Tuesday, November 16, 2010

PETRONAS StreetSmart 2010 - Lessons for Life

Panduan keselamatan di jalan raya seharusnya diterapkan sejak kanak-kanak masih kecil lagi. Mereka seharusnya didedahkan tentang apa yang perlu mereka patuhi di jalan raya bagi menjamin keselamatan mereka. Umum mengetahui, kanak-kanak yang telah bersekolah akan berdepan dengan pelbagai ancaman di jalan raya kerana mereka akan menggunakan jalan raya untuk ke sekolah. Bagi yang berjalan kaki ke sekolah, seharusnya mereka didedahkan dengan perkara ini agar nyawa mereka tidak terancam.

Bertitik tolak dari ini, PETRONAS sekali lagi membawa kepada anda StreetSmart 2010. Kali ini, PETRONAS bekerjasama dengan Playhouse Disney Channel, PETRONAS StreetSmart 2010 - Lessons for Life dibuka kepada umum dari 5 November hingga 21 November 2010 di Petrosains, Suria KLCC. Roadshow ni mensasarkan penyertaan daripada golongan pre-schooler di mana kanak-kanak ini akan dapat belajar tentang peraturan-peraturan di jalanraya.
Rata-rata kanak-kanak yang datang ditemani oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing. Ada banyak interactive games di roadshow tu. Walaupun kebanyakan games sesuai utk kanak-kanak, kami yang menemani mereka juga mendapat pengetahuan daripadanya.

Contohnya, tahukah anda yg badan kita akan merembeskan satu hormon ketika kita dalam keadaan stress hingga menyebabkan kita sukar menumpukan perhatian ketika memandu? Jadi, jangan memandu ketika stress kerana berkemungkinan besar anda akan terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kecuaian anda sendiri.

Kami ke sana pada Sabtu yang lalu bagi memenuhi undangan. Kami bawa 3 orang sepupu Batrisyia utk memeriahkan majlis. Dari muka mereka, nampaknya mereka seronok kat sana. Siapa tak seronok bila ada pelbagai permainan interaktif untuk dicuba. Semua pengunjung terutamanya kanak-kanak kecil ni seronok turut serta dalam storytelling dari pihak Playhouse Disney Channel. Pelbagai hadiah diberikan kepada kanak-kanak yang turut serta pada Sabtu lepas.


Kumpulkan stickers dan lekatkan dengan betul.
Kemudian, boleh redeem Playhouse Disney Channel badge sebelum pulang.

Story-telling oleh Mickey Mouse Club House

Antara permainan yang harus dicuba.
Kanak-kanak akan didedahkan tentang fakta jarak berhenti yg betul.

Goodie bag untuk setiap seorang.
Kenapa abi pakaikan beg camtu kat Batrisyia?
Nampak mcm kena paksa pergi sekolah je :P
(Gadis berbaju belang itu tidak termasuk dlm group kami)


Lepas kepenatan bermain di sana, kami menjamu selera di McDonalds. Kids will always be kids. Bila tanya nak mkn ape, semua menjawab McD! So di samping kami pesan Milo Ais dan nuggets utk semua orang, masing-masing makan ice cream! Cuaca pun panas masa tu.

Ice creams look yummy tapi teringat lemak di badan, terus terpotong selera.

Budak kecil ni kami bagi dia chance mkn ice cream.

Ni isi-isi dalam goodie bags kami.

For kid

For parents

Bagi anda yang masih belum membawa anak-anak ke sana, roadshow masih berjalan hingga 21 November 2010. Jadi jangan lepaskan peluang utk bawa anak anda ke sana.

2 scribble(s):

p!nkerton said...

comel sgt gambar batrisyia & the geng masa pakai goodie bag tu hehe.. dah mcm gaya budak besar :D

Liz Rohaizat said...

fatih> dah mcm gaya nak pegi sekolah tadika padahal orgnya masih cinonet. huhuhu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.