding syarat-syarat yg aku pernah dgr di company lain sebelum tu (seperti dilarang pregnant dlm masa setahun bekerja, dilarang pergi medical check up ketika waktu bekerja).

2 hari kemudian, aku terima offer dari company skrg nie. Alhamdulillah.

Seminggu kemudian, aku dpt tahu yg aku pregnant. Bayangkan apa perasaan aku time tu. Mesti la happy. Dlm masa yg sama, cuak giler. Tak tau nak ckp apa dgn boss aku. Tak sangka pulak dlm pada aku tick "Not Pregnant" tu, rupa-rupanya baru nak jadi.

Berdebar-debar masa bgtau boss. Siap ckp tu yg aku baru pregnant 2 minggu. Kira mcm alasan logik la aku xtau yg aku dah pregnant. Kwang kwang kwang. Nasib baik la boss aku ok.

Satu lagi peraturan yg boss aku wujudkan. Dia x suka kalau aku berbaju kurung. Dia ckp "agak tradisional". Bkn aku sorang tp semua orang. Boleh pakai tapi tak boleh selalu. Masa mula-mula kerja, aku pakai di hari Jumaat je. Bila dah pregnant dlm 7 bulan kot, aku mula pakai hari Khamis dan Jumaat. Ianya berlarutan sampai la skrg. Tapi akhir-akhir ni dah otai sikit la. Hari-hari aku pakai baju kurung. Ala, boss pun bknnya tiap-tiap hari ada kat office. Kalau dia tegur, aku ckp je la aku dah pakai kemeja masa hari dia tak datang tu. Hehehe...

Sebab dia dah mcm pandang sebelah mata je, ingat nak kena tempah baju kurung byk-byk la sbb sejak keje sini, mmg aku buat baju kurung time raya je. Jadi, baju sgt terhad. Senang nak pakai baju kurung nie. Balik je, senang nak nyusukan Batrisyia.

Boss aku tak kesah kot. Yang penting, kerja siap. Prestasi tak menurun. Cuti pulak kena plan dengan baik. Last minute mmg dia tak suka sebab takde orang lain yg boleh ganti tempat aku. Paling lewat pun, kena apply sebulan sblm nak cuti. Kalau aku cuti, mmg dia sanggup letak semua kerja atas meja dan tunggu aku datang keje. Betul ni. Masa aku pregnant 8 bulan, dia sibuk suruh aku buat note utk semua kerja aku. Siap suruh list down semua files sebab nak bg pengganti aku uruskan kerja. Sekali, dia tak buat apa. Keje selama aku cuti bersalin tu elok 'terperap' atas meja, disimpan khas utk diuruskan oleh aku. Letih daku nak siapkan time tu. Dah la pengganti tu mmg tak membantu apa-apa yer. Siap sepahkan filing. Tension je time tu.

Entry ni menuju ke mana ntah. Ahaks. Rasanya aku mmg taknak tukar keje lagi dah. Gaji pun ok la utk kami bertiga. Kalau berempat, mungkin leh minta boss tambah gaji lagi. Eh tak, minta tambah gaji dulu, lps tu baru tambah ahli keluarga. Hahaha.. Kalau aku tukar kerja pun, maybe buat business. Kalau setakat kerja kat office, aku suka kat sini.

Monday, July 26, 2010

Persaingan itu adalah sesuatu yang sihat

Kalau tgk sesetengah kawasan perniagaan, adakah anda perasan yang terdapat 2-3 kedai yg menawarkan khidmat yang sama dan kedai mereka terletak berhampiran antara satu sama lain?

Tak payah pergi jauh. Tgk je kat Cheras Business Center ataupun kat area Leisure Mall. Kalau tgk kat satu jalan tu, ada 3-4 slimming centres. Selang sebaris.. bertentangan, ada yg sebelah menyebelah.

Hubby ckp, orang Cina tak takut persaingan. Tak mcm orang Melayu. Tak semuanya, jgn la cepat melatah. Segelintir sahaja. Kalau tak ingat dosa, cepat je nak disihirkan pesaing tu. Mcm kes yg kawan aku kena. Disihir oleh pekedai depan kedai dia yg selama ni berpura-pura buat baik dengan dia. Kesian kat kawan aku.

"So many times people are afraid of competition, when it should bring out the best in us. We all have talents and abilities, so why be intimidated by other people's skills? "~ Lou Holtz

Anggap je persaingan yg datang ni sebagai satu latihan utk kami menghadapi persaingan yang lebih besar di masa akan datang :)

Menggomol tubuh pejal cikgu

Yucks!!! Sape yg google this keyword??? Ko takde keje eh? Camne leh sesat kat blog aku pulak. Tak pernah pulak aku buat entry pasal benda nie.

Sudah-sudah la tu.

Saturday, July 24, 2010

Axe

You can call me kecoh tapi aku nak kecoh gak.

Aku tak suka iklan Axe. Boleh tak buat iklan yg lebih sopan? Ok la, walaupun iklan Axe di Malaysia ni tak seteruk iklan Axe di luar negara (sila jangan google) but still... boleh tak lebih sopan?

Apa motif nak tunjuk badan perempuan yg melentok liuk 'cari handphone'?
Apa motif nak tunjuk perempuan ketap bibir, bg pandangan menggoda sambil letak sos kan bun?

Eiiii, mcm takde idea lain.

Axe ni dari negara mana ye? Sebab bila tgk dlm magazine luar negara pun, boleh tahan panas gak iklan dia.

Friday, July 23, 2010

I'm leaving my camera behind...

Last minute plan?

Yes.

Kami akan ke Perak esok. The bad news is I'm leaving my camera behind.. sob.. sob.

Dia telah dipinjamkan...

Isk, kalau la tau nak pegi Perak, jgn harap nak bg pinjam *Mode geram pada diri sendiri*

Rugi la weih. Pergi tempat yg tak pernah pegi. Lepas tu tak bawak kamera.

Kalau sawah rupa biasa-biasa je, aku tak kesah. Tapi kalau sawah tgh cantik, tak ke gigit kuku???

Nak ambil gambar sawah menghijau (walaupun mungkin skrg nie tak hijau)
Nak ambil gambar tali air (walaupun mungkin air kering)
Nak ambil gambar burung bertenggek (walaupun entah-entah takde burung pun)
Nak ambil gambar kaki berselut (walaupun x sure selut tu wujud ke tak.. pedulik!).
Nak ambil gambar kereta kat tepi sawah.

Yer, kedengaran agak tak masuk akal dan over. Hanya orang yg suka ambil gambar je yg faham.

Mengertikah korang dengan perasaan aku skrg? Aku tak kesah kalau takde handphone tp kalau takde kamera? Rasa nak je pegi beli kamera baru. Hahaha.

Skrg sawah tgh rupa ape? Aku tak tau. Hubby pun tak tau.

Terasa mcm telah melepaskan peluang besar di depan mata.

In love with kimchi

I promised Dib to make a review about her kimchi. So here is my review.

Sebelum buat review, meh aku beritahu apakah itu KIMCHI.

Kimchi ni jeruk kobis. Sebenarnya, boleh letak mcm-mcm utk buat kimchi. Nak letak carrot pun boleh. Tapi bahan utamanya ialah kobis. Kobis tu akan digaul dengan garam, lepas tu biarkan selama 2 jam, then basuh bersih. Lepas tu akan digaul lagi dengan kuah yg telah disediakan. Kuah ni pun ada mcm-mcm. Penyediaannya sedikit rumit tapi melalui satu blog nie, dia ada ajar mcm mana nak buat easy kimchi. Kalau rajin dan ada masa, boleh buat whole cabbage kimchi.

Dulu selalu tgk cerita korea. So mmg selalu dgr kimchi. Tertanya-tanya juga la mcm mana rasa kimchi. Nampak mcm sedap je. Dah la diorg mmg suka mkn kimchi. Dah jadi mcm ulam setiap kali diorg mkn nasi.

Bila tgk cara buat easy kimchi tu, mmg ada hati nak buat sendiri. Tapi sebab tak pernah rasa, risau juga la kalau dah buat, pastu tak mkn. Membazir kan?

A few weeks ago, Ely ada beritahu yg Dib nak open order utk kimchi. Dib ni mmg suka kimchi. Jadi, tanpa fikir panjang, aku terus order.

2-3 kali juga cuba set masa utk jumpa Dib. Ada je halangan. Akhirnya setelah 2 kali mencuba, dpt la juga jumpa dia kat Pandan Indah. Jumpanya minggu lepas. Ada la mkn sekali. Tapi tu pun sikit je mkn. Tak sempat nak feeling-feeling mkn.

Malam tadi, aku keluarkan semula kimchi tu. Lama dah terperap dlm peti ais. Mkn dengan lauk sambal sotong, ikan cermin goreng rangup dan sayur kacang buncis goreng.

Malam tadi baru nak feeling-feeling mkn kimchi. Ambik ko, 3 kali aku tambah kimchi. Hehe.. bkn tambah nasi eh. Nasi dah abes pun, aku ambil lagi kimchi nak ratah. Ni tinggal suku je nie.

Wallaweih, sedapnya!!! (Walaupun hubby taknak.. hehe..). Rasanya? Masam mesti ada sbb dah namanya jeruk. Pastu pedas. Elok lak keluar dari peti ais. Mkn sejuk-sejuk dengan nasi panas. Ish, bahaya nie kalau aku buat kimchi sendiri. Mesti mkn bertambah-tambah. Kimchi yg Dib buat 'diluluskan' oleh tekak aku.

Kalau korang berminat nak cuba rasa, boleh order kat Dib di sini. Dia jual RM8 utk satu bekas taufufa. Kira ok la harga dia tu. Kalau korang alergi dengan sesame seed, boleh bagitau dia. Dia akan exclude sesame seed. Vegan tak sesuai mkn kimchi sebab ada fish sauce. Kalau nak, boleh buat sendiri dan maybe boleh tambah garam kot. Fish sauce kan masin.

Kimchi mendatangkan kebaikan terhadap kesihatan kita:

- Kimchi menyingkirkan kolestrol
- Kimchi promotes intestinal health
- Kimchi prevents obesity
- Kimchi mengandungi antioxidant (daripada fish sauce, dried chili peppers dan garlic yg digunakan)

Byk la kebaikan kimchi ni. Korang boleh cari kat internet.

Mmm.. malam ni nak mkn kimchi lagi.

Thursday, July 22, 2010

Lebih setahun berkongsi rumah dengan makhluk halus tanpa disedari

Belajar di sekolah agama berasrama membuatkan aku sedikit peka dengan kisah hantu. Yeah, you can call me “Penakut”. I don’t care! Mmg aku penakut. Deal with it!

Berhadapan dengan student yg kena histeria. Ingat lagi masa Form 2, ramai-ramai baca Yasin kat kelas sebab sorang kwn kitorang kena usik dengan makhluk halus. Kiranya mlm tu, ramai-ramai baca kat kelas. Budak tu kelas lain tapi dia lepak kat kelas aku. Tgh baca, tiba-tiba muka dia semacam. Tak pandang kitorang. Dia pandang ke luar tingkap yg mengadap hutan gelap di belakang blok. Mata terus bulat! Adakah ko takkan takut?

Aku sendiri pernah kena. I mean, hampir terkena. Terbgn tgh mlm sbb terdengar bunyi musical box. Aku pandang ke kanan. Selang 2 kali dari aku, aku nampak lembaga tgh duduk. Besarnya sama dengan besar senior aku yg tidur kat katil tu. Aku tgk dan aku sambung tidur. Esok tu aku tanya akak tu, apsal dia bgn mlm2 main musical box. Dia kata, mana ada dia main. Dia kat bilik study. Aku tanya bebudak lain kot-kot diorg yg main musical box. Semua ckp tak terlibat. Terus aku pucat lesi. Nasib baik aku tak tegur ‘akak’ tu. Sejak kejadian tu la, aku jadi penakut!

Biasa la,sekolah asrama. Memang byk kes mcm nie kan? Kes kejut kawan ajak pegi toilet malam2. Sekali yg ikut ko bkn kawan tetapi sesuatu. Kes dgr bunyi org memberus kain kat bilik basuh tapi takde org pun. Eiii, aku tak nak cerita lagi. Sometimes, tertanya-tanya jugak, sape la kawan-kawan aku kat sana yg pernah kena benda-benda nie?

Lately, Batrisyia selalu sebut “atok”. Tak, dia bukan sebut pasal atok-atok dia. Tapi dia merujuk pada “Atok” yg ada dlm bilik kami, di tingkap! Bila nak masuk tidur, dia akan sebut “Atok” sambil menuding ke tingkap. At first, seram-seram la jugak tapi sebab dia tak nangis ke apa, kitorang biar aje la. “Atok” muka baik kot. Alhamdulillah.

Malam kelmarin, lain kisahnya. Abi dia main-main dgn dia. Batrisyia pun gelak-gelak kena geletek dengan kitorang. Pastu abi dia bawa masuk bilik. Agaknya ingat nak sambung main. Pastu, aku dgr diorg senyap je. Eh, dah tidur ke anak aku? Aku biarkan je la. Selang 5 minit, aku rasa tak puas hati sebab mcm senang je anak aku tidur tanpa aku. Kalau tak, mesti nak susu dulu. So, aku intai ke dlm bilik.

Abi dah tidur. Batrisyia? Dia baring dlm posisi yg pelik. Dia mengiring dan peluk abi dia dgn sebelah tgn. Sebelah tgn lagi tutup muka dia. Mmg tak nampak muka dia langsung. Aku rasa dia belum tidur tapi aku biarkan je.

Dlm pukul 11 malam gitu, aku kejutkan hubby. Hubby pun buka cerita.

Rupanya, masuk je bilik.. hubby baringkan Batrisyia. Batrisyia pandang ke tempat yg aku selalu tidur. Dia jerit “Takut” dan terus palingkan muka, peluk abi dia dan terus tutup muka dengan tgn. Hubby dah cuak kot. So dia peluk Batrisyia dan biarkan je. Mana la tak cuak sebab dah tau yg beberapa hari lepas, Batrisyia nampak “Atok”.

Aku yg dgr cerita tu, dah seram-seram dah. Dah la anak aku takut tgk kat tmpt aku tidur. Camne aku nak tidur kat tempat tu? Serious, mak seram! Malam tadi jugak aku terus fikir nak cari ustaz tlg tgkkan samada ada apa-apa ke. Siap pk tu, jgn la “benda” tu tau aku nak bawak ustaz. Tak pasal-pasal je aku kena kacau mlm tu nanti.

Luckily, masa aku contact ustaz yg mak aku pernah jumpa kat Seremban, ustaz tu bagi phone no anak dia kat Ampang. Katanya, anaknya boleh tgkkan sbb anak dia arif bab tu. We fixed an appointment with his son.

Actually, rumah tu dah kena pagar. Pernah terjadi kat kwn hubby yg duduk rumah yg sama. Ada “benda” ikut dia balik. Abang tu lak jenis suka duduk ambil angin kat depan rumah. Masa tu dia masuk rumah pukul 11 lebih. Sejak hari tu, badan dia rasa lemah2 sampai nak sujud pun sakit. Pergi berubat. Rupanya ada “benda” menumpang. Terus ustaz ubatkan dia dan pagar rumah yg kami duduk sekarang. Mungkin pendinding tu dah lemah. Benda tu pun dah bertahun-tahun berlaku. Tak tau la nak komen apa sbb kurang arif bab-bab nie. Tapi jiran aku selalu ingatkan. Hulu Langat tu tempatnya hulu. Dulu bukit berhutan. Jadi faham-faham la.

Korang percaya tak akan kewujudan makhluk halus? Aku percaya sebab dlm Al-Quran pun dah sebut. Siapa yg ckp hantu tu tak wujud? Hantu sebenarnya jelmaan syaitan yg ingin menyesatkan manusia. Bukanlah jelmaan dari roh yg tidak tenteram. Itu baru salah. Itu ialah syaitan.

Berbalik kepada anak ustaz tu tadi. Kitorang tak kesah la samada ada makhluk halus kat dlm bilik tu atau tak. Kalau ada, at least kita tau. Kalau takde pun, dah boleh lapang dada. Harapnya takde la.

Makhluk halus tu perkara biasa. Ada di mana-mana. Kitorang pun tak fikir apa sgt. Tapi kalau dah sampai anak kami asyik takut je, tak elok jugak la kan? Sebab tu kami cari jalan utk keluarkan makhluk halus tu dari rumah.

Ptg semalam, saja je bawak Batrisyia masuk bilik tu dan tanya dia, “Batrisyia takut apa?”

Atok
Mana atok?”
"Tuuu” sambil tunjuk ke arah tingkap.

Jadi, rasanya mmg patut jemput En. Faizal tu.

Kitorang jemput En. Faizal tu around 8.15pm. Sampai je di rumah, dia duduk di sofa. Kitorang tunjuk bilik mana yg ada “atok”. Dia angguk je. Pastu dia senyap pandang ke lantai. Mcm termenung tp aku rasa dia mcm tgh “scan” rumah tu. Kitorang pun biarkan je la dia buat keje dia. Tiba-tiba dia ckp, “Bawak anak masuk bilik

Aku yg blur boleh lak tanya, “Bilik? Yg mana?” Ngok betul. Mesti la bilik yg takde “Atok”. Haha..

So aku bawak Batrisyia masuk bilik lg satu. Tinggal hubby dgn dia kat luar. Aku cuma perasan En. Faizal tu bersila kat atas lantai. Pastu aku x dgr ape dah sebab sibuk lekakan Batrisyia kat dlm bilik. Tau-tau je hubby suruh keluarkan buatkan air teh.

Aku tak tanya apa-apa. Rasa mcm x patut lak nak tanya time tu. Takpe la kan. Tunggu dia balik, nanti boleh tanya hubby.

Kami hantar En. Faizal pulang dlm 9.30 malam. Turun je dia dari kereta, aku terus tanya hubby, “Ada ke takde?”

Ada. Dah lama dah!”

Terkejut bila dia ckp dah lama dah. Gulp!

Menurut En. Faizal, makhluk halus tu (tak dinyatakan berapa) dah lama tinggal kat rumah tu. Setelah cerita diselidik, En. Faizal merasakan makhluk halus tu dpt menembusi pendinding yg jiran kami buat bertahun lepas setelah jiran kami berpindah. Lepas dia pindah tu, ada la dlm seminggu rumah tu kosong tak berpenghuni. Masa tu la pendinding tu “runtuh”. Mungkin sebab takde orang solat. Takde orang mengaji. Kiranya masa kami masuk ke rumah tu, makhluk tu dah tinggal situ dulu. Jadi malam tadi, En. Faizal dah “pagar” balik rumah tu.

Sebenarnya, aku mmg dah was-was dengan pendinding yg sebelum nie. Kejadian pertama, sebulan lps kami tinggal, ular tedung hampir-hampir dpt masuk ke rumah. Sepatutnya, kalau rumah dah dipagar dari makhluk halus dan binatang berbahaya, ular tak masuk. Selama jiran duduk situ, mmg ada ular tapi ular tak masuk. Lalu luar je.

Kejadian kedua yg berlaku beberapa kali. Masa Batrisyia baby, banyak kali dia terbangun masa malam dan terus menangis kuat mcm takutkan sesuatu. Hinggakan berlaku di beberapa malam, salah sorang dari kami kena dukung tenangkan dia dan seorang lagi bacakan Yasin hingga dia tertidur. Pernah juga jadi masa aku tinggal berdua dgn Batrisyia. Hubby pulak kena keje sampai 3 pagi. Masa tu aku dah tak tau nak buat apa sbb kuat sgt dia menangis sampai aku selamba bagi warning kat “benda” tu agar jgn kacau anak aku. Yang membezakannya, time tu Batrisyia tak reti bercakap so dia tak tau camne nak bgtau kami. Skrg baru dia nak bgtau.

Lepas balik dari hantar En. Faizal, Batrisyia tertidur kat dlm kereta. Tapi sampai di rumah, dia terjaga. Kami bawa dia masuk ke rumah. Saja je aku turunkan dia betul-betul kat depan bilik sebab nak tgk reaksi dia. Batrisyia tak ckp apa-apa. Takde lagi dia nak sebut “atok” atau “takut”. Ajak dia masuk bilik utk tidur pun, dia tak ckp apa-apa. Terus baring dan lelap. Alhamdulillah.

Wednesday, July 21, 2010

My Wedding Day: What would I change?

Inspired by a discussion that I read recently. Read it here.

Don't get me wrong. Tiada apa yg aku kesalkan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Ia menjadi satu kenangan manis dlm hidup kami. Aku takkan cakap, "If only I could turn back time..". Tak perlu. Bukan ada mesin masa pun. Kita cuma boleh mengenangnya.

Semoga ia menjadi panduan kepada kawan-kawan yg nak kahwin supaya betul-betul prepare dengan apa yg bakal terjadi.

WHAT WOULD I CHANGE?

-Wedding Band-
Hubby tiada wedding band. Kenapa? Kerana dia tak mahu memakai cincin. Dia kata, dia rasa rimas. Ada la juga minta dia cuba. Baru sarung, dia terus taknak. Kalau dia nak, boleh gak aku belikan utk dia. Kenapa lelaki susah sgt nak pakai cincin?

-Baju Melayu Nikah-
Ni yg aku paling rasa kecewa (dan sedikit marah.. ok, nak hamun sebenarnya). Tailor adalah kawan dia. Biasa buat baju utk Dato’ la kekdahnya. Volunteer utk jahitkan baju nikah dia. Hubby tak perlu cari kain sebab dia akan tlg carikan. Tinggal bayar je.

Malam sebelum nak nikah, BAJU TAK SIAP LAGI! Let me rephrase it. BAJU BARU NAK JAHIT. Aku taknak tau alasan dia sebab aku marah. Tailor tu ambik kain mana entah.

Sudahnya baju tu jadi baju pakai buang. Pakai time nikah dan kena buang sebab kain kurang berkualiti.

Kenapa aku marah? Patutnya baju nikah boleh disimpan buat kenangan dan pakai di kemudian hari. Ada kes lagi dgn tailor ni.. 2 kali terkena. Sampai skrg aku pangkah!

See.. warna pun tak ngam!

-Time Nikah-
Ni taknak cerita la. Ada kaitan dengan pakcik aku. Tutup kes. Cuma aku harap dia tak masuk campur lagi.

-DJ-
Aku ckp jgn pasang lagu Mawi tapi kau pasang jugak. Ko ke aku yg kahwin? Hehe..

-Hubby on Rayband-
Kalau yer pun malu nak pandang orang, tak perlu la pakai Rayband. Bila tanya, dia sengih-sengih je. Gambar semua jadi tak lawa.

-Photographer at Seremban-
Recommended by jurusolek. Silap aku juga la sbb tak tgk portfolio dia. Aku minat gambar candid. Dia kata dia pun tau ambil candid. Hasilnya? Aku rasa aku ambil gambar pakai kamera cikai aku ni pun lagi lawa tau! Ewah... tiba-tiba je. Haha.. betul la! Pastu candid dia mmg x cantik. Pasal tu aku hired Akaz utk majlis bertandang. Puas hati!

WHAT I LOVE...

-Pengantin Lelaki-
Hahaha...at the top of my list!

-Baju Nikah-
Suka sampai skrg dan aku akan pastikan aku akan muat sampai tua. Hahaha…berangan!

-Aksesori Kepala Time Nikah-
Butterfly…Ni mmg ramai yg suka tgk


-Wedding Cake-
Yummylicious!!! Highly recommended. Adik aku kahwin nanti, aku nak tempah kat tempat yg sama. Korang bertiga jangan risau. Aku sponsor cutting cake korang! Tapi berapa tingkat tu akan bergantung kepada harga semasa.. muahaha.

-Lauk Kenduri-
Ramai yg ckp sedap. Ada kawan aku siap sms utk beritahu yg dia terbayang-bayang lauk kenduri tu sampaikan rasa menyesal tak ambil lauk daging berempah tu banyak-banyak. Ketua tukang masak kitorang mmg terbaik! Hujung bulan ni dia masakkan utk anak jiran yg kahwin. Tak sabar nak mkn!

Macam mana dengan korang?

Tuesday, July 20, 2010

Pregnant again?

Bila bercakap tentang anak, cerita tu takkan abes.

Baru je kahwin, orang akan tanya, “Nak berapa orang anak?”
Baru 4 bulan kahwin dan masih belum pregnant, orang akan tanya, “Ni bila nak pregnant nie? Dah lama kahwin!”
Bila dah ada seorang anak, orang akan tanya, “Bila nak tambah lagi sorang?”
Bila dah berderet anak perempuan, orang akan tanya, “Bila nak dapat anak lelaki?
Bila dah berderet anak lelaki, orang akan tanya, “Bila nak dapat anak perempuan?

Aku rasa, soalan tu akan sentiasa ditanya oleh orang di sekeliling kita. Betul?

2 bulan setengah lagi, Batrisyia genap berumur 2 tahun. Usually, bila anak masuk umur 2 tahun, secara automatik orang sekeliling akan anggap yg kita dah bersedia utk tambah anak lagi.

Bila nak tambah lagi?” . Hohoho… soalan dah terbiasa sgt telinga aku dgr.

Honestly speaking, aku belum fikir nak tambah lagi. Nak jaga Batrisyia puas-puas. Bila tgk dia membesar, rasa banyak lagi perkara baru yg dia akan buat. Aku taknak terlepas semua perkara tu. Tapi ye la, dia akan sentiasa buat dan belajar perkara baru sampai dia dewasa. Bermakna aku taknak tambah anak langsung ke? :p

Tidak la sampai begitu.

Kadang-kala, mmg aku rasa mcm tu. Aku nak ada seorang je anak. Cukup la ada Batrisyia sorang. Biar dia jadi anak tunggal. Biar dia dpt 100% kasih sayang dari parents dia.

Biarlah dia sorang je yg sepahkan rumah.
Biarlah dia sorang je yg menangis berguling-guling.
Biarlah dia sorang je menyanyi kat rumah tu.

Biarlah dia sorang je.

But this little girl semakin menunjukkan perangai dia sebagai seorang sulung. Sometimes, aku akan ckp “Dia ni sesuai jadi Ketua Darjah”. Hehe..

Aku dgn hubby mmg suka berpura-pura menangis depan dia. Cuma baru-baru ni, Batrisyia menunjukkan sikap terbaru. Kitorang pura-pura menangis depan dia. Dia datang kat depan kami dan ckp, “Aipp.. diam!”. Terus tak jadi nangis sebab tergelak tgk perangai dia yg mcm mak-mak. Dari mana la dia belajar sedangkan kitorang takde pulak ckp camtu.

Masa main kat playground, sedap-sedap je dia tegur anak orang. Budak tu berdiri kat atas kerusi. Ada ke patut dia ckp, “Abang.. duduk. Jatuh”.

Talking about “abang”, Batrisyia dah semakin kerap panggil Abi dia “Abang” (dan Abi dia dengan perasannya menjawab, “Ye”. Nak perasan mudakah?).

Mcm mlm tadi, aku minta hubby penuhkan balik air dlm periuk. Like 30 seconds later, Batrisyia pergi ke arah pintu dapur dan jerit, “Abang… *&^%%$ air”. Seriously, dia nak sebut “penuhkan” but it ended up apentah. Bunyinya berbelit. She kept on giving the order to his abi sampai la dia nampak abi dia isikan air ke dalam periuk. Lepas tu, dia kembali kepada aku dan ckp, “Umi.. abang *&^%%$ air”.

Aku dah kata, dia mmg seorang sulung dan sgt Ketua Darjah!

Malam tadi, dia ajak kitorang main block dgn dia.

Batrisyia: Abi… duduk (sambil tepuk-tepuk lantai. Abi buat taktau)… Abi.. duduk.. main.
Abi: Yer la.. yer la..
Batrisyia: Umi.. duduk (aku mmg dah duduk sblh dia pun)

Kitorang main dgn happy. Bila dah habis main, senang-senang bagi arahan kat abi dia.. suruh kemas block.

Kitorang la kawan dia. Nak menulis pun, kena tulis sama-sama. Nak mewarna pun, kena mewarna sama-sama. Nak main masak-masak pun, kitorang kena jadi tester dia. Ok, tokwan dia pun kerap jadi tester dia. Terpaksa la jadi pelakon terbaik.. pura-pura mkn sedap-sedap.

Bukan taknak tambah anak tapi aku nak tunggu apartment aku siap,boleh? Tu je alasan kukuh yg aku ada. Aku nak duduk kat rumah sendiri. Nak rasa berpantang kat rumah sendiri. Nak biar hubby jaga newborn sama-sama dlm 2 bulan yg pertama. Biar sama-sama tak cukup tidur. Hehehe…

Lagipun, my confinement lady telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Yes, alasan kukuh utk pospone. Nak kumpul duit bawak confinement lady tinggal kat rumah dlm minggu pertama. Pasal tu kena tunggu rumah sendiri tu siap.

Meanwhile, I just want to enjoy my parenthood with my cheeky daughter.

Monday, July 19, 2010

What is G?

Very tempting!!! Camne nak elak dari godaan nie? Ada sesapa dah cuba?

Aku takut doktor gigi

"Aku takut doktor gigi". Kdg-kdg, kita dgr alasan ni keluar dari mulut kawan-kawan kita kan? Kalau tak pun, kanak-kanak. Kepada org takut doktor gigi? Kesian doktor gigi. Yg aku tgk, kebanyakan doktor gigi yg aku jumpa, manis-manis je mukanya. Kesian sbb orang takut kat diorg.

Jika diimbas kembali, aku mmg tak takut doktor gigi. Seingat aku, kali pertama aku jumpa doktor gigi ialah ketika berumur 7 tahun. Urm, ye la.. darjah satu rasanya. Ke bukan? Tak sure la pulak.

Gigi susu di hadapan (bawah) mcm sakit. Tapi tak goyang kot sebab kalau goyang, mesti mama dah cabutkan. Maybe sebab masa tu aku dok sebut “Sakit.. sakit”, maka mama bawak aku pegi Klinik Negeri kat Seremban tu. Ada lagi ke klinik tu skrg?

Masa tu aku tak takut tp aku sibuk tanya sakit ke tak. Doktor tu ckp, tak sakit. Nanti dia bagi ubat tak sakit. Padahal dia bg injection kat gusi. Tau-tau je, gigi dah kena cabut dan aku berjalan pulang dengan kain/tisu di mulut. Kuatnya memori aku.

Memori-memori selepas tu lebih kepada memori mencangkung beramai-ramai di tepi longkang sambil gosok gigi dengan tangan terpegang kole. Apa lagi kalau bukan kat sekolah. Ala, hari special di mana korang kena bawa berus gigi ke sekolah.

Masuk sekolah menengah, pernah sekali je kot dihantar ke klinik gigi utk buat scaling. Buat kat klinik kerajaan. Horror. Bkn ape, tempat tu mcm menggerunkan. Tu la first tima buat scaling kot. Doktor buat cincai je. Sakit? Tak la. Ngilu je dgr benda tu.

Sejak dari tu, suka jugak la buat scaling. Bekas doktor kegemaran ialah Dr. Helmy kat Senawang. Bagus doktor nie. Aku mmg suka. Plus, dia ada my dental record. Memang tak terfikir nak tukar doktor lain. Cuma kali terakhir aku buat scaling dgn dia, dia buat agak cincai sebab ramai patient kot. Pastu terus rasa kecewa dengan dia. Terus taknak jumpa dia lagi. Bunyi mcm putus cinta je.. uhuks.

Sejak dah putus dengan Dr. Helmy nie, mencari juga doktor gigi kat KL. Bukan takde, bersepah. Cuma aku mcm ragu-ragu. Ye la, doktor baru. Ok tak service dia. Taknak la so-so je. Bayar mahal-mahal kan?

Bukan taknak pegi klinik kerajaan tapi leceh sebab nak kena buat appointment. Pastu kdg2 ditunda lagi. Gigi yg tak sakit pun leh jadi sakit :p

I googled tau! Hahaha.. nak cari doktor gigi pun nak kena google. Sabar je la. At last, jumpa la satu klinik. Selang 2 blok je dari my office.

I went there last Friday. Tu la pertama kali aku rasa gerun jumpa doktor gigi. Lebih kepada cuak! Berdebar-debar. Apehal ntah. Nervous giler padahal bukan first time pegi klinik gigi kan?

Utk hilangkan nervous, aku sempat la tanya beberapa soalan dgn doktor tu. Adakah korang tau yg korang hanya soft bristle toothbrush yg sesuai utk semua orang? Walaupun kat pasaran ada toothbrush jenis “Medium” dan “Hard”, hanya “Soft” yg boleh dipakai. Ini kerana bristle jenis “Medium” dan “Hard” berupaya utk menipiskan gigi anda dengan cepat.

Then, kalau tak boleh, kenapa ada jenis “Medium” dan “Hard”?” tanyaku.
Marketing strategy!” pendek je doktor tu jawab.

Sakit ke scaling? Bagi aku, tak la sakit. Cuma tak suka dgr bunyi benda tu. Dan kalau dia scaling gigi depan, aku rasa mcm ngilu sikit. Kalau gigi tepi, tak rasa apa-apa. Yang paling best, rasa sedap selepas menjalani scaling. Rasa mcm ko taknak mkn selama setahun sebab nak gigi tu rasa best camtu. (Tapi tak mampu der, balik ke terus mkn sebab lapar).

Aku suka la klinik tu. Gerenti akan ke sana lagi 6 bulan dari sekarang.

Korang takut tak kalau jumpa doktor gigi? Aku belum pernah kena tampal gigi sebab berlubang. Orang kata, sakit kalau kena tampal gigi. Mintak-minta la takkan kena tampal seumur hidup. Sebab tu aku agak menjaga juga la dlm bab mkn benda manis-manis ni. Kalau teringin nak mkn coklat ke, lepas mkn, mesti terus gosok gigi. Kalau kat luar, pergi kumur-kumur dan terus minum air kosong. Takut sgt kalau berlubang. Tak sanggup nak biarkan gigi digerudi.

Balik, minum Pineapple Punch

Nota: Telah bertukar kepada soft bristle!

Friday, July 16, 2010

Butterflies: Progress 2

Hari bekerja memang tak sempat nak stitching. Ni hasil stitching utk 2 hari. Stitched masa lunch hour. Owh, tak keluar makan sebab puasa.

Ingatkan nak tunjuk hasil lepas seekor butterfly telah lengkap. Tapi tak jadi sebab excited kerana akhirnya nampak la mcm bentuk rama-rama kan?

Rama-rama pertama ni gunakan 2 tone warna orange. Dah siap orange yg pertama, aku skip guna yellow pulak. Kalau guna orange yg kedua, rasa kurang teruja nak siapkan. Hehe.. I need warna yg ceria utk motivate diri sendiri.

Now tgh gunakan orange yg kedua.

Progress 1

How to make your photo looks bigger in Blogspot?

Khas utk pengguna Blogspot.

Tak semua blogger rajin upload gambar. Ada blogger di mana blog nya "bebas tanpa sebarang gambar". Bagi yg rajin blog tentang percutian, masakan dan anak, pasti mereka ingin berkongsi gambar-gambar tertentu dengan pembaca. Bercerita tentang satay yg enak tetapi tidak berkongsi gambar satay itu terasa seperti kurang lengkap kan?

Usually, gambar yg kita simpan di camera bersaiz besar. Blogger akan peruntukkan sedikit masa utk resize dan buat watermark ke atas gambar-gambar yg ingin dikongsi.

Tapi seringkali kita kecewa kerana gambar yg kita upload tu akan bersaiz kecil setelah di "publish" walau sebesar mana pun saiz gambar yg kita upload.

Thanks to I Love My Blog Makeover yang beri tutorial tentang perkara nie. I wish I knew about this before. Mungkin ramai juga yang tak tahu. Therefore, aku buat tutorial di bawah.

STEP BY STEP ON HOW TO MAKE YOUR PHOTO LOOKS BIGGER:

1. Add your image seperti biasa dengan memilih button "Add Image"


2. Pastikan anda tick "Large" di bahagian "Image Size"
3. Upload gambar seperti biasa
4. Gambar akan bersaiz seperti di bawah menggunakan standard size Blogspot.


5. Now, pergi ke "Edit HTML" dan edit your HTML seperti di dalam gambar di bawah.




Width: Newsizepx
Delete "Height" bersama dengan ";"
Tukar "s400" to "s800"

Faham tak?

6. Dengan width di set kepada "500px", HTML akan jadi seperti di bawah:



7. Boleh Preview utk lihat hasilnya.


LRT Bandaraya. Tuan punya badan tu tidak aku kenali :)

Pada yang suka upload gambar dan ingin gambar kelihatan lebih besar, boleh la ikut tutorial nie.

Note: Please do not copy any pic in this entry. Kalau letak watermark, nanti korang pening lak sebab ada banyak perkataan kan? Kalau nak copy paste this tutorial to your blog, please give credit to this blog. Taknak jadi mcm tutorial lepas di mana ada blogger yg copy paste tapi tak bagi credit. Hormati masa yg blogger peruntukkan. Thanks.

Thursday, July 15, 2010

BERSAMA

Lokasi: Sebuah bank berdekatan office
Masa: Tgh hari
Watak utama: Mr. J, Ms. X dan Mrs. L

Mrs. L tgh buat transaction kat counter dengan bantuan daripada Ms. X. Keadaan kurang sibuk. Kelihatan seorang teller sedang mengemaskini sesuatu. Kemudian, dia beri satu dokumen kepada Mr. J.

Selang beberapa minit kemudian, Mr. J menyerahkan kembali dokumen tersebut kepada teller. Elok je dia duduk semula di meja, dia berkata dengan nada yang tidak berapa kuat (tapi sebab keadaan kurang sibuk, ramai jugak la yg dgr suara dia)

"Jgn lupa staple kan bersama!"

At first, rata-rata yg mendengar tidak memberi sebarang komen hinggakan Ms. X senyum-senyum dan ulang balik ayat tu.. "Staple kan bersama!". Lepas tu, semua org pakat gelak. Mrs. L pun nak join gelak. Ye la, dah terbiasa dgn diorg nie. Dah biasa juga deal dgn Mr. J jadi rasa tak bersalah kalau nak gelakkan dia. Mr. J? Dia buat tak reti, seolah-olah takde apa yg nak digelakkan.

"Ahaha.. ayat baru tu.. staple kan bersama".

Ish.. John.. John.. nape la sempat buat lawak di tgh hari?

Sape nak free rambutan?

Masa cuti sakit 2 hari lepas, keje tetap berjalan di rumah. Mana boleh nak duduk diam. Dpt cuti, mesti la kalau boleh semua kerja nak dibereskan.

Proses pemindahan baju-baju Batrisyia ke wardrobe baru dia telah berjalan dengan lancar. Hehe.. buat time dia tidur. Kalau time dia jaga, jenuh pulak la nak larang dia mengemas.

Ni baju-baju yg Batrisyia dah tak muat lagi. Rompers, baju tidur, jeans, t shirt dan gown. Paling sayang tgk her white gown. Memang dah tak muat la kan?

Her napkin, barut dan seangkatan dengannya yg dipakai masa bergelar newborn, dah selamat dibasuh. Lama dah. Now, tersimpan elok dlm cabinet. Yang baju-baju ni, belum basuh. Bkn malas tapi tak tau bila nak jemur. Kena tunggu weekend la kot, baru boleh jemur bawah mentari terik.

Isk, sape nak pakai baju-baju nie? Kalau adik dia boy, baju-baju ni akan disedekahkan kepada org yg memerlukan.

Anyway, musim buah-buahan dan hampir tiba kat Hulu Langat nie. Jagung yg walaupun tidak la bermusim mcm durian ke, dah mula dijual di sana sini. Manis tau jagung kat Hulu Langat. Pokok rambutan pun dah mula berbuah. Ada yg masih hijau, ada yg dah berwarna merah dan kuning.

Pokok-pokok rambutan kat keliling rumah kami pun dah mula berbuah. Yang paling depan, dah masak buahnya. Yang dekat-dekat parking lot, rasanya tunggu beberapa minggu lagi kot baru nak masak.

Dah masak nanti, jemput la datang mengait rambutan ye. Sila kait sendiri. Aku sediakan batang kait je. Hehe.. guni bawak sendiri. Kalau tak silap aku, dulu Piun penah ckp nak dtg kait rambutan. Apa lagi, meh dtg ramai-ramai.

Ewah, mengalahkan tuan tanah nampak. Tapi tuan tanah aku sporting je. Dia pun tak kesah kalau kwn-kwn kitorang dtg mengait sebab dia pun tak boleh nak makan semua rambutan tu. Bukan satu dua pokok tapi berpokok-pokok.

Tak lama lepas tu nanti, langsat pulak muncul. Setakat nie, yg dah boleh dikait ialah...

yes, MANGGIS!

Tapi kitorang belum kait lagi sebab tak nampak manggis yg nak dikait. Dok intai-intai gak la tapi tak nampak. Yang ada hanyalah manggis yg gugur. Kalau gugur depan mata, boleh la dimakan terus. Tapi kalau nampak mcm dah lama je, rasa pun dah tak sedap.

Nota: Dapatkan resipi Kung Pao Chicken di sini.

Wednesday, July 14, 2010

Kecil orangnya, besar harapannya

Ini yg berlaku setiap kali kami ke hypermarket utk beli groceries.

Kalau dulu, boleh la suruh duduk dlm trolley. Sekarang ni, dia sendiri nak tolak trolley yg jauh lebih besar, tinggi dan berat dari dia. Hoho, gambar mmg kurang clear sebab nak cepat.

Kalau pegi Carref*ur, kan ada basket yg boleh tarik tu kan? Dulu, tak suka pakai nie. Tapi kalau beli sikit je, takkan nak bwk trolley yg besar tu. So pakai la yg jenis tarik. Bila Batrisyia nampak, dia pun nak jugak! Sejak hari tu, basket tu mmg dikhaskan utk dia.

Bila nampak barang yg dia nak, dia pun ambil dan letak dlm basket tu.

Kami bagi dia Calciyum setelah penat berulang kali keluarkan balik brg-brg yg dia 'nak beli' seperti 3 paket besar Ice Lemon Tea Lipton, sebiji oren dan sebiji epal hijau. Nak buat apa nak oiiii?

Dan dia gigih menarik basket ke hulu ke hilir bersama abi dia.

Tak tau diorg ke mana. Aku ambil basket lain dan continue shopping. Jumpa-jumpa je, Batrisyia tgh sedap mencuba kek. Ala, yg jenis diorg potong kecil-kecil bagi customer rasa tu. Tak tau aa berapa byk budak tu merasa.

Monday, July 12, 2010

Butterflies: Progress 1



Bila sibuk cari kit, rasa berkobar-kobar nak mula stitching. Lepas dpt kit, tiba-tiba mcm malas nak start. Tapi bila dah mula stitching, mula la gatal tgn. Asyik nak mengadap je. Kalau boleh, sambil tido pun nak stitching.

Tak sempat nak duduk mengadap lagi. Byk perkara lain nak kena buat. Ni la hasil stitching setakat dlm 2-3 jam kot. Giler lembab ar aku! Baru buat sikit daun dan sikit bayang-bayang butterflies. Yg bwh tu dah nampak mcm rangka butterfly kan? *Mode excited sgt*

Tak sabar nak stitching dengan warna yg cantik-cantik tu.

Friday, July 09, 2010

Burnt toast isn't a deal-breaker for them. How about you?

Masih ingat akan entry aku tentang learning to see an imperfect person perfectly?

Aku nak share satu story yg aku dpt masa blog hop. Tak sempat nak save link td. Tapi aku suka cerita nie.


The Secret to a Lasting Marriage: Embrace Imperfection


When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work.

On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet, all my dad did was reached for his toast, smiled at my mom, and asked me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite! When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: "Baby, I love burned toast."

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, "Debbie, your mommy put in a hard day at work today and she's real tired. And besides, a little burnt toast never hurt anyone!"

In bed that night, I thought about that scene at dinner...and the kindness my daddy showed my mom. To this day, it's a cherished memory from my childhood that I'll never forget. And it's one that came to mind just recently when Jack and I sat down to eat dinner.

I had arrived home late...as usual...and decided we would have breakfast food for dinner. Some things never change, I suppose!

To my amazement, I found the ingredients I needed, and quickly began to cook eggs, turkey sausage, and buttered toast. Thinking I had things under control, I glanced through the mail for the day. It was only a few minutes later that I remembered that I had forgotten to take the toast out of the oven!

Now, had it been any other day -- and had we had more than two pieces of bread in the entire house -- I would have started all over. But it had been one of those days and I had just used up the last two pieces of bread. So burnt toast it was!

As I set the plate down in front of Jack, I waited for a comment about the toast. But all I got was a "Thank you!" I watched as he ate bite by bite, all the time waiting for some comment about the toast. But instead, all Jack said was, "Babe, this is great. Thanks for cooking tonight. I know you had a hard day."

As I took a bite of my charred toast that night, I thought about my mom and dad...how burnt toast hadn't been a deal-breaker for them. And I quietly thanked God for giving me a marriage where burnt toast wasn't a deal-breaker either!

You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook. And you might be surprised to find out that Jack isn't the perfect husband! He likes to play his music too loud, he will always find a way to avoid yard work, and he watches far too many sports. Believe it or not, watching "Golf Academy" is not my idea of a great night at home!

But somehow in the past 37 years Jack and I have learned to accept the imperfections in each other. Over time, we have stopped trying to make each other in our own mold and have learned to celebrate our differences.

You might say that we've learned to love each other for who we really are!

For example, I like to take my time, I'm a perfectionist, and I'm even-tempered. I tend to work too much and sleep too little. Jack, on the other hand, is disciplined, studious, an early riser, and is a marketer's dream consumer. I count pennies and Jack could care less! Where he is strong, I am weak, and vice versa.

And while you might say that Jack and I are opposites, we're also very much alike. I can look at him and tell you what he's thinking. I can predict his actions before he finalizes his plans. On the other hand, he knows whether I'm troubled or not the moment I enter a room.

We share the same goals. We love the same things. And we are still best friends. We've traveled through many valleys and enjoyed many mountaintops. And yet, at the same time, Jack and I must work every minute of every day to make this thing called "marriage" work!

What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is the one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting marriage relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your married life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a marriage where burnt toast isn't a deal-breaker!

Have a great day! May God bless your marriage.

Nota: Esok pagi, korang buatkan toast for breakfast. Biar hitam. Pastu bg ur husband. Tgk dia ckp apa. Hahaha.. ada berani?

How To Photograph Children

Kalau tgk sejarah, aku mmg ambil gambar. Tak kesah la gambar apa pun. Gambar meriam pun aku pernah ambil. Hehe.. Tapi bila dah ada Batrisyia, asyik ambil gambar cik adik manis tu je la. Comot-comot pun aku masih nak ambil gambar dia.

Kebanyakan gambar dia yg aku ambil lebih berbentuk candid. Kalau masa dia baby, boleh la suruh dia pandang kamera. Dia akan pandang. Tapi bila dah besar, suruh dia duduk diam pun dia taknak.

Anak korang mcm tu tak?

Teringat Ezan pernah ckp yg dia susah sgt nak ambil gambar Sarah tersenyum. Aku bg cadangan, ambil gambar candid. Dia kata dia tak berapa pandai. Gambar tak jadi mcm gambar yg aku ambil.

Alahai Ezan, saya guna kamera biasa je tau. Bkn DLSR pun sampai nak takut-takut. Hehe..

So hari nie aku nak kongsi beberapa links dari my fave online school; Digital Photography School.

HOW TO SHOOT ANIMAL, CHILDREN AND MOTORBIKES

You have to get down to their level

If you take shots from above, you won’t get the same impact unless it’s a macro shot of an insect or a shot of a tiger passing under the tree you’ve climbed up to save yourself.

You’ll also distort the perspective, especially with small children looking up at you – their heads tend be a bit on the big side to begin with but a shot from above will highlight that tendency. By getting down to their level, you avoid those problems

Read more: http://digital-photography-school.com/how-to-shoot-animals-children-and-motorbikes

My comment: Cara ni mmg aku apply di kebanyakan gambar Batrisyia. Kalau nak ambil gambar dia, mmg aku akan get down to her level. Kalau nak kena meniarap pun, aku buat. Kalau kat rumah, ok lagi la. Tapi kalau aku buat kat luar, mmg ada juga la yg memandang kehairanan.

PHOTOGRAPHING TOTS AND TODDLERS

Some kids just don’t want to sit for photos. Give them a prop, toy or a task to focus their attention and you’ll be amazed by the results. There are lots of things you can try; baking cakes, gardening, building sandcastles, following a treasure trail – anything to get them to relax and this is where an on-hand parent can be of great use; helping the child to relax and bring them out of their shell. If they still don’t want to play ball catching infants at their most naughty, angry, sulky or upset can still make for powerful portraits.

Read more: http://digital-photography-school.com/photographing-tots-and-toddlers & http://digital-photography-school.com/photographing-children-give-them-something-to-do

My comment: Batrisyia susah nak duduk diam. Usually, kitorang biarkan je dia nak buat apa. Terus snap gambar.

JUST SHOOT.. DON'T VIEW FIRST

Another method I use when photographing them is to take hundreds and hundreds in each session. I just pack my memory card and put my camera on the fastest shooting drive possible. In the evening when they’ve gone to bed, I can go through them and out of a hundred, I might keep only one which is ‘the one’. ‘The one’ is always the most perfect moment which shows who I know my children to be – the authentic them. How do I know which one is ‘the one’? It’s the one shot that makes me stop for an extra second. The one that makes me want to go up to their bed and kiss them. The one that makes me heart skip a beat or hate the thought of them growing up. Don’t be afraid to trash the ones that aren’t ‘the one’.

Read more: http://digital-photography-school.com/photographing-children-capture-who-they-are

My comment: Ni rasanya ramai yg tak buat kan? Usually, korang snap, lps tu tgk gambar ok ke tak. Kalau blur sikit ke, senget sikit ke, cepat je nak delete. You don't have to unless ur camera doesn't has enough space. Apa yg aku buat ialah snap je berapa byk gambar. Tak view pun. Balik, baru buka kat PC dan view. Mana yg senget, kurang pencahayaan dan blur sikit, aku edit guna Picasa. Sometimes, gambar yg blur pun cantik tau! Tapi jgn la main snap je kan. Kena ada gaya jugak la.

Ni ada lagi satu link yg korang boleh baca : http://digital-photography-school.com/photographing-children-pov-point-of-view

Tak semestinya kena ambil gambar anak dari arah hadapan je. Point of View tu penting gak.

Ok la, tu je antara tips yg aku boleh share. Aku tak la pandai mana pun. Gambar pun tak la cantik sgt. Still belajar dgn kamera biasa. Isk, bila la nak rembat DSLR.

Hubby suruh share gambar ni kat blog. Pagi-pagi tadi dia dah ckp, "Haa, tgk la gambar semalam. Dia boleh jadi duta Dutch Lady".

Semalam, kami ke Hospital. Aku jumpa sorang akak utk serahkan Spectra 3. Ajar dia kejap cara penggunaannya. Dia bersalin kembar perempuan. Anak still kat NICU sebab tak cukup berat. Lahir pun tak cukup bulan.

Disebabkan Batrisyia tak boleh naik ke wad, so dia tinggal kat bawah dgn hubby. Aku bagi kamera kat hubby utk hilangkan kebosanan diorg.

Ni gambar yg hubby ambil. Dia pun dah mula ikut cara aku ambil gambar. GET DOWN TO HER LEVEL. At least ok la, tak mcm dulu.. ambil gambar dari atas. Ni pun ada shake lagi. Tapi takpe, aku suka gambar nie. See, dia ada ambil banyak gambar Batrisyia tengah minum air susu strawberry Dutch Lady. 4 keping ni yg aku suka. Sekeping tak 'gegar'. Nice job, Abi!





Anyway, sape nak resipi Tempoyak Pucuk Ubi? Check it out here.

Alahai badan... nasib.. nasib..

Hari Raya kan tak lama lagi. Eh, silap. Bulan puasa kan tak lama lagi. Maka aku kena la mula isi borang cuti sebab kitorang kena apply sebulan awal.

Jadi tergerak hati nak check my annual leave. Disebabkan aku baru 2 tahun setengah keje kat sini, aku hanya layak menerima 12 hari cuti tahunan utk tahun 2010. Sapa yg bernasib baik, dpt la company yg terus bg 14 hari annual leave. Kalau company yg betul-betul ikut undang-undang buruh, diorg akan tgk dah berapa lama kita berkhidmat dlm company tu. Ada kira-kira tau.

Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Sungguhpun begitu, jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap; ia berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya.

Mengikut seksyen 60(E), pekerja berhak mendapat cuti tahunan bergaji bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan yang berterusan di bawah majikan yang sama:

1. 8 hari jika jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;

2. 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya ialah antara 2 hingga 5 tahun;

3. 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun

Cuti tahunan hendaklah diberikan oleh majikan dan diambil oleh pekerja dalam masa dua belas bulan setelah tamatnya tempoh dua belas bulan perkhidmatan berterusan. Pekerja yang gagal mengambil cuti tahunan dalam tempoh yang ditetapkan akan kehilangan cuti tersebut. Walau bagaimanapun, pindaan dibuat pada tahun 1989; pekerja berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan itu, jika atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti tahunannya.

Setakat ni baru ambil annual leave sebanyak 2 hari setengah. Ada balance 9 hari setengah. Banyak lagi kan?

Tapi..

Utk tahun 2010, pihak taska Batrisyia telah menyusun waktu cuti mereka dengan jayanya. Semua tolak nak cuti masa raya puasa dan raya haji. Tgk eh..

Cuti Hari Raya Aidilfitri : 08/09/2010 hingga 13/09/2010 (total 3 hari)
Cuti Hari Raya Aidiladha : 13/11/2010 hingga 18/11/2010 (total 3 hari)

Tu je dah 6 hari. December nanti nak kena standby 2 hari utk special occassion.

Tolak.. tinggal extra sehari je annual leave. Sob.. sob.

Tang mana lagi aku nak korek cuti? Aku tak suka pura-pura sakit. Sebab mana la tau tiba-tiba betul-betul sakit dan perlukan cuti panjang, tak ke susah.

Selagi bekerja dengan orang lain, hari berkerja anda itu adalah hak bos anda. Kena ingat tu.

Thursday, July 08, 2010

How to quit from Facebook?

Aku kan pernah ckp yg aku nak quit FB tapi once dah ada FB account, tak boleh nak delete dah. Ke boleh tp aku je yg x tau. Lgpun, tujuan utama ber FB sebab nak keep in touch dgn kwn2 sekolah.

Tapi sebab tak boleh delete, maka terpaksa private kan. Then, bg kwn-kwn tertentu je yg boleh access my data. Aku penah ckp kat sini kan? Tapi ada je yg tanya kenapa diorg takleh view wall aku. Terpaksa explain supaya tidak ada salah faham. So sapa yg dpt view tu, kira satu kepala la dgn aku. Hehehe..

Then, ada je ntah sape-sape nak add aku. Kalau aku tak kenal, mmg x approve la. Pastu ada yg bila aku tak approve, marah aku aku pulak. Isk.. mcm-mcm la diorg nie. Dah aku tak kenal ko. Malas aa nak approve sbb tujuan aku kat sana bkn sbb nak cari kwn. Ada pulak yg minta aku approve atas alasan suka tgk gambar Batrisyia kat sana. Huh, agak-agak aku approve tak kalau dpt alasan sebegitu?

Kalau nak kawan, lepak kat sini. FB tu utk yg sekepala je.. sekepala sokong Germany.. sekepala minat novel.. sekepala suka hobi yg sama. Kalau tak sekepala, lepak sini je la eh. Kalau yg baca blog ni dan nak add kat FB, tu takpe. Aku akan approve.

Ala, tak rugi pun kalau tak add aku sbb aku bknnya aktif kat FB tu pun. Main game pun tidak. Kalau masuk pun, just tgk update beberapa kwn, then sign out.

Cuba baca entry kwn Ely nie.Read here first. Lebih kurang mcm tu la yg aku fikir.

Kewujudan FB mmg bagus sebab boleh keep in touch dgn kwn-kwn tapi kalau semuanya nak refer kat FB, letih ar.

"Camne nak pegi rumah ko? Ada peta?"
"Ada.. ko check kat FB aku"

"Ko tau tak X kat mana? Aku call dia tak angkat la"
"Laa.. ko ni tak tgk FB ke? X masuk hospital la. Apa la ko, lambat sgt dpt tahu"

Semuanya nak kena rujuk kat FB eh? Apa telefon dan e-mail dah pupus ke?

Teknologi tu bagus tp kalau semuanya nak berorientasikan FB, wah.. bagi aku tak patut la.

Ada jugak yg main cinta kat sana kan? Haaa, yg ni aku ada nampak la tp buat-buat tak nampak. Baca this recent news from Utusan. Scary? Jgn takut. Selagi korang setia, tiada apa yg nak ditakutkan. Boleh je nak berkawan dengan sesapa tp berpada-pada la. Jgn sampai timbulkan salah faham dengan pasangan. Ex-bf aku pun ada je dlm my list (Adik Adledash, awak nak kenal dia tak? Hehehe..). Tapi takde apa-apa pun. Setakat dia panggil aku "Ngok" dan aku ckp "Buruk botak" tu ada la. Bkn nak feeling-feeling ingat masa lepas pun.

Nasib baik la aku tak giler ber FB mcm adik aku kat rumah tu. Hehe.. sape la tu ek! Aku kan suka buat aktiviti. Kalau duduk depan laptop je, leh jadi rabun mata ni nanti.

Psst... sejak beberapa hari lepas, aku puas mencari cross stitch chart tp takde yg berkenan di hati. Sampai la aku nampak chart di bawah dari blog NizaCraft.

Simple tp aku suka tgk butterflies tu. Warnanya cantik-cantik. Nak beli tak?

Wednesday, July 07, 2010

My gentle reminder

It’s nothing but it’s something

Sebagai bekas peminat 3R, aku dah biasa terdedah dengan isu-isu berkenaan hak wanita. Salah satu isu yg mereka pernah kupas ialah tentang sexual harrassment.

Bila bercakap tentang sexual harrassment, ramai yg beranggapan bahawa ia hanya boleh berlaku di tempat kerja. Sedangkan, sexual harrassment boleh berlaku di mana-mana saja dan ia berlaku dalam pelbagai bentuk. Baik verbal mahupun non-verbal.

Sexual harrassment is a big thing to women. What about men? Ok, lelaki pun ada yg terkena tetapi peratusannya rendah.

Adakah disebabkan itu maka lelaki memandang ringan akan sexual harrassment? Bagi mereka, sexual harrassment hanya melibatkan fizikal dan sentuhan.

Sedangkan ia boleh datang dlm pelbagai bentuk. Jelingan tajam dan menggoda, kata-kata dan sms berbaur lucah pun boleh dikategorikan sebagai sexual harrassment.

Sesetengah lelaki berasakan wanita itu golongan lemah. Tidak mampu bertindak. Malu utk mempertahankan diri.

Mmg ada yg tak berani bersuara. I’m not one of them.

Aku pernah kena atas bas dan office. Terus report dan tindakan diambil serta merta.

Apa yg korang perlu buat bila kena harrass?

Report! Tolonglah jgn malu. Sebab perasaan malu la, golongan yg jahat ni terus buat kat orang lain.

To 01*-4749745,

I just want to say..

GET A LIFE!

Dearest hubby, thank you.

Hail Deutschland!

Semua orang dah tau Orange layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Malam ni, kita bakal ketahui siapakah pencabar mereka di peringkat akhir. Spain atau Germany?

Bila pasukan tinggal 3 nie, boleh nampak ramai penyokong team lain dah lompat team.. hehe. Bak kata Wan, diorg leh jadi 'pemain simpanan'. Tak kesah la kan.

I tetap dengan Germany walaupun ramai yg sangka aku sokong England sejak awal. Kenapa ah? Sebab aku suka Gerrard eh? Aku suka Gerrard dan Lampard je. Bukan suka England.

Dup dap jugak la nak tunggu keputusan malam nie. Spain pun bagus (jersey pun lawa kan?). Germany pun bagus.

Tu la, masa awal-awal dulu.. ramai mcm tak yakin dengan Germany sebab pasukan kali ni mengetengahkan muka-muka baru.. fresh look. Nampak mcm tak sehandal pemain dari negara lain yg lebih berpengalaman.

Muda dan fresh la bagus. Ditambah dengan skill. Lari pun laju je, tak semput mcm Barry England tu.. opps!

Kalau Germany layak pegi final, semestinya aku sokong Germany. Tapi kalau Spain lebih bernasib baik, final nanti aku sokong Orange la.

Oh, malam ni Muller tak main. Sob.. sob
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.