Monday, November 08, 2010

Rahsia terbesar Liz di dapur

Korang kata aku pandai masak sebab aku ada blog masakan? Hahaha.. cuba tgk betul-betul. Semuanya resipi dari 'dapur' orang lain. Kalau blog mcm kak Hanieliza tu, baru la dikira pandai sbb resipi dia sendiri.

Blog tu khas tu mengingatkan aku akan bahan-bahan utk memasak sesuatu sbb aku mmg tak terer dlm bab tu melainkan resipi turun temurun dari Puan Norlisah. Yang tu mmg sgt expert. Main campak-campak je pun boleh jadi.

Sebab ada yg perli-perli kata aku terer masak (yeah, Anon lagi.. as usual. Apsal lately ada je anon rajin tinggal komen?), aku nak beritahu rahsia-rahsia aku di dapur.

Bukan rahsia camne nak masak sedap.. bukan tips-tips yg boleh diguna pakai.

Rahsia yg akan membuatkan korang rasa aku ni manusia biasa yg tak tahu memasak pun. I tak kisah pun kalau orang tau sbb tu mmg dah benar, jelas dan nyata. Ahaks.

Rahsia No. 1 : Aku tak reti masak nasi goreng

Yeah, resipi yg sebegitu senang tapi tak reti masak. Isk, sila geleng kepala. Mmg betul. Dulu, tak reti masak. Tau la step by step dan bahan-bahan tapi setiap kali masak, rasa tak sedap. Kahkahkah. Hubby, sila angguk yer. Aku rasa dia tahan je mkn kot walaupun x berapa sedap. I love you la! Lagi pun, dia suka mkn nasi goreng dengan kicap. So kicap tu ala-ala menutup kelemahan nasi goreng ku. Kuikuikui.

Itu dulu. Lepas beberapa kali bereksperimen, rasanya sekarang dah passed! Sedap kan abang?

Rahsia No. 2 : Aku tak reti masak mee goreng.. kuew tiau goreng apatah lagi

Sama kes mcm nasi goreng. Aku rasa ni semua sbb dulu-dulu, makanan ni mak aku yg masak. So mcm aku tak ambil tahu sgt. Choii! Tapi skrg, mee goreng dah sedap.. kuew tiau goreng je belum pass.

Rahsia No. 3 : Aku tak reti masak kari

Harharhar..kalau nak mkn kari, pergi ke kedai mamak. Sedapnya! Tu yg tak reti masak kari. Plus, family kat Seremban jarang mkn masakan kari kecuali Mee Kari mak aku yg mmg terkenal dengan kesedapannya di kalangan kwn-kwn ayah aku *Ni entry bodek.. Mama, nanti kitorang semua balik, sila masak mee kari*

Cukup la bagi 3. Tak boleh bagi lebih-lebih :p

See, aku juga mcm korang. Tak reti memasak pun :)

9 scribble(s):

MarDiah said...

ok laa tu.. aku nie laagi teruk.. tak pandai nak merasaa.. tau masam, masin, manis jek... tang rempah ratus segala tu sila serah kat cik abg.. dia laagi pandai rasa...

CikLilyPutih said...

kari memang payah sket. kite tak pandai budget rempah kari dgn santan

Liz Rohaizat said...

nadia> x pandai merasa tu ok lg kot sbb dah terer resipi. hehe...

cik lily> saya suka kari tp tu la, selalu mkn kat kedai je. jarang nak masak

IHSAN KHAIRIR said...

aku reti masak megi kari! tambah telur =)

Drama Mama said...

i pun kekadang maska nasi goreng sedap kekadang tak. ikut nasib. haha

keow teow tak reti jugak! kari also i masak tak sedapppppp! susah aa nak budget!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Liz Rohaizat said...

ihsan> wallaweih! ko buat aku rasa nak mkn megi kari telur mlm nie! sedapnya.

DM> eh, bkn u pandai masak ke? merendah diri eh?

WanYgBest said...

benda paling terer skali aku masak ialah..........masak air!!! =)

to tell u the truth, nasi goreng mmg kelemahan aku...yg susahnyer, kwn aku mmg suke sgt nasi goreng, asal nak p travel jer, dia akan request bekal nasi goreng (kononnya xnak menyusahkan aku la dgn request benda senang)...mslhnya, aku rasa nasi goreng lg susah dr bihun goreng...nak2 bile dia request, nasi goreng cina la, kampung la apa la...huhuhu...klu bihun tuh, aku buat bihun merah makcik kantin tu je la...hahaha

Liz Rohaizat said...

wan> hahaha, ko pun sama mcm aku daaa... susah kan nak masak nasi goreng yg senang tu. hehe.. baik aku masak lauk

MarDiah said...

pasal tak pandai rasa lah selalu fail masak... masak yang biasa masak jek...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.