Wednesday, December 29, 2010

Plan your leave

You all dah tgk calendar tahun 2011?

I ada satu habit. Kalau dpt calendar baru, pertama sekali yg I akan buat ialah buat remarks kat semua Cuti Umum dan Cuti Negeri. Kemudian, block mana-mana date yg sudah terisi dengan perancangan seperti holiday trip dan wedding ceremony.

Disebabkan habit ni, I akan cari calendar yg mempunyai ruang yg besar agar senang nak tulis apa-apa nota. This year, I dpt calendar from Allianz. Hehehe.. Setiap kotak tarikh adalah besar yer. Sesuai nak coret mcm-mcm perkara.. suka!

Semalam I saja-saja buat nota kat calendar.. all the important birthdays, anniversaries, weddings, etc. I noticed yg kita ada beberapa cuti umum pada hari Ahad. Bestnya cuti dpt carry forward to Monday. Jom tgk. Ni hanya melibatkan Kuala Lumpur yer. Utk negeri lain, sila check.

CUTI HARI AHAD
1 May – Labour Day
6 Nov – Hari Raya Aidiladha
27 Nov – Awal Muharam
25 Dec – Christmas

CUTI HARI JUMAAT, ISNIN DAN SELASA
1 Feb – Hari Wilayah
3 & 4 Feb – CNY
15 Feb – Maulidur Rasul
17 May – Wesak Day
30 & 31 Aug – Hari Raya Aidilfitri
16 Sep – Malaysia Day

Kalau nak cuti panjang, elok lah libatkan cuti yg jatuh hari Jumaat, Isnin dan Selasa. Merasa la cuti lama sikit kan?

So ada kwn-kwn yg nak kahwin tak tahun depan? Setakat ni, sudah 3 org kawan rapat telah beritahu yg mereka akan berkahwin di mana salah seorangnya masih belum beri tarikh. To You-Know-Who-You-Are, kalau dah book tarikh yg sesuai tu, silalah sms I yer. Jgn last minute baru nak bgtau. Tak merasa I nak tgk you bersanding.

Ahaks, belum lagi New Year tapi dah sibuk tgk cuti tahun depan. Terpaksa tau sebab I kena buat planned leave. Kalau last minute, boss marah. Paling lewat pun, kena submit sebulan dari tarikh nak cuti tu. I bukan apa. Nak tgk ni sebab nak jadi nujum pak belalang. Nak tgk agak-agak bila la taska Icha Micha nak tutup lama. So bila tgk ni, rasa mcm ada possibility utk taska dia tutup seminggu masa hari raya puasa. So kena la block my calendar utk apply cuti kat boss.

Next week nak hantar leave application utk holiday bulan February. Pembuka tirai tahun 2011.

4 scribble(s):

CIK NANA said...

Liz, Na start holiday 1 jan - 3 jan. Heheh... Permulaan yang baik kan?

Liz Rohaizat said...

nana> wah, bagusnya. awal2 dah cuti. hikhik. saya bulan 2 nanti baru nak cuti lama.

MummyEcha said...

yer la...tahun depan kena plan betul2....tahun nie punya cuti semua dah clear.huhuhuhu...

Liz Rohaizat said...

mummy echa> kita ni pk cuti je kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.