Monday, December 13, 2010

Saya bukan si baju besi yang tiada perasaan

Wah, semacam je tajuk.

Nak tanya sesuatu kat korang. Kalau korang nak bergurau dengan seseorang, adakah korang akan bergurau sesuka hati atau korang tgk dulu korang nak bergurau dengan siapa? Maksud aku, adakah korang akan consider samada org tu boleh terima gurauan tu atau tak?

Luarannya, aku rasa aku seorang yg pendiam, serius dan pemalu. Ahaks. Tapi sesapa yg dah kenal heart by heart, akan sedar yg aku seorang yg ceria dan pot pet bertempat. Dan mereka ini aku letakkan dalam kategori 'safe mode' utk dibawa bergurau.

Meaning boleh mengutuk each other tanpa perlu sentap. Ko ckp dia 'bodoh' pun, dia ckp ko 'bodoh' balik sambil sama-sama gelak.

Kalau nak bergurau, aku tgk orang dulu. Kalau aku tak rapat dengan orang tu, mmg susah la nak bergurau sbb aku takut apa yg aku ckp bakal mengguris hati orang tu. Yer la, nama pun dah tak rapat so mmg kira tak kenal la kan? Mana aa tau aku ckp biasa-biasa je sambil gelak-gelak, dia terasa pulak. Kesian dia.

Tapi kalau dgn bestfriend, ngam aje. Aku kutuk sebakul, dia terima sebakul. Dia kutuk aku sebakul, sesudu pun aku tak pulangkan kat dia. Hehehe..

Apa yg aku nak ckpkan ye? Camni la. Kalau kita tak rapat dgn org tu, silap-silap jumpa setahun sekali atau 6 bulan sekali.. atau 10 tahun sekali, berhati-hati bila bergurau. Eventhough ada gelak ketawa sebagai selingan, kena berhati-hati. Sebab kalau isu tu dah mengguris hati orang tu, ko gelak mcm Jim Carrey pun orang tu tetap akan terasa.

Kalaulah ada baju besi yg muat dengan ketinggian saya, mungkin saya akan pakai. Kot-kot boleh elakkan diri daripada gurauan tak bertempat.

2 scribble(s):

CIK NANA said...

Chill Liz..
:)

Liz Rohaizat said...

:)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.