Tuesday, November 09, 2010

Susah utk berbicara

Pernah tak jadi kat korang mcm nie?

Korang nak cakap something dengan boss. Kira benda ni tak penting pada dia tapi penting pada korang. Dah la boss korang tak suka benda-benda last minute tapi sebab terpaksa, nak taknak kena la ckp jugak.

Seharian korang fikir di hujung minggu. Cuba susun ayat baik-baik agar reputasi sebagai 'pekerja yg sentiasa rancang sesuatu terlebih dahulu' tu tidak tercalar. Hati dup dap.. takut boss bising. Boss takkan marah, dia akan bising je. Dan 'bising' adalah sesuatu yg korang tak suka dgr.

Bila masuk kerja, hati makin gundah gulana. Tunggu punya tunggu, boss tak muncul-muncul. Rupanya dia ada meeting kat luar. Bertambah-tambah risau di hati sebab selagi tak disuarakan hasrat hati, selagi tu la perkara ni bermain di kepala.

Sejam setengah sebelum pulang, boss telefon dari luar. Kesempatan tu digunakan utk beritahu apa yg dah terpendam sejak 2 hari yang lalu. Dlm hati berdoa agar tak kena sembur sbb tiba-tiba buat keputusan sebegitu.

Sekali boss ko ckp, "Okay!" dan terus letak gagang.

... Huh?

Penat-penat aku risau 2 hari, boss aku ckp "Okay" aje? Sebegitu senang!

Tanpa sedar, terjerit "Yahoo!!". Lega hati ni....

Nota:
1) Kenapa mesti risau bila nak ckp dengan boss? Aku selalu risau kalau benda tu tak plan awal-awal je. Yang lain aku tak kesah sgt.
2) Korang mesti tak faham apa yg aku nak ckp dengan boss. Aku rasa, kalau aku baca balik entry ni setahun dari sekarang, aku pun tak faham apa yg aku cakapkan.

2 scribble(s):

LoveZahra@Fazahra said...

tahniah bos dah kasi OK ..hihi

P/s: apa kes la yg susah sgt nak ckp ni ye??? :p

Liz Rohaizat said...

LZ> hehe, lega boss ckp OK. ape kes? tungguuuu... minggu depan akan diberitahu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.