Wednesday, November 03, 2010

Takziah utk Ruhiyati Idayu *UPDATE*

Maghrib semalam, dpt sms dari Ma-g. Dia menyampaikan satu berita sedih tentang seorang kawan kami ketika bersekolah di SMAP dulu.

Suami Ruhiyati Idayu telah meninggal dunia pada 31 Oktober 2010 yang lalu. Katanya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Terkejut bercampur sedih apabila dapat tahu akan pemergian arwah suaminya. Aku dan Ruhi sekelas ketika belajar di menengah atas. Kira kamceng la juga sbb kitorang suka melepak berempat (aku, dia, Fetty dan Farah) bila nak buat homework dan discussion. Sayangnya masa dia kahwin, aku tak dpt pergi sebab ada hal keluarga di KL.

Tak berani nak tanya Ruhi lebih-lebih sebab dia masih trauma dan belum kuat utk berbicara. Aku sendiri tak berani nak menelefon dia. Hanya menghantar beberapa sms sebagai sokongan kepada dirinya yg masih bersedih.

Melalui FB anak buah arwah, aku dapat tahu yg arwah telah dilanggar lari oleh seorang lelaki India yg mabuk. Wallahualam. Mungkin ada saksi. Aku tak tau.

Tak dpt nak bayangkan betapa sedihnya kawan aku nie. Aku sendiri hampir menangis setiap kali terbayangkan wajah dia. Perkahwinan mereka baru hampir berusia 11 bulan :(

Kepada yg mengenali dan yg tidak mengenali arwah dan keluarga, sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di syurga. Amin.


*UPDATE*
Bagi Scolobu yang masih tidak tahu tentang perkara ni, ini sedikit maklumat yg ingin dikongsi. At first, terasa mcm taknak kongsi sebab takut mengguris hati Rok tanpa disedari. Tapi lepas Faruq kata ok je, so aku share aje la.

Sekadar copy paste dari satu forum yg arwah selalu masuk. Diceritakan oleh kawan arwah.

Salam semua.....Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah aziz_iez yang selamat ke Rahmatullah pada 31 Oktober 2010 tepat jam 10.10 malam di hospital...

Arwah meninggal akibat kemalangan dipercayai akibat dilanggar lari di highway Guthrie pada hari sabtu ketika perjalanan pulang dari pulau pinang-nilai setelah mendapat mesej mengatakan pakciknya sakit tenat.Kali terakhir arwah bersama kami adalah ketika kami makan tengahhari di Nasi Kandar Subaidah lalu terus berangkat pulang ke ibukota.Kira-kira jam 5petang,arwah sudah memaklumkan kepada aji79,bahawa arwah sudah selamat tiba di rnr rawang..Mungkin selepas rawang,arwah terlibat kemalangan..Box sebelah arwah turut hilang dipercayai dilarikan dimana didalamnya mengandungi kamera dslr sony(RM3K),dan handy walkie talkie(RM500++).

Berdasarkan apa yang diceritakan isterinya kepada saya,ketika kemalangan,arwah sempat berkata,"siapa yang langgar saya??" berkali-kali dan menyuruh orang ramai menelifon isterinya..

Arwah mengalami pendarahan teruk dibadan.masuk 50liter darah,50liter juga yang keluar .
Organ-organ penting gagal berfungsi(hati,buah pinggang,paru-paru),dan meninggal setelah pembedahan kali kedua.Arwah sempat menghembuskan nafas terakhir disisi isteri tersayang.
Isteri arwah sangat sedih kerana tidak dapat bercakap kali terakhir bersama arwah.
Arwah merupakan seorang yang mengambil berat dan sangat sayang terhadap keluarga dan isterinya.

Bak kata Wan, sedangkan kalau kita dgr orang yg kita sayang tu tgh sakit pun kita akan rasa risau, apatah lagi kalau perkara mcm ni berlaku pada kita. Semoga Rok (nick name Ruhiyati Idayu) tabah menghadapi semua ini.

10 scribble(s):

imee said...

aku pun baru dpt tau pagi td thru fb. terkejut gila, pastu sedih sgt2. tak dpt imagine kalau benda yg sama jadi kat aku. :(

al-fatihah.

Liz Rohaizat said...

imee> lg sedih lps dah baca link yg faruq bg kat aku (tgk kat FB aku kalau nak baca). terus bergenang air mata.

Azni said...

speechless. aku br tau mlm td, tu pun thru status ko. sedih.

Liz Rohaizat said...

azni> aku rasa mmg ramai yg terkejut. kita doakan agar rok dpt hadapi semua ni dengan tenang. aku tau dia sedih.

nieda said...

takziah

Liz Rohaizat said...

nieda> bagi pihak kwn saya, terima kasih diucapkan

MarDiah said...

takziah.. tapi nak bgtau, nama penuh arwah perlu tau untuk sedekah Al-Fatihah...

Liz Rohaizat said...

nadia> terima kasih utk peringatan. nama arwah ialah ABDUL AZIZ BIN ABDUL RASHID

♥ sha ♥ said...

sedihnya liz. dlm sekelip mata apa2 pun boleh jadi kan. humm teringat kat hubby nih.

Liz Rohaizat said...

sha> yerp. kalau meninggal sebab sakit, kita mcm dah bersedia. tp yg pergi tiba2 nie, kesannya mmg menyedihkan. everytime teringat muka kwn, terasa sedih. dia sendiri apatah lagi

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.