Wednesday, December 08, 2010

Our day

Salam Maal Hijrah!

Baru sekarang nak ucap selamat tahun baru :)

Menyinggah di blog orang lain, rata-rata keluar berjalan di tahun baru nie. Seronoknya. Kami hanya duduk di rumah diam-diam sbb hubby kena bekerja. Padan la sbb bekerja dengan kerajaan lain so banyak juga cuti umum Malaysia ni tidak diambil kira. Cuti Hari Raya pun dpt sehari je tau.

Maka tinggal la kami dua beranak. Bila tinggal berdua, Icha Micha mmg sayang aku sorang je la walaupun pada awalnya, dia dok jenguk kat luar rumah, kot-kot abi dia dah balik.

1. Pagi-pagi dah bgn sbb hubby nak pergi kerja. Lepas solat subuh, terus sidai kain yg dah dibasuh malam sebelumnya. Skrg cuaca tak menentu kan? So sidai pagi-pagi sbb nak kain tu dapat sinaran matahari sebanyak mungkin. Sekali cuaca mendung aje. Tak kering kain tu.

2. Elok habis sidai, dengar Batrisyia bgn dari tidur. So cepat-cepat masuk bilik, baring sebelah dia dan ajak dia tidur balik (dengan cara terpaksa berpura-pura tidur). Mmg nak dia bangun lambat hari tu sbb dia bangun seawal 7 pagi di hari-hari lain. Daripada terpaksa pura-pura tidur, sudahnya 2-2 tertidur balik. My bad.. my bad.

3. "Alif?" "Eh, minyak masak bang!". Aku rasa ada la 20 kali aku dgr iklan tu dlm sehari. Semalam, layan NTV7 je sbb ada banyak cerita menarik. So balik-balik ditayang iklan tu sampaikan Icha Micha mengikut ckp "minyak masak bang". Pengsan!

4. Rachael Ray did it again. This time, dlm The Brides of Harris County. Terharu. I was so touched! Ramai jugak yg terharu. Sila tgk ulangan pada hari Ahad petang.

5. Pokok daun bawang telah selamat digunakan. Pokok tomato ada 2 tgh meninggi. Dah pindahkan dalam pasu masing-masing. Harap boleh survive. Takut jugak kalau dah rosakkan akar sbb akar dah berselirat.

6. Finally, hubby pulang ke rumah sekitar jam 4 petang. So aku terus masak utk dinner. Tgh masak, tiba-tiba dengar suara dia berborak dengan Icha Micha. Pelik la juga sbb masa tu Icha Micha tengah tidur. Aku jenguk. Tgk hubby tgh dukung Icha Micha. Katanya, anak menjerit. Aku tak dgr pun. Aku rasa la kan, hubby sengaja masuk bilik kejutkan anak dia. Rindu la tu. Terus dibawa anak tu dukung eh. Tak let go tu :p

7. Oh, satu perkara yg perlu ditulis di sini. Starting yesterday, Icha Micha tak bagi panggil dia "Tisya" lagi. Kena panggil "Kakak Tisya". Kalau tiada perkataan 'kakak' di awal nama, dia akan marah dan betulkan.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.