Wednesday, December 15, 2010

Bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi - Part 1

Our wedding anniversary jatuh pada 16 December tapi kami telah pergi celebrate awal-awal. Ahaks, ni kira pre-celebration la. Sejak 2 tahun lepas, my parents akan bawa kami semua pergi bercuti sempena their wedding anniversary yg jatuh pada 4 December. Bukan setakat sambut their wedding anniversary aje tapi sambut my Papa's birthday dan wedding anniversaries my sis and I. Kira celebrate berganda-ganda la nie.

Tahun lepas kami ke Langkawi. Tahun ni, kami pergi dekat-dekat aje sebab jadual masing-masing sgtlah padat di bulan December. Bila org A free, org B x free. Bila org A dan B free, orang C tak free. Huhu.. nak buat camne. Dah ada life masing-masing. Nak taknak, kena bercuti ke tempat yg dekat-dekat aje.

Setelah plan bertukar byk kali (membuatkan aku pening kepala mencari quotation utk setiap tempat.. dah boleh buka travel agency gamaknya!), aku ajak semua org ke Colmar Tropicale. Thankfully, semua org setuju. Diorg ni senang je. Janji tempat tu ada swimming pool. Yang lain, diorg tak kesah sgt.

Maka, kami ke Colmar Tropicale pada minggu lepas. 2 hari 1 malam aje. Tokwan nya ckp tak puas. Mau-mau nak kena pergi 3 hari 2 malam. Amboi.. tak boleh.. tak boleh.. nanti aku bgtau kenapa.

Ok la, sebelum aku bercerita panjang.. mari cerita sedikit tentang Colmar Tropicale.

Location:
Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Kuala Lumpur.

Attraction:
Bangunan berkonsepkan perkampungan Perancis. Binaan bangunan sgt unik. Sgt sesuai utk mereka yg gemar mengambil gambar. Tapi harus diingat. Jika bergambar utk tujuan komersil, anda wajib meminta kebenaran dari pihak Berjaya. Jika tidak, anda boleh disaman. Sgt cantik kalau rakamkan gambar perkahwinan. We met one couple there. Wah, suka! Mesti gambar diorg lawa-lawa.

Tempat lain yang menarik ialah Japanese Village dan Rabbit Park. Sesuai utk yg gemarkan alam semulajadi, Japanese Village merangkumi Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa dan Botanical Garden. Suasananya sgt mendamaikan kerana dikelilingi dengan pepohon yang menghijau.

Accomodation & Fees:
Jika anda menempah 14 hari awal, anda boleh mendapatkan 20% diskaun. Mcm kami, kami tempah awal. Sebuah Superior Room berharga RM210. Breakfast disediakan utk 2 adults. Kanak-kanak di bawah 4 tahun boleh mkn percuma. Kanak-kanak atas 4 tahun, perlu beli kupon berharga RM18. Kupon dewasa pula berharga RM35. Utk tiket masuk ke Colmar Tropicale, harganya ialah RM12 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak atas 4 tahun. Bagi yg menginap di situ, mereka akan pulangkan duit tiket tu ketika anda check-out.

Extra Info:
Yang paling perlu diketahui ialah harga makanan di atas tu lebih mahal dari luar. Setin air berharga RM6. Makanan di restoran-restoran pula, ada yg harga biasa, ada yg mahal. So terpulang pada masing-masing punya bajet. Utk info lain, aku akan beritahu di entry akan datang. Kena pecahkan entry la sbb ada banyak gambar nak dikongsi.

Tempat ni mmg best bagi orang yg suka bergambar. Ahaks, gambar yg kami ambil sampaikan lebih 300 keping. Kalau la takde digital camera, berapa roll kodak la yg kami kena bwk agaknya.




0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.