Monday, November 29, 2010

Nick names


Ok, setakat ni, inilah nick name yg dikumpul oleh Batrisyia:

Batrisyia ~ Nama panggilan oleh family di Seremban
Cik Adik Manis ~ Nama panggilan oleh tokwan
Humaira ~ Nama panggilan oleh family di KL
Mai ~ Nama panggilan oleh godmother di Sabah (eventhough sometimes kami guna panggilan ‘mak nenek’)
Tisya ~ Nama panggilan oleh Sue.. dan Batrisyia pun suka guna nama ni jugak
Omeyya ~ Nama panggilan oleh Syiefa
Icha Micha ~ Nama panggilan oleh Pak Teh dia (yg minta dipanggil ‘uncle’ sbb nak rasa lebih moden)
Maira ~ Nama panggilan oleh seorang kawan yg aku tak ingat siapa.. hehe.. sorry.

Last 4 names adalah yg paling disukai oleh umi dia. Tisya mmg short and nice. Omeyya kedengaran manja. Icha Micha rasa mcm dlm anime (kena tanya adik aku la dari mana dia dpt nama ni) dan Maira kedengaran lebih dewasa. Mungkin boleh guna bila dia dah sekolah nanti.

Gambar ni gambar 3 minggu yg lalu. Rambut depan dah mencecah mata. Tapi akhirnya selamat dipotong oleh kami. Abinya peluk kuat-kuat, uminya potongkan. Nangis jurai-jurai air mata. Padahal tak sampai 30 saat, dah siap potong. Lepas tu dia buat muka terkejut sebab tak berdarah. Ni kes orang bilang, jgn main gunting... tajam.. nanti berdarah.. so dia agak ambil serius akan nasihat orang tua.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.