Friday, April 30, 2010

Bapak-bapak jgn over eh!

Di kala nak habiskan hujung minggu di sini bersama keluarga...

Tiba-tiba "bendera jepun" nak berkibar lebih awal pulak! Apsal pulak cepat sgt ko berkibar?

Aih, jadi photographer je la nampaknya :(

Takpe la.. boleh cuba apply apa yg dah belajar kat online photography school. Tak sabar nak tgk bebudak nie main air. Opps.. ke bapak-bapak yg main air?

Flashmob is back!


Masih ingat akan KL Freeze di Pavilion yg dimulakan oleh RandomAlphabets.com? (Malas pulak nak menggeledah blog sendiri utk cari my previous article ttg their flashmobs).

Rasanya tu first flahmob yg sampai masuk TV3 sbb ramai2 freeze kat Pavilion.

Lepas tu, byk kali jugak RA buat flashmob. Boleh tgk previous flashmobs kat sini.

Now... Glee Flashmob Dance KL akan diadakan pada 8 May 2010.

Mcm flashmobs yg terdahulu, kita takkan tahu di mana dan pukul brp ia akan diadakan. Semuanya akan diberitahu last minute utk memastikan kejutan pada penonton.

If interested, sila ke laman web mereka, register to participate, wajib hafal the dance, dtg rehearsal dan tunggu tarikh 8 May tu.

Ok, bunyi mcm event utk org yg takde kerja! Ahaks.

For this flashmob, tidak la acik akan join sbb rasanya takde masa nak hafal the dance step. Tapi kalau la free, mau jugak pegi tgk. Tapi taktau pulak venue dia. Iskk..

Anyway, love to see the result later.

Aku ckp lebh-lebih nie, korang tau tak GLEE tu apa? Sila google.

Dance mcm mana? Sila lihat video.

Thursday, April 29, 2010

Mencari helah

Pagi tadi..

5.45am - Terjaga dari tidur. Owh, awal lagi. Hubby pun terjaga tapi dia tidur balik. Orang tu cuti la katakan.

6.00am - Dah jadi rutin bgn pukul 6 pagi. Kejut hubby tapi dia taknak bgn jugak. Selalunya dia yg mandi dulu. Hari ni dia nak tidur pulak. Aku? Adoi, malasnya. Tido kejap la.

6.15am - Ok.. ok.. bgn la. Yer la, I mandi dulu. Masa bgn, Batrisyia pun terbgn tp abi dia berjaya buat dia tidur balik (kot). Mandi dengan gembiranya (haruskah ditekankan perkataan gembira itu? mesti la sbb anak tak cari susu)

6.30am - Bersiap utk solat Subuh. Terdengar suara halus cik adik manis di bilik sebelah. Oh, dia dah bgn rupanya. Takpe, bg chance abi dia jaga kejap.

Masa ni dgr la Batrisyia merengek ajak keluar. Dgr dia bergolek-golek atas katil. Dah terbayang dlm kepala yg mesti minah nie bergolek-golek atas badan abi dia juga. Silap-silap abi dia kena tepuk sebab pura-pura tidur.

Lepas habis solat, dgr suara dia makin kuat. Sah dia tak puas hati sbb abi dia tak berganjak. Last-last..

Batrisyia: Aaa... susu... susu... susu... susu... susu...
Abi: Tido la...
Batrisyia: Nanak... susu... susu.. susu...

Tak tau brp byk "susu" dia sebut. Akhirnya, abi dia gave up dan bawa dia keluar dari bilik.

She saw me and smiled.

Umi: Nak susu ke?

Batrisyia sengih je sambil geleng kepala!

Sah abi dia kena auta dgn anak sendiri. Pandai cari helah nak keluar dari bilik.

Daddy girl yg asyik dpt hadiah dari abi dia.
Ni yg umi jealous ni!


Motif ko nak jealous dgn anak sendiri?

Wednesday, April 28, 2010

Diinsafkan melalui mimpi


Batrisyia akan genap 2 tahun bulan Oktober nie. Masih ada 6 bulan utk fikirkan tentang her birthday party. I'd contacted a few people and friends utk dptkan feedback dari mereka. Setakat ni, masih belum buat keputusan. Hubby and I dah buat keputusan yg kami hanya akan buat birthday party yg melibatkan kwn-kwn dia hanya apabila dia berumur 7 tahun. Or maybe 6? Hehe..

Small party tp dah fikirkan sekarang? Blame me; Queen of List.

I was giving my full attention to this party. Tiba-tiba je kan? Tgh hari, baru la teringat ttg mimpi mlm tadi. Suddenly, terasa semacam. Kenapa beriya-iya sgt?

It was supposed to be a bad dream or a nightmare.. but it haunts me until now! Boleh pulak rasa nak menangis bila sms hubby tentang perkara nie. Mesti ada pelanggan kat restoran nampak aku kesat air mata.

Orang ckp kalau mimpi buruk, jgn cerita kat sesapa. Nanti betul-betul jadi. Taktau la di mana kesahihannya. Tapi aku pernah cuba beritahu org akan mimpi buruk aku. Tak jadi apa-apa pun. Semuanya ketentuan Allah.

Ianya bukan mimpi yg sekejap mcm ko mimpi satu perkara.. lepas tu melompat ke mimpi yg lain.

It was a long bad dream.

Started with we as a happy family.

Batrisyia dlm usia sekarang. Dia aktif. Sibuk main. Semuanya seperti biasa.

Hingga one day, dia sakit (tidak diperincikan dlm mimpi). Kami bawa di ke hospital. Doktor buat a few tests.

Then, doktor beritahu yg Batrisyia menghidap sejenis penyakit. Namanya agak panjang tp kedengaran agak bahaya. (Kenapa la ko x ingat nama penyakit tu. Kalau tak, boleh google utk tgk samada ia benar-benar wujud atau tak).

Suddenly, Batrisyia terbaring atas katil hospital dengan wayar penuh di badan. Doktor ckp takde apa-apa yg boleh dibuat utk selamatkan dia. Malah, masa tu kami memujuk hati sendiri.. Takpe la, Batrisyia boleh terus masuk syurga.

Mimpi berakhir dengan kami yg menangis tgk Batrisyia terbaring lesu atas katil..

And I woke up at 5.30 am. Bgn dlm keadaan terkejut dan terduduk! Then, I saw her sleeping peacefully beside me. Tanpa wayar! By then, I knew that I was just having a bad dream.

Thank God it was just a dream!

Mimpi tu mainan tidur.. mainan syaitan.. atau mungkin petunjuk dan peringatan dari Allah. Terpulang pada kita nak anggap dia apa. Bagi aku, anggap sahaja ia merupakan peringatan dari Allah bahawa anak tu jgn sesekali diabaikan, jgn sesekali disesalkan kehadirannya, jgn sesekali berharap kita tidak melahirkan dia.

Diakui, kdg2 kita merasakan hidup kita sedikit susah disebabkan kehadiran anak. Simple example is tak boleh nak enjoy mcm dulu, tak boleh nak keluar dgn kwn-kwn mcm dulu, tak boleh nak bersosial mcm dulu. Kita rasa mcm keseronokan yg kita pernah alami di zaman single tu telah ditarik balik.

Tapi bila anak yg Allah beri tu ditarik balik? Kembali menemui PenciptaNya?

Allah memberi aku rasa akan kehilangan tu melalui mimpi.

Lepas nie, aku akan ingat. Walaupun Batrisyia seperti ini..


Dan ini..


Sekurang-kurangnya Allah masih memberi masa utk kami bersamanya.

South Africa Freedom Day

Kami mendapat jemputan dari pihak Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan untuk ke majlis koktel di Shangri-La Hotel bersempena South Africa Freedom Day. Freedom Day ni sama la dgn National Day. Cuma mereka gunakan istilah Freedom Day sebagai tanda negara mereka bebas dari jajahan.

Majlis bermula pada pukul 7 malam. Kami sampai sebelum 7 malam sbb taknak tersekat dlm kesesakan lalulintas. Itu pun dah jammed. Hubby ckp, "Kalau pindah tempat lain, panjang umur kita". KL ni sesak sgt la. Rasa mcm nak pindah je dari sini.

Masa kami sampai, masih belum ramai tetamu yg hadir. Ballroom agak lengang la jugak. Sempat la aku ambil beberapa gambar yg gerenti org lain tak ambil. Sampaikan sorang pekerja tanya aku, "Akak ni reporter ke?". Adoi dik, kalau akak reporter.. akak bwk DSLR tau. Hehehe. Tak main la compact camera nie.

Strawberry mountain?

Ice carving yg bertemakan World Cup

Sugar high!

Sepatutnya, semua org kena berpakaian formal. Tapi sempena World Cup nie, tetamu dibenarkan berpakaian informal. Nak ikut tema World Cup pun takpe. At first, kitorang ingat nak pakai jersey je. Tapi sbb tak boleh pakai jeans, tak jadi la plan nak pakai jersey tu.

Sekali kan.. ramai pulak yg pakai jersey.. tp jersey negara South Africa la.

2 thn lepas, majlis dibuat di Nikko Hotel. Tahun lepas, dibuat di rumah High Commissioner. Tahun nie Shangri-La Hotel. Tahun nie, makanan dia tak berapa byk mcm kat Nikko Hotel. So mcm sekejap je mkn, lepas tu tatau nak mkn ape :D

Lepas tu bawak Batrisyia pulak. Lagi la tak boleh mkn byk sbb kena tgk-tgk dia yg sibuk nak tawaf satu ballroom.

From left: Kumar, Ismail, Batrisyia and hubby

Malam tadi, ada persembahan dari pihak pelajar. Best tau kalau dpt tgk sbb lagu-lagu diorg nie jenis rancak. Mmg susah nak tgk persembahan yg berentak perlahan sbb diorg suka menari. Pastu tarian pulak jenis yg energetic. Ternganga org tgk.

Salah satu persembahan dari pihak pelajar

Antara crowd yg tepuk tgn.. hehe

Batrisyia was so energetic too. Tak larat nak kejar dia. Kalau korang tgh mkn, suapkan anak mkn.. suddenly dia terus baring and golek-golek sambil gelak-gelak. What will you do? *Pengsan mode*


Masa hubby kat bhgn dessert, dia terserempak dgn seseorang. Dia panggil aku. Ingatkan sapa. Sekali...



Dah tema World Cup, mesti la ada piala nya kan? It's fake cup. Tapi berebut org nak bergambar. Acccording to reliable source, even our PM took photo with this fake cup. Huhuhu. Susah sgt nak minta cup ni dari org, hubby ajak Colonel bergambar sekali. Terus Colonel ambil cup tu. Heheh.

Muka siapa yg lebih teruja? Mestilah peminat bola.

Jom tgk sebahagian kek yg pihak Suruhanjaya Tinggi dapat. Ni cake yg aku minat je la eh.

From Shangri-La Hotel.
Ambik ko, mana nak dpt org main bola atas kek?

From Lanson Place. Rasa nak mkn je!

From Equatorial Hotel.
Ni pulak rasa mcm taknak potong je sbb cantik.

By 10pm, kami beredar sebab Batrisyia pun dah penat. Umi dia pun dah penat sgt dah. Sampai rumah, terus buat kerja yg wajib aje. Lepas tu, semua pengsan.

Eh, saya dah potong rambut!

Tuesday, April 27, 2010

Adik Batrisyia

Hello aunties and uncles,

Hari Sabtu aritu kan, umi bg Batrisyia baby. Comel tau baby nie. Mula-mula, Batrisyia nampak baby ni kat rak. Kenapa baby tu dekat rak? Tak jatuh ke? Batrisyia minta. Auntie Sue bagi la.

Comel tau. Baby ni kecik sikit je dari Batrisyia. Dia asyik senyum je. Dia baru ada 2 batang gigi.

Cantik la mata baby nie. Nape mata dia warna coklat?

Lepas tu, Batrisyia main dgn baby puas-puas sbb umi dan abi sibuk ambil barang dgn Auntie Sue. Baby ni baik sbb dia tak nangis langsung. Pasal tu Batrisyia suka main dgn dia.

Baby ni tak pandai jalan. Batrisyia kena dukung dia. Byk kali jatuh. Nasib baik kepala dia tak berdarah. Pastu, abi ajar Batrisyia camne nak dukung baby elok-elok.

Oh, camni ke nak pegang? Baru la senang nak bawa

Baby, pegang kakak Tisya kuat-kuat. Nanti jatuh

Sayang la baby nie. Lepas tu umi dan abi ajak Batrisyia balik. Umi suruh pulangkan baby kat Auntie Sue. Kenapa Batrisyia mesti pulangkan? Ni kan baby Batrisyia.

Auntie Sue bagi Batrisyia pinjam.

Baby, kita balik kampung yer!

Batrisyia tak faham la. Kenapa umi tak bagi Batrisyia suapkan baby ni mkn. Pagi tu kan, Batrisyia mkn bun Gardenia Jagung dgn air coklat. Batrisyia nak bg baby tp umi tak bagi. Kenapa tak boleh? Kesian baby ni. Mesti lapar.

Nak tau satu cerita tak? Batrisyia nampak paksu main dgn baby gak. Pastu bila kantoi, paksu buat-buat takde apa2 jadi. Paksu nie malu-malu pulak. Paksu sebenarnya seram sbb dia rasa baby nie mcm Chucky. Chucky tu sape?

Umi kata, nanti kena pulangkan balik kat Auntie Sue. Kalau baby takde, Batrisyia nak kwn dgn sape?

Monday, April 26, 2010

Batrisyia in the house


Hello aunties dan uncles,

Haritu, Batrisyia balik kampung. Masa tu tinggal tokwan dengan paksu je. Paklang tido dlm bilik sbb dia baru balik pukul 4 pagi. Nekwan pulak pegi sekolah.

Lepas main kejap, Batrisyia rasa mcm nak mengunyah. Batrisyia ajak tokwan pegi dapur. Batrisyia tau kat mana ada biskut. Tokwan tolong ambilkan biskut tu. Batrisyia ambil satu je. Pastu, tokwan suruh pegi depan.

Lepas kunyah-kunyah kan, biskut tu tinggal separuh je. Batrisyia minta lagi kat tokwan. Tokwan ckp, "Habiskan tu dulu. Nanti ambil lagi".

Jadi, Batrisyia pun teruslah polok-polok masuk semua dlm mulut sbb nak dpt biskut baru. Tokwan terperanjat. Tokwan tak tau yg Batrisyia tak boleh dgr ayat camtu.

Bila org ckp camtu, maknanya Batrisyia kena la cepat-cepat habiskan makanan tu. Kalau tak, x dpt la biskut baru, ye tak?

Apa la tokwan nie.

Lepas tu, umi pecahkan rahsia kat semua orang. Umi pesan, jgn ckp camtu depan Batrisyia. Kalau tak, alamatnya Batrisyia mkn gelojoh sbb nak cepat abes.

Umi ni.. kantoikan kita pulak.

Petang tu, nekwan ada buat salad. Batrisyia kecek tomato sbb Batrisyia suka mkn tomato. Tak mcm paksu, tak suka makan sayur. Apa la paksu nie. Elok tau mkn tomato. Nanti kulit muka licin!

Paksu tak sedar yg Batrisyia dah tau ckp sikit-sikit. Bila Batrisyia ckp dan orang lain paham, paksu kerutkan muka. Paksu nie, lain kali dgr betul-betul.

Okay la.. esok Batrisyia tulis lagi ye. Umi ckp dia malas nak tulis. Jadi dia suruh Batrisyia tulis.

-Batrisyia yg suka makan manyak-

Nota emosi

Niki Cheong blogged about her concert.

Suddenly, I feel like wanna cry. Sedih tak dpt pegi.

Wah, pagi-pagi dah emosional. Concert je, babe. Emo sgt ko nie.

Kelly, please come back next time and make sure masa tu Batrisyia dah umur lebih 3 tahun.

Sunday, April 25, 2010

My Dream Destination

Setiap orang, mesti ada simpan impian utk melawat negara asing. Lebih-lebih lagi bila tgk gambar cantik-cantik yg diambil di negara luar. Terasa mcm best kalau dpt pergi bercuti kat tempat-tempat sejuk. Malaysia ni kan takde salji. Mesti la kita excited kalau dpt main salji kan?

Teringat lagi, aku pernah tgk gambar kebun tulip di Switzerland. Wah, cantik sgt. Masa tu mmg dah letak "Switzerland" dlm list "Mesti berkunjung ke sana jika ada duit yg banyak". Hehehe..

Makin membesar, makin byk pulak rasanya tempat yg ingin dilawati. Agaknya kalau suruh aku senaraikan, mau panjang senarai tu.

I want to go to Switzerland to take photo with tulips.



Aren't they lovely?

I want to go to New Zealand so that I can meet Gandalf from Lord of the Rings.. ok, just kidding. I want to go to New Zealand because I want to do bungee jumping!



Entah bila nak tercapai hasrat ku yg lama terpendam nie

I want to go to Alaska to eat the yummy salmon and Alaskan King Crab



Besar punya!!!

I want to go to Venice and ride gondola with hubby and daughter.



Mcm honeymoon lak

Berangan di siang hari ke? Suka hati la eh.

Tapi kan, dlm byk2 tempat.. bila dah ada anak ni, teringin nak bawa dia ke Disneyland!

Tempat mcm utk budak-budak. Tapi okay la sbb ada yg sesuai utk dewasa juga kan?


Batrisyia boleh bergambar dgn pelbagai maskot dan puteri-puteri Disneyland

Umi dia pulak boleh main semua roller coaster kat sana!

Abi dia? Hehehe.. naik sekali dgn Liza la eh.

MAS merupakan syarikat penerbangan Malaysia yg terulung. Pernah menang best cabin crew lagi! Bangga tak bangga.

MAS sedar yg rakyat Malaysia semakin suka melancong, baik dlm negara mahupun ke luar negara. Sejajar dengan perkembangan teknologi di mana maklumat haruslah sentiada berada di hujung jari, MAS telah mewujudkan MAS Traveller.




Ada banyak informasi yg anda boleh dpt melalui website nie. (Sila click pada imej di atas utk ke website tersebut). Anda boleh dptkan maklumat tentang pakej percutian terkini yang ditawarkan oleh pihak MAS. Sebenarnya, website ini lebih menjadi platform utk bloggers dan travellers berkongsi pengalaman ketika bercuti bersama MAS. Dari situ, kita boleh bertukar-tukar maklumat, berkongsi gambar percutian kita dan mendapatkan pandangan dari travellers yg pernah bercuti ke tempat yg ingin kita kunjungi itu.



Jika anda perlukan maklumat utk melancong, lawatinya website MAS Traveller.

Haaa, cuti.. cuti jugak. Jgn lupakan menonton episod Project Alpha 2 tau! Bagi yang tidak berkesempatan utk menonton episod 4 hingga 7, boleh layan kat bawah.




Episode 4



Episode 5



Episode 6



Episod 7


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Saturday, April 24, 2010

I found out I'm nothing without you

Disebabkan tak dpt pg konsert esok, maka aku telah mengadakan konsert Kelly Clarkson di rumah sendiri. Hari nie, layan video-video dia. Jadi la eh.

"Takpe la. Kalau ada keluar DVD nanti, abg belikan".

Huwaaa.. janji eh!!

Hubby, this song is for you. Sweet la. I maksudkan, video nie.. bkn you tau.





MY LIFE WOULD SUCK WITHOUT YOU

Guess this means you’re sorry
You’re standing at my door
Guess this means you take back
All you said before
Like how much you wanted
Anyone but me
Said you’d never come back
But here you are again

Cuz we belong together now
Forever united here somehow
You got a piece of me
And honestly
My life would suck without you

Maybe I was stupid for telling you goodbye
Maybe I was wrong for trying to pick a fight
I know that I’ve got issues
But you’re pretty messed up too
Either way, I found out I’m nothing without you

Cuz we belong together now
Forever united here somehow
You got a piece of me
And honestly
My life would suck without you

Being with you is so dysfunctional
I really shouldn’t miss you
But I can’t let you go
Oh yeah

Cuz we belong together now
Forever united here somehow
You got a piece of me
And honestly
My life would suck without you

Cuz we belong together now
Forever united here somehow
You got a piece of me
And honestly
My life would suck without you

Down by Jay Sean feat. Lil Wayne



Suka la lagu nie!

DOWN BY JAY SEAN feat. LIL WAYNE

Baby, are you down, down, down, down, down?
Down, down
Even if the sky is falling down?
Down, down

You oughta know
Tonight is the night to let it go
Put on a show
I wanna see how you lose control

So leave it behind
'Cause we have a night to get away
So come on and fly with me
As we make our great escape

So baby, don't worry
You are my only
You won't be lonely
Even if the sky is falling down
You'll be my only
No need to worry

Baby, are you down, down, down, down, down?
Down, down
Baby, are you down, down, down, down, down?
Down, down
Even if the sky is falling down?

Just let it be
Come on and bring your body next to me
I'll take you away
Turn this place into our private getaway

So leave it behind
'Cause we have a night to get away
So come on and fly with me
As we make our great escape
So why don't we run away?

Baby, don't worry
You are my only
You won't be lonely
Even if the sky is falling down
You'll be my only
No need to worry

Baby, are you down, down, down, down, down?
Down, down
Baby, are you down, down, down, down, down?
Down, down
Even if the sky is fallin' down?

Down like she 'posed to be
She gets down low for me
Down like her temperature
'Cause to me she zero degrees

She cold, over freeze
I got that girl from overseas
Now she's my Miss America
Now can I be her soldier, please?

I'm fightin' for this girl
On the battlefield of love
Don't it look like baby cupid
Sent her arrows from above?
Don't you ever leave the side of me
Indefinitely, not probably
And honestly, I'm down like the economy

Baby, don't worry
You are my only
You won't be lonely
Even if the sky is falling down
You'll be my only
No need to worry

Baby, are you down, down, down, down, down?
(And the sky is falling down)
Down, down
Baby, are you down, down, down, down, down?
(Are you down? Are you down?)
Down, down
Even if the sky is falling down?
(And the sky is falling down)
And the sky is falling down

Friday, April 23, 2010

Pouring my heart out

"Do what you feel in your heart to be right –
for you’ll be criticized anyway.
You’ll be damned if you do, and damned if you don’t"


-Eleanor Roosevelt-


There's no doubt that Weed is my bestfriend. We laugh together. We support each other when we need a shoulder to cry on. I'm glad and thankful to God that I met her for a first time 15 years ago.


"If a friend is in trouble, don’t annoy him by asking
if there is anything you can do.
Think of something appropriate and do it."


-Edgar Watson Howe-


I don't know who is Edgar Watson Howe but his quote describes Weed perfectly! Yesterday, she knew what she can do to help me overcome that unpleasant feelings.

Weed, thanks for your 26 minutes!

Thursday, April 22, 2010

Tupperware for MOTHER'S DAY GIVEAWAY

Ramai juga bloggers yg buat contest dan giveaway. Bagus betul korang nie. Ni yg terasa nak buat giveaway jugak nie.

Hari nie nak cuba nasib masuk contest utk dptkan tupperware. Tupperware kan mahal. So kalau bertuah, dpt la hadiah nie. Lagi pun, giveaway nie tak memerlukan aku utk buat slogan. Jadi lagi la senang nak masuk. Syarat yg ditetapkan pun tak memeningkan kepala. Paling suka, tgk tupperware yg berwarna warni tu. Mmg sesuai guna buat bawa bento ke office.

Utk masuk contest nie, hanya ini yg anda perlu buat:

1. Letakkan logo DiniTupperwarekiosk di atas dan link ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/

2) Letakkan DiniTupperwarekiosk pada bloglist anda (Penganjur, sila lihat pada Sidebar "Nice")

3) Letakkan gambar Colourful Small Savers di atas dan link ke http://bungakesidang.blogspot.com/



4) Letakkan gambar anda bersama ibu/ibu mertua anda ATAU gambar anda bersama anak-anak .

5) Tinggalkan link dan email pada bahagian komen.

Sedang berduka



Orang kata, anak tu perawat DUKA.


Tak sabar nak jumpa Batrisyia. Tolonglah hilangkan kedukaan di hati umi ni.


Hmm.. kenapa ye?

A question that even my husband can't answer.

Apabila lelaki membeli buku masakan...

Bulan March dan April nie, mmg kami busy sungguh. Sometimes, hubby kena kerja overtime. Hujung minggu pun kena kerja sbb ada guest datang. Makin nak dekat dengan World Cup, makin byk la acara yg melibatkan High Commission.

Hubby mengomel yg dia dah terlepas byk sesi kat gym gara-gara kerja / penat sgt. Aku pulak mengomel sbb asyik tapau kat kedai. Ye la, dah lambat sgt nak sampai rumah. Tapau aje la. Sungguh la tak bagus sbb makanan kat kedai nie byk penambah perisanya. Pasal tu orang ckp, kalau asyik tapau dari kedai, senang nak gemuk. Cuba masak makanan yg sama kat rumah, tak pulak naik berat tu.

I was like, “Iye ke? Takkan la sampai camtu. Makan benda yg sama je”.

Hahaha.. padan muka. Terkena kat diri sendiri. Gara-gara byk sesi menapau sejak akhir-akhir nie, berat naik 3 kilo tau. Sakit je mata bila tgk angka kat digital scale. Dah 50 kilo dah nie.

Hubby, we have to get back to our right track! Starting from tonight.

Hubby nie mcm tau2 je tau. Semalam, dia belikan buku masakan. Tapi kan, buku ni bukanlah buku Jamie Oliver ke, Nigella Lawson ke… tapi…



Perghh, 'manly' nye buku masakan nie! Siap ada gambar badan lelaki berketak-ketak. Kitorang mmg suka baca Men's Health. Magazine tu bkn khas utk lelaki. Perempuan pun boleh baca. Ada byk info tentang kesihatan kat dlm tu. Resipi pun byk.

Bila that magazine keluarkan Nutrition Guide, hubby beli la. Malam nie nak cuba satu resipi dlm tu: Thai Beef Stew. Tunggu resipinya esok. Tu pun kalau jadi masak malam nie.

This morning, aku bawa bekal setelah sekian lama berhenti membawa bekal.

Ahaks, bwk paper bag Isetan tu. Suka la this paper bag. Cantik!

Kat dlm beg yg besar ni ada Sardine Mayo Sandwich for breakfast, Anlene milk powder, Anlene mug dan a pink tupperware. Pink tupperware tu kosong. Mmg standby kalau nak tapau makanan. Daripada membazir guna polisterin dan kertas, baik bwk tupperware sendiri. Boleh selamatkan alam sekitar.

Singgah gerai fave utk tapau makanan di bawah:

Nasi lemak sambal kerang

Yummy.. meleleh air liur. Kedai nie mmg ramai pelanggan. Mungkin sebab sambal dia cukup pedas dan lauk2 dia pun sedap. Memandangkan aku mmg suka mkn sambal kerang tp susah sgt nak cari lauk sambal kerang yg sedap kat KL nie, aku tapau kat gerai nie je la. Nasi lemak utk mkn time lunch. Tak kesah la. Janji dpt mkn sambal kerang. Kalau sambal kerang tu sedap, setengah kilo pun aku boleh ratah sorang-sorang. Pasal tu kalau mak aku masak lauk sambal kerang, kitorang kena beli 1 1/2 kilo kerang. Kalau ikut hati, mau beli 2 kilo. Tp sbb malas nak kopek dan bersihkan, terpaksa la kurangkan setengah kilo.

Anyway, kalau korang jenis suka menapau makanan time lunch hour ke, breakfast ke.. rasanya tak salah bawa bekas sendiri. Langkah nie mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tp kalau ramai dah tersedar, insya Allah sikap tu boleh diturunkan pada anak-anak. Jadi, generasi akan datang akan lebih peka terhadap alam sekitar.

Wednesday, April 21, 2010

How to do Sticky Post in Blogspot?

Rasanya ramai dah tau mcm mane nak buat sticky post. Aku je yg tak pernah ambil tahu sebab takde sebab nak buat sticky post pun.

Tapi bila nak kena buat, terkial-kial cari maklumat. Haha.. Masa tu, ramai jugak bloggers yg beritahu aku hanya perlu set the publish date to the future date. Entah la.. tak jadi pun.

Kemudian, aku baca satu tutorial dari seorang lelaki. Opss, lupa nak simpan link dia.

Diharap entry nie akan memudahkan orang yg tak tau mcm mane nak buat sticky post.

HOW TO DO STICKY POST IN BLOGSPOT?

1. Log in to your blog account.
2. At your Dashboard, click at Layout.


2. Make sure that you are at the Page Elements page.
3. Click at Add a Gadget.


4. Choose Text. Write your sticky post and save. (If you need to put a photo, do your post at New Post section first. Then, copy and paste the HTML code to the Text gadget)



5. Your Text will be at the top of your other Gadgets.

6. Then, all you have to do is arrange your Text gadget at the top of your Blog Posts.

7. Don't forget to save your page.

Tuesday, April 20, 2010

Is your "partner" your blogging-ally?

Tersenyum je bila baca artikel dari Mombloggers Planet tentang Is your "partner" your blogging-ally?

Dlm artikel nie, partner tidak semestinya teman hidup anda (husband or wife) tp mungkin anak anda atau pihak tertentu yang menyediakan khidmat fotografi atau gift basket.. can be anyone!

Who are my partners? 2 orang penting bagi blog ni ialah my hubby and my daugther. My daughter mmg byk bg sumber inspirasi dlm penyediaan 'bahan dan ramuan' utk my blog post. Sometimes, bukannya bercerita pasal dia sbb disebabkan dia, aku kena cari artikel tertentu utk mendapatkan lebih pemahaman. Dari situ, dpt timba ilmu. Kalau takde anak, rasanya aku pun tak reti nak buat post tentang breastfeeding, homemade baby food dan product for babies.

My hubby pulak byk beri galakan. Malah, sometimes dia yg beri idea. Tak kira tempat. Kalau ada sesuatu yg menarik, dia akan beritahu dan ckp, "Haa, esok letak dlm blog". Kdg-kdg, dia yg semangat ambilkan gambar melalui kamera. Bila ada bloggers jemput kami utk attend function and party, hubby akan hantarkan. Bila kena submit blog post utk Nuffnang, dia bawa Batrisyia pegi main. Kalau time aku kering idea, aku minta idea dari dia. Tiap-tiap hari, mesti ada story yg aku bawa balik.

"Hari nie ada blogger tu tulis pasal bla bla bla"
"Kat blog mane ntah, Liza baca pasal bla bla bla"

Hubby will listen and kalau ada topik yg hot tu, dia pun bg pandangan. Sometimes, bila dia perlukan pendapat atau idea tentang sesuatu, dia minta aku tanyakan thru this blog.

Aku rasa dia kena ada blog sendiri la. Ahaks.. Owh, tidak. Aku taknak dia mulakan blog dia sendiri. Aku dah cukup 'puas' melayan soalan-soalan dia ketika dia register Facebook. Dah jadi mcm cikgu nie. Tak dpt bayangkan kalau dia ada blog. Haru nanti. Mau berebut kamera.

To hubby, terima kasih kerana menyokong 'budak kecik' ni ber-blogging.

Mcm korang pulak, dari mana korang dpt idea utk ber-blogging? Dan siapakah tunjang utama bagi hobi anda nie?

Monday, April 19, 2010

Had a blast at Gatsby Deodorant Street Fair

Gatsby Deodorant Street Fair merupakan 1st Nuffnang event yg aku hadir setelah terpaksa menolak beberapa invitations sebelum ni. The first invitation was.. urm, in 2007. I was pregnant and the event was at night. It was a "No No" from hubby.


Utk event kali nie, mmg aku tak lepaskan peluang sebab terasa mcm agak happening je. Sejak dari e-mail pertama "Projek 400", dah rasa teruja. Mcm misteri ape je kan?

But then, setelah mengetahui apakah itu Projek 400, suasana semakin hangat apabila bloggers dimestikan membuat satu entry berkenaan Gatsby Deodorant Street Fair, di mana entry tersebut mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan. Jika semua syarat dipenuhi, bloggers layak utk mendapat invitation ke street fair tersebut.

Setiap blogger yg terpilih dibenarkan utk membawa seorang tetamu. Ye la kan, kalau ko sorang-sorang (seperti aku), nanti mcm tak best pulak rasanya.

For this event, aku bawa Ely Hasrul sebab hubby tak boleh pegi. Kami bawa Batrisyia dan Sami sebagai peneman. Sementara menunggu sesi pendaftaran pada jam 10 pagi, kitorang duduk kat Krispy Kream. Then, terserempak dengan Mama Aqish. Borak-borak sambil mkn breakfast pack from Pack Me Love. Sungguh sedap. Batrisyia dah boleh jadi duta kecil Pack Me Love sbb bersungguh dia makan sandwiches yg Ely buatkan.

Mak teruja sorang-sorang. Mana anaknya?
*Photo credited to Ely
*

Si baju merah itu anakku.
*Photo credited to Ely
*

Borak-borak, tiba-tiba ada lelaki tegur aku. Zaffril, kawan masa kat U dulu. Nice meeting you again!

Tepat jam 10 pagi, kami mendaftar. Pendaftaran dibahagikan mengikut alphabet. So mcm aku, kena daftar di kaunter yg pegang list huruf C. Ketika sesi pendaftaran, setiap serang diberi Gatsby goodie bag yg berisi kipas (mcm tau2 je semua orang kepanasan), brochure produk Gatsby dan sehelai t-shirt berwarna merah. Bloggers diarahkan utk menukar pakaian kepada t-shirt tu bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan street fair. Dah la takde inner, aku sarung je terus baju tu. Keluar dari bilik persalinan, kami dilekat dengan no sebagai tanda jumlah bloggers yg hadir.

Dlm gambar nmpk mcm busy mommy je.
Dgn dukung anak kat sblh tgn. Hehe
*Photo credited to Ely*

Tanpa membuang masa, kami terus proceed ke street fair utk main pelbagai permainan yg berasaskan permainan di karnival. Cuma yg bezanya, korang boleh main byk kali tanpa perlu membeli token. Jika berjaya, anda akan diberi token dan anda boleh redeem token tersebut dengan barangan dari Gatsby di akhir event.


Bermain online games di website Gatsby


Changing tire in 30 seconds. Definitely only for guys!

Main ketuk kacang

Colour bowl. Nampak senang tp susahnya nak bg bola tu masuk

Can Smash!

Baling gelung

Ha, ni paling aku suka. Sekali baling, terus strike.
Apa taknye, pakai buah kelapa!

Sami, Ely, Batrisyia and yours truly

Kami antara yg terawal masuk ke streei fair so sempat la main byk permainan. Masa nie tak sempat nak ambil gambar sbb sibuk main sambil dukung anak. Orang lain mmg enjoy abes. Boleh dikira dengan jari berapa ramai yg bawa anak. Sebelum acara perasmian bermula, semua Nuffnangers bergambar di hadapan billboard Gatsby yg dipasang. Suasana bertukar riuh apabila kami disuruh membuat pelbagai aksi.

Nuffnangers kembali bermain di street fair kerana acara perasmian hanya akan bermula 10 minit kemudian. Disebabkan dah makin ramai orang bersesak kat street fair, kitorang lepak kat tepi je. Rasa mcm nak balik je time tu sbb anak masing-masing pun dah mengantuk.

Then, I saw Niki Cheong from distance. Wah, mmg suka his writing. Terus keluarkan kamera dan ajak dia bergambar. Tinggi betul orangnya. Nasib baik pandai juga dia rendahkan diri utk bergambar. Kalau tak, mesti nampak awkward sgt la sbb sorang tinggi, sorang rendah. Haha.. Thanks Niki! You're so tall sampai my daughter takut. Hehe.. just kidding!


Anyway, nice hat!

Ely pulang. Aku stay sana lagi sbb hubby tak dpt nak dtg ambil. Jadi, sempat la ke acara perasmian. Berdiri di hadapan pulak tu. Sekali pandang belah kanan.. ada Shaolin Tiger dan Niki Cheong. Alamak, ter berdiri dekat dgn famous bloggers pulak.

Acara bermula dengan kata-kata aluan dari MC. Part ni mmg aku tak boleh lupakan sampai bila-bila. MC sebut beberapa blog url yg famous dan minta that blog writer utk angkat tangan. Dia sebut Shaolin Tiger, Niki Cheong dan beberapa blog url di mana sesetengah writer tu mendapat tepukan gemuruh dari rakan2 yg lain. Suddenly the MC asked for "Charming-umi". Opss.. yes, he asked for the writer of this blog to put her hand up! Malu-malu aku angkat tgn. Lagi malu bila MC sebut, "Ala, comelnya!" *Die!*

Ye la, tau la aku rendah. Camne blog aku boleh tersesat disebut di kalangan famous bloggers yg lain sbb blog ni tak famous pun.



Pada hari tu, seramai 518 bloggers telah hadir seterusnya membolehkan kami mencipta rekod dlm Malaysia Book of Record utk The Largest Bloggers’ Gathering.

Saya bernombor 77!

Selesai acara perasmian, permainan di street fair disambung semula. Oh ye, di sepanjang jalan, anda akan lihat gadis-gadis Gatsby bersama deodorant spray di tgn. Mereka akan promote produk tersebut dan anda akan disembur dgn deodorant spray dari Gatsby. To tell you the truth, pada mulanya aku rasa spray ni sesuai utk lelaki. Tapi kan, lepas cuba beberapa jenis bauan, dah mcm suka pulak.. especially bau Lime Green. Best la, bau segar!Mesti dapatkan satu.

Disebabkan tak sempat nak ambil gambar-gambar permainan yg disediakan, aku minta hubby jaga Batrisyia dlm kereta. Kemudian, aku kembali ke sana dan ambil gambar-gambar yg diingini. Puas hati.


Ruginya tak cuba naik lembu nie


Gigihnya diorg main dam ular

Gladiator!

Street games. Byk giler. Mmg puas main

Ni dipanggil Gunung Gatsby! Hehe..

To hubby, thanks for letting me go to this event. Dibayar oleh Nuffnang, rugi la kalau tak pegi kan? Walaupun mcm pegi bersuka-ria, ia tetap satu pendapatan sampingan. Thanks to Gatsby and Nuffnang for this opportunity.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.