Thursday, November 11, 2010

Nuffnang Screening :Skyline

Once again, dpt free tickets from Nuffnang. Kali ni, kami berpeluang menonton Skyline di TGV Wangsa Walk. Tiket free, dpt pulak free Popcorn Combo.. haruslah pergi kan?

Ni first time kami menonton wayang di Wangsa Walk. Agak selesa la jugak. Seat dia mmg selesa. Lagi satu yg aku hairan. Kenapa popcorn yg kami dpt rasa sedap eh? Sebab setakat aku pegi TGV yg lain, popcorn tak sesedap kat GSC. Tapi popcorn yg kami dpt mlm tadi, mmg sedap je masuk perut. Hehehe..

Cerita ni tentang alien yg datang ke Bumi utk menangkap semua manusia. Pada mulanya, hanya pancaran cahaya biru yg 'jatuh' ke Bumi. Mana-mana manusia yg melihat cahaya tu, akan terasa seolah-olah ditarik ke arahnya dan akhirnya disedut ke arah kapal alien tu.


Disebabkan cerita ni takde Ultraman, Superman dan superheroes lain, maka tentera US dikerahkan utk mematahkan serangan alien.


What do you expect from this movie? Biasa la kalau movie mcm ni. Serangan bertubi-tubi, lepas tu tunjuk alien ni punya la tak berhati perut, punya la ganas. Ada adegan kejar mengejar antara kumpulan utama pelakon dan alien.

Marilah aku bg honest review tentang filem nie. *Spoiler ahead*

Kalau nak tgk, don't put high expectation. Aku ni tak letak high expectation tapi aku masih rasa kecewa dengan filem ni. Jalan ceritanya sepatutnya lurus tapi telah ditunggang terbalikkan dengan jayanya sampai muka aku berkerut-kerut cuba susun balik semua scenes. The truth is, aku ajak hubby balik selepas sejam yg pertama. Maybe jugak sbb dah tau endingnya mcm mana sbb thanks to tunggang terbalik tu, pengakhiran cerita telah diketahui lebih awal.

Plot cerita sgt simple tapi ada beberapa perkara yg tidak dijelaskan. Buat penonton tertanya-tanya. Ke aku sorang yg tertanya-tanya?

1. Kenapa Jarrod menerima kesan yg teruk hasil dari radiasi tu? Kenapa balik-balik dia je yg berurat merah? Why him? Mmg dia suka tgk that blue light tp si botak tu pun tgk jugak. Dia tak la teruk sgt kena.

2. Kenapa otak Jarrod warna merah? Otak orang lain semuanya warna biru? Pastu alien ala-ala kena virus bila menerima otak dia. Kena virus tu tak la kesah sgt tp apa yg special nya Jarrod sampaikan otak dia sorang je berwarna merah?

Utk menebus kehampaaan, kitorang nak pegi tgk Harry Potter and the Deathly Hallows : Part I minggu depan. Ni mmg wajib tgk!

Talking about Harry Potter, rasanya peminat-peminat setia dia mmg tertunggu-tunggu edisi the Deathly Hallows. First, ia merupakan satu-satunya edisi yg dipecahkan kepada 2 filem. Peminat yg baca buku mesti tau betapa intense nya buku terakhir tu. Padat dengan fakta penting yg menjawab semua persoalan kita di 6 buku sebelumnya. Jadi, mmg patut filem tu dipecahkan kepada 2 bahagian agar tiada fakta penting yg tertinggal atau dipersembahkan sambil lewa kepada penonton.

Wah tetiba nak emo bila terfikir yg lps part 2, tiada lagi filem Harry Potter.

No more Quidditch, no more Potion, no more cursing curse, no more house elf, no more the Burrow, no more platform nine and three quarter..

Jom tgk. Aku dah ambil cuti Khamis depan sbb nak tgk HP pada hari pertama tayangan.

5 scribble(s):

CikLilyPutih said...

liz,
citer tu cam haram but nasib baik popcorn tu sedap lah. terasa betul manisnya

Liz Rohaizat said...

lily> hahah, mmg cam haram. hubby saya dok tergelak-gelak mengenangkan nasib kita semua tgk cite tu. betul, popcorn dia sedap la kan? dah la dpt 2!

hakimfaridzul said...

citer cam ape je kan sis!poning pala otak!

hahahaha, haah, malam baru sampai rumah.dalam kul 12 cam tu.
tak kesah la, jalan2 je...
hak3

Liz Rohaizat said...

hakimfaridzul> nasib baik rumah kitorang dekat. x la rasa terbakar hati. dlm kereta boleh gelak-gelakkan lagi cite tu. mcm korang, xtau aa ape perasaan. hehee

Dd said...

i tau kenapa popcorn tu sedap... sebab free kot... hehehe...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.