Monday, November 22, 2010

Review - Harry Potter and the Deathly Hallows

Tidak seperti filem-filem sebelumnya, buku terakhir dari siri Harry Potter ni dipecahkan kepada 2 filem. Ini hanyalah my personal review. Spoiler ahead so kalau taknak tau spoiler, jgn baca yer :)

Buku terakhir ni tebal kan? Bagi aku, J.K. Rowling ni mmg penulis yg bagus. Dia berjaya buat aku berada dlm dunia Harry Potter. Dan dgn adanya filem Harry Potter, lagi la rasa mcm dunia Harry Potter tu real. Bila baca buku, automatically terus terbayang suasana mcm dlm filem. Yang buat aku puas hati dengan buku terakhir ialah semua persoalan yg timbul di 6 buku sebelumnya telah dijawab dengan baik dalam buku terakhir. But it is a sad story.

Berbalik pada filem, keputusan utk memecahkan buku terakhir kepada 2 filem adalah satu langkah yg bijak. Bermula dengan filem keempat dan seterusnya, aku rasa mcm tak puas bila tgk sbb ada banyak perkara yg terpaksa ‘ditinggalkan’ apabila diterjemah dlm naskah filem kerana mereka terpaksa memuatkan kisah tu dlm durasi 2 jam. Bagi yang tak mengikuti buku, tidak akan terasa apa-apa walaupun terasa seperti ada sesuatu yg kurang.

Utk filem terakhir ni, aku rasa puas hati sebab setakat ni, ia diceritakan dengan baik walaupun ada sedikit fakta yg diubah. For the first time, aku tgk jam sbb nak tau dah berapa lama movie tu ditayangkan sbb aku rasa mcm dah duduk kat dlm panggung tu lama sgt.

Kami pergi berenam. Aku, hubby, Batrisyia, Hasif, Nazdri dan Irfan. 3 org lagi tu adik-adik aku. Panggung hampir penuh. Konsentrasi kami diganggu oleh sekumpulan remaja yg sibuk bercakap semasa filem ditayang. Nasib baik kumpulan tu kat depan adik aku (2 daripada adik-adik aku terpisah tempat duduk sebab tak booking pada masa yg sama). Kalau kat depan aku, mmg aku sound. Geram ok. Ada juga beberapa adegan yg tak kelakar tapi ada orang gelak. Tak faham betul. Harry Potter buka baju pun nak gelak-gelak gatal. Isk..

Ehem.. malu nak ckp tapi nak ckp jugak la. Adalah baru 2 minit kot filem berjalan, aku dah bergenang air mata. Apekah? Emo betul la. 2 kali bergenang air mata. Yang pertama masa Hermoine hilangkan ingatan mak ayah dia. Dah la ni first time mak ayah dia diperkenalkan kepada kita. Yang kedua bila Harry lepaskan Hedwig sebelum dia berangkat. Dia ada ckp, “See you again”, lebih kurang camtu la ayat dia. Org yg tak baca buku takkan tahu yg Hedwig akan mati tak lama kemudian.

Adegan Ron cedera parah lepas kena serangan dari Yanxley agak mencemaskan jugak. Bila baca buku, mcm susah sikit nak bayangkan tapi bila kat filem, baru la tau camne kecederaan tu. Ditambah pula dengan Hermoine yg menangis sambil kelam kabut minta Harry keluarkan dittany dari beaded bag tu. Lembab betul Harry. Boleh pulak aku bercakap sorang-sorang time tu, "Sebut la "accio dittany!' ". Haha...

Ok, ada sedikit perkara yg diubah dlm filem nie. Ianya tak menjejaskan langsung. Tapi aku nak share juga la dengan korang.

THE TALE OF THE THREE BROTHERS
Aku tersilap, Hermoine ada bercerita tentang The Tale of the Three Brothers. Tapi ayat-ayatnya tak sama sgt la. Tapi ia masih diceritakan dan cara penyampaiannya sedikit berbeza. Dimasukkan kartun.. I like!

EXPELLIARMUS!
Semasa adegan kejar mengejar ketika Harry dipindahkan dari Privet Drive, kan masa Death Eater kejar dia.. dan tiba-tiba Death Eater tu berhenti dari kejar dia. Lepas tu Voldermort datang. Kalau ikut dari filem, Death Eater tu sedar Harry Potter yg ikut Hagrid tu ialah Harry Potter yg sebenar sebab Hedwig korbankan diri dia agar Harry tak cedera. Tapi kalau ikut buku, “Expelliarmus” spell yg membuatkan Death Eater tau tu lah Harry Potter yg sebenar sbb that spell mmg sinonim dengan Harry Potter.

SCRIMGEOUR (MINISTER OF MAGIC)
Scrimgeour sepatutnya berperwatakan sebagai seorang yg tegas dan terdesak dan cuba mendapatkan kerjasama dari Harry Potter. Tapi dlm filem, dia nampak mcm biasa je masa serahkan barang-barang peninggalan Albus Dumbeldore tu. Sepatutnya masa dia serahkan Golden Snitch tu, muka masing-masing perlu sedikit cemas tapi semua orang tenang sahaja. Tiada elemen suspen mcm dlm buku. Btw, Scrimgeour is a vampire!


Rasanya la, kalau korang tak pernah layan Harry Potter, disarankan agar korang tak pergi tgk movie nie. Filem Harry Potter hanyalah utk peminat yg layan kesemua filem dia. Kalau korang ter-miss fiem terdahulu, cari DVD dan tgk sebelum pegi tgk cerita ni kat panggung wayang. Kalau nak tgk filem ni semata-mata, korang takkan faham. Dah terjadi kat jiran aku. Dia tak pernah tgk filem Harry Potter. Tiba-tiba je pergi tgk the Deathly Hallows. Sudahnya dia kata cerita tak best sbb tak faham langsung. Bukan salah filem tapi salah dia kan? Hehe..

6 scribble(s):

Ely Hasrul said...

aku xbaca, biqque baca kot (aku kan bukan pembaca orgnye) tp aku xpenah miss movie heri potek (dulu kitorg panggil dgn nama nih haha). tiap kali aku tgk cite nih aku tau takkan se-besh bukunye tp paling aku amazed mcm mana la anak2 jk rowling punye perasaan dok tunggu bedtime stories dorg haha.. gile ah

Ely Hasrul said...

p/s - sami kan smbil tgk smbil tutup mata.. haha patu lastt skalik sami bleh komen 'mami, kecik2 dah matii..' kat elf (tu sapa nama dia aku lupe tp aku ingt lagik cmne dia bleh free dulu haha).. sian dia..

IHSAN KHAIRIR said...

babak awal hermione dalam movie tu tak ditulis seperti itu dlm buku... aku tgk agak sebak gak aa... tapi disebabkan budak2 yang bising kiri kanan aku, spoil sikit mood dia... :(

Liz Rohaizat said...

ely> elf tu namanya dia dobby, the free elf. hehe.. aku bwk batrisyia, mulut dia sama-sama kecoh bila sampai scene meletup-letup tu. lepas sejam, dia tido. aman.. hehee...

ihsan> aah, byk gak babak yg x sama mcm buku kan? i guess, hanya org yg baca buku je akan sebak di babak tertentu sbb kita boleh relate our emotion dengan jalan cerita dlm buku.

i don't know. masa babak harry menari dengan hermoine dlm tent tu, org keliling aku boleh gelak terbahak-bahak tapi aku diam je sbb aku teringat hermoine dlm buku yg sgt sedih bila ron takde and harry cuba ceriakan dia.

Hanz said...

...oh..gamaknyer..memamg me kena baca jugak buku dia..samalah macam kes twillight..buku dia lagi best & details tapi movie puaslah dapat tengok watak tu dihidupkan depan mata kita.. :)

Liz Rohaizat said...

hanz> kalau nak ebook, saya boleh email kan. kalau nak buku, pegi cari kat bookstore :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.