Monday, May 31, 2010

Lil Pink Polkadots

Eh, korang kena blogger nama Jiji?

Hah, tak kenal? Biar betul!

Dialah yg design my blog header. Dia mmg kreatif bab design nie.

Baru-baru nie.. mmg fresh la kiranya, Jiji sudah pun membuka her online store yg diberi nama Lil Pink Polkadots.




.. And I'm excited! Wanna know why?

I love online shopping. Malah, ada beberapa baju aku pun, aku beli melalui online. Sekarang mmg banyak online shop kan?

Tetapi aku selalu frust bila masuk online shops sebab baju yg mereka ada kebanyakannya tidak menutup aurat. Ada yg ok tapi short sleeves pulak. Mmg selalu frust sgt!

What can you get from Lil Pink Polkadots?




Lil Pink Polkadots menawarkan baju dari pelbagai saiz badan : bottom heavy? plus-size? petite? semuanya ada!

Baru je jenguk tadi, terus rasa nak beli sbb long sleeves. Aiyoo, suke sgt! Rasanya lepas ni Jiji akan update byk baju lagi. Kita bg dia masa cari stok ye.

Thursday, May 27, 2010

Babywearing again?

Ada tgk berita mlm td? Stroller seorang baby berusia setahun 3 bulan meluncur ke landasan keretapi di Australia? Scary! Nenek dia menangis ketakutan. Nasib baik baby tu selamat. Mama Miya pun ada share story yg penah jadi brake kat stroller tu kurang berfungsi dengan baik hingga membuatkan stroller meluncur dan baby tu cedera. Minta dijauhkan.

Baru-baru nie, seorang customer beli pouch sling. Anak keempat dia baru berumur sebulan. Dia dah merasa pakai stroller utk ketiga-tiga anak dia sblm nie. Bagi dia, pemakaian stroller ni agak leceh especially kalau nak bwk anak keluar jalan-jalan.

Sejak Batrisyia dah berjalan nie, mmg aku x babywearing dia lagi. Jadi bila aku tunjukkan cara-cara pakai pouch kat customer tu, rasa mcm excited pulak. Hahah..

Tiba-tiba rindu nak babywearing!

Gambar kenangan!

Hubby did kangaroo carry

Anak dah nak masuk setahun 8 bulan pun nak babywearing ke? Aku rasa bagus gak kalau dpt babywearing dia kat tempat sesak. Tak perlu lenguh tgn nak dukung. Asyik nak gilir-gilir dgn hubby je kan?

Pouch dulu brand Littlepods. So tadi saja-saja masuk website dia. Owh, dah ada product baru la: SOFTPACK BABY CARRIER. Pouch sudah tidak dijual lagi. Kalau tgk, ianya ala-ala Mei Tai tapi tak la complicated sgt nak gunanya. Corak fabrik pun cantik!



Oleh kerana pengasas Littlepods ni pun aktif dlm babywearing satu tika dulu, aku yakin produk dia ni selesa. Rasa nak beli je!

View my old entries about babywearing:
Adakah ukuran pouch sesuai dengan anda?
10 reasons to wear your baby

Anda masih babywearing anak anda?

Wednesday, May 26, 2010

Hassle free online shopping

2 bulan lebih je lagi, kita akan mula berpuasa. Dah ramai juga orang yg mula buat persiapan raya. Paling kurang pun, dah beli kain ela utk buat tempah baju kurung, betul tak? Ada orang suka beli baju siap jahit. Ada pulak yg suka jenis ukur-baju-di-badan-sendiri.

Kalau masa aku kecik-kecik dulu, hari pegi shopping baju raya ialah hari yg memenatkan utk semua orang. Hehehe. Kira penat la sbb nak kena tunggu kelima-lima adik beradik dptkan baju yg sesuai. Jika masa tu kami dlm usia sekolah rendah, senang sikit kot. Yg perempuan, tunggu je mama carikan kain utk buat baju kurung. Yg lelaki, semua pegi ke brand Cute Marie dan beli je baju berpasang-pasang. Senang je nak pilih baju diorg tu.

Tapi bila masing-masing dah ada gaya-mutu-keunggulan ikut definisi sendiri, proses membeli baju raya yg dahulunya amat mudah menjadi semakin sukar. Masing-masing ada pilihan sendiri. Pening kepala. Ada baju lawa, tp tak berkenan. Lebih-lebih lagi kalau beli baju adik-adik lelaki. Adoi, aku sampai tak tau diorg ni suka design yg mcm mana (kecuali si Nazdri yg boleh dikatakan gaya dia simple tp smart.. so aku pun boleh tlg carikan). Kalau dpt Hasif yg sezaman dgn gaya Irwansyah, jenuh. Boleh patah kaki pusing satu mall!

Pengalaman ni dirasa setahun sekali je kan?

Trend sekarang, orang beli secara online. Kasut, beg, baju, seluar, topi.. cloth pad pun online tau. Maju gitu!

Adakah trend membeli secara online ni akan membuatkan pengusaha shopping complex pokai? Tidak kan?

Adakah trend membeli secara online membuatkan kerja kita semakin mudah tetapi kita dah x rasa keterujaan berebut dengan org ramai ketika memilih pakaian di hari raya?

Honestly, aku tiada jawapan.

Cuma ye la. Aku sendiri suka beli di talian sebab tak perlu bersesak, tak perlu drive. Dpt pulak hubby yg x suka tempat yg sesak. Dia lagi la suka aku beli kat online aje. Terus dihantar ke depan pintu office. Tapi mcm dah tak terasa buat persiapan raya je kan?

Apa tujuan entry nie?

Sebenarnya, aku tgh browsing baju utk Batrisyia. Hehehe. So kalau korang ada website yg best-best utk buat online shopping tu, sila la beritahu.

Online shopping ternyata mudah. Cuma pastikan anda buat urusan dengan orang yg dipercayai sahaja. Mcm mana nak tahu samada orang tu boleh dipercayai atau tak? Dan mcm mana nak pastikan kita takde masalah dlm urusan pembelian?

1) Lihat sejarah dia. Kalau dia dah berniaga sekurang-kurangnya selama setahun dan tiada komen negative (seperti baju koyak ke, lambat hantar ke) dari pembeli, insya Allah dia boleh dipercayai.
2) Lebih bagus jika penjual mempunyai showroom/outlet. Sekurang-kurangnya kita tahu mana nak cari dia.
3) Jika membeli pakaian, pastikan ukuran sesuai dengan si pemakai. Jika anak memakai M size, jgn terus beli M size kerana saiz setiap brand tidak sama ukurannya. Tanya ukuran baju dari penjual (seperti panjang baju, panjang bidang dada). Kemudian, buat ukuran pada anak. Usually, penjual tak kisah jika kita minta ukuran baju.
4) Sebelum membuat pembayaran, dapatkan no telefon penjual. Make sure anda pernah call/sms ke no tersebut utk memastikan no tu valid.
5) Pastikan no akaun utk membuat pembayaran tu sama dengan nama penjual. Jika dia beri akaun org lain, request utk dapatkan no akaun dia sendiri. Ini utk mengelak daripada penjual menafikan yg kita telah membuat pembayaran.
6) Jika was-was dengan produk, jgn beli atau buat penempahan. Jgn menyusahkan penjual deal dengan anda. Kalau anda jadi penjual, anda pun tak suka kan? Jadi baca tu T&C yg ditetapkan oleh penjual.

Kalau tgk sejarah, byk juga barang yg aku beli secara online. Kalau la ada orang buat service hantar sayur ke rumah (tinggal browse kat website dia dan pilih nak sayur apa) mcm kat oversea, rasanya mau je aku buat. Haha.. dasar semua nak senang. Tapi mmg ada la. Aku pernah tgk dokumentari. Tapi orang yg buat servis tu mmg dipercayai la sbb dia hanya bekalkan sayur yang bagus, berkualiti dan tak busuk aje.

I wanna watch Toy Story 3

Adakah filem kartun hanya sesuai ditonton oleh kanak-kanak?

I will say, “NO” with a big NO.

Rasanya, aku lagi banyak menonton filem bercorak kartun ketika aku dewasa berbanding ketika aku berstatus kanak-kanak. Antara filem yg aku pernah tonton ialah Shark Tale, Ant Bully, Nemo, Wall-E, Ratatouille etc. Mmg enjoy sgt walaupun dah berstatus ibu.

Bila dpt tahu Toy Story 3 akan ditayangkan dipawagam tak lama lagi, mmg aku excited. Hubby pun excited sampaikan dia nak tgk balik Toy Story dan Toy Story 2 yg kebetulan ditayangkan semula tetapi dlm bentuk 3D.



Utk Toy Story 3, ada banyak karakter baru yg akan muncul. Dan semestinya kemunculan semula karakter-karakter yg dikenali ramai seperti Woody yg sgt sinonim dengan topi koboinya dan Buzz yg berpakaian seperti seorang angkasawan. Lebih menarik, Toy Story 3 ada didatangkan dlm bentuk 3D.

Sypnosis:

In this comical new 3D adventure, Buzz, Woody and the gang face an uncertain future as Andy gears up for college. When the toys unexpectedly land in a room full of untamed tots who can’t wait to get their sticky little fingers on them, it’s pandemonium as they try to stay together, ensuring “no toy gets left behind."



Jom kita kenal watak-watak terbaru dlm Toy Story 3!


Chunk will rock your world! This gargantuan creature sports protective shoulder spikes, while his ferocious fists are ready to smash whatever enemy gets in his way. Chunk’s oversized limbs are fully posable, making him ready for hours of imaginative fun. As an added bonus, the press of a hidden head spike will spin Chunk’s facial expression from friendly to fierce! No batteries necessary.


Peas-in-a-Pod will quickly become a parent’s favorite on-the-go toy. The soft, plush pod secures the happy peas inside with a durable metal zipper, making it perfect for the car or stroller. The Peas-in-a-Pod plush toy also develops fine motor skills by catering to a child’s natural grab instinct. Pulling the three peas out of the pod will provide repeated enjoyment for infants and toddlers, and soon they’ll learn to put them back in! Machine washable. Not for human consumption.


Stretch is a fun-loving under-the-sea octopus friend that shines in glittery purple. Kids can count her eight rubbery legs and dozens of sticky suckers that are sure to stand up to rough-and-tumble play and extreme stretching. Toss her high on the wall and watch her climb her way down! Clean in mild soap solution to remove dust and lint!

Tapi kan.. dlm banyak-banyak karakter baru, I sayang yg ni. Rasa nak cubit-cubit dan peluk kuat-kuat je.


Lots-O’-Huggin’-Bear is a jumbo, extra-soft teddy bear with a pink and white plush body and velvet purple nose. This lovable bear stands fuzzy heads and shoulders above other teddy bears because he smells like sweet strawberries! With a smile that will light up your child’s face and a belly just asking to be hugged, Lots-O’-Huggin’-Bear is sure to become a bedtime necessity. Stain-resistant. Spot clean plush surface with damp cloth.

Ada banyak lagi karakter baru dlm sekuel kali nie. Kalau nak kenal watak-watak yg lain, jgn lupa dptkan tiket utk menonton Toy Story 3 yg akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula 17 June 2010.

Tuesday, May 25, 2010

Kat pasar malam pun boleh ajar anak

Kami suka pegi pasar malam hari Jumaat di Hulu Langat. Kenapa? Sebab pasar malam di Hulu Langat (yg hari Jumaat je tau.. hari Rabu dan Ahad tidak dikira) sgt best kalau ikut standard aku la kerana boleh dpt sayur yg segar-segar terutamanya sayur-sayur kampung. Setakat ulam-ulam tu, mmg byk dijual. Mau je beli ulam raja secekak tp sbb aku sorang je yg mkn, rasa mcm tak sesuai nak beli secekak. Ada muka aku jadi mcm muka ulam raja nanti.

Di situ juga ada kedai jual bubur nasi yg sedap dan berlemak. Kalau dpt satu mangkuk besar tu, Batrisyia sorang boleh habis. Laju je dia mkn.

Usually, hubby akan dukung Batrisyia sebab aku nak bwk mcm-mcm jenis barang. Dlm pada dia dukung, tak sangka pulak dia mengajar Batrisyia. How do I know about this?

Last weekend..

Aku dengan mama tgh masak kat dapur. Batrisyia dtg dapur dan minta dukung sbb nak tgk apa kitorang buat. Masa tu mama tgh potong bawang. Kat tepi tu pulak ada sayur kobis.

Batrisyia: Awang..

Kitorang terdiam, cuba nak fahamkan dia ckp apa. Masa tu tak terfikir nak sebut bawang sbb aku x penah ajar perkataan tu. Sekali lagi dia sebut, "Awang" sambil tunjuk papan pemotong.

Owh, bawang ke?

Then, dia tunjuk kobis sambil sebut "Ayor" aka sayur. Ahaks, time tu juga aku excited. Then, mama ajar dia sebut cili.

Bila cerita kat hubby, hubby buka cerita yg dia ajar Batrisyia tentang bawang, sayur dan buah masa pegi pasar malam baru-baru nie.

Pasar malam memang sesuai dijadikan salah satu tempat utk ajar anak mengenal benda. Sayur, buah, ikan, udang, ayam, nasi, air, keropok, baju, selipar, lampu, pinggan. Mcm-mcm ada kan?

Now, boleh happy dan bangga bila ayat pertama yg dia pandai susun dan sebut ialah:

Umi, nak susu!

Nota: Tidak akan ada sebarang gambar utk entry saya selama 2 minggu ini kerana camera telah dipinjamkan kepada orang lain.

Monday, May 24, 2010

Duit.. duit.. di mana kau, duit?

Duit.. duit.. di mana kau, duit?

Disebabkan kehilangannya dlm jumlah angka genap, maka aku rasa aku tersalah letak duit tu. Think positive walaupun dlm hati rasa nak nangis.

Kalau setakat satu atau dua angka, mungkin tak ralat. Tapi tiga angka.. gulp. Menunjukkan mmg la aku tak boleh jd businesswoman sbb duit letak merata-rata. Bye bye WAHM.

Mungkin dlm kereta, dlm beg plastik atau dlm poket jeans.

Takkan toyol yg curi kot? *Jahat kau, toyol!*

Kalau kat sekolah dulu, boleh la buat solat hajat ke, baca Yasin ke.. bagi si pencuri tu rasa panas dan mimpi ngeri sampai pulangkan balik brg yg dia curi. Takpe.. takpe.. mlm ni buat solat hajat.

Aku rasa dlm poket jeans la. Ye la kot. Mana la tau kan? Sbb time tu tgh rancak berborak. Tu yg selit dlm poket seluar. Wah, mcm sesi tenangkan diri sendiri je nie. Nanti kalau takde dlm poket jeans, baru kau nak menggelabah ke?

Kalau hilang? Terasa perlu ganti dengan duit sendiri sbb rasa bertanggungjawab misplaced duit ber bisnes.

Eleh, duit hilang pun nak tulis dlm blog.

Sunday, May 23, 2010

Kita bertanya.. Al-Quran menjawab

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest

Anda ada gambar kenangan terindah bersama family? Kalau ada, boleh la join contest yg dianjurkan oleh sweet@omoide.

Boleh dikatakan agak sukar utk bergambar satu family sebab selalunya, aku dilantik menjadi tukang ambil gambar. Jadi kalau tgk koleksi gambar keluarga kami, ada banyak gambar hubby dan Batrisyia. Berdua je.. sob sob.

Cuma kitorang berkesempatan ambil gambar keluarga semasa ke Langkawi thn lepas sebab masa tu pergi beramai-ramai.

Nama Ahli Keluarga: Rohaizat, Liz Rohaizat dan Humaira Batrisyia Rohaizat
Tarikh: 10 Disember 2009
Peristiwa: Our first family vacation selepas kelahiran Batrisyia. Buat kali kedua, hubby kena tahan rasa gayat utk naik Cable Car dan bergambar di Sky Bridge sepanjang 125 meter, 700m dari paras laut. We really had a great family holiday!

Saturday, May 22, 2010

Entry June 12, 2006

Saja jenguk yg old blog yg telah di private kan. Terjumpa entries tentang World Cup 2006. Byk rupanya entry aku tentang WC time tu. Ni salah satu yg aku suka sbb ada YM kwn-kwn.

***********************
ENTRY JUNE 12, 2006


Ni antara status kawan-kawan aku di YM a day before World Cup.

Azad - germany vs costa rica 12am tonite
azni - for footy freak..a few hours left
sari intan -world cup kick off kol bape wahai org oz?
wan - confirm..esok start "DEMAM"

Seperti mereka, aku juga excited menantikan perlawanan perbukaan, Germany vs Costa Rica tepat pukul 12 tgh malam. Tambahan pula, one of my fave team bermain iaitu Germany. Dari first time aku tgk World Cup, aku sentiasa sokong Germany and England. Perlawanan pertama World Cup yg aku tgk masa tu melibatkan Brazil. Tak ingat Brazil lawan siapa. Tu masa kat sek men. Budak lelaki dpt tgk kat kantin sekolah. Budak perempuan, tidak dibenarkan tgk kat bilik TV eventhough kitorang minta kebenaran from warden. Nak tgk punya pasal, kitorang 'pinjam' extension from musolla! Tgk bola tanpa suara sebab xnak org lain perasan kitorang kat bilik TV. Hahaha... xde la jahat sgt tp tu dah kira melanggar peraturan tu.

World Cup schedule yg terpampang di peti ais rumah aku.

So rasanya semua org dah tau Germany menang masa lawan Costa Rica. 4-2! Agak best jugak la perlawanan tu sbb 2-2 pasukan bermain hebat.Ingatkan Costa Rica x terer. Terer juga rupanya diorg. Ballack x main sbb sakit belakang so aku ingatkan Kahn yg masuk. Rupanya org lain. Tapi takpe la, menang juga Germany! :) Eventhough jarak perlawanan nie dgn perlawanan selepas tu hanya sejam, aku ambil keputusan utk tidur. Huhu, x larat nak tgk bola je.

Mlm tu pulak, pergi rumah makcik utk sama-sama tgk perlawanan England vs Paraguay. Saja je pegi tgk kat sana sbb family diorg suka England. Perlawanan x seperti yg aku harapkan. I mean, aku harapkan diorg boleh jaring byk gol since ramai yg terer kat team tu. Michael Owen, Steven Gerrard, Frank Lampard and David Beckham.. tu semua terer. Tapi Paraguay pun boleh tahan 'ganas'nya juga. Sedap-sedap je diorg tackle bebudak England nie. Frank Lampard byk kali kena tackle. Kesian dia, dah ler baru dpt main dlm World Cup. Kalau x tu, dok manjang injured je before World Cup. Pemain yg mencuri tumpuan on that game is Peter Crouch. Mak aii, tinggi menggalah betul mamat tu. 2 meter kan? Kesian tgk dia sbb byk kali faul.. kalau x silap, 7 kali.Nak buat camne, dah dia tinggi. Kalau dia melompat pun kena org, kalau x melompat pun org kena dia. Pada pandangan kitorang, referee yg sorang tu agak strict sikit. Orang tackle, kdg-kdg dia buat-buat tak nampak. Lagi satu, pemain England yg kena himpit dgn dua pemain Paraguay tp Paraguay dpt free kick. Apehal ntah referee tu.. x paham aku. Tapi x kesah la, England menang eventhough tu jaringan ketua pasukan Paraguay sendiri. Tapi kena paham juga la, kalau Beckham x bg free kick yg cantik mcm tu, mustahil bola tu masuk gol. Malam tu, bila tgk cara Beckham main, baru la aku tau betapa dia ada byk skill masa main bola sepak!
Sweden vs Trinidad & Tobago.. aku x tgk sbb adik aku x kejutkan aku bgn dr tidur! Huwaaa... tapi xpe la, diorg seri 0-0. Ok la tu.. at least Sweden x dpt 3 mata penuh. Kira terer juga la Trinidad & Tobago nie. Diorg boleh 'tahan' Sweden sampai x dpt jaringkan gol langsung. Nampaknya England kena main dgn bersungguh-sungguh Jumaat nie. Perlawanan yg lain pun aku x tgk sbb ada hal sikit.

Bila tgk kedai-kedai tepi jalan yg ada big screen and kedai tu penuh dgn org yg nak tgk perlawanan bola, aku terfikir alangkah baiknya kalau aku ada kwn-kwn perempuan yg suka tgk bola juga. Boleh lepak kat kedai sambil tgk bola. Boleh bersorak dgn org lain. Takpe la, tgk kat rumah je la gamaknya.. hahaha.

Friday, May 21, 2010

Tudung bersanggul yang famous sekarang nie

I read about it somewhere before but forgot to bookmark the link. Then, Wan posted about the same thing. Let me share her post with you.


I got this article from facebook, written by Haslinda A. Karim . Something that I think, all women (or men) must read. Something to ponder.

********

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::

akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:

dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Thursday, May 20, 2010

I miss you

Nak makan cinnamon rolls from Cinnabon. Mane nak cari? Nak yg dari Cinnabon je. Taknak yg lain.

:(

Banyakkan lah program yg sebegini

Orang lain minat program realiti, aku pun minat jugak. Bermula dengan Survivor dan The Amazing Race. Memang 2 program ni aku layan sejak Season 1. Aku lebih gemarkan program realiti yg boleh menguji fizikal dan mental peserta. Jika ia bercorak pendidikan, lagi bagus.

Salah satu program yg dah habis malam tadi ialah Top Host 2010. Dah la mlm tadi tinggal sorang-sorang kat rumah sbb hubby kerja. Boleh pulak aku smsed dia byk kali psl Top Host aje. Haha.. ampun! Aku berdebar sorang-sorang kat rumah.

Malam tadi tinggal 5 finalists. Mereka diberikan 2 tugasan secara spontan. Tugasan pertama melibatkan mereka utk membuat liputan secara live. Topik-topik diberi pada masa itu juga dan mereka diminta mengulasnya selama 45 saat. Tugasan pertama mereka akan dinilai dan hanya 2 peserta akan mara ke peringkat kedua.

Masa tugasan pertama nie, aku dgr dari dlm bilik je sbb Batrisyia nak tidur. Jadi bila dpt tau yg Fadhil dan Syazwani mara ke tugasan kedua, tu yg excited.

Sebab apa?

Sebab aku mmg suka dua org ni sejak awal lagi. Kredibiliti Fadhil dan Syazwani terserlah sejak episod pertama. Sejak kebelakangan nie pula, nampak Syazwani ada kelebihan berbanding Fadhil. Jadi malam tadi, mmg harap sgt Syazwani ni menang.

Tugasan kedua melibatkan mereka menemuramah Siti Nurhaliza selama 4 minit. Utk tugasan kedua, mmg nampak Syazwani berjaya menemuramah Siti Nurhaliza dlm keadaan yg sangat tenang. Dia tak menggelabah. Fadhil pula mcm nervous je. Therefore, it was obvious that Syazwani will win the title of Top Host 2010.



Stesen TV, diharap selepas ni lebihkan la program realiti sebegini daripada program realiti berbentuk nyanyian. Dah muak la weih. Nak lahirkan ramai penyanyi je.

Urm, malam tadi emo tgk Bersamamu.. hehe.. tak pernah aku nak emo camni. Geram bila si bapa bercerita yg rakan-rakan di tempat kerja mengejek dia sbb terpaksa dekatkan mata ketika potong cermin gara2 sebelah mata dia buta dan sebelah mata lagi ada selaput. Sudahnya, dia terpaksa berhenti kerja walaupun boss dia sgt memahami. Dia berkebun je kat rumah.

Apalah perasaan orang yg mengejek tu bila tgk Bersamamu malam tadi. Tak rasa malu dan bersalah ke? Orang yg susah patutnya dibantu, dinaikkan semangatnya. Ni mcm budak-budak sampai nak mengejek.

Sedih tgk si bapa menangis bila seseorang yg pernah hidup dlm keluarga miskin (tetapi skrg sudah berjaya) memberi kata semangat kepada anak sulungnya.

Kita rasa kita hidup susah tp sebenarnya ramai lagi yg hidup lebih susah dari kita.

Random

MY FACEBOOK ACCOUNT

FB kepunyaan hubby sedang hot. Aku yg pada mulanya taknak masuk campur, akhirnya masuk campur juga memberi pandangan setelah aku merasakan aku perlu berkongsi ilmu dan betulkan apa yg tak betul. Semua orang kurang ilmu. Tiada yg sempurna. Jadi seharusnya kita mencari ilmu. Jgnlah mempertikaikan apa yg sudah terang dan nyata. Kelak akan ditanya oleh Allah mengapa kita mempermainkan hukum Allah.

Ok. Cukup setakat ni. Aku taknak heret ‘kepanasan’ mereka berhujah ke blog aku pulak. Blog ni blog ringan aje.

Honestly, aku dah malas nak ber FB. Tujuan utama aku sign up adalah sbb nak kumpul kwn-kwn yg dah berhijrah dari Friendster ke FB. Senang kalau nak hubungi mereka sbb aku tak simpan semua phone no.

Kerana itulah aku hanya log in bila perlu. Dan aku dah tak add orang baru melainkan kawan-kawan sekolah (sbb tu tujuan utama aku ber FB pun kan?)

Jadi maaf la ye jika aku tak accept invitation.. hatta main games pun tidak kat sana. Dah ada yg tegur kenapa tak accept Café World la.. FV la.. alamak, aku tak main. Sebab tu aku decline.

Lagipun, aku dah senyap kat sana. Kalau korang add aku pun, tiadalah gunanya. Ahaks.

Kdg-kdg, elok gak tak bergantung dengan FB. Kalau tak tu, asyik2 FB. Nak tau update terkini pun nak kena rujuk FB. Kita kan ada telefon dan email. Tak perlu la semuanya nak kat FB.

Senyap aku dah sampai ke tahap Wall pun aku invisible. Haha.. jgn marah eh.

Tinggal fikir nak delete acc je nie. Masih dlm pertimbangan.

WORLD CUP

Kurang 30 hari lagi nak layan WC nie. Semalam dpt berita yg Michael Ballack pun dah terkeluar dari WC. Berita yg menyebabkan Wan dan Weed kecewa. Haha.. poyo sgt la sampai nak kecewa kan? Tapi betul la. Mcm dah kurang seri pulak WC kali nie bila takde nama-nama besar seperti Zidane, Ballack, Kahn, Beckham, Owen.. ha sape lg? Hopefully, Germany dpt pegi final walaupun Ballack takde. Hmm, dah la ni merupakan kemunculan terakhir Ballack dlm WC. Tak dpt main.

Guess what? Kevin-Prince Boateng telah dilabelkan sebagai "Public Enemy No. 1" oleh peminat-peminat Germany. To make it worse, ayah dia orang Ghana dan mak dia org Germany. Dia pulak main WC utk pasukan Ghana. And yes, Ghana and Germany are in the same group!

Boateng, you're definitely the "Public Enemy No. 1".

LUNATOTS

Okay, orang Seremban dan PD yg nak dptkan info tentang Cloth Diaper Lunatots, boleh call saya di 013-2466959. Saya akan ke tempat anda pada hari Sabtu ini.

BATRISYIA

Her favourite word right now is TAKUT. Sikit-sikit "Akut". Suruh pegi main kat living hall sorang-sorang, dia kata, "Akut". Abi dia lukis muka orang yg tak berapa rupa orang, dia kata "Akut".

ME

Nak cuba buang lemak sebanyak mungkin sebelum pregnant balik. Hahaha.

Wednesday, May 19, 2010

Pernah ada masalah penyusuan?

Alhamdulillah, masih ada kurang 5 bulan lagi utk menamatkan misi jangka panjang dlm penyusuan susu ibu. Sebetulnya, aku sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak terlalu stress dlm mencapai misi2 penyusuan. Kenapa misi-misi? Kerana aku bahagikan misi penyusuanku kepada 4 bahagian.

Misi 6 bulan, misi setahun, misi setahun 6 bulan dan misi 2 tahun.

3 misi sudah tercapai. Harapnya misi terakhir akan mampu dipenuhi. Bila aku bahagikan mcm nie, kurang stress dlm diri. Aku hanya buat yg terbaik utk capai semua misi tersebut.

Lepas habis keempat-empat misi ni, aku akan terus bf Batrisyia hingga ke saat dia berkata, "Taknak susu lagi".

Jgn sesekali kecewa kalau tak dpt menyusukan anak seperti org lain. Mungkin anda tak dpt menyusukan anak hingga ke umur 2 tahun tapi rasanya anda berjaya susukan anak selama tempoh berpantang kan? 2 bulan tu pun dah kira cukup bagus. Kalau tak berjaya utk anak pertama dek kerana kekurangan ilmu penyusuan, mungkin anda boleh mula mencari ilmu dan menghadiri kelas penyusuan agar ilmu tu lengkap ketika anda menghadapi anak yg seterusnya pula.

Tidak ada istilah gagal jika anda telah mencuba. Orang yg gagal tu ialah orang yg tidak mencuba langsung!

Bila masuk forum yg aku selalu jenguk satu tika dulu, aku baca thread yg org lain buka. Terasa mcm simple je masalah mereka. Sedangkan satu masa dulu, aku pun menghadapi masalah yg serupa. Betullah kata orang, bila kita berjaya mengharungi sesuatu masalah, kita akan rasa diri kita kerdil. Rasa mcm tak percaya yg kita telah berjaya mengatasi kesusahan tu.

Percayalah bila aku ckp, masalah penyusuan yg anda alami skrg mungkin akan dipandang seperti masalah kecil apabila anda telah berjaya menyusukan anak hingga ke tahap yg anda inginkan.

Kecoh sekejap bila new member marah sebab thread yg dia buka telah dipadam oleh moderator. Katanya, tak semua org ada masa nak jenguk old threads. So cara senang ialah dengan membuka thread baru. For me, kalau kita nak cari ilmu, rajin-rajinkanlah diri jenguk thread lama. Kalau benda yg sama diulang-ulang kat forum tu, orang pun naik muak nak masuk. Susah-susah, search aje. Kan ada search box. Tak perlu nak melenting bila thread anda dikunci.

Anyway, ni antara thread yg aku ada jenguk:

MENAMBAHKAN SUSU BADAN
- Rata-rata, ramai ibu yg cuba tambah susu badan terutamanya bila tgk jumlah susu kita makin kurang. Cara yg berkesan utk aku ialah dengan mengamalkan Pil ASI (rasanya setahun aku mkn pil nie), minum air longan dan soya, mkn kekacang, wajib mkn nasi, mkn pucuk manis dan peria. Paling penting, pumping /perah / direct feed susu mestilah antara 8 ke 12 kali sehari.

SIMPAN SUSU
- Masa mula-mula, mmg blur sbb tak tau camne nak simpan susu. Lepas belajar dari forum dan LC, baru la rasa benda ni senang je. Kalau dulu simpan pakai storage bottle dan bekas dadih, sekarang aku dah cuba guna liner.

SUSU SIKIT
- Susu sikit? Kalau masa berpantang, insya Allah susu anda akan melimpah ruah jika anda feed on demand, minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan mkn nasi berlauk yg boleh menambahkan susu seperti ikan dan sayur sawi. Masa pantang dulu, tiap-tiap hari aku mkn ikan cencaru goreng dan sayur sawi masak air letak black pepper. Punya la mkn sedap masa pantang. Haa, sampai bengkak susu melampau-lampau. Mau nangis kalau kenang sakitnya.

Even my doctor nasihatkan, kalau betul2 nak menyusukan anak, tak boleh skip mkn. Kena mkn makanan yg berkhasiat dan air mmg kena minum byk. Kalau tak, badan tak dpt bekalkan bahan mentah utk produce susu. Jadilah "susu sikit".

ANAK TAKNAK SUSU BADAN
- Alhamdulillah. Batrisyia suka susu badan. Jgn sesekali kacau time dia nyusu. Nanti dia bg jelingan maut.

MCM MANA NAK BG BABY INGAT BLK SUSU KITA
- Memandangkan aku takde isu relaktasi, aku hanay perlu ingatkan balik Batrisyia sejurus lepas balik dari kerja. Apa yg aku buat, sebelum pegi kerja, aku akan menyusukan dia. Then, sejurus lepas sampai rumah, aku susukan dia semula. Ni utk create semula bonding between mommy and baby.

Sampai la sekarang nie. Dia baru masuk car seat, dah ckp "Nak susu.. nak susu" sampai la kitorang sampai rumah. Kdg2 nak gelak sbb dia buat-buat nangis dgn harapan aku berhentikan kereta dan susukan dia dulu.

APA PERBEZAAN SUKATAN FM DAN SI
- FM dan SI adalah dua benda yg sama tapi tak serupa. 2-2 ialah susu tapi FM lebih mengenyangkan kerana ia sedikit sukar dihadam oleh perut anak. SI pula lebih mudah dihadam. Kerana tu poop baby yg minum SI mmg nampak lembik dan kekuningan. Bukan bermaksud dia cirit birit tp poop dia lembut.

Kalau anak minum SI, kita nampak mcm dia cepat lapar. Orang akan anggap susu tak cukup sedangkan SI yg anak minum tu sebenarnya cepat terhadam. Kerana tu anak asyik minta susu. Disebabkan itu ibu disaran bf on demand.

Baby yg minum FM mungkin memerlukan susu sebanyak 16oz sewaktu dia di taska. Batrisyia pula, memerlukan sekitar 24oz di waktu yg sama.

Kelmarin, Faiz tanya mcm mana nak buat air longan. Senyum je bila baca sms dia. Dulu, aku pun mcm dia. Bukanlah nak kata tak reti buat air longan tp sbb desperate nak tambah susu, terasa mcm ada resipi tersendiri utk air longan khas utk ibu yg menyusukan anak. Haha.. I know, very silly!

Air Longan Versiku

Sepaket longan kering (beli kat kedai sinseh)
Gula / gula batu
Air

Cara: Basuh longan kering tu. Then, masukkan dlm periuk. Masukkan air. Ikut suka nak letak air byk mana. Kalau nak cair, letak byk. Kalau nak pekat, letak la air ngam-ngam. Tambah gula. Tak perlu byk. Biar manis buah. Jgn manis gula. Rebus hingga longan kembang.

Tuang dlm jag. Rasa manisnya. Kalau perlu, tambah air. Sedia utk diminum.


Air longan memberi reaksi yg berbeza pada setiap ibu. Ada yg panas badan, ada yg batuk, ada yg anak kena kembung perut. Jadi tgk reaksi dulu ye. Mana la tau tak serasi.

Dan jgn la fikir yg air longan mmg gerenti boleh tambah susu badan. Ini pun ikut badan masing-masing. It works for me.

Tuesday, May 18, 2010

Consolation prize from AliceWonders

Ada masuk beberapa contests bulan lepas dan bulan nie. Menang first prize kat Pack Me Love. Recently, sudah dpt consolation prize utk mother's day contest kat MBP.

15% Mother’s Day Cash Voucher To Shop At AliceWonders.com! Kira bagus sgt dah tu sbb mmg nak membeli di sana pun. Setelah melihat-lihat apa yg boleh dibeli, ada 2 benda je yg terasa nak beli.

Coco Cerise Quilted Chain Bag

Suka la warna dia! Tak pernah ada handbag warna sebegini. Abang, you belanja I lagi 85% ok tak? Heheeee.

Purse Hook Luxe Teal

Ada purse hook pun bagus jugak kan? Tak perlu nak letak handbag kat lantai.

Pisah tempat tidur

Dah lama aku perasan yg Batrisyia akan lena tidur selagi abi dan umi dia tak masuk tidur. Batrisyia masih tidur sekatil dengan kami. Kenapa?

1) Senang nak bagi dia susu. Kalau dia terbangun nak susu, boleh bagi susu sambil baring.
2) Dia sgt lasak. Kalau bagi dia tidur sorang-sorang, rasa mcm tak selamat pulak.
3) Semuanya sebab bonding.. ececece..

Okay la. Dipendekkan cerita, mmg Batrisyia susah nak terbangun dari tidur lepas dia ditidurkan sekitar jam 9 malam. Bila dia dah tidur tu, mmg rasa lega sgt sbb boleh selesaikan kerja-kerja yg lain. Kalau kitorang masuk tidur pukul 12 malam, maksudnya dari pukul 9 sampai 12 malam tu, dia takkan terbangun.

Tapi once kitorang masuk tidur, aku bg masa setengah jam je la. Mesti lepas tu dia nangis. Cari susu la, cari air la, cari roti la, cari bantal la. Kalau dia terbgn dan tgk aku tidur tak mengadap dia, pun dia boleh nangis. Ada je bendanya. Ia akan berlaku sampai la kitorang bgn pagi.

Kenapa la agaknya.

Sebab tu la, walaupun kerja rumah dah selesai sekitar 11pm dan patutnya boleh masuk tidur, aku akan lepak atau lelap sekejap kat ruang tamu. Pukul 12 malam, baru masuk bilik sbb nak bagi Batrisyia tidur puas-puas tanpa perlu terbangun.

Hubby cadangkan agar Batrisyia mula ditidurkan di bilik sendiri. Excited juga dgr cadangan dia. Tapi boleh berjaya ke? ;-) Ala, tak puas la nak berkepit dgn dia time tidur. Dia baru umur setahun 7 bulan.

Apa pendapat anda?

Monday, May 17, 2010

Food tasting at Shangri-La Putrajaya

Ahad lepas, kami dijemput utk menghadiri food tasting di Shangri-La Putrajaya. A few weeks ago, kami ke sana utk menghadiri majlis reunion sek men hubby. This time, kak Zila ajak my hubby dan abg Kasim utk merasa buffet kat sana.

Ini bukan makanan kat hotel ye. Ni our breakfast pagi tu. Walaupun tgh hari nak pegi food tasting tp hubby minta 6 keping roti utk dia mkn time breakfast. Sudahnya kekenyangan.

Tepat jam 12.30 tgh hari, kami semua sampai di hotel.

Melihat hasil gambar reunion yg lalu sementara menunggu kak Zila sampai

Abang: Nak tau tu buah apa? (sambil tunjuk buah kat depan dia tu)
Adik: ... (Pandang buah tu)
Abang: Tu buah jambu! Abang boleh panjat pokok tu (sambil cuba panjat tingkap)

Kejap je tunggu, tak lama lps tu kak Zila pun sampai. Terus ke cafe utk jumpa Stephanie kat sana. Stephanie merupakan service manager di sana. Kami dpt round table yg besar. Borak sekejap dgn Stephanie. Lepas tu terus ambil makanan.

Nama je food tasting tp semua org mkn mcm lunch buffet gak. Makanannya sgt banyak. Konsep kat sini lebih kepada high-tea. Jadi, tiada makanan yg terlalu berat mcm lauk pauk. Kalau ada yg berat-berat pun hanyalah nasi goreng, ayam pandan, udang paprik, kari daging, sayur campur, ayam bakar, ikan bakar, itik bakar, kambing bakar.. eh, mcm byk pulak.

Then ada satay, pizza, finger foods, mini burger, ice creams, ABC, cucur udang, keropok lekor, pisang goreng.

Yg paling banyak ialah desserts. Semuanya manis-manis belaka. Tak dpt nak cuba semua.

Kalau dine-in kat sini dgn anak, anda tak perlu risau sbb akan ada clown yg melayan anak-anak anda.



Cafe ni berkonsep terbuka. Jadi tak la rasa mcm terperap dlm bilik. Rasa sgt selesa. Kalau yg jenis merokok, boleh terus keluar ke taman. Tempat ni mmg bagus kalau nak buat reunion.

Bila pegi buffet, minah ni la orang yg paling bahagia sbb dpt mkn mcm2. Dia kan suka mkn.

I'm big enough to eat satay

Kenapa nampak mcm sedikit tembam lps mkn satay?

Triffle yg sedap!

Masa mkn triffle nie, hubby tanya boleh tak aku buat dessert nie. Dia selalu mcm nie tau. Sebenarnya dah lama sgt aku ckp aku nak buat triffle. Tapi bila bgtau dia brg2 yg nak kena beli, dia ckp tak payah la buat. Mcm byk sgt je brgnya. Sedangkan tak byk pun.

Antara yg menjayakan food tasting

Dlm pukul 3 mcm tu, Stephanie datang ke meja dan dptkan feedback dari kami. Dipendekkan cerita, kami kena beritahu apa yg kurang dlm menu mereka. Apa yg perlu diubah, apa yg perlu ditukar.

Lepas minum kopi, semua org gerak pulang ke rumah masing-masing.

Terbaring kekenyangan di sofa

Utk high-tea buffet kat sini, bayaran yg dikenakan hanyalah RM57. Boleh dpt diskaun kalau buat tempahan utk kumpulan besar.

Contact person:
stephanie chiew
DL: 03-88878882
stephanie.chiew@shangri-la.com

Friday, May 14, 2010

You screwed it up this time!

I seldom write about my work life. Why? It's boring! Tidak ada apa yg perlu diceritakan.

Dah selesa kerja kat sini sebab my boss merupakan seorang yg agak memahami dan bertimbang rasa. Tetapi bila sampai angin kus kus dia, aku pun boleh jadi stress.

Mcm sekarang nie la. Sungguh, dari semalam aku stress dgn dia ni. Dia sedang hangin, dia dtg office. Sudahnya aku pun kena dia punya hangin tu. Ok, dia tidak la sampai marah ke apa. Dia tak pernah nak marah aku pun walaupun dgn org lain, byk kali juga aku nampak orang kena marah dgn dia.

Seperti biasa, nak dekat 15th ni.. aku kejar my dateline. Bos pulak jenis yg kalau dateline tu 15th, 15th jugak la dia mesti dpt hasil kerja. Tak boleh siapkan awal-awal. Pernah aku cuba siapkan seawal 10th, aku kena tegur sbb bagi awal sgt. Apekah?

Tapi sebab semalam dia hangin, tiba-tiba dia lambakkan mcm-mcm kerja remeh kat aku. Kerja yg bukan aku perlu follow up, aku pulak yg kena buat. Dang!

Pagi nie, aku cuba check balik menda-menda yg dia suruh follow up. Ni keje aku tak usik lagi nie. I found out that client tak terima our documents. I pening kepala sbb usually, kami hantar document by courier service. Tapi utk client yg seorang nie, I ingat sgt boss ckp nak bg by hand. Dan aku tak tau dia bg document tu kat sapa. Now, nak salahkan sape nie? Kalau aku ckp client tak terima that documents, serupa la mcm aku ckp, "Mr. X, you screwed it up this time!".

It's an important documents. Tak ada sebarang proof yg kami dah hantar (sbb by hand) dan client dah terima.

Tgk my desk pun dah serabut otak. Penuh dgn paper works.

I need a strong black coffee now!

Thursday, May 13, 2010

Juadah utk pot-luck

Tiap-tiap tahun, pihak nursery akan adakan majlis sambutan sempena hari raya dan hari guru. Ibu bapa tidak turut serta disebabkan ia dibuat ketika waktu kerja tetapi ibu bapa diharapkan memberi sumbangan berbentuk pot-luck utk menambah juadah yg sedia ada. Tidaklah wajib utk hantar makanan tp kebanyakan ibu bapa akan ambil inisiatif sendiri utk hantar makanan. Sapa yg sempat masak, diorg hantar la makanan yg diorg masak. Sapa yg tak sempat nak sediakan apa-apa, selalunya aku nampak diorg hantar kek, KFC dan buah.

Esok pihak nursery nak buat sambutan sempena Hari Guru. Jadi kena la fikir nak sediakan apa utk pot-luck. Kalau la rumah ada oven, kan senang. Bakar je kek, muffin, kepak ayam. Urm, sbb ni nak hantar kat nursery.. kena la fikirkan menu yg sihat-sihat utk kanak-kanak kat sana. Pihak nursery tak kesah kalau nak bg gula-gula dan coklat tp as a parent yg ada anak, aku faham ada sesetengah ibu bapa tak benarkan anak mkn benda-benda manis terlalu byk. Budak-budak nie, kalau dah ada benda manis depan mata, mesti diorg nak mkn byk. Silap-silap, masing-masing sugar high kat nursery nanti. Hehehe..

Haih, nak hantar apa ye? Apa juadah yg sihat? Sandwich? Wrap? Pudding? Nugget? Any idea?

Tgk je la aku bwk apa esok.

-Updated (at 10.42am)-
Texted hubby.. asked him what should I bring for the kids. He replied, "Apa-apa".. , as usual huh?

Kids love something sugary, cheesy and colourful!

Finger foods should be okay.. so nuggets, sausages, fries etc?

Or something healthier such as sandwich? As long as I put shredded salad and tomato slices, Batrisyia will eat her sandwich with happy smile =)

Wednesday, May 12, 2010

Umi... Awah abar!

Boleh pulak terlupa yg kitorang ada ambil video kat PD aritu. Dlm byk2 videos, satu ni yg aku suka tgk.

video

2 hari lepas.. waktu Maghrib.

Batrisyia sibuk mengikut aku masuk changing room kat rumah. Actually, it's a bedroom tapi sbb xde org guna, jadilah ia changing room/solat room.

Umi: Batrisyia duduk kat abi la. Umi nak Allahuakbar.. (bermaksud aku nak solat)
Batrisyia: Awah abar (sambil buat sujud movement kat lantai)
Umi: Haa, ye.. pegi kat abi eh.

She left the room. I closed the door. Kalau tak tutup, alamatnya dia masuk time aku tgh solat nanti. Sedang bersiap..

Tok.. tok.. tok.. Batrisyia ketuk pintu. Aku diam je.

Tok.. tok.. tok.. Dia ketuk lagi. Aku diam lagi.

Batrisyia: Umii.... Awah abar

Diam lagi.

Batrisyia: Umii.. umii...
Hubby: Liza.. buka la kejap. Dia nak bg barang.

Huh? So I opened the door.

Guess what?

Dia ambil sejadah dari dlm bilik kami dan hantar kepada aku! Alahai yang, umi dah ada sejadah lain dlm bilik ni la.

However, aku ambil juga sebagai tanda penghargaan. Aku bentangkan sejadah tu.

Terus dia sujud kat sejadah tu.

"Ok..ok.. pegi balik kat Abi"

=)

Tudung-tudungku murah-murah aje

Tudung senget.. tudung twist.. tudung instant.. tudung lycra.. rasanya semuanya merujuk pd jenis tudung yg sama kan?

Ada orang pakai tudung mcm ni sebab nak cepat. Tak perlu nak adjust, tak perlu gosok, tak senget bila ditiup angin, tak susah nak pakai.

Kalau tanya Wan Syafira, dia kata tudung tak senget bila dtg angin kuat kat UK. Hehehe.

Masa orang galak pakai tudung nie, aku tak ambil pusing pun sbb mmg takde problem nak pakai tudung bawal langsung. Dah kira pro bentukkan tudung dlm masa yg singkat. (Thanks to SMAP Labu.. hahaha.. 'tudung karipap' is absolutely no..no kan?). Jadi bila orang lain kata pakai tudung instant ni senang, aku rasa tudung lain pun senang jugak. Ahaks.

Lepas tu, aku ingat nak beli satu tudung instant warna hitam. Senang nak sarung kat rumah. Itulah tudung pertama.

Kemudian, membawa kepada pembelian tudung-tudung yg seterusnya!


Light pink

Cream

Light blue

Pink

Ni yg ada gambar. Yg takde gambar ialah warna light purple, hijau pucuk pisang dan orange.

Maknanya dah ada 8 helai!

Nak kata aku suka pakai sbb tak payah gosok, tidak la jugak sbb aku gosok semua tudung nie. Nak kata sbb senang tak payah adjust tang depan tu, ala.. pakai tudung bawal pun senang gak per. Haha.. Aku cuma suka sbb nampak kemas walaupun terpaksa dukung anak! Elok je terletak kat bahu. Batrisyia ni kdg2 suka main-main. Dia suka tarik tudung atau saja sengetkan tudung. Jadi bila pakai tudung mcm nie, senang la sikit.

Ni tudung murah je. Bukan la dari butik mahal-mahal tu. Tak kuasa nak pakai tudung mahal-mahal. Dpt yg murah tp sedap dipakai, baik beli yg murah. Harga? Tudung-tudung di atas hanya berharga RM15, RM20 dan yg pink tu dpt free! Beli kat mana? Jalan TAR!

Kalau rajin, boleh la jenguk kat kedai-kedai sana. Kalau tak rajin mcm aku, pesan jiran belikan je sbb dia keje kat area sana. Dia boleh dpt murah!

Kenapa korang pakai tudung instant? Dan adakah korang memilih brand atau tak kesah pakai tudung Jalan TAR?

Tuesday, May 11, 2010

Menulis untuk hubby

"Kalau abang ada blog, abang tulis psl benda nie"

Ok la abang. I tuliskan utk you.

Semalam, hubby terpaksa balik dari tempat kerja dengan menaiki bas kerana takde teksi yg nak berhenti di Jalan Yap Kwan Seng tu. Perkidmatan monorel tergendala semalam. Sebab tu kena naik pengangkutan awam yg lain. Disebabkan aku sendiri tak berapa sihat, dia tak benarkan aku ambil dia.

"Eii, rasanya dah 5 tahun abang tak naik bas kot" katanya melaluinya telefon sebelum dia naik bas. Dia maksudkan ni bas kat bandar, bkn bas ekspres.

Dia naik bas ape ntah. Tapi bas tu lalu Pudu, pastu lalu tempat lain dan akhirnya sampai ke tempat aku tunggu dia.

Ayat pertama yg dia sebut bila aku tanya pengalaman dia naik bas tu ialah...

"Huishh, takde orang lain dah. Bas tu penuh dengan Bangla!".

Tu la kejutan utk org yg dah lama tak baik bas. Bas merupakan pengangkutan awam pilihan bagi warga asing kerana tambangnya jauh lebih murah berbanding teksi dan LRT. Aku sendiri dah lama tak naik bas kat KL nie. Lagi selesa naik LRT.

Paling tak tahan, hubby bercerita tentang pemandunya.

"Dah la driver tu pasang lagu dangdut! Bukan dangdut yg biasa tu. Ni remix dangdut"

Kuikuikui.

Lemah badan

Sebenarnya, sudah 5 hari badan ni lemah. Ditambah pula dengan batuk dan selesema sejak lebih seminggu yg lepas.

Bermula dengan hari Jumaat lepas. Kepala terasa seakan berpusing. Bukan pening kepala ye tapi kepala yg terasa berpusing. Hmm, susah nak explain.

Sabtu masih gagahkan diri pegi Jusco utk beli brg-brg. Tapi balik dari sana, badan dah mula rasa bisa sana sini. Malam tu hanya mampu terbaring saja selepas selesaikan semua kerja rumah tangga. Terasa nak selesaikan semuanya sbb dpt rasa yg hari esok, aku akan makin lemah.

Ahad, sakit satu badan. Orang lain rasa segar lps bangun pagi. Aku pulak terus takde tenaga nak buat apa-apa. Nasib baik Batrisyia pun tidur sampai 9 pagi. Kepala pusing, badan bisa.. complete set aku dpt.

Hubby beli sarapan kat luar dan minta lauk yg senang-senang utk dimasak mkn tgh hari. Masih mampu telan sarapan tp menjelang tgh hari, dah takleh masuk apa-apa dlm mulut nie. Lepas masak, aku baring.. baring.. baring.. sampai badan yg bisa dah jd lenguh. Dah la lapar.

Sudahnya ptg tu aku mkn toast aje. Malam pun toast. Pagi esoknya tu pun toast. Muka pun dah jadi muka toast.

Sebab sakit, hubby dpt tunjukkan skill dia buat foot reflexology 2 malam berturut-turut. Giler sakit! Mcm kena toreh dengan pisau padahal dia buat perlahan je. Mmg bagus betul la tok guru dia nie. Kenapa la ko ajar laki aku benda ni. Nampak sgt aku sakit satu badan sbb byk sgt point yg sakit bila ditekan.

Masih takde selera nak mkn nasi. Mmg tak boleh nak mkn berat-berat lagi. Lunch smalam mkn sushi 4 ketul aje. Kepala masih lg rasa pusing. Badan dah kurang bisa tp masih ada rasa sakit di beberapa tempat.

Aku ckp dgn hubby, aku rasa mcm ada benda tak betul berlaku dlm badan nie. Aku rasa semacam tp x reti nak explain.

Hari ni tak tau mcm mana...

Monday, May 10, 2010

Don't talk rubbish about rubbish!

Aku nak berkongsi satu kejadian yg berlaku di Jusco AU2 pada hari Sabtu lepas. Cerita ni bukan utk condemn orang yg tak menyokong usaha orang lain utk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau anda tidak mahu menyokong kempen ini, tidak mengapa. Tetapi jgn jadi bodoh seperti orang yg aku jumpa Sabtu lepas.

Kami ke Jusco AU2 utk beli groceries setelah meneliti senarai barang yg perlu diberi. Kiranya, byk boleh dpt kat sana. Jucso AU2 mmg tempat la sesuai utk shopping especially kalau korang bawa anak kecil kerana ia quite spacey jika nak dibandingkan dengan Jusco Maluri ke, Balakong ke, Mahkota Cheras ke. Biar la jauh sikit asalkan selesa.

Lagipun, Jusco mmg OKU dan baby friendly. Di information counter, korang boleh pinjam wheel chair, kiddie car dan stroller. Hanya perlu daftar nama. Bila ada anak mcm Batrisyia, mmg boleh distract dia dari mengganggu proses beli barang melalui kiddie car.

Senang. Masukkan je dlm nie. Terus dia senyap. Ala-ala main kereta mainan.



Bila tiba masa utk bayar, kami pilih satu lane nie. Ada sorang customer je. Tu pun barang2 dia dah nak habis kira dah. Jadi, mmg ingat kejap je la nak kena tunggu. Then, tersedar yg terlupa nak ambil tisu. Jadi, hubby dan anak pegi ambil tisu sementara aku menunggu di kaunter. Pakcik kat depan tu tak abes lagi.

Aku dgr perbualan dia dgn cashier. Mmg la aku tak ingat sepatah-sepatah ayat pakcik tu. Tapi lebih kurang camni la jalan ceritanya.

Sabtu ialah hari tanpa plastik. Jadi, Jusco mmg tak bg plastik kepada pelanggan. Kalau pelanggan insist nakkan plastik, satu plastik akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen.

Jadi, pakcik ni bertanya kenapa dia tak diberi plastik. Cashier ckp, Sabtu ialah hari tanpa beg plastik. Pelanggan disaran bwk shopping bag sendiri.

Pakcik tu tanya, mcm mana kalau dia nak jugak beg plastik? Cashier jwb, kalau nak beg plastik, diorg akan charge 20 sen utk setiap plastik.

Kemudian, pakcik tu mula speaking London. Dia tak puas hati. Dia kata, kalau dah namanya kempen, kenapa nak kena jual? Ni namanya dah ambil kesempatan atas pengguna. Bla.. bla..bla..

Lepas tu pakcik tu ternampak seorang officer yg kebetulan lalu di kaunter. Dia panggil officer tu. Dia tanya, ni apehal hari Sabtu takde plastik?

Officer tu menjawab, Jusco ikut kempen kerajaan yg cuba nak reduce penggunaan plastik. Jadi, hari Sabtu mmg takde plastik. Kalau nak jugak, kena charge 20 sen.

Pakcik tu marah. Dia kata, Jusco ambil kesempatan mkn duit pengguna. Ini tidak betul! Mana boleh buat mcm nie!

Officer tu menerangkan sekali lagi tetapi pakcik tu masih tidak menerima penjelasan mereka.

Mana Mr. XXX? tanya pakcik tu. Wah, pakcik kenal ke org kuat tempat nie? Aku tertanya-tanya jugak. Siap suruh officer tu panggil org kuat tu turun sbb dia nak argue dgn org tu pulak.

You tak boleh buat mcm ni, katanya. I nak perjuangkan hak pengguna. Panggil dia sekarang.

Mcm ni ke you berkempen? Berkempen tp mkn duit pengguna. Ni kalau I panggil press, I boleh buat press conference.

Ewah, besarnya ko pakcik oii! Sape ko eh? Kenapa aku tak cam muka ko? Sbb kalau ko famous, mesti aku kenal kan? Berckp mcm press tu pekerja ko pulak.

Believe it or not, dia membebel nak dekat 5 minit. Masa ni aku heran gak, mane hubby aku. Cari tisu sampai 5 minit. Hahaha..

Pakcik tu marah2 depan counter sampai taknak byr brg2 dia dulu. Dia nak plastik dan taknak byr 20 sen tu!

Satu keluarga Cina di lane sebelah hanya mampu pandang aku, geleng kepala sambil tersenyum sinis. Family ni beli brg lagi banyak dari pakcik ni tapi diorg sanggup bwk 5 shopping bags!

Aku kan tak suka kalau org tak sayangkan Bumi. Lebih-lebih lagi orang 'pandai' mcm pakcik ni yg ckp berapi-api tapi tak faham kenapa kempen ni perlu diadakan. Dah la aku tercongok je tunggu dia bayar brg dia. Sudahnya..

(Perbualan di bawah berlangsung dlm Bahasa Inggeris sbb pakcik tu kan speaking London. Aku ni pulak, kalau marah, mmg in English la jawabnya)

Aku minta pakcik tu bayar brg dia dulu. Dia taknak.

Pakcik: No. You have to wait. I want to speak for you, people.
Me: (Ada aku kesah?) No. can you please pay first? Because I don't give a damn about this "plastic thing". I don't mind at all. Seriously. (Sambil pegang my shopping bag depan mata dia)

Mungkin dia sedar yg aku perli dia. Atau dia sedar orang sekeliling pandang dia. So dia terus bayar. Tapi lepas tu, dia sambung kemarahan dia kat tepi counter. Dia kan nak tunggu Mr. XXX tu.

Masa turn brg aku, another officer tlg cashier tu kat counter.

Officer: Maaf ye dik. Tak tau nak ckp apa.
Me: Eh, takpe. Saya tak salahkan orang lain. Dia je. Tak faham kenapa dia ni tak faham. Susah kalau ada orang mcm nie.

Pakcik ni baru blk dari oversea ke? Rasanya, ramai yg dah tau bahawa hari Sabtu ialah hari tanpa plastik beg. Tapi rasanya orang kat luar negara tu lagi galak berkempen utk tak gunakan plastik beg.

Sungguh, aku kecewa dgn pakcik nie sebab dia memandang usaha orang ramai utk mengurangkan penggunaan plastik ni ialah sesuatu yg sia-sia. Katanya, byk cara lain boleh digunakan utk educate people. Bukan dgn cara tak bg plastik beg pada hari Sabtu.

Mmg betul. Ada banyak cara utk educate people. Tapi kempen ni pun boleh dijadikan sebagai langkah awal. Pada awalnya, orang mungkin akan merungut. Tapi bila dah terbiasa, dia mungkin ada tukar habit pakai shopping bag pada hari Sabtu kepada pakai shopping bag hari-hari. It takes time to train yourself, to change you perception, to educate your mind!

Kalau parents sokong kempen ni, anak-anak akan nampak. Mereka akan diajar sejak kecil. Insya Allah, perangai tu akan dibawa hingga dia dewasa. Impaknya mungkin tidak akan nampak sekarang.

Pakcik, kalau nak jugak plastik tu, apa kata pegi shopping pada hari lain? Tak payah buang masa argue depan counter dan buang masa orang lain.

Note: Aku bukan anti dgn org yg guna beg plastik sbb aku pun guna. Bukanlah tak guna langsung kan? Kalau plastik dah nak abes kat rumah tu, aku cari peluang jugak nak dptkan plastik masa pegi beli brg. Bagi aku, itu hak individu. Kalau ko nak pakai, ko pakai. Kalau ko taknak pakai, tak payah pakai. Cuma jgn la argue ttg hal 20 sen tu atau hal mkn duit pengguna ke apa. Sbb korang diberi pilihan. Benda ni bkn dijalankan setiap hari. Cuma hari Sabtu. Jadi nak juga guna plastik, pegi la shopping hari-hari lain.

Jadi jgn salah anggap dgn entry aku kali nie. Tak pasal-pasal lak ada orang nak marah kat aku nanti

Friday, May 07, 2010

Banyak cakap pulak


ENTRY 1
Entry ni bukan nak bandingkan Batrisyia dengan sepupu dia. Tak elok bandingkan sesama diorg.

Ramai juga yg concern bila tgk Danish masih bercakap bahasa Jerman sedangkan Batrisyia dah pandai sebut beberapa patah perkataan.

Mcm aku ckp, tak elok bandingkan. Setiap kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang berbeza. Takde satu buku pun yg memberitahu bila kanak-kanak sepatutnya mula pandai bercakap.

So, jgn la risau sgt dgn Danish tu. Cuma mungkin boleh ransang perkembangan dia dgn bykkan bercakap bahasa yang betul dengan dia. Doktor ckp, kalau nak ajar anak sebut perkataan dengan betul, kita as parents jgn la ckp pelat/kurang betul dengan anak. Jgn marah anak kalau dia ckp pelat/kurang betul. Betulkan dia dengan cara yg lain.

Daripada bercakap begini:
Batrisyia: Yoyon
Umi/abi: Salah tu.. belon!
Batrisyia: Yoyon!
Umi / abi: Dgr betul-betul.. Belon. Bukan yoyon.

Atau begini:
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Owh, nak yoyon ke?
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Ye la, nanti kita pegi beli yoyon.

Bertukar la kepada begini:
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Owh, nak belon ke?
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Ye la, nanti kita pegi beli belon.

Ada nampak tak apa perbezaannya?

Menurut artikel yg aku baca dlm Pa&Ma, sebolehnya jgn la dimarah anak yg berckp pelat kerana anak yg dimarahi akan berasa tertekan dan takut utk berckp. Dia takut jika dia silap ckp, menyebabkan dia akan membuat kesalahan secara berterusan. Tapi kena la tgk umur anak jugak ye. Kalau dah masuk sekolah pun dia masih berckp pelat, kena la buat sesuatu. Jgn dibiarkan.

Bila Batrisyia sebut 'Yoyon', bukanlah bermaksud dia salah sebut tp dia sebenarnya masih belum berupaya sebut 'bel'. Anak-anak tidak mampu mempunyai semua huruf serentak. Ada beberapa huruf hanya mampu disebut setelah mencapai umur beberapa bulan dan tahun. Maaf, lupa pula huruf-huruf apa. Jadi, aku berfikiran positif. Batrisyia cuba sebut 'belon' berdasarkan kemampuan dia ketika nie. Jadi perlu ke aku ckp yg dia salah sebut?

Tapi kalau risau juga, dptkan nasihat doktor. Biar doktor evaluate. Hanya doktor yg dpt kesan samada anak anda mempunyai masalah atau tak.

Dari Batrisyia berumur satu hari, kami bahasakan diri kami Umi dan Abi. Ketika umur dia berapa bulan entah, dia dah tau sebut papa dan mama. Cuma mungkin dia cuma saja-saja ckp tanpa maksudkan apa-apa. Puas ajar dia sebut umi dan abi. Tapi dia tak dpt sebut jugak.

Kalau diikutkan, byk jugak perkataan yg dia tak boleh sebut walaupun kami dah ajar berkali-kali.

Ball, belon, atok, nenek, paklang, satu (everytime suruh sebut ‘satu’, dia sebut ‘dua’),

Masa tu terfikir, bila la dia nak dpt sebut semua ni. Asyik keluar bunyi lain je. Takde bunyi yg sama langsung.

Tetapi, dia berikan kami kejutan sejak beberapa minggu lepas. Yg dlm bracket tu, yg dia sebut sblm nie. Yg takde bracket tu, maknanya sblm nie mmg ckp bahasa Jerman.

Sampai masa yg sesuai, tiba-tiba dia sebut:

Belon = Yoyon (uuu.. sambil tunjuk pada belon)
Atok = Atok
Nenek = Nenek
Paklang = Palang
Kak Zeti = Tak Teti
Kak Farah = Tak Lalla
Basah = Acah
Abi = Bi
Umi = Mi
Lagi = Agi (gi)
Sakit = Akit
Taknak = Nanak
Dah = Dah
Sedap = Cedap (dap)
Kasut = Chus utk shoes (Achut) ~ dulu ajar dia sebut shoes, dia lg reti sebut kasut. Skrg dah terbalik.

Daripada kurang faham apa dia ckp, tiba-tiba kitorang jadi faham dgn apa yg dia cakap. Amazing!

Tak sabar nak tunggu dia pot pet tanya mcm-mcm soalan.

ENTRY 2
BLOG-LOG (For my future reference)

Date: 06 May 2010

11.29am - Dpt panggilan dari nursery. Sejak Batrisyia duduk di nursery tu, ni kali pertama aku dpt panggilan kecemasan. Seriously, hati mmg dup dap bila tgk nama yg tertera kat skrin cellphone.

Kak Reena ckp, Batrisyia dah muntah sebanyak 3 kali sejak pagi tadi. Dlm 3 kali tu, sekali muntah lepas mkn, sekali lagi muntah lepas minum susu.

Hubby is on leave. Sebab kereta kat dia, terus called dia dan minta dia tgk Batrisyia kat nursery. Aku minta dia tanya soalan-soalan di bawah:

1) Dia muntah banyak atau sikit?
2) Muntah warna apa?
3) Adakah dia batuk teruk sebelum dia muntah?
4) Adakah dia nampak lesu dan sakit?

12.00pm - Called hubby. Dia dlm perjalanan balik dengan Batrisyia. 2 daripada 3 pasang baju yg aku hantar ke nursery dah kotor sebab muntah. Cuba dptkan maklumat dari hubby. Dlm 4 soalan yg aku minta tanya, hanya soalan No. 2 je yg dia ingat. Jawapannya, muntah warna putih.

Hubby ckp aku tak perlu balik. Dia akan tgk keadaan Batrisyia mcm mana dulu. So aku bg instruction kat hubby:

1) Kalau tiba-tiba dia nampak sakit, call me (sepatutnya terus bwk anak pegi jumpa doktor kan? tapi aku tetap minta dia call aku dulu).
2) Jgn bg susu. Kalau nak susu, dtg office. Aku direct-feed.
3) Jgn bg makanan dan minuman manis.
4) Bykkan minum plain water.

1.00pm - Tried to call hubby but there was no answer. Called so many times.. then, I gave up!

1.50pm - Hubby called. Dia tak sedar phone dia vibrate. Sabar je la. Dia kata, Batrisyia ok. Siap dengar minah tu gelak kat blkg. Hubby kata, Batrisyia mkn nasi dengan byknya.

3.00pm - Hubby called again. Aiyoo, aku dah terbayang benda tak baik sbb my hubby takkan call kalau takde urgent thing. Rupanya dia nak bgtau yg dia bwk Batrisyia pegi playground kat Bndr. Sri Permaisuri. Dgr Batrisyia gelak-gelak. So mmg lega. Rasa mcm dia tak sakit.

4.09pm - Hubby called again. Ok, ni sebab apa pulak? Hubby bgtau yg Batrisyia muntah byk. Habis nasi semuanya keluar balik. Damn! Aku tanya, Batrisyia batuk ke sblm muntah tu? Hubby ckp, ada batuk sikit.

Then, hubby bgtau yg dia bg Batrisyia minum air soya.

He forgot my instruction. Hmm..

4.40pm - Hish, risau la. Tak boleh nak fikir apa dah. Tapi bukannya boleh balik sbb takde transport.

4.45pm - Called hubby. Minta dia jemput aku awal sikit. Fuh, nasib baik aku tergerak hati nak call. Dia masih lg di playground. Dia tak sedar yg jam dah hampir ke pukul 5 ptg. Dia ingat baru nak dekat pukul 4. Aiyoo...

5.45pm - Hubby sampai office. Batrisyia dah tido kepenatan. Jalan sesak. Lambat betul nak sampai rumah. Hubby ckp, Batrisyia muntah 2 kali. Maknanya total dah muntah 5 kali.

Tido dlm kepenatan

6.30pm - Sampai di klinik. Batrisyia ni penakut dgn doktor. Disebabkan dia tidur, mmg kalau boleh xnak kejut dia bgn. Kalau dia terjaga, lagi dia meronta-ronta bila doktor nak check dia nanti. So doktor keluar dari klinik dan buat pemeriksaan di dalam kereta.

Hasil pemeriksaan, Batrisyia tak demam, tak lemah dan tiada jangkitan kuman yg serius. Hanya ada kahak. Mungkin sbb dia over sgt batuk, cuba nak keluarkan kahak menyebabkan dia muntah. So doktor bg ubat utk cairkan kahak, ubat angin (sbb dah muntah byk kali so perut kosong) dan ubat muntah yg dimasukkan melalui punggung utk mengelakkan dia muntahkan semula ubat.

Alhamdulillah, Batrisyia tak muntah-muntah lagi hingga ke saat kami hantar dia ke nursery pagi tadi.

Thursday, May 06, 2010

Trailer bocor

Di saat orang lain excited nak tgk Iron Man 2, aku excited nak tgk ni:


This is not an official trailer. Ni trailer yg dah bocor. However, trailer nie dah cukup buat aku ternanti-nanti tayangannya pada bulan November nanti.

Disebabkan The Deathly Hallows sgt tebal dan plotnya sgt rumit, maka filem ni dipecahkan menjadi 2 bahagian. Jadi mesti bahagian pertama ni akan tergantung di akhir babak. Sama la mcm The Half Blood Prince. Ramai yg tak puas hati sbb ending mendatar mcm tu tapi kalau korang baca buku dia, korang akan faham kenapa ending dia mcm tu.

Bagus jugak kalau The Deathly Hallows ni dipecahkan. Harapnya semua adegan penting akan dimasukkan, jgn la ada yg tertinggal. Buku terakhir ni mmg sgt best. Kalau korang belum baca, pegi baca dulu. Kalau aku boleh habis baca buku yg tebal tu dlm masa sehari, korang mesti boleh habiskan baca dlm masa 6 bulan nie.

Ada 2 orang yg kita kenal akan berkahwin. 2 orang lagi akan bercinta. 2 orang akan berbaik. Ramai yg akan mati. Terlalu byk unforgiveable curses yg baru.

Aku cuma harap agar chapter terakhir dlm buku tu akan dimasukkan dlm filem. Chapter tu sgt sweet.

Kalau tgk dari pakaian, rasanya masa ni diorg baru escape dari wedding. Konco-konco Voldermort ambush wedding tu. Tapi atas kebijaksanaan Hermoine, diorg berjaya lepaskan diri.

Rasanya ni part masa diorg bersembunyi kat rumah Sirius Black. Disebabkan diorg bertiga merupakan Secret Keeper, orang lain tak boleh nampak rumah tu. Mereka cuma berdiri di luar dengan harapan dpt tangkap masa trio tu keluar dari rumah.

Haha, tgk gambar nie je aku dah tau. Ni 3 org pekerja di Ministry of Magic. Harry, Ron and Hermoine akan minum potion utk bertukar menjadi 3 org pekerja nie dgn harapan dpt masuk ke bangunan Ministry of Magic.

Griphook yg memegang Godric Gryffindor's sword.
Pedang yg diperlukan utk menghapuskan Horcrux.

Walaupun mempunyai kuasa magik,Harry berniat utk menggali sendiri
kubur utk Dobby sebagai tanda penghargaan kepada makhluk tu

Harry dan Hermoine di Godric's Hollow cemetary.
Apa yg diorg cari?
Haa.. kena la baca buku ;-)

Kalau korang nak e-book, just leave your email address at the comment section. I'll e-mail to you.

Hujan Pagi

Aku mula dihantar ke pusat tuisyen ketiga di darjah 5. Pusat Tuisyen Atirah di TTJ. 1st floor, di atas BSN. Wah, mmg ingat sgt time tu. Kelas tuisyen dibuka utk pejar darjah 5 dan 6. Agak ramai juga pelajar yg masuk ke pusat tuisyen nie pada masa tu.

Masih ingat beberapa nama pelajar masa tu.. Aisyah, Rafidah, Mohd Izzudin, Nor Izzudin, Zulhelmy.. erk, sape lagi? Dah tak ingat.

Cikgu pulak.. aku ingat cikgu Maths dan cikgu Bahasa Melayu. Cikgu lain, dah lupa. Aku masih ingat cikgu Maths sbb rumah dia selang 2 blok je dari rumah aku. Cikgu Bahasa Melayu pulak mmg ingat sampai skrg sbb dia seorang albino.

Hari yg paling aku dan Rafidah suka ialah kelas hari Jumaat. Rafidah nie jiran masa kecik-kecik. Mmg kitorang akan pegi balik berdua. Kenapa kitorang suka hari Jumaat? Sebab hari tu boleh pegi ke perpustakaan bergerak. Perpustakaan bergerak akan park di balai raya. Masa ni mmg kena datang awal utk masuk awal ke dlm perpustakaan yg sempit tu. Kalau lambat, alamatnya tak dpt nak pinjam buku yg best-best.

Pernah kitorang terleka kat sana sbb time tu ada byk buku baru. Sudahnya lupa nak masuk kelas. Sampai ke kelas 15 minit lewat. Dah la math class. Aku masih ingat 2-2 Izzudin pandang kitorang dgn pandangan yg tajam seolah-olah berkata, "Apa korang nie taknak belajar ke? Nak main-main ke?".

Aku rasa minat membaca dlm diri ni dah ada sejak dulu. Sejak sekolah. Kalau time rehat, orang lain sibuk main, aku akan ambil buku cerita kat belakang kelas dan duduk baca kat meja. Malah, ada satu buku tu aku baca berulang kali hanya kerana ia menceritakan tentang pengembaraan seorang budak perempuan ke angkasa lepas!

Masa belek buku kat perpustakaan bergerak, aku terjumpa sebuah buku. Hujan Pagi yg ditulis oleh A. Samad Said. Masa tu mmg aku tau A. Samad Said tu merupakan seorang penulis yang bagus. Time tu, tak tau kot dia Sasterawan Negara. So aku pinjam. Dan aku baca.

Budak darjah 5 baca buku A. Samad Said yg tebal itu! Book worm? Or a geek?

Sumpah buku tu sangat best! Budak darjah 5 merasakan buku tu sgt best. My God, adakah aku tidak normal?

Sehingga sekarang, aku cuba cari buku ni di kedai-kedai buku tetapi masih belum ketemu. Jadi, jika korang ada nampak buku nie, tolong la beritahu ye. Teringin sgt nak baca buku tu lagi.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.