Wednesday, December 22, 2010

Anak pandai Math

Sebagai seorang anak guru Matematik, I sering disalah erti sebagai seseorang yg pandai giler bab Math. Bukan pandai tau.. tapi pandai giler. Isk... Isk… Pressure nie.. hehehe…

Marilah I bercerita dulu kisah “I pandai Math” sebelum I bagi tips. *Cikgu Norlisah di rumah tu, sila jgn teruskan pembacaan anda. Anakmu nak merapu sekejap*

Utk pelajar di boarding school, pernah tak korang dgr teori ini?

1) Budak boarding school akan pandai dlm Modern Math tapi tak berapa pandai Add Math.
2) Budak sekolah biasa pulak pandai Add Math tapi tak berapa pandai dlm Modern Math.
3) Budak yg pada mulanya belajar di sekolah biasa dan kemudian masuk ke boarding school ketika di Tingkatan 4, mereka akan pandai dlm Modern Math dan Add Math.

Huhuhu, tak tau la you all pernah dgr benda ni ke tak. But at my school, boleh nampak la perkara ni berlaku. Hehehe, mana-mana Scolobu yg pernah berdiri atas kerusi sebab fail Add Math, sila angkat tangan sekarang jugak! Bayangkan ye, pelajar tingkatan 5 kena berdiri atas kerusi sebab gagal Add Math. Not my class tapi ada kelas lain yg kena kalau tak silap. Kami hanya kena berdiri atas lantai je.

Masih terbayang di zaman itu.. Isk.. bunyi mcm dah hidup 50 tahun. Ok la, ni tahun 1998 dan 1999. Nak dipendekkan cerita, kelas I dpt Cikgu Add Math yg paling famous kat sekolah. Famous sbb dia sgt skema. Nama dia Cikgu Mok. Nak dipendekkan cerita lagi, hampir 80% peratus apa yg dia ajar, kami tak faham. Serious ni weih. Tak tipu. Kami terpaksa ‘meraba dlm kegelapan’ la kiranya. Bila dpt exam result, semua failed kecuali golongan No. 3. Cikgu Modern Math kami masa tu ala-ala kesian dan bersedih dengan nasib kami yg malang tu.

So dia volunteer diri dia utk ajar kami masa Form 5. At first, kami taknak sebab cikgu itu sangat garang. Scary ok. Tapi golongan No. 3 marah kami lite-lite. Katanya, kami harus beranikan diri. Giler ke hapa nak fail Add Math dlm SPM. Nak mamp*s!

Jadi kami pasrah. Tapi tak sangka cikgu ni betul-betul nak tolong kami. Dia nak kami bekerja kuat bersama-sama dia. Dia korbankan hujung minggu dia utk buat kelas tambahan utk kami. Bayangkan, kami mula kelas tambahan dari pagi sampai ke petang. Tak terbayang rasanya, mcm mana la kami boleh tahan dengan cara dia. Cuba buka buku teks Add math tahun 1999 yg tebal tu. Semua latihan dlm tu kami buat tanpa tertinggal apa-apa pun. I tak tipu!

Terpaksa beb sebab kami fail Add Math. Fail… markah bawah 40 peratus. Susah sgt ke nak dpt atas 40%? Ada sorang kwn aku tu, markah dia 1%. Kesian tak? Sampai kena marah.

We worked hard. We cried a lot. Budak Putera sampai bwk buku teks tu ke Musolla sekolah. Siap kena perli lagi dgn orang lain. Kami makan minum tidur dengan buku Add Math.

Daripada hampir 90% pelajar kelas tu fail Add Math, kami semua passed with flying colors dlm SPM. Flying color tak la bermaksud semuanya dpt A1 tapi mmg bangga sebab tak fail. Hahaha.. dan alhamdulillah, result bagus la la jugak. Cikgu tu terus dpt naik pangkat dan dpt anugerah dari pihak Jabatan Pendidikan. A class to remember.. tu katanya. *Eventhough masa kami jumpa a few years back, dia tak ingat nama kami tapi dia ingat kami dari kelas yg gagal Add Math*

I pernah cerita psl benda ni kan? Tu la, jasa cikgu mmg takkan dilupakan sampai bila-bila.

Ok la, berbalik pada mcm mana nak anak pandai math. Ramai tanya aku. Uhuks, I takde la pandai giler pun. Tips yg paling utama ialah BUAT BANYAK LATIHAN TANPA JEMU. It doesn’t matter kalau soalan tu dah pernah buat. Buat lagi dan lagi dan lagi. Itu yg cikgu kami ajar. Mmg la kdg-kala rasa boring sebab mcm dah reti jwb. Tapi kalau korang dah panik masa exam, benda yg korang tahu buat pun boleh jadi tak tahu buat tau.

Zaman I sekolah rendah, selamba je cikgu rotan murid kalau salah mengira. Mak bapak pun lagi la menggalakkan cikgu rotan anak diorg kalau tak pandai. *Tiba-tiba rasa rindu kat cikgu Mazlan sebab dia mmg rajin rotan kami.. hehe*

Nak pandai Math, tak byk tips yg boleh dicuba. Satu tu je yg perlu dibuat. Jgn malas nak buat latih tubi sebab dari latih tubi, korang akan familiar dengan soalan dan langkah pengiraan yg perlu dibuat.

Ahaks, so jgn la fikir I pandai Math. Kalau Modern Math, mmg boleh la tapi kalau Add Math, I tak rasa I ingat jalan kerja dia lagi especially bab Tangen. Always give me headache! Ahaks.

Mcm mana dgn korang di luar sana? Pandai Add Math, Modern Math atau kedua-duanya?

23 scribble(s):

Fid said...

saya dok boading school form1-5 saya pandai matematik..dan matematik tambahan...
cikgu maths saya kata matematik kat skeolah menengah tu bukan modern maths..tetapi MATEMATIK hahahahahaaa

hakak score sokmo tau mathsSSSS

Liz Rohaizat said...

kak fid> wah, ni pandai semulajadi maknanya. saya ni, ada bab tertentu dlm Add Math je yg saya score. mcm bab Tangen, mmg susah nak faham. hahaa

Fid said...

sat akak tulis entry la bab maths hahhahahahhaaa

Liz Rohaizat said...

kak fid> ahaks, ape la akak ni. haa, tulis jgn x tulis!

Faizah said...

aku dulu f4 add math cukup2 mkn je, takat lulus je asik2 dpt c4, c5. masuk form 5, kena masuk kelas pertama. memang aku among yg ketinggalan, masih lg ujian bulanan ngn periksa penggal pertama dpt tahap cukup mkn (masa periksa penggal tu kire percubaan tahap sekolah la)

pastu aku takleh jadik, kena struggle, tny budak2 yg dpt a1 utk add math, camne dorang study. Pastu aku pon pulun cara diorang, ari2 siang dan mlm buat exercise add math. sehari at least 20question kena buat. Memang giler, kalo tak dpt buat, tny kawan yg pandai

mmg pressure dok kelas pertama. Tp aku rasa bagus utk aku. sib baik masa spm aku dpt A1 utk paper add math ngn math mod.

aku suka math. Tp sekarang kalo ko soh aku jawab soklan add math, aku lupa dah nak jawab. kakakakak

Liz Rohaizat said...

faiz> actually, kelas lain ok je kot. kelas aku agak ketinggalan sbb dah ada problem masa form 4. tu yg kitorang kena pulun habis-habisan.

tp maths mmg best kan?

Fid said...

dah publish

imee said...

ooo, kelas ko ek yg slalu buat kelas tambahan add maths weekend tu? aku antara org yg fail add maths secara consistent. stress bapak aku sbb dia mcm takleh terima anak dia tak terrer maths (aku terrer modern maths, tp add maths tu mmg tak penah pass langsung).

aku ingat bila dah dekat nak spm, kitorg dpt tau pasal kelas add maths tambahan hari ahad tu.. so kitorg pun tumpang sekaki la, join kelas tu. alhamdulillah, macam magic, sbb terus paham yg selama ni langsung tak paham. pastu masa spm dpt result boleh tahan best jugak la (walopun bukan A1, tp termasuk dlm 6 subject bila nak kira aggregate.. kira best la tu kan?)

aku suka entry ko yg ni, liz. terkenang2 zaman dulu.

Liz Rohaizat said...

imee> oh, ko eh antara student yg menumpang kelas tambahan kitorang? hahaha.. aah, kelas aku la yg ada kelas tambahan setiap sabtu dan ahad. pk2 balik, punya la ter over semangat kan kelas aku? tapi cikgu sebenarnya yg semangat nak bg kitorang pandai. modern maths mmg terer kan? haha..

kalau ko nak tau, ada gak la budak kelas lain jumpa cikgu zabedah, minta permission nak join kelas tambahan tu. dia cerita kat kitorang. dia tanya samada kitorang boleh terima tak student lain join. bkn apa, sebab kitorang lemah so kalau boleh, dia nak tumpukan perhatian kat kitorang. tp kitorang bagi je la. plus cikgu tu sanggup.

mmg magic kan? dia ajar satu-satu.. terus jadi faham. haha, suka statement ko. betul! kita termasuk dlm 6 subject utk kira aggregate.. mcm x caya je kan? padahal sblm ni FAIL terlekat di dahi.

weed said...

hahahahaa...aku pandai gile modern math...tp add maths...hampehhh!!!! haruslah aku berusehe gile babeng nak pahamkan bab indeks dan logaritma...walau aku mintak tunjuk ajar kat otai2 add maths...spt wan...hatta faisa pon..aku tetap tak pahamm...so secare otomatis...aku mmg reject a.k.a tak pandang langsung soalan index n logaritma...kisah kegemilangan add maths aku berterusan sampai U ye...sungguh aku tak suke calculus tu...aiyohh!!! nasib la exam sapel mase alpha aku lepas...kalo tak...tak naik beta aku...muahaha....

imee..ko sokmo fail add maths..aku...sokmo fail biology...n yes..aku hanye pass time spm saje...

still teringat wajah cekgu zabedah mase dia bg smgt kat kter mase paper add maths time spm....rasenye batch kite sume credit kan add maths? eh ye ke?

Oya said...

Liza,
aku memang suka GILER dengan maths tak kira laa add maths ke math modern ke..aku dulu F5 sama kelas ngan paiz:D..buat latihan memanggg rajinnn sungguhhh...kalau math modern tuh nak dpt 100% memang petik jari jer laa:D..add maths pon alhamdulillah selalu gak dpt markah almost perfect...suke-sukerr

Liz Rohaizat said...

weed> korang nak tau kenapa kitorang tiap2 minggu buat kelas tambahan? sebab cikgu zabedah cover topik tingkatan 4 sekali. maknanya dlm tahun 1999 tu, kitorang cover topik tingkatan 4 dan tingkatan 5 serentak. ko ada join x kelas tu? aku lupa.

setahu aku, result batch kita adalah yg terbaik kat NS kot. lebih kurang gitu la. tu yg cikgu zabedah dpt anugerah tu

oya> good for u sbb terer add math.

sya_firwan said...

hahaha..sya bording school form 4-5 je..modern math pandai..add math cukup2 makan je.. =)

Liz Rohaizat said...

sya> hehe, ape story sya pulak?

WanYgBest said...

liza: rasanya kelas kitorg (5 jingga) mmg cikgu zabedah ajar add math, pastu kitorg nyer kelas tambahan rasanya hari sabtu...aku pun ingat2 lupa...tp mmg buku add math kaler merah tu habis kita buat...pastu ms spm, "mcm penah ku buat soklan ini"...best betul!!

*teringat ada satu exam tu, sume fail kecuali sorg dua, tu pun cukup2 mkn...haru nyer zaman2 itu*

Liz Rohaizat said...

wan> rasanya kelas korang dan kitorang je yg dia ajar add math kan? ke kelas hijau sekali? can't remember that. tp kelas kitorang mmg parah sbb topik tingkatan 4 pun kitorang x pass.

pk2 blk, mcm x percaya je kita boleh fail sebegitu rupa. tp cikgu zabedah tetap letak harapan kat kita eventhough pada awalnya, nampak mcm kelas dia tak mendatangkan hasil sebab kita masih fail.

weed said...

yups...dia ajo cam air je...mane taknye...berbelas2 tahun ajo mende yg same je...hehehe..cam aku la jugak...baru 3 years ajo sains year 3 pun...tak gune text book pun..coz dah tau ape isiknye...hehe..

ska said...

wuu rindu cikgu zabedah. dia ajar kelas aku jugak time form 5!

buku merah tebal add maths tu mmg terbaik. bukan setakat korang jek. rasenye sume kelas yg cikgu zabidah ajar mmg dia suruh buat habiskan sume latihan dlm tu. tp dia tak selalu cek pon..

since skang add maths dlm english, so bebudak dh tak pakai buku merah tu. pastu barula aku paham apa maksud 'janjang' yg kita belajar dulu. 'progression' rupanya.. haha

p/s aku tak penah dgr pon teori ko tu liz.

p/p/s n aku tatau pon time spm, sekolah kita terbaik add maths kat NS. huhu

Liz Rohaizat said...

kd> maybe ko x penah dgr teori tu sbb ko dlm kelas paling bijaksana di tingkatan 5.so teori tu agak tak releven utk bebudak kelas ko.

ekceli, aku pun xtau psl result terbaik tu. cikgu zabedah yg bgtau. masa tu dia bgtau yg dia dpt anugerah pihak nazir. kalau dia x ckp, kitorang pun xtau la

p!nkerton said...

aku pun macam imee, failed add math dgn sungguh konsisten sekali hikhik.macam susah benoo nak dpt markah lebih 40 hahaha ;p skali SPM dapat c3. mod math pulak asik dapat A1 aje, tapi masa SPM A2. gile ah tak bajet.
kelas 5jingge ade cite tragik jugak- cikgu mod math kitorng (cikgu Lok) passed away sehari b4 paper SPM mod math, boleh?? stress pikir pasal teh agaknya hahahahha. sabo je lahh

WanYgBest said...

teringat masa exam add math, Adi buat sound effect "jeng jeng...jeng jeng..." rupenye dia tgh wat soklan janjang...haw haw haw...

aku ingat masa result keluar, cikgu Zabedah carik aku...tp sbb aku nak kuar dr KMNS tu punye la seksa, dah ala2 CIA dah, menyusup menyasap, seb baik ada abg KD...smpai2 skolah, cikgu Zabedah dah xde, dia p mana ntah masa tu, x sempat jumpa & hingga kini aku tak tau knp dia carik aku...yg kedua yg carik aku ialah cikgu Normah yg ajar sejarah, sbb aku mencacatkan results sejarah skolah, ala2 data tepencil gitew =(

CHeeSYaNa said...

Ayah aku pon cikgu math.. and I love math so much... In fact, aku best student add math kat sekolah aku.. sbb aku suka math or numbers, to be exact, aku tekad nak amik accounting, even result bio, kimia n fizik aku dapat A1 and A2.. sekali hampeh.. accounting langsung tak guna add math or modern math.. huhuuhu...

Liz Rohaizat said...

fatih> tu la. pk2 balik, ape la yg susah sgt nak dpt markah atas 40 kan? tp tu la, mmg terbukti susah pun. eh, aku xtau pun psl cikgu lok tu. skrg baru tau.

wan> soalan janjang? haha,hilang ingatan sikit bab tu. wan, agaknya cikgu zabedah carik ko sbb result ko paling power kot. hehehe..

yana> wah, best student tu! ni mmg sah pandai ni. kahkahkah. aku kat sekolah belajar accounting tp masuk MMU, x berminat dah sbb rasa boring. nape la aku nak terima je tawaran masuk science class kat sekolah dulu. kot2 leh jadi doktor. ewahhh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.