Monday, November 01, 2010

Mula-mula stalker, lepas tu anon.. skrg kena deal dengan sex maniac pulak

Dari blog, aku dpt ramai kwn. Ada yg dah pernah jumpa, lagi ramai yg tak pernah jumpa langsung tapi boleh borak mcm dah kenal lama. Suka!

Tapi dari blog juga, aku dpt online stalker, dapat anon yg dengki... in real life tak pulak jumpa orang mcm nie. Dah jumpa 2 jenis manusia nie, skrg aku dpt lagi satu jenis manusia pulak.

SEX MANIAC!

Apabila rakan-rakan dpt tahu yg aku kena bg statement di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mcm-mcm andaian yg aku dgr. Ada yg kata aku terlibat dengan jenayah cyber. Mcm-mcm la.

Hanya mereka yg baca entry ni saja yg tahu perkara sebenar.

I dah janji nak cerita lepas bagi statement kan? Rasanya ok kot nak cerita sbb kertas siasatan dah dibuka. Kalau org tu nak lari pun, I tak kesah.

Sebenarnya begini. Ok la, aku cerita sbb ada antara korang yg tahu benda ni dan minta aku beri guidelines. Kot-kot akan terkena kat korang pulak.

Awal bulan 7 yg lalu, aku terima beberapa sms tentang penyusuan susu ibu. Katanya, nama dia Siti. Depan mata Weed, aku layan sms tu dengan cara berhemah. Tapi bila dah mula terbau sesuatu yg tidak kena, aku terus ckp 'end of discussion'.

Dan aku simpan satu sms sebagai rujukan nombor telefon dia.

Akhir bulan 7, aku terima lagi sms. Kali ni separuh lucah pulak. Nak tgh mlm sms tu masuk. Aku beranikan diri telefon org tu. Tapi aku tak bersuara. Dia pun tak bersuara. Aku tunggu sampai 2 minit sebab aku nak dgr suara dia utk pastikan jantina dia. Sekali dia sebut, "Hello", dah tau yg Siti itu seorang lelaki.

A month later, aku terima sms dari nombor yg sama tetapi berbaur lucah. Aku dpt pkul 3 pagi! Mungkin dia x sangka aku simpan nombor dia. Aku tak layan pun. Tapi aku hantar blank sms sebab nak kumpul sms dia sebagai bukti. Aku hantar blank, dia hantar lagi sms lucah. Giler! Ada la dlm 3 sms dia hantar. Masa tu bulan puasa.

Aku tak tahan. Terus buat police report. Kemudian, buat report kat SKMM.

Semua sms yg lama, aku buang sebab pegawai polis kata boleh buang lepas buat report. So aku padam la. Sekali pegawai SKMM kata patutnya kena simpan utk bukti.

Atas nasihat pegawai SKMM, aku hantar sms kat pengirim sms tu. Ayat yg aku gunakan mestilah ayat yg tidak menjurus ke arah seks. Tapi dia tetap balas ayat panas-panas.

Cukup 5 sms dari dia, aku terus senyap. Puas hati dpt kumpul bukti.

Dulu aku pernah bg warning kat sini. Yer la, kot-kot ko kenal aku dari blog kan. Tak faham bahasa juga.

Ke aku mmg kenal dia sbb dia tau nama aku? Kalau dia x tau nama, aku tak heran sgt tapi sbb dia tau, terus jadi hairan dan risau. Mana la tau, orangnya depan mata.

Orang mcm ni, kena monitor dari skrg. Kot-kot nafsu dia tak boleh dikawal sampai di masa depan terasa nak rogol orang. Kalau dia ada anak perempuan pun, mcm tak selamat berbapakan orang mcm nie.

Sebab tu kalau kita jumpa org mcm ni yg nampak mcm tak boleh dikawal, kena ambil tindakan. Jangan biarkan je.

Ok, aku nak bg guideline kalau korang berhadapan dengan perkara begini.

1) Simpan sms/email yg anda terima. Simpan semuanya.
2) Lodge a police report. Tunjukkan sms/email yg anda terima.
3) Bawa salinan report tu ke SKMM. Police report diperlukan utk membuka kertas siasatan di SKMM. Boleh guna scan report dan hantar ke aduanskmm@cmc.gov.my
4) Tunggu feedback dari mereka dlm masa sehari dua. Jika tiada feedback, boleh telefon mereka terus dan bercakap dengan pegawai dari Bahagian Aduan.
5) Jika perlu, anda sebagai pengadu akan dipanggil utk memberi statement. Pegawai SKMM akan melihat sms/email yg anda terima. Dia akan pilih satu content yg paling kuat dan boleh digunakan sebagai bukti di court.
6) Lepas selesai, anda boleh la delete sms/email yg lain. Tinggalkan yg panas dan hot saja.
7) SKMM akan meneruskan siasatan utk mencari pengirim. Apabila kes dah masuk court (atau mungkin lebih awal), telefon dan sim card / PC atau laptop yg menerima sms/email tu akan diambil oleh pihak SKMM utk dijadikan salah satu bahan bukti. Mereka akan menyimpannya sehingga kes selesai.
8) Jika telefon/sim card/PC atau laptop hilang sebelum kes selesai, kes akan digugurkan serta merta.

Wah, honestly aku rasa terlalu byk prosedur. Terus rasa suam suam kuku nak kenal sape yg rajin sms aku pukul 3 pagi tu. Pegawai tu ckp, mmg akan ambil masa yg lama sbb ada byk lagi kes belum selesai. Huhuhu... nak serahkan my Razr kepada mereka? Terasa serba salah mcm nak serahkan emas permata.

Dah la masa ambil statement tu, aku rasa mcm aku pulak pesalah sbb dia tanya soalan-soalan yg serious. Cuak seketika. Pastu boleh gelak-gelak lagi ketika pegawai tu tak reti nak guna my Razr. Sempat kena se das dari aku, "Alamak, tau la handphone saya murah. Encik pakai iPhone ke?". Hehehe.. serious terpaksa buat joke sikit sbb suasana mcm tegang giler. Dah la dia lelaki. Berbincang pulak tentang benda lucah-lucah nie. Terpaksa buat muka stone T_T

Last sms yg aku terima ialah pada seminggu selepas raya. Hari raya pun dia nak buat kerja mcm nie. Tension aku. Dah la sms tgh-tgh malam dan awal lagi. Giler. Kalau dah teruk mcm ni, pergi la cari isteri. Bengang tau sbb ada sms masuk pkul 3 pagi, pastu bila buka, keluar ayat bodoh-bodoh mcm tu.

Jadi sekarang terpulang la diorg nak selesaikan. Kalau lambat sgt, aku pun rasa mcm tawar hati nak tau sapekah gerangan si sex maniac itu.

10 scribble(s):

izzahazfar said...

prosedur mmg macam tu...terus rasa mcm kita pulak yg diinayakan kak!

apapun..bgus sbnrnya..zah pernah gak dpata sms mcm ni...tp jarang layan..

mungkin akan amik tindakan yg sama if berlaku lagi..

Ely Hasrul said...

aku rasa dia kenal ko. semoga kes nih settle cpt.

WanYgBest said...

aku rasa:
1. dia kenal ko, dan mmg ada hati ngan ko pastu dia gila...sex maniac
2. dia kenal ko, tp dia dengki ngan ko, dia saje nak susahkan hidup ko
3. ade possibility dia kenal ko kat blog, sbb dia tny psl penyusuan tuh...
4. ada jugak possibility dia kenal ko dr apa2 event (ajk event2 tu ke kan)

errmm...btw, bukan ke skrg no fon kena daftar? xleh trace tu no siapa?

Liz Rohaizat said...

izzah> tu la. lama sgt nak tunggu selesai. mcm dah malas nak proceed.

ely> x sure la tp dia mmg tau nama aku.

wan> dia ada hati? erk, x kot. kalau ada hati, x la melucah kat sms. huhuh.. mmg boleh trace tp service provider xkan reveal sape tuan punya. hanya SKMM berhak keluarkan arahan tu. dan kata lah dpt trace pemilik nombor tu, diorg takkan bgtau aku. aku hanya akan berdepan dengan pemilik nombor tu kat court.

bila aku tau prosedur tu, aku rasa mcm useless je kerajaan suruh daftar pemilik sbb kita x boleh dpt tahu tuan punya tu cepat2. punya la byk prosedur. hmmmm

LoveZahra@Fazahra said...

u charming sgt nih..tat's why ada stalker..hehe..jgn mara aa..

hope everything boleh settle secepat mungkin...undertand ur feeling as i pun pernah kena but mujurla bkn sex maniac..haishh..

moga u sekeluarga terpelihara dari anasir2 jahat ini..amin

Liz Rohaizat said...

LZ> saya x charming la. saya garang. hahaha... hmm, mcm lambat lagi je nak settle. kalau lambat sgt, mau saya drop the case kot. hurmm

nieda said...

apa punya manusia bangang mcm ni.geramnyer dgn sex maniac. tapi better simpan je semua sms lucah as a record di mahkamah nnti

Liz Rohaizat said...

nieda> semua sms saya dah ambil gambar dan ada softcopy. tu yg dia bagi saya delete. cuma perlu tinggalkan 1-2 kat dlm phone sbb nak dijadikan bahan bukti dlm phone tu

weed said...

jgn SKMM panggil aku utk soal siasat dah le..hahaha...

Liz Rohaizat said...

weed> hahaha, masihkah kau ingat ayat dia yg separuh geli tu? hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.