Wednesday, December 01, 2010

Keberkesanan iklan di kaca televisyen

2 hari lepas, sempat tgk berita di NTV 7 tentang sidang perbincangan di Dewan Rakyat. Salah satu isu yg dibangkitkan ialah mengenai kemasukan iklan-iklan dari luar yang kurang sesuai dengan budaya di sini. Menteri yg bertanggungjawab mengakui akan kehadiran iklan-iklan sebegitu dan diakui juga bahawa buat masa sekarang, mereka tidak cukup kakitangan untuk memantau semua iklan dari luar. Malah, pengharaman sesebuah iklan bukanlah di bawah bidang kuasa mereka.

Aku setuju sgt perkara ni dibincangkan sbb mmg dah banyak unappropiate advert kat TV tu. Tak kisah la kalau iklan tu bukan MIM (Made in Malaysia) tapi jgn la jadi seperti iklan AXE (yg rata-rata mmg ramai sgt tak puas hati dengan iklan nie) atau mengarut seperti iklan deodorant (yg org mempersoal akan kepentingan ketiak yang putih agar senang minta pertolongan utk menukar tayar.. bunyi nya pun dah kedengaran mengarut).

Benda ni tak selalu tapi bila keluar kat TV, rasa mcm, “Ape la motif iklan nie…”.

I love pesanan iklan Kementerian Kesihatan tentang rokok yg sedang giat ditayangkan di TV. Pesanan yg membawa kesedaran bahawa orang yg tidak merokok juga boleh mati akibat menghidu asap rokok. Even Icha Micha pun suka buat sign tu setiap kali iklan tu keluar.

I found out that my nephew pun buat sign yg sama bila nampak Pak Lang dia merokok depan dia. Itu barulah iklan yang berkesan hinggakan kanak-kanak umur 2 tahun lebih pun faham maksudnya walaupun iklan itu tidak berdialog.

Note: Pak Lang kat rumah tu, bila nak berhenti smoking? Nanti awek lari daa :p

6 scribble(s):

Fid said...

saya dah banyak kali sentuh bab iklan ni..mmm....emntah apa2 laaa

Liz Rohaizat said...

kak fid> rasanya sbb ramai org dah sentuh bab nie la, akhirnya dibawa ke sidang dewan rakyat

weed said...

hey mc chickennn....arrgghhh!!!

aku tak suke okeh iklan ketiak tu....motif la sgt....apekah mereka tatau...anti perspirant deo hanye akan menggelapkan ketiak?? aiyoh....kalo nak putih..wax ajerr....plucking.....tak pon sentall je ngn scrub spa ke hape ke...huhuhu...

Liz Rohaizat said...

weed> hahaha, aku pun x minat hey mc chicken! best lagi spicy chicken mcDeluxe yg aritu.

Fid said...

hakak tak suka iklan mac cgicken tu nyampah tgk pompuan gediks yuckkkk

Liz Rohaizat said...

kak fid> hehe, ingatkan saya sorang yg x berkenan. ramai jugak yg tak berkenan rupanya

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.