Thursday, December 23, 2010

Sumbangsih

Oh My God,

Sgt rindu nak pulang ke sana. Thanks sis Ziera for reminding me of this song. SMAPian, do you still remember this song?

SUMBANGSIH by Soutul Jihad

Di sinilah tempat kubermula
Menimba ilmu milik Yang Esa
Buat bekalan dunia
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan nan mesra

Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan kukenang selalu
Jadi panduan hidupku

Bersama kita jayakan
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Pada guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati...
Jasa dan bakti kekal abadi

Nota teristimewa: Congrats to my brother; Hasif for his achievement in PMR. Ahaks, sampai tak boleh tidur malam tadi ek? Eventhough tak boleh lawan result kakak dia, keputusan tu tetap bagus. Teruskan usaha utk exam yg akan datang. Ni kalau terus cut FB, mesti boleh straight A!

6 scribble(s):

CIK NANA said...

Na tahu lagu nie..
Dulu kat sekolah selalu nyanyi..
Ah, nak nangis lak rindu zaman sekolah!

Liz Rohaizat said...

nana> eh, dulu nana sekolah mana? ni lagu nasyid sekolah kami.

CIK NANA said...

Na SMSTSP.
Sek Men Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.
SMAP tue kat mana?
Na selalu nyanyi lagu nie. Waktu pertandingan nasyid jugak.

Liz Rohaizat said...

nana> Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Kat Labu, Negeri Sembilan. Soutul Jihad tu kumpulan nasyid sekolah kami. Tak sangka pulak pelajar sekolah lain boleh tau lagu nie.

imee said...

ehem, liz.. nak nyampuk.. aku rasa masa form 4 kot, time nadwah, kan skolah kita jadi tuan rumah.. kalo tak silap, ada la diorg nyanyi lagu ni kat pentas, budak2 skolah lain sumer mcm excited semacam hahaha.. kitorg yg jadi komitee time tu control gelak je hehe

Liz Rohaizat said...

imee> aah, nadwah time form 4. hikhik. aku x ingat bab budak sek lain excited semacam tu. tp kalau betul, mmg lawak la. kita je dah biasa dgr.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.