Thursday, December 16, 2010

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 2

Ini kali kedua aku, hubby dan adik bongsu aku ke sana. Utk lain, mereka tak pernah menjejakkan kaki ke sana. So pemilihan Colmar Tropicale sebagai destinasi percutian kali ni mmg sgt sesuai. Lokasi yang tidak jauh dari tempat kami membuatkan kami sedikit rileks. Tak perlu terkejar-kejar utk ke sana.

Rombongan kami terdiri dari 9 dewasa dan 3 kanak-kanak sahaja. Tidaklah terlalu besar tetapi apabila memikirkan kos utk mkn tgh hari dan mkn malam, byk juga yang perlu diperuntukkan kalau nak mkn di restoran-restoran di atas tu.

I googled a lot... betul nie, aku baca kisah-kisah orang lain yg ke sana. Kebanyakannya balik hari disebabkan kos yang mahal. Sila bayangkan ye. Harga sepinggan Carbonara di La Flemme adalah RM29.00++. Tapi menurut seorang blogger, it's a big portion. Kira ok la kot. Tapi kalau nak pesan 9 pinggan, harga yg perlu dibayar ialah RM261.00++. Ok la, katalah satu pinggan share 2 orang, total harga yg perlu dibayar utk 5 pinggan Carbonara ialah RM 145.00++. Wow, tidaklah aku akan keluarkan duit sebanyak tu. Bukannya susah dan mahal pun nak buat Carbonara kan?

Jadi kami buat plan lain. Utk cut cost, kami masak lauk pauk utk dinner di rumah. Kemudian, bawa naik ke sana. Hehehe... jimat dan berbaloi-baloi! :p

Janji nak sampai ke rumah kami pkul 11 pagi tapi tidak yer... kereta dari Seremban sampai jam 11 pagi. Kereta dari Nilai sampai jam 12 tgh hari. Tapi dimaafkan la sbb Nilai sesak. Padahal diorg nak keluar pukul 10.30 pagi. Ok la tu.

Utk tgh hari, semua org mkn kat rumah kami. Around 1.15pm, kami bergerak ke Colmar Tropicale.

Perjalanan terhenti di stesen minyak sebab masing-masing nak beli makanan. Kat atas tu mahal. So kalau korang nak beli air ke, roti ke.. elok beli kat bwh dulu. Kalau tak terasa nak Coke pun, beli je la. Believe me. Bila sampai kat atas dan nampak Coke, tiba-tiba tekak terus rasa haus nak Coke tapi tak boleh beli sebab setin Coke berharga RM6. Jahat tekak ni yg tiba-tiba haus.

Kami bawa kereta slow je sebab nak menikmati pemandangan bukit bukau yg menghijau. *Sorry eh kereta Satria dan Honda City di belakang kami yg terpaksa ikut kami perlahan-lahan.. hehehe*

Akhirnya kami sampai di Colmar Tropicale sekitar jam 2.30 petang. Berlaku sedikit salah faham antara kami dan guard. I was told by someone yg kalau kami check-in di situ, kami boleh park kereta di hotel carpark. So lift tu terus sampai ke bilik. Tapi bila kami masuk sana, guard suruh kami park kereta di satu bangunan. Ingatkan mcm ok la, maybe ada tunnel ke sana. Huhuhu. Elok je dah keluarkan beg, tiba-tiba hubby ckp tempat ni salah. Dia ada nampak signboard tu hotel carpark di satu kawasan lain. Kami kena la turun semula dan beritahu guard tu betul-betul. Lepas tu, barulah dia bagi kami masuk ke kawasan yg lagi satu.

Guard kat atas tu bukan org tempatan so kalau korang nak check-in kat situ, ckp la betul-betul bagi dia faham agar tak terjadi mcm kes kitorang. Ada la 15 minit kot masa terbuang.

Akhirnya kami sampai di hotel lobby around 2.45 pm. Kami disambut oleh bellboy yg peramah. I kata peramah sebab dia rajin bgtau info-info yg kami perlu tahu. Urm, mmg la kerja dia pun kan? Kami minta 4 bilik tapi hanya 2 bilik yg dah siap. Nasib baik jugak la. Kalau tak, nak lepak kat mana? Hehehe. Kami bagi King & Queen dan keluarga yg paling ramai anak check-in dulu.

Sementara aku kat counter, diorg pergi bergambar kat luar. Cis! Banyak betul gambar diorg ambil.

Christmas is around the corner. Jadi Colmar Tropicale telah dihias cantik dengan dekorasi berkonsepkan Christmas. Sana sini boleh jumpa Christmas Tree. Dah la mood ala-ala kat France versi Malaysia. Mmg suka la diorg bergambar especially Icha Micha. Kat mana aje kitorang suruh dia berdiri atau duduk, terus menurut perintah dan buat peace sign.









Mereka dengan baik hati letakkan kami semua di bangunan yg sama. 2 bilik di tingkat 1 dan 2 bilik lagi di tingkat 2. Mmg terasa mcm floor tu kami yg punya. Sementara tunggu 2 bilik lagi siap, semua org berkumpul di bilik King & Queen utk menjamu selera. Tiba-tiba perut lapar pulak. Then, solat. Lepas tu kami mengambil peluang utk meninjau-ninjau persekitaran Colmar Tropicale.

View dari bilik King & Queen. Cantik kan?

Prince Nazdri and Prince Irfan *LOL*

Wishing well. Drop your coin inside.
Duit akan disumbang kepada badan kebajikan terpilih.

Nice view from the tower.
Berkonsepkan perkampungan Perancis.



Kami meninjau swimming pool yang terletak di hujung jalan. Agak tertutup dari orang ramai la jugak. Bagus sebab takde la orang yg singgah jalan-jalan di sana boleh tgk orang mandi di situ. Sayangnya, masa kami datang, adult pool ditutup utk pembersihan. Di area tu, bilik sauna dan gym turut disediakan.

Pemandangan dari swimming pool


Kat atas tu, tidak ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Jadi pihak Berjaya ada menyediakan Kiddie Rides dan Games Arcade utk pengunjung cilik mereka. Satu token berharga RM2. Quite expensive huh?





Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.