Monday, December 20, 2010

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Final Part

Ok la, sudah tidak larat nak update pasal ni. So ni final entry la.

Bila pengunjung dah mula surut, kami singgah ke Le Billard. Opps, tak tau la berapa dia charge sebab orang lain yg bayarkan. Hehe tapi tukang bayar ckp, mahal sikit dari biasa.



Diorg main 3 games kot. I interframe kat satu game je. Pastu terus keluar utk ambil gambar sbb lampu dah dipasang.

Waktu malam adalah sgt cantik di sana. Guna kamera cikai so gambar mungkin tidak dpt menggambarkan akan kecantikannya. Terasa best jer berjalan dan melepak kat luar di waktu malam. Tapi angin sejuk la jugak. So elok pakai baju yg tebal sedikit.

Lepas dinner di bilik, kami semua keluar turun ke area Meranti Park Suite. Nak pergi sport center sbb kat sana ada pusat bowling.

Urm, tempatnya biasa aje. Overall, tak puas hati pun. Lane terlalu berminyak. Pins asyik jatuh je. Bola tersekat. Isk... mmg tak puas hati. Sudahnya kami hanya main satu game aje. Takpe la, bukanlah nak condemn. Pasrah je la kan. Cuma aku bgtau awal-awal. Nanti korang ckp, aku tak beritahu pulak. Harga bagi satu game adalah standard mcm kat luar juga.

Malam tu, kami ambil peluang utk jalan-jalan di sekitar Colmar Tropicale. Cuaca agak sejuk jugak la. Nak singgah Le Billard tapi ramai orang pulak. Nak lepak La Flamme, kitchen dah tutup pulak. Hehe... mati kutu dibuatnya. Last-last, naik bilik dan tidur.

Esoknya, kami melawat Japanese Garden. Tapi sebelum tu, kami pergi 'beramah mesra' dengan swans di kolam berhampiran bridge.

Black swans agak peramah. Mau jugak la ia dekat dengan pengunjung. Cuma jgn masuk ke kawasan kolam. Nanti ia marah dan kejar korang. White swans sombong. Ceh, mentang-mentang bulu lawa.

Utk ke Japanese Garden dan Rabbit Park, perkhidmatan bas disediakan. Bas ni ikut masa la jugak. So kena la tunggu kat station berhampiran.









Japanese Garden masih cantik seperti dulu. Cuma air agak keruh berbanding 6 tahun lepas. Masa kami pergi 6 tahun lepas, air jernih. Kan bagus kalau air tu masih jernih. Cantik la sikit kan? Hairan juga kenapa air dibiarkan keruh sebegitu rupa.

Kami check-out tepat jam 12 tgh hari. Kalau korang check-in di sana, jgn lupa dptkan kembali duit tiket masuk tu ketika check-out.

Overall, it is a nice place to visit.

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 3
Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 2
Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

1 scribble(s):

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.