Wednesday, December 01, 2010

Redtick - Grocery with just a click away!

Nowadays, kita dah terbiasa beli barang melalui online stores. 10 tahun lepas, aku masih ingat tentang perbincangan kami bersama lecturer dlm subject Ethics berkenaan online shopping. Apakah etika-etika dlm transaksi dan sebagainya. 10 tahun lepas, rata-rata ramai yg masih ragu-ragu dengan online shopping kerana takut ditipu.

Sejajar dengan perkembangan teknologi, lahirlah e-banking. Sejak tu, online shopping menjadi semakin mudah. Kita sendiri dah terbiasa beli pelbagai jenis barangan melalui online store. Buku, pakaian, handbag, kasut.. malah ada yang membeli tudung bawal melalui online store.

Online stores ternyata lebih praktikal bagi golongan yang sibuk dan kekurangan masa utk membeli belah di mall.

Aku dan Wan sendiri pernah menyatakan kekaguman dengan masyarakat di UK yang hanya perlu membeli groceries melalui online stores dan groceries akan sampai di depan pintu. No hassle. Tak perlu fikir nak pergi ke mall, nak beratur. Lebih-lebih lagi utk org mcm Wan yang sibuk dengan tesis. Perkhidmatan tu sgt sesuai utk dia.

Masa tu kami terfikir, alangkah bagusnya kalau perkhidmatan tu wujud di Malaysia.

Finally, it's here! Thanks to Malaysian Super Mummy yang memberitahu akan kehadiran Redtick - the online groceries store!

Yes, you read that right.

Mungkin bagi sesetengah orang, perkhidmatan ni tidak perlu. Tidaklah susah sgt utk pergi membeli barang runcit di kedai-kedai kan? Tapi tetap ada golongan yang kekurangan masa utk membeli belah. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang bekerja lebih 12 jam, yang selalu balik lewat ke rumah. Badan dah letih sampaikan kalau boleh nak terus straight balik ke rumah.

Dengan adanya Redtick, ia memberi manfaat kepada golongan yang sibuk.

Untuk menggunakan Redtick, anda hanya perlu buat 4 langkah utama. Ianya sgt mudah.

Step 1 : Utk new user, anda perlu register dahulu. Bagi existing user, anda hanya perlu sign in.
Step 2 : Browse main category. Kemudian buatlah pilihan barangan yang anda inginkan.
Step 3 : Selepas Check-Out, masukkan butir-butir yang dikehendaki (seperti alamat penghantaran, payment method dan delivery time)
Step 4: Setelah selesai, sms akan dihantar kepada anda sebagai confirmation.

Mudah kan?

Setakat ini, Redtick menyenaraikan 10 jenis barangan kepada pengguna iaitu:

1. Dairy & Eggs
2. Food Cupboard
3. Frozen Food
4. Bakery
5. Drinks
6. Cookies & Snacks
7. Baby
8. Household
9. Health & Beauty
10. Cigarette

10 sahaja? Haa, itu hanyalah Main Category. Di dalam main Category, ada lagi Sub-Category. Kiranya banyak jugak la barangan yg ditawarkan kepada pengguna.

What do I think about Redtick?
1. Konsep yang sangat bagus dan telah lama ditunggu-tunggu. Ianya menawarkan pelbagai barangan yg kita guna setiap hari.
2. Website nya simple dan user-friendly. Kita takkan rasa leceh sebab kita hanya perlu pilih barang dan masukkan jumlah kuantiti barang yang kita kehendaki. Pendek kata, orang yang tak biasa online shopping pun takkan rasa susah nak membeli di sini.
3. Cuma setakat ni Redtick hanya cover kawasan tertentu sahaja. Diharapkan, Redtick akan mempertimbangkan utk cover kawasan yang lain pula. Boleh klik di sini utk senarai kawasan yg mereka cover. Berita baik utk mereka yg berada di sekitar kawasan Technology Park Malaysia dan Vista Komanwel, penghantaran percuma diberikan utk hari-hari tertentu. Sila semak di senarai ini.

Kalau la aku nak membeli di Redtick, semestinya beli barang yg memang cepat je habis kat rumah tu. Kdg-kdg, kami ke hypermarket utk membeli 1-2 barang aje. So bila ada Redtick, ianyanya terasa mudah. Ha, apa brg yg cepat habis kat rumah kami? Jom tgk.


San Remo - Macaroni
HL Milk.. deliver chilled lagi tau. Tak perlu bimbang susu akan rosak
Gardenia.. mmg cepat je habis kat rumah tu
Nestle Fitnesse

Eggs


Selalunya, bila kita membeli melalui online store, akan ada sedikit keraguan dengan servis dan produk yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi groceries.. ada beberapa perkara yang kita akan fikirkan seperti tarikh luputnya, kemungkinan barang akan rosak (susu basi, telur pecah), minimum order dan sebagainya.

Luckily, Redtick menjamin servis yang ditawarkan dengan cara:

1. Tiada pembelian minimum. Anda bebas utk membeli walaupun hanya satu barang.
2. Bayar setelah menerima barang. Ada boleh bayar dengan wang tunai, atm, credit/debit card.
3. Penghantaran dalam tempoh masa 2 jam.
4. On-time delivery. Ni kira penting jugak la. Kita sebagai pembeli boleh set masa penghantaran. Semestinya kita nak barang tu sampai pada masa yg kita pilih utk mengelakkan kita daripada tertunggu-tunggu. Jika barang lambat dihantar, kita tidak akan dikenakan sebagai caj penghantaran dan kita juga akan mendapat free next delivery coupon. Win-win!
5. Kualiti produk dijamin. Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh menyerahkan kembali barang tersebut serta merta.
6. Barangan sejuk seperti susu dan minuman yogurt akan dipek dalam chill beg utk menjamin kualiti barang.

Thanks to Malaysian Super Mummy for letting us know about this awesome service!

1 scribble(s):

kHaiRunNisSa iRnA said...

entry ni tahun lepas pnye....baru skrg jumpe..thanks sis for da info ...




sudah follow kamu ,...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.